|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Tak kisahlah panjang atau banyak mana kisah ni yg penting TT kena tamatkan jugak ... Yg penting kami nak tau siapa dalang disebalik semua ini... Mastermind dia siapa... That all it matters... |
|
|
|
|
|
|
|
Well done TT.... Walaupun masa agak lama utk sampai penghujung cerita tp overall ur story makes me wanted for more... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 06:35 PM
"Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya... Macam itulah hati I, Najiha, bila tengok keadaan adik I.." Satu suara asing menyambut kedatangan Jie tatkala kaki melangkah masuk ke dalam.
Jie tersentak melihat lelaki yang bergelar 'boss' tadi berada dibilik Mommy dan Daddy.
"I tahu siapa you.." Jie sudah dapat mengecam lelaki yang berdiri dihadapannya.
"Shahrul Hadzan...Adik you , Shahrul Hadzim." Jie menyambung kemudiannya. Yakin diri tidak salah orang. Mereka pernah berkenalan sewaktu di Ohio dulu. Inilah abang kandung Azim.
Lelaki itu hanya ketawa besar. Akhirnya Jie berjaya mengingati kewujudannya.
"Please Shah ! Whatever grudge within you and me , just keep it between us ! Jangan libatkan anak anak I !" Jie resah melihat kelibat si kembar tiada. Mommy dan Daddy terikat kaki dan tangan. Khalid pula sedang pengsan.
"Baguslah kalau you dah tahu siapa I. Jangan risau anak kembar you selamat ! Selagi you ikut cakap I.." Senyuman penuh makna bermain dibibir.
"Apa you nak?!" Malas mahu memanjangkan lagi perbualan mereka. Jie sedar lelaki ini mungkin gila seperti Azim.
"Nur Najiha Hanafi." Rambut ikal Jie disentuh. Jie bertindak menepis.
Shahrul masih lagi tersenyum. Tak ambil hati dengan reaksi Jie.
"You memang cantik.. Kali pertama Azim kenalkan you pada I, I tak nafikan I pun jatuh cinta pada you .. Tapi disebalik kecantikan you , you adalah perempuan paling hipokrit I pernah jumpa !" Pandangan mata tajam menusuk ke arah Jie. Penuh benci dan dendam.
"You tahu tak, kekecewaan yang Azim tanggung bila you tolak cinta dia? Azim memang betul betul cintakan you !" Shahrul kesal.
Masih terkenang bertapa Azim merana kerana mencintai Jie. Malah, sehingga ke saat ini bibir Azim masih tidak lekang menyebut nama Jie. Walaupun akal sudah tidak mampu berfikir waras.
" Sekarang adik I dihukum. Terlantar dekat hospital sakit jiwa gara gara you! I nak you 'bayar' balik semua kesengsaraan yang terpaksa Azim tanggung !" Selama ini Shahrul tidak pernah mencampuri urusan Azim walau tahu Azim rela melakukan segala kejahatan hanya semata untuk memiliki Najiha.
Pada mulanya Shahrul beranggapan, Azim yang salah bertindak ganas sehingga mengakibatkan wanita itu 'terbunuh'. Maka Shahrul relakan Azim dihukum.
Namun, baru baru ini apabila mengetahui Jie masih hidup malah sedang berbahagia dengan suami dan anak anak membuatkan Shahrul jadi marah.
Sakit hati kerana Azim dipersalahkan atas 'kematian' Jie sedangkan wanita itu masih bernyawa. Lima tahun Azim merengkok dalam tahanan tetapi Jie pula sebaliknya. Bersenang lenang hidup bebas.
Justeru , Shahrul membuat janji pada diri sendiri untuk memastikan Jie bertanggungjawab diatas perbuatannya terhadap Azim. Kehendak adiknya akan dipenuhi.
Bertekad untuk pastikan Azim bakal 'mendapat' Jie yang diimpikan selama ini. Tak kisah secara paksa atau rela. Yakin Jie pasti akan tunduk.
Biar Jie pula rasa seksa hidup terbelenggu. Baru puas hati Shahrul.
"I would like to make a deal.." Shahrul cuba berdiplomasi setelah Jie berjaya lari dari tawanannya tadi. Ternyata pakatan antara Shahrul dan Safihah tidak berjalan lancar.
"What kind of deal?" Jie menyoal balik. Mata meneliti keadaan sekeliling. Mengharap Zack maupun Zulkarnain muncul segera.
"I nak you tinggalkan suami you dan anak anak you ! Azim lebih perlukan you. I want you to be with him." Selamba saja Shahrul berkata begitu. Tiada riak bersalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
susahnya jadi Najiha |
|
|
|
|
|
|
|
yipun_78 replied at 6-5-2015 06:37 AM
susahnya jadi Najiha
Betul tu... Najiha mcm magnet... Mana2 saja akan ada yg tertarik... Walaupun bukan kemahuannya terjadi semua ni... Dia hanya nak hidup bahagia... Please make her happy TT... No more suffering |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 7-5-2015 01:17 PM
"You gotta kidding me !" Jie gelak." Why not you dengar pula offer I?" Tawaran balas dibuat.
Kening diangkat. "Apa dia?" Shahrul sekadar ingin tahu.
"I akan lepaskan Azim dari pertuduhan dan dalam masa yang sama I akan bantu adik you untuk pulih. Win win situation. Apa kata you?" Jie merenung tepat ke arah Shahrul. Menduga lelaki dihadapannya.
"Idea yang menarik tapi sayang I tak berminat , Najiha. I dah janji dengan Azim. You akan hidup dengan dia." Shahrul segera bangkit.
