CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
Post time 17-3-2015 11:31 AM | Show all posts
oh ku sangka linda sudah masuk wad gile
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2015 04:07 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 17-3-2015 11:31 AM
oh ku sangka linda sudah masuk wad gile

Linda tak gila la...dia confuse saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 05:39 PM | Show all posts
DI HOSPITAL, Conan bersama Arisha bersama menuju ke kafe hospital yang terletak bersebelahan dengan perpustakaan di bahagian bawah bangunan. Baru tadi dia berjumpa dengan doktor di situ untuk mengambil ubat rawatan mengikut preskipsi doktor. Dari pagi lagi mereka belum menjamah sebarang makanan.

"Abang..abang duduk dulu. Biar saya yang order, abang nak makan apa?" Arisha letak beg tangannya sebelah kerusi di sebelah Conan duduk.

"Apa-apa jelah. Oh ya..nanti beli jus lemon ya." Pesan Conan pula.

Arisha mengangguk dan berlalu ke meja yang terhidang beberapa menu sarapan di situ. Sementara menunggu Arisha membeli sarapan, Conan membaca mesej dan emel di skrin telefon bimbitnya. Sudah banyak kerja di pejabat yang tertangguh. Dia sedikit mengeluh. Sesekali dia mengangkat muka melihat Arisha yang masih beratur di kaunter bayaran. Sekali lagi dia membaca emel yang di skrin telefon namun matanya tertancap pada seseorang yang sedang berbual serius di satu meja di ruang kafe itu.

"Macam Linda dan Muzafar.."Conan panjangkan leher melihat kelibat kedua mereka itu. Ya benar. Linda dan Muzafar sedang serius berbual. Lamunannya terhenti dengan bunyi deringan telefon bimbit. Nama Ipo tertera di skrin. Panggilan itu dijawab seketika. Hampir terlepas telefon dari genggamannya. Berita yang disampaikan Ipo tadi benar-benar membuatnya terdiam.


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sbnrnya .....




Dragon Ball ada 7 biji semuanya.... kata nak abes kan dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 06:32 PM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 17-3-2015 06:33 PM

makin ckp dah nak abih.. makin mcm tak nak abih2
dan apa kaitan dragon ball dgn citer neh
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 06:39 PM | Show all posts

bantahan...

yang sebenarnya, dragon ball ada 14 biji kesemuanya




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2015 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..ok..nanti lompat dan lari stail cheetah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasat oii..yg lelaki habis ditembak hani..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Malik mati kan?
motip aku yg meroyan kalo iye pon?
Kecelaruan emosi sudah.. (curi ubat hani...telan terus satu botol)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 08:53 PM | Show all posts

aku pun tak faham kenapa ada dragon ball?..
goku dah hilangkan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 08:54 PM | Show all posts
aylanins replied at 17-3-2015 06:39 PM
bantahan...

yang sebenarnya, dragon ball ada 14 biji kesemuanya

biar betul ada 14 biji...bukan 27 biji meh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 08:55 PM | Show all posts
kakZue replied at 17-3-2015 07:51 PM
Dasat oii..yg lelaki habis ditembak hani..

polis kaaaaaaaaaaannn...

haruslah berani saja lepaskan tembakan
jantan boleh kecut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 08:55 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 17-3-2015 08:24 PM
Malik mati kan?
motip aku yg meroyan kalo iye pon?
Kecelaruan emosi sudah.. (curi ubat hani.. ...

motip ko plak yang meroyan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 09:21 PM | Show all posts
Aku pun rase Malik mati

Takpelah aku reda...

Ipo single lagi kan ehhh motip...



Campur Dragon Ball planet Nameck
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 09:49 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-3-2015 09:22 AM

OK..kita lari stail cheetah... sambil tendang bola

BAB 50




AYAT terakhir dalam surah Yaasin selesai dibaca. Perlahan buku kecil surah itu ditutup lalu sejag air dijirus ke atas pusara. Rumput dan pokok kecil yang melata dicabut dan dibersihkan. Yang tinggal hanyalah pokok melati yang sudah berbunga lebat. Harum bunga melati sudah semerbak di sekitar pusara itu. Tangan lembut Aylanins menyentuh batu nisan. Dia pejam mata rapat. Sebak. Air mata yang bergenang cuba ditahan dari mengalir. Tidak elok menumpahkan titis jernih itu di pusara seolah meratap hiba pemergian orang yang tersayang.

Aylanins mendongak ke dada langit. Sekumpulan burung sedang berlegar di atas sana. Dia senyum melihat sekawan burung itu yang seolah turut sama mendengar alunan bacaan Yaasin tadi. Matanya kembali pada pusara. Sebelum dia bingkas dari situ, sekali lagi al fatihah dan doa dihadiahkan. Tikar mengkuang sebesar sejadah itu digulung. Dari situ dia melihat ibu dan maklong setia menunggu di bawah pokok kemboja di tepi sebuah pondok. Perlahan dia menapak ke arah mereka.

"Mak..maklong..jom balik.." Aylanins mula mengajak kedua orang tua itu masuk ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah maklong di bandar Kuala Terengganu, Aylanins hanya diam membisu. Puan Wahida dan kakaknya juga turut diam. Sudah tiga bulan Malik kembali kepada Pencipta. Sepanjang tiga bulan itulah Aylanins tidak pernah lupa walau sehari pun untuk menziarahi pusara arwah suaminya.  Kereta dipandu laju menuju ke rumah maklong semula.


