CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

Bercinta Lagi 2 ? FINALE pag 98...

 Close [Copy link]
Post time 19-3-2010 09:33 AM | Show all posts
yup...asam kumbang...;)
ooo...dah xp taiping la ye...
tnye jek mane la tau kot2 kenai...hehehe

seronok baca cite detox nih...
kalo tengah sedih jadi hepi.. TQVM

bukan tu je, bile baca komen lagi la rasa hepi..
sambung lagi yer nanti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 09:55 AM | Show all posts
salam sume....
lama aku x jengah2 sini. x sempat baca pun. tapi dek dok bersms ngan chengkeh malam tadi.. ni pagi ni aku terus masuk sini..

emm.. korang cite2 pasal lesen, pasal memandu ek? aku pu ...
hh_hs Post at 19-3-2010 08:59


Ni..bila baca pengalaman nko ni...aku pun mcm pernah buat je..keh..keh..keh...
Apa taknya..bila mula2 bawak keta dulu..(bukan mula2 dpt lesen ya...)... berapa banyak bukit & brape banyak 'traffic light' pun dah kira dah? & dah ada peta minda camne ngupanya jln yg kita nak kena pandu keta niih... sebelum pegang 'steering' tuuh...hah..hah...   bila ingat2 balik...memang kelakar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:00 AM | Show all posts
Ni..bila baca pengalaman nko ni...aku pun mcm pernah buat je..keh..keh..keh...
Apa taknya..bila mula2 bawak keta dulu..(bukan mula2 dpt lesen ya...)... berapa banyak bukit & brape banyak 'traffi ...
yasmin08 Post at 19-3-2010 09:55


erk ... aku plak, sampai sekarang ni masih lagi kadang2 wat keje tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 10:08 AM | Show all posts
Petang itu kami berhimpun di tepi tasik dengan secangkir teh o panas dan cheese tart manis. Imran, Rizal dan Alisha bermain kejar-kejar sementara Ensha dan Athira hilang ke dalam. Nadim yang awalnya mahu keluar terpaksa batalkan hajat apabila terpaksa melayan Bad.

Kami berlima duduk mengelilingi picnic table di tengah-tengah halaman sambil melayan cerita-cerita Che Ah. Kadang aku perasan mata Nadim yang menyinggah pada Zeti dan dia tersenyum manis seolah menikmati ketawa wanita cantik itu. Aku menarik nafas diam-diam dan sebenarnya jauh di dasar hati aku ada juga terasa gegaran dan hirisan serta bibit-bibit cemburu. Aku juga perasan kalau Zeti dalam diam mencuri pandang pada Nadim. Kenangan lama mesti akan mengetuk juga.

        “D….” Che Ah memanggil beberapa kali.

Nadim mencuit tangan aku sedikit.

        “Ye…” aku terkejut dan terus menepuk peha Nadim mengundang ketawa mereka.
        “D, we are going to Bandung…jom ah..”
        “We ?”
        “Zeti and me…”
        “Bila ?”
        “Next month.”
        “The boys sekolah lah..”
        “Apa susah, suruh la Nadim amik cuti, jaga anak..”

Aku tergelak dengan cadangan Che Ah.

        “Hmm….” Aku paling ke arah Nadim dan terus menggeleng, habis tunggang langang nanti…ish tak boleh tak boleh…
        “Pergi lah….” Nadim bersuara.
        “Some other time…” aku menolak dengan baik dan terus bangun, “I buat teh lagi ye.”

Nadim melihat saja aku berlalu dengan teko teh. Matanya pula menyinggah di tengah halaman melihat Rizal mengacukan lastik pada tin yang di susun di atas tiang kayu sambil di perhati Imran dan Alisha.

Dari jendela dapur aku lihat Nadim makin ramah bercakap. Amboi kalau tak ada aku kan main lagi, bila aku tak ada mulut terus lancar je…. Aku tarik nafas, buat apa lah aku cemburu yang bukan-bukan ni, aku usir fikiran-fikiran jahat dan terus kembali membawa secangkir lagi teh panas.

Kami terus bersembang dan Nadim menggenggam erat tanganku, sesekali aku rasa jarinya lembut mengurut tapak tanganku, aku tidak tahu apakah dia sengaja mempamerkan keakraban kami pada Zeti. Aku pula biarkan saja tangannya mengelus-ngelus lembut, bukan bertujuan untuk menunjuk tapi aku rasa enak di lakukan begitu.

        “Mummy ! Imran main tipu…” Rizal datang mengadu sambil tercungap-cungap.
        “Main la elok-elok. You two boys always want to fight.” Aku menarik rambut Rizal yang jatuh hingga menutup dahinya.
        “He only shoot one tin, and he told Alisha he’s better than me…” Rizal yang memang kaki mengadu berkata dengan serba rasa tidak puas hati.
        “Rizal hit how many tins ?” tanya Zeti.
        “Emm…none…” dia memandang muka Zeti yang berkerut menahan ketawa.
        “Oh..ok, then you should practice more. Come, Aunty show you how to get all the tins down.”