"Come with me Najiha. Azim dah lama tunggu you.." Tangan dihulurkan ke arah Jie.
"Kalau I tak nak?" Jie mencabar selamba.
"Anak anak you akan mati !" Shahrul makin hilang sabar. "You pilih Najiha !" Nampak gaya, Jie seperti cuba memperlekehkannya.
Jie bangkit menyambut huluran tangan Shahrul lantas merentap kuat lengan lelaki itu. Shahrul hilang imbangan lalu terdorong ke hadapan dan terjatuh.
Jie pantas mencapai pistol yang memang terletak atas meja. Mengacu tepat ke arah Shahrul.
" I takkan teragak agak bunuh you kalau anak I cedera." Tembakan dilepaskan mengenai kaki Shahrul. Terlolong kesakitan.
Pengikut Shahrul terpaku dengan tindakan Jie. Bersedia untuk mengeluarkan senjata menembak balas. Jie lebih pantas menyasarkan tembakan. Tiga orang berjaya ditumpaskan.
Zack dan Zulkarnain merempuh masuk diikuti Rayyan. Rizal juga turut serta. Menerkam lawan yang masih berbaki.
"Mana you sorok anak I ha?!" Jie risaukan keselamatan Danny dan Daryl. Kaki Shahrul yang cedera ditembak disepak kuat. Darah pekat membuak.
"You memang keras hati , Najiha." Wajah berkerut menahan kepedihan luka yang menusuk. " Jangan salahkan I kalau anak you mati disebabkan kedegilan you !" Shahrul tahu Jie takkan mengalah dengan mudah. Biarlah rakan sekutunya menjalankan tugas menundukkan Jie.
"I akan pastikan you mati dulu !" Jie berang. Pistol diacu tepat ke kepala Shahrul. Bersedia untuk menembak sekali lagi.
Namun, tindakannya terhenti apabila..
"Drop your gun !" Satu suara mengarah.
Jie berpaling. Kelihatan Danny dan Daryl diikat kaki dan tangan. Kedua mata mereka ditutup. Si kembar menggigil ketakutan. Dua pengawal sedang mengawal ketat anak anaknya.
"Lepaskan anak I !" Jie terus saja meluru ingin mendapatkan Danny dan Daryl. Tidak menghiraukan muncung pistol yang dihala ke arahnya.
"Don't hurt her !" Shahrul sempat berteriak walau dalam kesakitan. Mengarahkan pengikutnya supaya tidak mencederakan Jie.
Jeritan Shahrul menarik perhatian Rizal. Segera bertindak merampas pistol dari tangan musuh supaya Jie tidak tercedera. Dalam masa yang sama memberi sepakan padu ke arah seorang lagi pengawal.
Usahanya berhasil membuat tembakan tersasar. Pistol berjaya dirampas. Tembakan dilepaskan pula ke arah seorang lagi pengawal yang menjaga si kembar. Kedua duanya tumbang. Rizal lega melihat Jie selamat.
Seorang wanita panik melihat kuncu kuncu rakan sekutunya ramai cedera dan tidak sedarkan diri. Malah ada yang mati. Tinggal Shahrul yang kini terlantar lemah. Pantas tangan menarik Danny ke sisi lalu mengacu pistol tepat ke arah anak kecil itu.
"I nak you sengsara seumur hidup you , Jie ! Itu balasan sesuai untuk semua perbuatan you pada I !" Puas hati melihat wajah Jie yang keresahan.
"You akan terseksa lihat anak you mati depan mata you !" Picu pistol ditarik. Bersedia untuk memuntahkan peluru.
"You dah gila ke, Zeeta?! How could you ?!" Zulkarnain diamuk amarah. Hampir saja mengasari Zeeta. Kecewa. Tergamak Zeeta berpakat menganiayai Jie dengan memperalatkan Danny.
"I benci 'bitch' ini !" Zeeta emosi. Air mata berderaian. " Sebab dialah, Ray sanggup putuskan pertunangan dengan I ! Masa I masih isteri Zafrey, I tahu 'bitch' ini ada hubungan sulit dengan suami I." Semasa Zeeta diculik oleh Azim, lelaki itu sempat menunjukkan bukti Zack dan Jie bercinta diluar pengetahuan Rayyan dan Zeeta sedangkan mereka berdua masih suami isteri yang sah.
Hancur luluh hati Zeeta mengenangkan Zack juga tega merancang meninggalkannya demi untuk hidup dengan Jie setelah diceraikan Rayyan.
"Dan you sendiri Zul, pernah ke you anggap I sebagai isteri you? Tak, kan? Sebab apa? Sebab you pun tergilakan 'bitch' ini." Sedih makin dirasakan.
Bertahun Zeeta dan Zulkarnain hidup sebumbung bergelar suami isteri namun tidak pernah sekalipun Zulkarnain 'menyentuh' dirinya. Lelaki itu hanya menganggap Zeeta sebagai 'ibu' kepada anaknya. Diri tidak diperlakukan selayaknya sebagai seorang isteri.
Zulkarnain tersentak. " I minta maaf, Zeeta, sebab tak mampu cintakan you.. Bagi I masa.. I akan cuba buat yang terbaik untuk you.." Sedar khilaf yang dilakukan dirinya juga antara punca Zeeta bertindak nekad sejauh ini.
