CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
 Author| Post time 14-7-2012 11:50 AM | Show all posts
baru selesai baca : bening merah jingga - nazurah
3.5 bintang

secara keseluruhannya, cerita ni tak menyebabkan daku mengeluarkan air mata terlalu banyak seperti karya naz terdahulu. mungkin sbb watak hannan yang ceria tu menceriakan sedikit jalan cerita.

mengisahkan pasal ellina yang dilahirkan tanpa ayah. jadi status dia diragui sama ada dia ni anak luar nikah atau bukan. jadi perhubungan ellina dan ehsan, abang angkat dia tidak direstui oleh ayah ehsan. nasib baik kawan arwah mak ellina ada gambar dengan sedikit info pasal ayah ellina jadi mulalah misi ellina mencari ayah dia. bila jumpa, rupanya ayah ellina ni seorang yang terkenal dan telah menafikan bahawa dia telah bernikah dgn mak ellina.

dalam pencarian ayah ellina, ellina telah berjumpa dgn shahrul. shahrul yg banyak tolong dan minta tolong dgn ellina. hannan pula dikenali sebagai klien di hotel tempat ellina kerja. hannan lak cuba menekel ellina. anak hannan pun suka kt ellina. akhirnya ellina terima hannan. masalah muncul kembali masa mencari wali untuk ellina. nasib baik YB tu setuju untuk jadi wali ellina.

disamping itu, ada masuk watak dalam karya naz terdahulu dgn karya syud. sebab lama tak baca, jadi masa tengah baca tu asik bermain2 di fikiran ' macam pernah ku nampak jer watak2 ni tai kat mana ek '. watak wardah masa mula2 muncul lagi aku konpius tapi bila kt majlis kawen khalida baru dapat recall, tu watak dlm novel BMHS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 09:21 PM | Show all posts
Buku2 JS yg dh d baca:
Pada Angin Ku Berpesan
3 Jantung Hati
Bawah Pohon Sena
Menunggu Hujan
Jula Juli Bintang 7
Kemilau Mutiara Raudah

Stakat ni, X pernah kecewa dgn buku2 keluaran JS
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 11:50 AM | Show all posts
salam.sy br lpas bc Secantik Balqis...cite pasal cinta sejati dr sek ren sampai la kawin.banyak betul rintangan Balqis ni nk dapat bahagia..blh dpt 3.5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 10:39 AM | Show all posts
Reply  iu_peach


imaen ada keluarkan karya baru..
bawah js adiwarna : urusan cinta belum seles ...
mijot Post at 12-7-2012 18:15



owh, btw thank mijot. Ketinggalan keretapi sggh iu nie.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 10:54 AM | Show all posts
urusan cinta belum selesai - Imaen sgt2 best..dh hbs baca. siap dpt t/tangan penulis.dr mula baca lagi dh tersenyum je
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2012 11:21 AM | Show all posts
urusan cinta belum selesai - Imaen sgt2 best..dh hbs baca. siap dpt t/tangan penulis.dr mula baca la ...
detectiveconan Post at 18-7-2012 10:54


wah, jelesnya siap  ader signature imaen lg. Beli kat  website jemari seni ker ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2012 11:36 AM | Show all posts
beli masa kt pesta buku selangor tp klau beli online pun blh dpt t/tangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2012 07:51 PM | Show all posts
tawaran hebat daripada JS

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2012 05:45 PM | Show all posts
tawaran hebat daripada JS
mijot Post at 18-7-2012 19:51




ada yg tak beli baju raya plak thn ni
org lain pakai baju raya
kang ada plak yg baca buku d pagi raya...hihihiii...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 01:37 PM | Show all posts
mijot posted on 18-7-2012 07:51 PM
tawaran hebat daripada JS

wah!!! harus tak dilepaskan!

padahal buku2 JS yg ai beli masa pesta buku aritu pon semua tak dibaca lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 10:49 AM | Show all posts
baju raya tu beli jgk tp x dpt nk beli lebih la sbb nak beli buku2 JS ni. dh la ada novel percuma tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 01:25 PM | Show all posts



