|
koi ade ni haa...cume kebelakangan ni sebok benauu... |
|
|
|
|
|
|
|
lapor diri..sbagai junior haha
tok_rimau87 Post at 17-7-2009 01:07 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
salam perkenalan tok rimau ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Banyakkan aktiviti remaja hujung minggu
TEMERLOH 16 Julai - Persatuan sukan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) disaran mengadakan lebih banyak aktiviti hujung minggu melibatkan golongan remaja.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, penglibatan remaja dalam aktiviti terancang boleh menghindarkan mereka daripada pelbagai gejala sosial termasuk lumba haram.
Katanya, selain mengelak gejala tidak sihat dan salah laku sosial, penganjuran aktiviti pada hujung minggu juga boleh merapatkan hubungan antara masyarakat khususnya di kalangan remaja.
"Remaja merempit dan melakukan salah laku sosial kerana bosan disebabkan tidak mempunyai aktiviti yang memberi manfaat. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berkumpul dan melakukan aktiviti tidak mendatangkan faedah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Tinju Tomoi dan Seni Silat Pahang di Taman Rekreasi Kubang Gajah, di sini kelmarin.
Program yang dimulakan sejak kelmarin, dihadiri hampir 4,000 peminat seni mempertahankan diri terutama tomoi.
Mohd. Sharkar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang berkata, semua pihak digalakkan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program supaya ia lebih berjaya dan mendapat sambutan masyarakat.
Beliau berkata, program seperti pertandingan tomoi dan silat itu perlu diperbanyakkan supaya masyarakat dapat mengisi masa hujung minggu mereka dengan aktiviti sihat.
Pada majlis itu, Mohd. Shakar turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Tinju Tomoi Temerloh untuk urusan pentadbiran persatuan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
koi ade ni haa...cume kebelakangan ni sebok benauu...
adly26 Post at 17-7-2009 01:40 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
aok ni dah lama bz nya ad...........sejak setahun lepas dah jarang nampok kat cari ni |
|
|
|
|
|
|
|
lapor diri..sbagai junior haha
tok_rimau87 Post at 17-7-2009 01:07 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam kenal tok rimau
selalu2 lah mengaum kat Phg ni![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hrnie nak balik temerloh...
ye..ye..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
hrnie nak balik temerloh...
ye..ye..hehe
ctsueraya Post at 17-7-2009 10:52 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
drive memolek ct
semuga selamat smpai ke bandar ikan patin |
|
|
|
|
|
|
|
dah selamat sampai buka puasa masakn bonda hrnie..sonok..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
jengok umoh sedare mare koi ni.....
"bandor ikan patin"....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hrnie nak balik temerloh...
ye..ye..hehe
ctsueraya Post at 17-7-2009 10:52 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
kalu singgah ke pekan sari hari minggu ni...jangan lupe kirim salam kat rodong koi..tokeyy ikan patin yang niaga kat petonas..namenya NAIN..![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
minggu depan giliran koi plak balik
buah derian ada ke tak de lagi agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
semalam mak koi datang
bawah derian dan mutan
kenduri derian dulu kat bandar utama sebelum gi keramat |
|
|
|
|
|
|
|
Bersihkan Felda pengaruh dadah
TEMERLOH 18 Julai - Masyarakat peneroka perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras masalah penagihan dadah, sekali gus membersihkan imej tanah rancangan Felda yang sering dikaitkan dengan gejala itu.
Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak berkata, masalah penagihan dadah di tanah rancangan sebenarnya bukan berpunca daripada masyarakat peneroka tetapi pengaruh dan pengedarannya dilakukan oleh orang luar.
Katanya, kajian yang dibuat pihaknya selama dua bulan lalu mendapati masyarakat Felda di daerah itu terdedah kepada pengaruh dadah kerana kawasan itu terletak berhampiran Kuala Lumpur.