"Please Zeeta.. You tak perlu buat semua ini.. Ingat Danish ! Danish masih perlukan you.. I pun perlukan you untuk besarkan Danish bersama.. Kita cuba bina keluarga bahagia berdua.. Maafkan I sebab tak pernah hargai you dalam hidup I.." Zeeta dihampiri. Zulkarnain cuba berlembut. Memujuk.
"I pun minta maaf, Zeeta !" Zack yang dari tadi hanya mendengar mula bersuara. "I yang salah ! I tak sepatutnya bagi you harapan palsu dengan mengahwini you dulu sedangkan I tahu I hanya cintakan Najiha." Mengerti gejolak yang melanda Zeeta, Zack jua dihantui perasaan bersalah kerana gagal mencintai Zeeta sepenuh hati sewaktu masih bergelar isterinya dulu.
"Zeeta !" Giliran Jie pula merayu. "I sanggup lakukan apa saja tapi tolong lepaskan anak I !" Tak segan silu Jie melutut. Takut kehilangan zuriat yang dikasihi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua watak dlm cerita ni sgt tak berpuas hati dgn Jie... Realiti kehidupan juga begitu... Life is complicated... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-5-2015 12:42 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 26-5-2015 11:18 PM
"Betul you sanggup lakukan apa saja?" Zeeta menyoal sinis. " I nakkan nyawa you Jie ! I nak you mati !" Senyum kepuasan bermain dibibir.
"Dan you Zafrey.." Mata beralih ke arah Zack. "You sanggup ceraikan I dengan alasan Zul ingin bertanggungjawab sedangkan you memang berniat nak tinggalkan I untuk hidup dengan bitch ini. You kejam, Zafrey !" Sebak membelit dada. Zeeta mengesat air mata yang jatuh dipipi.
"Selamat tinggal , Jie !" Satu tembakan dilepaskan ke arah Jie. "I nak you menderita bila tengok 'cinta agung' you mati depan mata you , Zafrey !" Selagi Jie masih hidup selama itulah Zeeta akan terkenang kesakitan akibat ditinggalkan Rayyan dan diceraikan Zack. Zeeta nekad.
Mujur, Zulkarnain sempat menarik Jie untuk mengelak dari terkena serpihan peluru. Tindakan Zulkarnain menyebabkan peluru menembusi tubuhnya. Sakit namun berbaloi asalkan Jie selamat.
Rizal mengambil kesempatan merampas pistol dari tangan Zeeta. Zeeta terjelepuk jatuh terduduk. Menyesal melihat Zulkarnain terbaring lemah angkara perbuatan tangannya.
"Zul.." Jie segera menggenggam erat tangan Zulkarnain. "You patut biarkan saja.. I deserve semua ini.." Air mata mula menitik. Kesal. Jie tahu Zeeta mendendaminya kerana mengahwini Zack.
"I ok, Jiha !" Pedih kesakitan yang dirasakan cuba ditahan. Darah pekat mengalir. Zulkarnain mengukir senyuman.
"I sayangkan you , Jiha !" Genggaman tangan Jie berbalas. "I doakan you hidup bahagia dengan Zack sampai ke akhir hayat.. Mungkin you bukan jodoh I tapi I gembira dapat bersama you dulu-----"
"Please Zul !" Jie sebak. Takut memikir hakikat kehilangan Zulkarnain.
" I sayangkan you.. Sepenuh hati I ! You umpama abang yang I tak pernah ada.. I nak you terus hidup.. Danish perlukan you ! Danny dan Daryl juga sayangkan you.. You kena kuat !" Melihat Zulkarnain yang tetap memikirkan kebahagiaanya dalam saat genting membuatkan Jie bertambah sayu.
Zack mendekati Zulkarnain. " Hang on, Zul ! You akan selamat." Semangat dipasak dalam diri lelaki yang telah menyelamatkan nyawa isteri yang dicintai.
Rizal membantu Zack mengangkat Zulkarnain untuk mendapatkan rawatan dihospital berdekatan.
Rayyan mendapatkan Khalid yang masih lagi pengsan. Ikatan Maznah dan Dato' Hanafi dileraikan.
Danny dan Daryl masih lagi menggeletar ketakutan. Jie pantas mendapatkan si kembar. Membuka ikatan yang membelit lalu memeluk erat keduanya.
"Everything's fine, Dear !" Danny dan Daryl dicium silih berganti. "Mommy is here for both of you.." Pelukan dieratkan.
Khalid yang baru sedar dari pengsan terkejut melihat tubuh badan bergelimpangan di dalam bilik. Memandang kosong ke arah Rayyan. Tanda tanya terbit.
Namun, sebelum sempat Rayyan menerangkan segala yang terjadi pada Khalid, satu suara garau menyapa...
"You masih hidup lagi , Najiha ! I ingat you dah lama mati !"
Safihah muncul bersama seorang lelaki yang memang tak asing lagi. Pemburu sejati Jie sejak dulu.
Kali ini Viana menjadi tawanan. Terikat kemas kaki dan tangan sambil dikawal rapi.
"Azim?!" Shahrul ternganga. "Macam mana you...?" Bicara terhenti. Azim tampak biasa.Tidak meracau menyeru nama Jie seperti selalu.Tertipu dengan adik kandung sendiri.
"I cuma berpura pura gila selama ini , Shah !" Azim ketawa. " Tapi I tak sangka you sanggup penuhi kemahuan I. Terima kasih sebab bebaskan I dari neraka dunia itu." Hubungan mereka dua beradik memang tidak berapa rapat. Cuma kebelakangan ini sahaja Shahrul dilihat prihatin terhadap diri Azim.