Novel Umum Ogos 2012: Kalau Jodoh Tak ke Mana ~ Naurah Iman



Penulis: Naurah Iman
ISBN: 978-967-5118-93-7
Harga: RM23.00 (Sem. Malaysia)/RM26.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 6 Ogos 2012

Apakah ada ruang dan masa untuk kita saling jatuh cinta?

i


Kali pertama berjumpa, hati Sara tersentuh. Entah kenapa lelaki itu sangat menarik di matanya. Tapi bagaimana dia dapat cari lelaki itu lagi? Bengkel kereta tempat pertemuan pertama mereka dia dah tak jumpa di mana!


Namun takdir menemukan mereka lagi. Hatinya terus terpaut. Sayangnya, si dia rupa-rupanya sudah berpunya! Sara kecewa yang amat, tetapi kalau sudah ada jodoh tak ke mana, kan! Lalu berita lelaki itu putus tunang dia raikan dengan membuat keputusan yang jarang-jarang dibuat orang. Biarpun melawan adat, lelaki itu dia akan pinang – tak dapat tidak!


ii

Selepas lima kali tidak jadi berkahwin, Ameer Hakimi sudah serik untuk bertunang lagi. Dia hanya akan berkahwin jika ada orang yang meminangnya. Terlucut saja kata daripada mulutnya, ada wanita yang masuk meminang. Wanita yang tak pernah dia kenal!

Terlanjur sudah terlepas kata, dia menerima juga keputusan keluarga walaupun tidak sepenuh rela. Pada dia, wanita itu harus bijak membuka pintu hatinya kerana dia serik menyerahkan hatinya kepada mana-mana wanita lagi. Rasa percayanya pada wanita sudah terkubur semuanya.

Berjayakah Sara dalam misinya untuk memikat suami sendiri sekiranya cinta lelaki itu pada cinta pertamanya yang kini kunjung kembali?

***

NAURAH IMAN membuktikan Kalau Jodoh Tak ke Mana dalam kisah cinta pelbagai emosi dengan gaya santai yang memikat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 01:25 PM | Show all posts
mcm jalan cite novel jaja din je

Comments

dengan ikhlas A.K!  Post time 27-7-2012 10:51 PM
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 11:59 PM | Show all posts
macam best jep... tak sabar lak ngan ngoder...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 09:14 PM | Show all posts
sementara menunggu berbuka puasa tadi, telah selamat menghabiskan Saya Muslim, Awak Iman - Nur Fizkkmi Satar. TERBAIK!!!! dari penulis baru Jemari Seni.

watak heroin dan hero yg sangat lain dari novel2 yg lain, muslim razin mmg la sangat menjengkelkan iman..iman ni kalau dgn org lain pandai aje menjawab, tp bila dgn razin dia mcm ikut je wlpn hati membara ayat2 penulis sgt mudah dihadam dan lucu bila baca part2 yg kelakar. ada unsur keagamaan dalam novel ini, sesuai utk bacaan remaja dan dewasa. penceritaan sangat bersahsiah sejajar dgn trademark JS

Nur Fizkkmi Satar >> bertambah lg seorg penulis faberet dari JS. tahniah kpd penulis! 5 bintang!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 12:10 PM | Show all posts
Dah baca bab awal 'Kalau Jodoh Tak ke Mana'. mmg superb.mula2 tu ingat sama mcm Jaja & Din jgk,rupanya lain. baru bab awal pun dh excited.x sbr nk tunggu novel ni keluar.setakat ni novel2 JS x penah mengecewakan lagi la. sesapa yg blm baca bab awal blh baca kat sini http://www.jemariseni.com/images ... _Jodoh-bab_awal.pdf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2012 10:49 PM | Show all posts
dah habis baca : secantik balqis - nur sufi

secara keseluruhan, novel ni bagus sebab menerapkan unsur2 islamik.
tapi jalan ceritannya macam drama hindustan dimana heroin tempuh mcm2 derita/halangan sebelum memdapat kebahagian hakiki. rasa mcm baca novel siti rosmizah lak. selepas satu, satu masalah yang melanda heroin.