Zeti bangun dan terus memimpin tangan Rizal.

        “You know how to play this ?”
        “Ya…and I am the best among my siblings.”
        “Wow, you are so cool.”
        “Now let me teach you how to be cool…”
        “Yes…mmm … Aunty..” Rizal tarik Zeti, dan menyuruh dia membongkok, sebaik Zeti membongkok Rizal terus berbisik, “Don’t teach Imran ok, he’s just showing off to Alisha. I don’t like how he wants to get Alisha’s attention.”
        “You like Alisha ?” Zeti pula berbisik.

Rizal tersengih nakal.

        “Yes, I like her very much.”
        “She is cute."
Rizal terus mengangguk.
        "The trick is to really concentrate on the middle of the pyramid of tins, your hand must also be really stable and can’t be shaky…”
        “Owh…ok….”
        “Let me show you once…than Rizal try..ok ?”

Rizal mengangguk dan terus ke tiang kayu untuk menyusun tin-tin susu menjadi bentuk pyramid. Kami semua menumpu pada Zeti yang sedang mengacu lastik, dia menumpukan perhatian sebelum melepaskan batu mengena tin yang di susun piramid. Kesepuluh-sepuluh tin terus jatuh berserakan di atas rumput hijau.

        “Wow !” Rizal meloncat-loncat. “Alisha, I can do like that. See me ok ?”

Alisha menggeleng.

        “Imran’s better than you.” Alisha senyum pada Imran yang bersila di atas rumput dari tadi memerhati dengan khusyuk teknik Zeti.

Rizal menggaru pangkal lehernya dan terus berjalan ke arah Zeti.

        “Let me try.”
        “Sure. Rizal focus right on the middle ok.”
        “Yupe…”
Rizal membetulkan badannya, memastikan kedudukannya selari dengan tin yang paling tengah, dia mengangkat lastik, matanya betul-betul tertumpu pada tin yang di tengah sekali, tali lastik di tarik, sebaik batu di lepaskan, ianya terus mengena tin-tin yang tersusun, 7 tin jatuh, 3 tin tetap di atas tiang.

        “Good Boy !” Zeti menepuk tangan suka.
        “Imran, beat me if you can. 7 .. I got SEVEN down.” Dia mengenyet mata pada Alisha yang menjeling tajam.

Imran bangun dan Alisha yang seperti tidak boleh berengang dengan Imran terus mengikut di sisi.
        “If I beat you, give back my baseball cap Babah gave me…the one you keep under your bed !”

Rizal tergelak.

        “Try and beat me first….”

Nadim menggeleng kepala. Dia bangun dan terus merapati mereka, berdiri di sebelah Alisha.

        “Uncle Nadim, Isha hope Imran can beat Rizal…”

Nadim senyum dan mengangkat kening.

        “We see how..”
        “I want Imran to win this…tak suka Rizal…mengada !”

Nadim ketawa dan mencubit sedikit pipi Alisha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 10:13 AM | Show all posts
Mata kami semua tertumpu pula pada Imran yang sedang memfokuskan dirinya. Batu di lepaskan, 7 tin jatuh.

        “Alaaaaaaaa…sama pulak… the cap is still mine !!!!!” Rizal berteriak dan tergelak-gelak suka.

Imran menunjuk penumbuk dan Rizal terus tersengih nakal.

        “Imran, that was good.” Alisha memuji Imran yang tersenyum manis.
        “I will try better .. kita kalahkan Rizal ok ?”
        “Ya…” Alisha tergelak sambil menjeling Rizal.
        “Rizal, susun balik tin” arah Nadim, Rizal dan Imran terus berlari ke tiang kayu.
        “Zet, how bout one game ?”
        “Sure. Boleh ke beat my record tadi, ten out of ten ?”
        “You go first…” Nadim mempersilakan Zeti, dia mengalih ke arah ku yang tersenyum. “I am going to beat her ! D support me ok ?”

Aku tergelak, terus bangun dan berdiri di sebelah Nadim.

        “Zet, come on...... give your best shot !”
        “Hey, you are suppose to be on my side…” Nadim tarik aku dan tangannya terus di lingkarkan ke pinggang.
        “Cousin will always support each other…”

Zeti ketawa dan terus mengambil tempat.

        “Dira, this one for you !”
        “Yeah, you go girl !!!!”

Zeti mengerut hidung dan tergelak kecil sambil mengacu lastik. Seperti tadi juga, 10 tin.

        “Nice shot.” Nadim memuji

Apabila tin sudah di atur di atas tiang kayu itu, kini kami menumpu pula ke arah Nadim, aku menggeleng kepala melihat aksi dia sebelum melepaskan batu ke tin-tin yang sudah tersusun itu.

        “Nadim, jangan kasi malu your cousin !” Che Ah pula berteriak dari tempatnya.
        “I am the best bowler, tin ni kacang je beb…”
        “We’ll see…” Zeti tergelak kecil.

Nadim mengacu lastik dan terus melepaskan batu.