''Nama Felda menjadi buruk sedangkan masalah ini disebabkan orang luar. Penagih dan pengedar dadah dari luar masuk ke tanah rancangan untuk mempengaruhi penghuni terutama remaja dan belia untuk menagih dadah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Gerak Gegar Felda dan Forum Al-Muqarrabin di Felda Bukit Damar dekat sini semalam.
Menurut Sallehuddin, pejabat daerah sentiasa memantau kawasan kampung dan Felda supaya masalah itu ditangani secara menyeluruh bagi membebaskan kawasan luar bandar dan tanah rancangan daripada najis dadah.
Beliau berharap ibu bapa tidak melindungi anak-anak jika mereka didapati menagih dadah dengan menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk proses pemulihan dan tindakan selanjutnya.
Katanya, tindakan seumpama itu dapat membantu penagih keluar daripada penagihan dadah yang boleh menghancurkan masa depan mereka.
''Kita mahu hasrat kerajaan menjadikan negara ini bebas dadah menjelang tahun 2015 tercapai," katanya.
Jelasnya, masyarakat boleh membantu mencapai matlamat itu dengan tiga kaedah iaitu menerima hakikat jika ada ahli keluarga atau jiran menjadi penagih dadah.
''Kaedah kedua dengan membantu ahli keluarga atau jiran pulih daripada penagihan dan bukannya menghukum.
''Manakala cara ketiga ialah menghubungi AADK untuk mendapatkan khidmat nasihat dan sebagainya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
upkan temerloh dulu..........
setia bersama bandar ikan patin |
|
|
|
|
|
|
|
kalu singgah ke pekan sari hari minggu ni...jangan lupe kirim salam kat rodong koi..tokeyy ikan patin yang niaga kat petonas..namenya NAIN..![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
adly26 Post at 18-7-2009 00:02 ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
kome tak gi pekan sari adly
mok koi belanja makan jerk tadi kat restoran selera timur depan sikit dr sekoloh abs ter'
sedap nyengat masaknnyer..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kome tak gi pekan sari adly
mok koi belanja makan jerk tadi kat restoran selera timur depan sikit dr sekoloh abs ter'
sedap nyengat masaknnyer..hehe
ctsueraya Post at 19-7-2009 20:19 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
baiknya mok belanje makan
ingat anok nya yg belanje |
|
|
|
|
|
|
|
Galeri Tokoh pamer kejayaan individu
TEMERLOH 19 Julai – Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) menubuhkan sebuah Galeri Tokoh menempatkan sejarah lebih 30 individu tempatan yang berjaya mengukir nama di peringkat nasional dan antarabangsa.
Pembukaan rasmi galeri tersebut telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin bersempena pelancaran Pusat Penerangan Pelancongan Temerloh dan Logo Baru MPT di sini hari ini.
Dalam ucapannya, Mohd. Sharkar berkata, galeri itu akan menghimpun dan mempamerkan kecemerlangan individu atau tokoh terkenal yang berasal dari daerah ini yang juga dikenali sebagai Kuala Semantan suatu ketika dahulu.
Beliau berkata, galeri itu yang pertama seumpamanya di daerah ini, akan memberi impak besar terhadap kebanjiran pelancongan domestik dan antarabangsa.
Katanya, pembukaan galeri itu juga secara langsung memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengenali tokoh-tokoh tersebut dan menghargai sumbangan serta jasa mereka.
“Galeri ini yang menempatkan sejarah tokoh-tokoh terkenal dalam pelbagai bidang, akan menjadi pusat rujukan bagi mereka yang berminat khususnya mahasiswa.
“Galeri ini juga akan memainkan peranan sebagai Pusat Penerangan Pelancongan kepada pengunjung dan pelancong yang ingin tahu produk pelancongan di Temerloh,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua MPT, Datuk Zulkifli Yaacob dan Pegawai Daerah, Datuk Dr. Salehudin Ishak.
Mohd. Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, penduduk Temerloh patut berbangga kerana daerah mereka melahirkan ramai tokoh seperti penghibur No. 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Allahyarham Datuk S. Romai Noor (pelakon dan pengarah filem) dan Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) seorang sasterawan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|