mungkin bukan minat aku baca jalan cerita yg terlampau banyak sgt halangan/dugaan yg ditempuh hero/heroin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 02:47 PM | Show all posts
Simple review

Nah, Untuk Awak - Nirrosette
Kisah Najiha yang cintanya dikhianati oleh teman lelaki, Ilham dan kawan baiknya sendiri, Dian. Walaupun cuba dilupakan, tapi seperti biasa, bila dalam hati masih tersimpan perasaan sayang, berat untuk dibuang jauh-jauh perasaan itu. Babahnya yang tidak mahu dia terus memikirkan tentang Ilham, merancang percutian untuk Najiha ke Korea. Percutian itu menemukan dia dengan Eid, lelaki yang membuatkan darah Najiha sentiasa naik. Pelbagai perkara berlaku di Korea yang mana tersimpan satu rahsia antara Eid dan babah Najiha. Perginya babah Najiha membuatkan hidupnya berubah. Berubah menjadi lebih baik untuk faedah insan yang disayangi

Ok. Nie novel ke 2 Nir yang aku dah baca. Seperti biasa, Nir tetap menyelitkan skali cara hidup berlandaskan pegangan agama. Perjalanan hidup yang mulanya agak 'asal boleh' berubah menjadi ke arah hidup lebih bermakna. Kalau pendapat aku, bolehlah layan citer nie walaupun ader terasa sedikit boring. Aku tak tau bab mana yang buat aku ada perasaan macam tu. Senang cerita, nak kata best pun tak, tak best pun tak. Tengah2. Adil kan. Hehehehe....


Senyum Sampai Langit - Syasyaja

Aufa jenis yang lebih sukakan percintaan lepas berkahwin. Dia ingin bahagia seperti orang lain. Hidupnya dikelilingi kemewahan tapi bukan itu yang diimpikan. Sikap ayahnya yang lebih mementingkan status diri menjarakkan hubungan mereka anak beranak. Perkahwinannya dengan Aqil, pilihan ibunya menempatkannya di fasa baru. Pelajar dan seorang isteri. Masing-masing sedaya upaya untuk menerima antara satu sama lain. Dalam gembira, ada dukanya. Iskandar sibuk mengejar Aufa. Cynthia pula datang menagih kembali cinta Aqil. Aqil tak pandai memujuk. Aufa pula merasakan Aqil bukan lelaki impiannya. Bila keadaan menjadi semakin baik, ayah yang selama ini mengabaikan isteri dan anak-anaknya, pergi saat kasih sayang yang lama terabai baru mula ingin disemai kembali.

Yang nie pulak nak kata macam mana ek. Senyum jugak kot tapi tak sampai langit lah rasanya. Hehehe... Biasalah kalau tanya pendapat aku, biasa2 jerlah. Sama jugaklah ngan Nah, Untuk Awak!. Nak kata best pun tak, tak best pun tak. Apa2 pun tahniah yek Miss Syasyaja. Jenuh dia ngan Nir nie dok mengerah kepala nak carik idea buat novel kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 08:48 PM | Show all posts


Novel Umum Sep. 2012: Lazuardi ~ Nasz

Penulis: Nasz
ISBN: 978-967-5118-85-2
Harga: RM23.00 (Sem. Malaysia)/RM26.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 3 Sep. 2012

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.


“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...


“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”


‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?


***


NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 09:37 PM | Show all posts
chit_ana posted on 27-8-2012 08:48 PM
Novel Umum Sep. 2012: Lazuardi ~ Nasz

Penulis: Nasz

akhirnya, keluar juga...
lama giler tunggu novel ni dibukukan...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.128113 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list