Malah, abangnya sanggup membantu Azim melepaskan diri dari hospital sakit jiwa dan berjanji mendapatkan Jie untuk Azim. Peluang keemasan ini tak mungkin dilepaskan begitu saja.
"Apa semua ini, Fiha?" Sungguh Rayyan tidak mengerti bagaimana Safihah boleh mengenali Azim.
Kalau tadi mereka dikejutkan dengan tingkah Zeeta, kali ini kemunculan Safihah memang diluar dugaan.
Jie terpana seketika melihat Azim yang sejak dulu tak berhenti memburu dirinya.
"Fiha buat semua ini sebab Abang !" Safihah bersuara sayu. "Apa yang Fiha tak buat untuk abang ? Fiha patuh semua kata kata abang.. Fiha cintakan abang sepenuh hati.. Tapi abang tetap kejar perempuan bodoh ini !" Mata menjeling benci ke arah Jie.
"Fiha benci dia ! Dia perosak rumahtangga Zeeta dan Zafrey ! Perempuan perampas macam ini memang patut mati !" Emosi menguasai diri.
Lantaran cemburukan Jie, Safihah sanggup mengikut rancangan gila Azim. Tambahan pula Azim mengugut untuk membocorkan rahsia diri Safihah kepada Rayyan jika enggan bekerjasama.
Dalam masa yang sama Safihah juga membantu Shahrul untuk memberi maklumat tentang Jie. Bergabung dengan ramai musuh Jie untuk menghapuskan Jie. Strategi bijak.
"Kalau Jie perampas, you pula apa?" Rizal muncul kembali terus menyampuk percakapan Safihah.
Umi dan Abi Zulkarnain sedang dalam perjalanan ke hospital menemani anak tunggal mereka. Berharap agar Zulkarnain sempat mendapat rawatan dan selamat.
Manakala, Zack sedang berbicara dengan pegawai keselamatan hotel dan meminta tolong Rizal untuk menjenguk keadaan Jie.
"Jangan ingat I tak tahu yang you sanggup 'offer' diri jadi isteri kedua Rayyan sedangkan Jie masih lagi isteri Rayyan masa tu ! So you tak ada hak untuk cakap Jie perampas !" Pada pandangan Rizal wanita dihadapannya jua boleh dikategorikan perampas. Pernah cuba merapati Rayyan sewaktu masih bergelar suami Jie.
"Rizal?!" Azim gembira bertemu sahabat lamanya. "Sejak bila kau jadi 'pembela' Najiha ni?" Soalan berbaur sindiran diutarakan.
"Azim..." Rizal merenung teman baiknya. " Aku pernah buat silap sekali dan aku belajar dari kesilapan dulu. Tapi kau.. Kau repeat kesalahan yang sama berulangkali.. Aku tak nak kau sia siakan peluang yang masih ada... Insaflah Azim !" Sehingga kini Rizal tak faham mengapa Azim tak pernah penat mendendami Jie.
"Kau kawan aku, Rizal..." Azim bersuara lirih. "Aku cuma nakkan Najiha dalam hidup aku ! Salah ke?!" Terkilan kerana Rizal sendiri arif sejak dulu Azim memang cintakan Jie sehingga sanggup melakukan segala untuk mendapatkan Jie.
Sayangnya, hinga kini semua usaha Azim menemui jalan buntu. Jie tetap gagal dimiliki.
"Jie dah kahwin dan ada anak, Azim... Jangan bazirkan masa kau lagi.. Lupakan dia ! Sebagai kawan aku tak nak kau buat kerja sia sia .'" Rizal berharap sangat Azim termakan dengan kata katanya.
"Aku tak kisah !" Azim masih berdegil. " Aku takkan berhenti selagi dia tak jadi milik aku." Nampaknya sukar untuk menundukkan Azim. Rizal tiada pilihan lain. Terpaksa melawan jika Azim bertindak ganas. Meski itu sahabat baiknya.
"I takkan jadi milik you, Azim ! I isteri orang. Lupakanlah I !" Jie bosan menghadap semua ini. Dirinya bukan barangan yang boleh direbut sesuka hati.
"You pernah jadi isteri orang lain sebelum you kahwin dengan Zack, Najiha ! I boleh tunggu sampai Zack ceraikan you.. I sanggup terima anak anak you.. Kenapa you tak nak bagi I peluang , Najiha?" Azim mula hilang kewarasan. Melangkah setapak mendekati Jie dan si kembar.
"Perkahwinan bukan satu permainan, Azim." Jie berundur menjauhi Azim. " I hargai cinta you pada I.. Tapi I minta maaf sebab I tak mampu nak balas cinta you.." Jie mengambil langkah selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Zamzam2013 at 8-5-2015 01:30 AM
Kegilaan apakah ini? Betapa kejinya bahana dendam & sakit hati kerana tak dpt memiliki... Gila betul jantan2 & betina2 durjana ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-5-2015 09:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 8-5-2015 09:34 PM
"Apa kurangnya I, Najiha?" Azim masih sukar menerima hakikat cintanya tetap ditolak. Tersandar hampa.
"You tak kurang apa apa pun , Azim.." Jie tahu Azim jadi begini lantaran mengikut hati yang kecewa.
"You tetap antara insan yang banyak berjasa pada I ! Dan I sayangkan you.. Kita pernah rapat dulu.. I tak lupa budi baik you.." Sejenak Jie terbayang saat masih bergelar pelajar dulu. Imbasan kenangan mereka berdua sewaktu di Ohio.