TIBA di rumah, Aylanins berehat di sofa. Sepupunya semuanya sudah pulang ke Kuala Lumpur. Tinggal mereka bertiga saja di rumah itu. Puan Wahida merapati anaknya yang kelihatan masih sugul dan nampak keletihan.

"Ayla..betul ke Ayla nak sambung belajar?" Tanya Puan Wahida melihatkan Aylanins seperti orang sudah hilang semangat tinggal di bumi Malaysia itu. Aylanins pun sudah berhenti kerja sebagai seorang pegawai polis. Sudah sebulan mereka tinggal di rumah maklong sejak pemergian Malik.

Aylanins menoleh sejenak. Dia mengangguk." Kenapa mak?"

"Tak adalah..kenapa kat negara orang? Kat Malaysia ni tak ada kursus yang Ayla ambil tu?" Puan Wahida mula merasa bimbang melepaskan anak gadisnya seorang diri di negara orang. Sama seperti dulu, jenuh dia halang tapi Aylanins tetap ingin belajar di universiti di Amerika dan kali ini dia memilih belajar di Holland pula. Semakin jauh rasanya.

"Ayla nak cari ilmu mak..sambil tu cari ketenangan jauh dari sini. Mak izinkanlah Ayla pergi mak. Mak tinggal dengan maklong. Ayla pergi tak lama. Tiga tahun saja..lepas tu kita tinggal semula di rumah kita kat KL tu. Sekarang ni kita sewakan rumah tu.." Aylanins sudah berkira-kira perancangannya. Biarlah dia merawat luka di negara orang.

"Hati-hati ya Ayla..cari kawan yang boleh diharap." Tubuh Aylanins dipeluk.

"Terima kasih mak kerana izinkan Ayla pergi." Pelukan ibunya dibalas dengan dakapan erat.

"Ayla..bila kamu nak bertolak?" Maklong yang dari tadi diam mula mencelah.

"InsyaAllah..minggu depan maklong. Ayla kena daftar minggu depan. Maklong jaga mak ya. Nanti bila ada cuti semester, Ayla akan cuba balik sini." Aylanins pandang pula ibu saudaranya yang sangat rapat dengan ibu.

"Yalah..kamu jangan bimbang. Cuma satu saja yang maklong nak ingatkan, jangan terlalu ikut perasaan. Ingat Allah..jaga solat dan pergaulan. Satu lagi..kalau ada lelaki yang sukakan kamu, terimalah dia.." Pesan Maklong bersungguh-sungguh.

Aylanins hanya senyum kelat. Dia sudah fobia dengan semua itu dan untuk masa ini, perkara itu sudah dibuang jauh dari benaknya. Mungkin memakan masa untuknya terima lelaki dalam hidupnya kembali setelah apa yang sudah diharungi selama ini. Masih jelas semua yang berlaku itu di ruang fikirannya. Satu persatu. Apa yang pasti, dia tidak mahu lagi mengingati itu semua. Dia harus lupakan semuanya. Mesej dari Conan langsung tidak dibalas. Dia tahu tentu Conan sudah terima berita pemergian Malik dari Ipo. Nayla yang kebetulan ada ketika itu di hospital sudah beritahu Ipo tentang itu dan sudah tentu Ipo akan sampaikan pula pada Conan.

Hal Hani pula, dia malas ambil peduli lagi. Mungkin Hani sudah dipenjara ketika ini atau mungkin juga Hani sudah berada di wad pesakit jiwa memandangkan Hani pernah ada sejarah split personality dan dirawat oleh doktor pakar. Entahlah, itu semua tidak penting lagi buatnya. Malik sudah pun pergi buat selama-lamanya.

"Kalau macam tu..esok kita bertolak ke Kuala Lumpur. Ayla ada nak beli barang sikit dan uruskan apa yang patut.  Maklong ikut sekali ya?" Senyuman mula terukir di bibir Aylanins. Sejak berada di Terengganu, baru kini dia akan bertolak ke Kuala Lumpur semula.

Maklong hanya senyum nipis. Dia tahu di sebalik senyuman gadis itu tersimpan seribu satu rasa pahit dan pedih. Pemergian suami tercinta bukan sesuatu yang senang dihadapi oleh seorang isteri tambah lagi bagi Aylanins yang baru saja bernikah dengan arwah. Apa yang paling membuatnya terkejut, sebahagian saham resort itu sudah diletakkan atas nama Aylanins. Aylanins ingin menyerahkan semula kepada Puan Hartini tetapi ditolak dengan baik oleh Puan Hartini. Dia juga tidak berhak ke atas harta Malik. Terpaksa juga Aylanins menguruskan resort itu dengan bantuan bapa saudara Malik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Malik mati?  Kesian ayla...  Huhuhuhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 09:59 PM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 17-3-2015 10:01 PM
Sepanjang tiga bulan itulah Aylanins tidak pernah walau sehari menziarahi pusara arwah suaminya.

kejam ko ayla.. tak pernah melawat pusara arwah..
ayla... kembalilah kepadaku.. kutunggu mu di pintu rumah bersama arisha..


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:04 PM | Show all posts
aylanins replied at 17-3-2015 09:21 PM
Aku pun rase Malik mati

Takpelah aku reda...

Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 10:17 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 17-3-2015 09:59 PM
kejam ko ayla.. tak pernah melawat pusara arwah..
ayla... kembalilah kepadaku.. kutungg ...

alamak!!!!!!!!!!!!..
aku edit sat...sat no...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 10:19 PM | Show all posts
ok dah edit....ko ni Conan nampak je ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.259116 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list