capoi posted on 27-9-2013 09:00 PM 
Aku masih setia menunggu hingga saat ini... Dan akan setia menunggu... Ahaks...;p
Hahaha...sorry lambat uols, bery d busy takde masa sgt lately ni. Tp utk tak menghampakan ko, aku curi masa yg bery d busy ni, semata2 untuk membawa kesah sensasi 'gelettisss sampaii kena tengkingg'. start esok semenggu tak masuk sian lak ko nak menunggu.
Ceritanya bermula bila Akak Nurul Depp menulis di blog dia tentang isu flirt. Aku tepek skit isi2 penting kat sini. Berita penuh sila lawat blog Akak Nurullll. Dari clues yg bery d jelas tu blh tahu Rita adalah pelakon gelettis yg dimaksudkan, dikatakan minah tu duk gedikk gelettis dgn aaron dekat set yg dorg berlakon sekali, cita yg nurul jadi secretary tu. Sampai aaron rimas n lemas n tak tahan n sampai tengking rita depan nurul....maluuu weiii. Lps pendedahan nurul tu barulah perasan tentang kegeletiisan rita sebelum2 ni melalui piccas dia dgn jantans n statement dia sendiri yg menunjukkan dia kaki gelettis. Gambar melekap badan gesel bebird dgn adi bery d daring, mmg nmpk dia overrr, adi biasa je n tak over mcm dia. Lakonan dia dgn sol usop pun bery d over usap2 dagu, dia sendiri ngaku dlm skrip tak payah pegang2 tp dia saja pegang supaya nmpk lebih mesra sampai sol terkejuttttttt katanya. Kat set kalau tak gelettis dgn jantanss mcm tak senang duduk, klu jantan pendiam buat hal sendiri, dia lak mcm kelupur nak tegur mesra menggelettisssss. kat luar set pun setakat ambik picca biasa tgn tu mesti nk pegang jantan. Dasat tak dasatkah pompuan ni, dlm duk potrayed diri teraniaya dlm rmhtangga rupanya suka menggettisssssss sampaiiiii jantan pun meluatttttttttt n tengkinggggg diaa, maluuuu....boooooooooooo
Petikan dr blog nurul....layyyyannnnnnn
Bila berlakunya cerita Adi Putra ni, aku teringat akan kisah seorang pelakon lelaki yang sangat famous sekarang ini. Semua wanita sukakannya. Lakonannya memang sangat hebat. Aku pernah bekerja dengannya dan mengenalinya sebelum dia menjadi terkenal seperti sekarang. Dia dah berkahwin dan punyai beberapa anak. Ceritanya, bekerja dengannya untuk drama 40 episod itu, membuatkan aku respect gila dengan dia. Status suami bukan halangan padanya untuk memberi komitmen yang sangat tinggi kepada kerjayanya. Lakonannya juga hebat. Dia juga tidak kedekut ilmu dan sering kongsi tips lakonannya pada aku terutamanya bagaimana nak menangis. Aku yang bahasakan diri aku adik dan dia sebagai abang – sering bersembang dan bertukar pendapat tentang lakonan, nyanyian dan perkara berkaitan karier.. Itupun bila dia rasa nak sembang. Kalau tak, aku diam saja because he can be very serious bila bekerja. Dalam 6 bulan berlakon bersama, macam-macam lah insiden yang berlakon di dalam produksi itu. Ada sekali tu tanya abang pelakon yang kacak ni, ‘adik, you never flirt?!’ dia bertanya soalan tu pada aku bila dia sedar yang aku ni single lama selepas bercerai. Masa tu ada la kot dah 2 tahun. Aku yang sering blur ni, terpinga sekejap. Aku tanya diri aku sendiri, “ flirt?! Apa pulak abang aku ni and apa maksud flirt ni?!” punya la cik ngang aku ni pun. Bukannya tak reti cakap omputeh, tapi maksud flirt tu buat aku blur bila ditanya si abang kacak tu.