"I ingat lagi Azim.." Jie senyum. " Masa tu winter, salji turun lebat sangat ! I flu teruk.. You sanggup teman I.. Masakkan bubur untuk I. You tahu tak you pandai masak ? Itulah bubur paling sedap I pernah rasa.. I paling benci makan ubat. Tapi you sabar layan kerenah I." Penyudahnya Azim sendiri menjangkit selsema dari Jie sehingga terpaksa ponteng kuliah keesokan hari.
"You pandai melukis... Lukisan you memang cantik ! I masih simpan potret yang you hadiahkan pada I masa kita lepak dekat Central Park. Lepas itu kita pergi main salji. You ingat lagi tak kata kata you pada I masa tu?" Jie ingin Azim mengimbau kembali kenangan mereka sebagai sahabat baik.
Azim terpaku seketika. Tak menduga Jie masih mengingati waktu mereka bersama dulu. " Snowfalls will not long lasting..."
"But the moment will lasts forever." Jie segera menyambung. Azim didekati. " Then I campak snow tepat kena muka you !" Ketawa berderai.
Azim turut sama tertawa. "I tabur salji dekat rambut you.. Padan muka you !" Masih segar diingatan detik itu. Mereka memang rapat. Dimana ada Jie disitu akan ada Azim.
"Ada hubungan yang lebih bermakna dari cinta, Azim ! Persahabatan.. Kita bermula sebagai sahabat dan I tak nak kita berakhir dengan permusuhan.. Dendam takkan membawa ke mana.. Maafkan I sebab I sakiti you." Bahu Azim disentuh lembut. Pandangan mereka bertaut.
" I pernah cakap pada you dulu... Tapi I ulang lagi kata kata itu hari ini.. I sayangkan you ! Walau bukan dengan cara yang you mahu tapi you tetap ada tempat tersendiri dalam hati I ! I rindukan Azim yang dulu.. Ini bukan diri you yang sebenar, Azim.. I kenal you." Jie ingin Azim sedar dan kembali ke pangkal jalan.
"I minta maaf, Najiha !" Azim tersentuh mendengar ucapan yang keluar dari bibir Jie. Tulus dan menusuk ke kalbu.
" I yang patut minta maaf pada you.." Jie menitiskan air mata. " I banyak lukakan hati you ! Maafkan I , Azim !" Pandangan kabur. Samar melihat Azim mengangguk.
"So friend ?" Jie senyum sambil mengesat air mata. Tangan dihulur untuk berjabat. Tanda berdamai.
Azim menyambut seraya mendepa tangan. Mendakap erat tubuh Jie. Jie hanya membiarkan. Yakin Azim takkan mencederakannya.
"Najiha.." Rambut ikal Jie disentuh. " Izinkan I untuk cintakan you seumur hidup I." Azim sedar cintanya tak mungkin berbalas namun sukar untuk Azim melupakan Jie yang telah sekian lama menghuni dihati.
Jie akur. " Cuma satu permintaan I.. Buka hati you untuk bercinta lagi.. I yakin satu hari nanti you akan jumpa jodoh yang sesuai.. Sampai saat itu I nak you lupakan I.. Jangan sia siakan kasih sayang yang dianugerahkan buat you.. I nak you bahagia selamanya." Menarik nafas lega. Mengharap Azim benar benar berubah.
" Betul tu, Azim ! Bunga bukan sekuntum !" Rizal mencelah. "Kau tetap kawan aku dunia akhirat !" Bahu Azim ditepuk.
Rizal dan Azim berpelukan. Tanda persahabatan terjalin utuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
jahat TT sbb buat I nangis pagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Elia, I rasa baik you guna perkataan mommy dari mummy... mummy tu bukan mumia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-5-2015 10:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
yipun_78 replied at 9-5-2015 08:36 AM
Elia, I rasa baik you guna perkataan mommy dari mummy... mummy tu bukan mumia ke?
Aah.. suppose o.. tersilap.. akan edit later.. tq |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya... Kesian depa semua... Kalah dgn emosi masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-5-2015 01:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 10-5-2015 01:22 PM
Puas sudah Safihah melutut memohon ampun akan tetapi Rayyan masih lagi tidak mengendahkannya. Tekad untuk pergi membawa Rayna bersama.
"Abang, Fiha minta maaf !" Safihah merayu untuk kali yang entah ke berapa. Niat jahat untuk menghapuskan Jie terhalang apabila Azim berubah fikiran.
Rayyan malas mempedulikan Safihah. Isteri yang tampak baik budi pekerti tapi pintar bersandiwara. Kebenaran sudah terbongkar. Shahrul sudah menceritakan segala tadi.
Rupanya, Safihah pernah melawat Azim semasa dalam tahanan semata mata untuk menyampaikan khabar Jie masih hidup dengan harapan Azim akan kembali memburu dan sekaligus 'menghapuskan' Jie.
Kebetulan, Shahrul terdengar kata kata Safihah. Mereka berkenalan dari situ. Itulah detik permulaan kepada rancangan jahat antara Safihah dan Shahrul.
Shahrul pula mengenali Zeeta kerana status wanita itu sebagai isteri Zulkarnain, lelaki kepercayaan Dato' Hanafi.
Melihat keakraban antara Jie dan Zulkarnain, membuatkan Shahrul berminat untuk memancing Zeeta menyertai mereka. Bertujuan mengumpulkan maklumat tentang Zulkarnain juga.
Umpan Shahrul mengena, Zeeta bersetuju untuk mengenakan Jie. Tercetuslah pakatan antara mereka.