        “Babah ! 6 aje !!! Lagiiiiiiiiiiiii la tak TERROR…” Rizal menjerit suka dan dia terlompat-lompat gelakkan Nadim yang tentunya merasa geram, tidak puas hati dan pelik. Kami semua pun pakat gelakkan Nadim.

        “It’s the wind !”
        “Ya, it’s the wind….” Zeti tersengih memerli, dan mata mereka bertentangan seketika.
        “Ok one more….. Boys arrange the tins please….”

Kali ini Imran pula menyusun tin-tin menjadi piramid.

        “Aunty Zeti , Ready ?”

Zeti mengangguk dan terus mengacu lastik, 10 tin. Imran dan Alisha terus menepuk gembira.

        “Just luck !” Nadim mencebik.

Tanpa di suruh, Rizal terus menyusun dan menanti Nadim pula.

        “Babah ! Babah !” dia terloncat-loncat memberi semangat pada Nadim.

8 tin.

        “Alaaaaaaaaaaaaa…Babah you lost, Aunty Zeti wins ! Too BAD..” Rizal menggeleng kepala dan terus menyusun tin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 10:15 AM | Show all posts
Kamikembali ke meja dan Nadim tergelak-gelak.

        “That was one good game Nadim !”
        “Ala, I saja bagi you menang…”

Zeti mengangkat kening dan aku tergelak.

        “Saja or you’ve lost the skill ?” Zeti memerli selepas puas ketawakan Nadim.

Nadim tersenyum manis dan terus meneguk teh.

        “Best bowler konon…pirah !” Che Ah terus menghentam Nadim.
        “I just let Zet menang, kalau tak her cousin will harras me and ask me to sleep on the couch….”

Aku tolak Nadim yang tersengih-sengih.

        “In any game that involve men and women, we men always bagi chance kat the lady…” sampuk Bad.
        “Yeah…that’s a  good one Bad.” Nadim mengangguk-anguk membuatkan ketiga-tiga kami mencebik tidak setuju langsung.
        “Teruk ! Dah kalah mengaku je lah ….. ” ujar aku sambil menggeleng kepala ke arah Nadim.

Nadim kenyit mata dan kami menyambung minum teh sambil mendengar cerita-cerita panas Che Ah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2010 10:22 AM | Show all posts
tenkiu detox. nah, ambik ni utk ko.
aku rasa kn detox, cte ni mmg x akan habes la. ko buat ala2 sembilu kasih yg ada 2 juta 6 ratus episod tuh
x pn, ala2 gelak khas yg 6 juta episod tuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:22 AM | Show all posts
kelakar betol la rizal nie..
terbayang2 je gaya nyer tue.
comelnyerrrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 10:23 AM | Show all posts
lagi detox.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:25 AM | Show all posts
kelakar betol la rizal nie..
terbayang2 je gaya nyer tue.
comelnyerrrr....
teluki33 Post at 19-3-2010 10:22


kn teluki kn. klu ijal ni betul2 wujud, aku kenyek2 dia. geram
teluki, ko xmo join gathering ke esok?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:25 AM | Show all posts
nadim pandai nak mengelat....hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 10:28 AM | Show all posts
tenkiu detox. nah, ambik ni utk ko.
aku rasa kn detox, cte ni mmg x akan habes la. ko buat ala2 sembilu kasih yg ada 2 juta 6 ratus episod tuh
x pn, ala2 gelak khas yg 6 juta episod tu ...
bunick Post at 19-3-2010 10:22



aku target habis rumah ni, abis la citer ni.....

kalau tak, aku tak leh start ngan citer baru.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 10:28 AM | Show all posts
1311# teluki33

nadim mmg suka mengelat......hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:32 AM | Show all posts
hehehe...betol3x...
lenyek puas2...

bunick, xdapat nak join.
malam ni balik umah makcik, ada hal
rasenye p pun last day kot...hehehe..

leh borong banyak sket sebab msuk gaji..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:33 AM | Show all posts
detox, dah nak abes ker cite nie..
xdapat la nak membayangkan keletah ijal lagi...

tapi ijal tue memang sebijik perangai nadim tang suke garu leher tue...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:39 AM | Show all posts
aku suka tgk Dira jeles..tapi..aku lagi suka tgk kalo Nadim jeles...mesti huru hara....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 10:45 AM | Show all posts
aku target habis rumah ni, abis la citer ni.....

kalau tak, aku tak leh start ngan citer baru.....
detox Post at 19-3-2010 10:28


cte bru ko nih marissa ngan tuah ke detox?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:47 AM | Show all posts
aku suka tgk Dira jeles..tapi..aku lagi suka tgk kalo Nadim jeles...mesti huru hara....
jijah Post at 19-3-2010 10:39


skali jek nadim jeles,  masa ngan datuk ehsan. tu pn terus de tu kna tumbuk ngan nadim.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:48 AM | Show all posts
Ijal ada adik x nanti...
perempuan ke...
geng ngan ensha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2010 10:54 AM | Show all posts
teluki,

kalau ikutkan cerita yang dah lama end ni, (Bercinta Lagi 1), ijal tak de adik dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.073400 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list