Dia bertanya pun selepas ada artis wanita yang turut sama berlakon dengan kami, sering mengusik dan flirt dengannya. Masa tu lah aku tahu apa itu maksud flirt. Blur tak aku?! Katanya patutlah aku single sebab aku tak reti flirt dengan lelaki. Laaa…. Kena flirt ke?! Hahahaha.. mana aku tahu. Tapi cerita flirt ni bukan berkenaan aku. Itu hanya sebagai nak bagitahu selepas insiden pertanyaan tu dan menyaksikan artis wanita ni gila semacam mengusik abang handsome tu; baru aku kenal apa maksud flirt. Apa yang aku nak beritahu di sini, adalah sikap abang pelakon handsome ini. Dia langsung tak makan dengan apa yang diusik artis wanita jelita itu. Langsung tak dilayan. Hanya layan bila bercerita tentang kerja dan dalam lakonan mereka! Melihatkan keadaan itu, aku salut akan lelaki sepertinya! Dia sedar dirinya telah berkahwin dan punyai anak. Dia tahu akan tanggungjawabnya. Aku memang hormat gila dengan dia. Terdetik di hati, aku mahukan suami sepertinya ketika itu. Sepertinya ya, bukannya dia! Kena faham maksud tu. Itulah dia AARON AZIZ. Seorang yang sangat bertanggungjawab. Aku percaya, kerana dia menjaga dirinya sebagai suami, sebab itulah dia berjaya seperti sekarang. Dia bagi aku adalah contoh suami yang baik dan tahu menjaga perasaan isterinya. Ada sekali dia naik rimas dengan artis wanita yang kaki flirt tu hingga dia tegur dan dah tak dapat nak kawal kemarahannya. Aku nampak mukanya yang naik berang. Dia jerit kepada artis wanita yang sekarang ini berstatus single itu. Insiden itu berlaku depan aku. Terdiam sekejap artis wanita tu kerana menahan malu. Aku tak campur dan hanya melihat. Aku faham kenapa Abang Aaron buat macam tu. Bila dia serious bekerja, jangan nak gatal-gatal kacau dia. Aku kenal isterinya juga. Bukannya dalam jangkamasa yang pendek. Semenjak di Singapura lagi. Ketika itu Diana hanya tunangan abang Aaron. Memang sedari awal aku boleh nampak yang mereka pasangan yang bahagia. Diana amat faham juga akan tanggungjawabnya. Aku tumpang gembira dengan pencapaian dan rezeki yang diterima mereka. Semuanya hasil kerjasama dan bersatu antara suami dan isteri. Aku bangga dan aku berkesempatan mengucapkan tahniah ketika abang berkunjung ke Astro untuk pertandingan akhir Ceria Popstar. Yang ralatnya, aku lupa nak jemput mereka berdua datang ke majlis perkahwinan aku last year. Itu hanya sebahagian cerita flirt yang aku tahu dan sebagai contoh suami yang baik kepada isterinya. Kebetulan pula aku pernah menyaksikan flirting antara perempuan dan lelaki. Barulah aku faham ketika itu juga yang aku kena flirt untuk dapatkan boyfriend. Tapi kena tengok juga dengan siapa nak flirt. Tahu je suami orang, cepat-cepat le lari. Suami orang memang pandai ayat! Kita perempuan kena bijak. Yang perempuan juga, nak flirt pun carilah yang boleh di flirt. Life ni macam-macam ada. Manusia juga macam-macam. Especially lelaki. Perempuan pun sama je sebenarnya. Yang membezakan kita adalah bagaimana kita dibesarkan dan cara pemikiran kita. Perempuan, jagalah maruah diri. Terutamanya yang berstatus isteri. Ada masalah dengan suami, berkomunikasi. Bukannya dengan mencari jalan keluar seperti yang telah berlaku kepada Adi. Suami pula, nak flirt pun carilah yang single. Toksahlah bini orang. Nanti tak pasal-pasal je jumpa tepi longkang dan tak bernyawa.
|