Sungguh Rayyan tak menduga Safihah sanggup melakukan kerja gila ini demi cemburu dan dendam. Cinta boleh membuatkan manusia menjadi buta.
Mujur, Jie berjaya memujuk Azim untuk berdamai. Kehadiran Rizal juga banyak membantu mengawal keadaan yang agak kucar kacir. Syukur Jie dan kembar selamat. Nasib Zulkarnain masih belum diketahui.
"Abang, tolonglah jangan tinggalkan Fiha ! Fiha cintakan abang.. " Safihah merayu. Gusar jika Rayyan tekad menceraikannya. Takut jua kalau Azim pula membuka mulut.
Setakat ini, Azim masih menyimpan kemas rahsia dirinya. Bimbang jika ketahuan dirinya pernah jatuh ke dalam perangkap Azim dulu. Penyesalan bertubi datang.
Waktu itu, Safihah kecewa dengan Rayyan yang menolak dirinya dan memilih Juwita selepas menceraikan Jie. Melepak di kelab dan menghabiskan masa berhibur untuk menceriakan hati yang rawan. Berpakaian seksi dan tudungnya 'terbang' dari kepala. Memberontak.
Seorang lelaki menghampiri Safihah. Bernama Shahrul Hadzim. Azim bijak membuat Safihah terpedaya. Memerangkap Safihah sehingga diri hanyut dalam pelukan Azim.
Malah, Safihah pernah mengandungkan benih Azim. Malangnya bayi yang dikandung keguguran.
Iskandar Zulkarnain adalah doktor yang merawat Safihah. Ternyata dunia ini kecil. Safihah tak sangka Zulkarnain masih mengenalinya.
Kebenaran akhirnya terbongkar. Azim cuma mendekati Safihah untuk memastikan Safihah tidak menjadi penghalang hubungan Rayyan dan Juwita. Takut merosakkan rancangan Azim untuk memisahkan Jie dan Rayyan.
Cinta Azim hanya buat Jie. Azim juga merancang untuk memiliki Jie.
Bermula dari situ, Safihah dapat tahu Juwita menggunakan ilmu hitam terhadap Rayyan supaya tunduk cintakannya.
Maka, Safihah berusaha memulihkan Rayyan setelah Juwita dipenjarakan dengan harapan Rayyan akan menyuntingnya sebagai isteri.
Impian Safihah jadi nyata setelah Rayyan melamar dirinya selepas 'kematian' Jie.
Safihah bahagia kerana berjaya memiliki Rayyan sebagai suami. Kehadiran Rayna melengkapkan kehidupan mereka suami isteri.
Namun, melihatkan Rayyan masih lagi terpesona dengan Jie meskipun Jie sudah lama bergelar isteri Zack membuatkan hati Safihah hancur luluh. Curiga dengan Rayyan.
Lantas, terus saja bertindak melulu. Mengetahui sejarah silam Azim dan Jie membuatkan Safihah nekad bertemu Azim. Perkenalan dengan Shahrul pula menyemarakkan keinginan Safihah untuk 'melenyapkan' Jie buat selamanya.
Kini, tindakan Safihah memakan diri. Rayyan sukar menerima hakikat khilaf yang dilakukan. Sesal dulu pendapatan kesal kemudian sudah tiada guna. Bila bila masa saja Safihah bakal kehilangan Rayyan yang dicintai sepenuh jiwa raga.
" Listen here , Safihah.." Perasaan Rayyan bercampur baur. Antara kecewa dan terkilan. Terselit jua kesedihan.
"Kalau bukan sebab you mengandung, I sendiri yang akan heret you ke balai polis !" Nafas dihela kasar. " You patut berterima kasih pada Jie sebab sanggup maafkan you !" Rayyan malu melihat ketulusan Jie memberi kemaafan pada Safihah walau nyawa sendiri jadi taruhan.
Hanya Zack agak emosi dan sukar memaafkan perbuatan Safihah. Rayyan faham. Andai Rayyan ditempat Zack juga, pasti reaksi yang sama akan ditunjukkan.
"I akan failkan perceraian lepas anak yang you kandung lahir ! Buat masa ini, I tak nak tengok muka you !" Langkah diatur untuk pergi meninggalkan Safihah meratap tangis sendirian. Rayyan tak sanggup lagi menyimpan Safihah sebagai isteri.
Rayna yang berada dalam dukungan Rayyan meronta ingin mendapatkan ibunya.
Tangan pantas memulas pemegang pintu bilik. Rayyan tersentak melihat wajah Tan Sri Isa yang berada di luar.
"Papa tahu semua yang terjadi." Bahu anak sulungnya disentuh. "Karl dah bagitahu, Papa." Bersyukur menantu dan cucunya selamat.
"Tapi Ray tak boleh buat tindakan melulu macam ini.. Safihah tetap isteri Ray.." Seboleh mungkin Tan Sri Isa tak mahu rumah tangga Rayyan berantakan. Apatah lagi dengan keadaan Safihah yang berbadan dua.
"Jangan rosakkan kebahagiaan yang you miliki sekarang, Ray !" Jie muncul mengejut.
" You sebagai suami Safihah sepatutnya mendidik, betulkan kesalahan yang dilakukan, bukan hukum dia macam ini." Sedar Safihah melakukan semua ini lantaran terlalu cintakan Rayyan. Tidak adil bagi Jie jika Rayyan tega meninggalkan Safihah kerana satu kesilapan.
"Manusia boleh berubah.. Bagi Safihah peluang kedua.. Fikirkan Rayna." Berharap Rayyan akan mempertimbangkan semula keputusannya. Jie simpati memikirkan nasib Rayna.
"Fiha janji takkan buat lagi abang ! Tolong maafkan, Fiha !" Safihah memeluk erat kaki Rayyan. Melutut memohon keampunan.
Rayyan hanya membisu seribu bahasa. Mata berkaca. Wajah cantik Jie direnung. Ada kata yang ingin diucapkan namun tersekat dikerongkong.
Gerak hati Rayyan mengatakan Jie memahami segala yang terbuku. Wanita itu dilihat mengangguk sebelum berlalu pergi.
Jie dapat membaca isi hati Rayyan. Biarlah kekal dalam lipatan sejarah. Jie tidak mampu menghalang jika Rayyan masih mencintainya. Asal saja Rayyan tidak mensia siakan anak dan isterinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nafsu menguasai diri inilah akibatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-5-2015 08:58 PM
Melihat Zulkarnain terbaring lemah membuatkan hati Zeeta disayat pilu. Mungkin suaminya tidak pernah mencintainya namun Zulkarnain tidak pernah lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap Danish dan dirinya. Keperluan mereka dijaga rapi malah tidak pernah sekalipun Zulkarnain menyakiti hatinya meskipun Zeeta kerap mencabar kesabaran. Protes kerana hingga kini masih lagi gagal menerima hakikat Zack bukan lagi suami dan hanya mencintai Jie.
Air mata Zeeta mengalir dipipi. Deras. Menyesal kerana mengikut emosi yang bencikan Jie. Malu kerana Jie masih sudi menghulur kemaafan.
"Zeeta.." Zulkarnain membuka mata. Merenung samar wajah cantik Zeeta yang berair mata. " I tahu I bukan suami yang baik untuk you.. Kalau I mati I nak you jaga Danish sebaiknya... Maafkan semua dosa I pada you.. I gagal tunaikan janji untuk bahagiakan you." Sesal kerana diri yang gagal berperanan sebagai suami menyebabkan Zeeta terlajak jauh. Andai saja Zulkarnain menumpukan sepenuh perhatian dan cinta pada isterinya pasti Zeeta takkan tersasar.
"Jangan cakap macam itu, Zul !" Zeeta sebak. "I yang salah sebab ikut kata hati !" Jari jemari Zulkarnain dicapai lalu dicium , lama.
Zulkarnain cuba bangun. Rambut hitam berkilat Zeeta diusap. Hati tersentuh dengan pelakuan Zeeta.
"Zul dah sedar?" Suara Umi menyapa. Zeeta berpaling. Segera bangkit bersalam dengan Umi dan Abi.
" Syukur alhamdulillah Zul selamat ! Umi risaukan Zul !" Tengku Rahimah tak senang duduk mengetahui anak tunggalnya ditembak. Risau kehilangan satu satunya zuriat yang dikasihi.
"Abi pun sama !" Dato' Sri Izham menarik nafas lega. Bimbangkan Zulkarnain dari semalam.
Umi menyapa mesra Zeeta yang hanya mendiamkan diri dari tadi. "Semalaman Zeeta jaga Zul. Zeeta baliklah rehat dulu. Tadi Danish dah tanya Umi, Zeeta mana." Kasihan melihat menantu yang keletihan. Sedari dari Zulkarnain dimasukkan ke hospital tengah malam semalam sehingga ke pagi ini Zeeta tetap setia disisi Zulkarnain.
Zeeta tersenyum, tawar. Hati berat meninggalkan Zulkarnain. "Zeeta nak teman Zul, Umi.." Lantaran rasa berdosa membuatkan Zeeta tak mahu berenggang dari sisi suaminya.
"It's okay !" Zulkarnain tidak mahu Zeeta menemaninya kerana dibebani perasaan bersalah.
"Selalu I yang rawat orang. Kali ini giliran I pula dirawat. Lagipun nurse nurse cantik dekat sini ada jaga I. You jangan risau.." Sempat lagi Zulkarnain bergurau.
"Umi dengan Abi dah sampai dulu." Zack muncul bersama isterinya. Pantas bersalaman diikuti Jie. Berborak sebentar dengan Abi dan Umi. Zeeta tidak diendahkan. Zack sukar memaafkan bekas isterinya.
Jie lega melihat Zulkarnain sudah semakin pulih. "Rizal kirim salam dekat you. May be nanti dia datang dengan wife dia." Amanah dari Rizal disampaikan. Zulkarnain hanya mengangguk.
"Danny dengan Daryl menangis nak ikut I jumpa you. You cepat recover ok ! Si kembar tak sabar nak jumpa Papa dia.." Zack menyampuk sambil menepuk bahu Zulkarnain.
Kemunculan Ku Iz dan Zarith Sofea mengejutkan Jie dan Zulkarnain sendiri.
Umi dan Abi menyambut mesra kedatangan pasangan suami isteri itu.
"I keluar dulu lah Zul." Jie janggal dengan adanya Ku Iz disini. Zulkarnain mengerti. Kehadiran Ku Iz juga tidak disenangi oleh Zulkarnain.
Ku Iz sedar Jie hanya mengelakkan diri. Merenung sekilas ke arah Jie yang terus saja berlalu setelah menyapa Zarith Sofea.
Zack juga tak menghalang langkah isterinya. Mungkin belum masa untuk Jie menerima kehadiran Ku Iz.
Zarith Sofea segera mendapatkan Zeeta. Ingin menenangkan sahabat baiknya yang dilanda musibah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-5-2015 06:41 PM
"Jiha !"
Satu suara menerpa gegendang telinga. Jie kenal pemilik suara itu. Malas untuk bersua muka lantas Jie mempercepatkan langkah sehingga terlanggar seseorang...
"You kenapa ini, Najiha?" Azim pelik melihat Jie seperti melarikan diri dari seseorang.
Azim baru sahaja lepas melawat Shahrul yang juga dirawat dihospital ini. Mujur, kecederaan abangnya tidak serius. Cuma Shahrul perlu banyakkan berehat.
"Azim?!" Ku Iz tersentak melihat kemunculan Azim. Jie dilihat tenang sahaja disisi Azim sedangkan Azim pernah cuba untuk membunuh Jie.
"Ku Iz.." Rasanya sudah lama mereka tidak bersua. Azim kaget.
"You dengan Ku Iz jejak kasih dulu lah ek.. I nak beli something kejap.." Jie beralasan untuk segera berlalu.
Walau bibir sudah memaafkan namun hati masih sukar menerima hakikat Ku Iz pernah mengasarinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-5-2015 12:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 11-5-2015 04:30 PM
Perut berkeroncong minta diisi. Jie terus melangkah masuk ke kafeteria. Tekak teringin untuk makan bihun sup yang dijual. Masih lapar walaupun sudah bersarapan pagi tadi.
Sempat menghantar pesanan ringkas pada Zack untuk memberitahu keberadaannya. Mata tergoda melihat makanan lain. Semua menggamit selera Jie untuk dijamah. Duduk lepak bersendirian sambil mengunyah kuih muih.
"Najiha.." Azim mendekati Jie yang sedang leka menghadap makanan.
"Puas I cari you rupanya dekat sini you 'lari.'" Tiada respon dari Jie. Masih ralit mengunyah.
Azim pelik melihat Jie makan banyak. Bihun sup dan kuih seri muka beserta karipap. Belum dicampur dengan roti bakar yang baru sampai. Setahu Azim, Jie seorang yang sangat menjaga pemakanan. Takut gemuk.
"You dah makan ke?" Jie baru perasan kehadiran Azim.
Azim cuma menggeleng. "I datang sini sebab nak makanlah. I sempat lepak sekejap dengan Ku Iz tadi." Ada sesuatu yang bermain di fikiran Azim usai bersembang dengan Ku Iz.
"Najiha.. You boleh maafkan semua orang dengan mudah termasuklah I. Tapi kenapa you susah nak maafkan Ku Iz?" Terluah jua soalan yang bermain di fikiran.
Baru Azim tahu salah faham yang berlaku diantara Jie dan Ku Iz. Perihal Iskandar Zulkarnain yang sanggup memutuskan tali persahabatan dengan Ku Iz kerana mengasari Jie.
"I dah maafkan dia , Azim.." Jie endah tak endah. " Tapi I tak boleh terima tuduhan dia pada I." Tanpa alasan kukuh Ku Iz menuduh Jie sengaja membuat Zack terpisah dari keluarga. Walhal Zack sendiri yang buat pilihan begitu.
"Walau apa pun dia pernah jadi suami you, Najiha.. Percayalah Ku Iz menyesal buat macam itu pada you.." Jauh disudut hati Azim cuma ingin hubungan Ku Iz dan Jie kembali pulih.
"Perkahwinan kami atas kertas saja , Azim.. You sendiri tahu.." Jie malas mengingati kisah silam.
"I tahu.." Azim tiada modal untuk berhujah lagi
"Susah untuk I dan Ku Iz berbaik semula macam dulu.." Pandangan dihala jauh. "I cuma kecewa dengan dia.." Hanya masa yang dapat memulihkan semua. Jie pasti. Buat waktu ini Jie lebih selesa menjauhkan diri.
"I tahu you kecewa dengan I.. I minta maaf sebab I ikutkan hati masa itu.. I sepatutnya minta penjelasan you dulu bukannya terus bertindak melulu." Kemunculan Ku Iz bersama Zack membuatkan Jie berubah riak. Tidak senang.
Apabila mengetahui Zack hendak ke sini menemui Jie, Ku Iz terus menawarkan diri untuk mengikut. Zulkarnain tetap saja melayan dingin kehadirannya. Ku Iz tahu Zulkarnain hanya akan menerimanya kembali sebagai sahabat jika hubungan dengan Jie berjaya dipulihkan.
"I dah lama maafkan you." Jie bertutur selamba. "Forgive but not forget !" Biar Ku Iz mengerti dirinya bukan lagi budak hingusan yang boleh diperkotak katikkan.
"Baby.." Zack cuba memujuk. " Iz pun dah sedar salah dia. Sampai bila you nak elakkan diri macam ini?" Simpati melihat sepupunya yang tidak keruan setelah sekian lama disisihkan oleh Zulkarnain dan Jie.
Isterinya yang sedang berselera menjamah bihun sup terhenti. Sentap.
"You side I ke sepupu you sekarang?!" Rimas dengan semua ini. Jie bingkas bangun. Tak pernah Zack mempertikaikan pelakuannya.
"Baby, please.." Zack bungkam melihat isterinya berlalu pergi. Makanan terbazir begitu saja.
"Sorry bro... Pasal aku, kau dengan Jiha bergaduh." Ku Iz menyesal.
"It's ok !" Tak mahu membuat Ku Iz serba salah.
Zack segera bangun mengejar langkah isterinya. Bimbang berlarutan pula rajuk Jie. Sejak kebelakangan ini Jie memang sensitif.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|