|
1297# jofizo
yang meninggal ni jurulatih ke pelatih?? |
|
|
|
|
|
|
|
TLDM miliki tiga pasukan kendali kapal selam
Beberapa pelajar Sekolah Kebangsaan TLDM Sepanggar gembira menyambut ketibaan kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman di pangkalan TLDM Sepanggar, dekat Kota Kinabalu, semalam.
KOTA KINABALU 17 Sept. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memiliki tiga pasukan anak kapal yang berupaya mengendalikan kapal selam menjelang penghujung tahun ini.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pada masa ini kumpulan ketiga seramai 32 orang sedang menjalani latihan di Toulon, Perancis.
''Setakat ini kita mempunyai dua set kru yang mampu mengoperasi kedua-dua kapal selam ini. Hasrat TLDM ialah untuk menyediakan tiga set kru kapal selam yang dijangka akan siap dilatih pada penghujung tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis sambutan KD Tunku Abdul Rahman di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar, dekat sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman
Hadir sama, Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali; Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Wilayah Laut Dua, Laksamana Pertama Anuwi Hassan.
Abdul Aziz memberitahu, sebaik sahaja pasukan yang dihantar menjalani latihan sejak empat tahun lalu itu tiba, TLDM akan memiliki kira- kira 96 orang anak kapal yang mampu mengendalikan kapal selam.
Dalam pada itu, beliau berkata, kapal selam kedua negara KD Tun Abdul Razak dijangka tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada April tahun depan.
''Kapal selam kedua akan ditauliah pada penghujung Oktober ini dan dijangka belayar pada Januari depan sebelum dijangka tiba di markas kapal selam Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada April 2010," katanya.
Mengulas mengenai KD Tunku Abdul Rahman yang tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini beliau berkata, pada masa ini pihaknya memberi peluang kepada anak-anak kapal untuk bercuti dan membawa keluarga masing-masing ke pangkalan ini.
Katanya, pada pertengahan Oktober ini kapal selam pertama negara itu akan melakukan ujian ketahanan dan keupayaan di perairan tropika selama kira-kira empat minggu.
Sementara itu katanya, sebagai menghargai sumbangan Pegawai Pemerintah KD Tunku Abdul Rahman, Komander Zulhelmy Ithnin telah menganugerahkan kenaikan pangkat Kepten kepada beliau berkuat kuasa 1 September ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal selam TLDM bukan untuk menakut-nakutkan
MURID Sekolah Kebangsaan TLDM Sepanggar mengibar bendera menyambut ketibaan KD Tunku Abdul Rahman di Markas Angkatan Kapal Selam di Markas Wilayah Laut 2 TLDM di Teluk Sepanggar, dekat Kota Kinabalu, semalam.
KOTA KINABALU: Operasi kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman melengkapi kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memelihara kepentingan Kerajaan Malaysia di Terumbu Layang-layang yang dituntut beberapa negara, sekali gus membolehkan TLDM memelihara kedaulatan wilayah berkenaan.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, menegaskan operasi KD Tunku Abdul Rahman bukan bertujuan menakut-nakutkan atau menimbulkan kebimbangan di kalangan negara jiran atau negara yang menuntut Terumbu Layang-layang, sebaliknya melengkapkan sistem pertahanan laut negara.
"Tanpa Scorpene pun TLDM mampu mempertahankan kepentingan Kerajaan Malaysia di Terumbu Layang-layang. Tidak semestinya tanpa kapal selam, TLDM tidak mampu mempertahankannya.
"TLDM sentiasa bersedia melaksanakan tugas yang diamanahkan Kabinet, termasuk keputusan Kabinet membina kepentingan pangkalan TLDM di Terumbu Layang-layang yang kira-kira 160 batu nautika ke barat laut Sabah ini," katanya pada sidang media selepas majlis menyambut ketibaan KD Tunku Abdul Rahman di Markas Angkatan Kapal Selam yang terletak dalam Markas Laut 2 TLDM, di Teluk Sepanggar, dekat sini semalam.
Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohd Nordin Ali; Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamaruzaman Ahmad Badaruddin; Panglima Markas Wilayah Laut 2, Laksamana Pertama Anuwi Hassan serta Penguasa Operasi Kapal Selam, Laksamana Kedua Mohd Roslan Omar.
Ketika melawat Terumbu Layang-layang pada Ogos tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan, dilaporkan berkata, kehadiran TLDM di wilayah berkenaan penting bagi membuktikan kewujudan pihak berkuasa Malaysia terutama jika tuntutan terhadap wilayah itu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Mengenai operasi KD Tunku Abdul Rahman di markas berkenaan, Abdul Aziz berkata, Markas Angkatan Kapal Selam akan mewujudkan dua lagi kumpulan anak kapal selam, masing-masing dianggotai 32 pegawai dan anak kapal menjelang hujung tahun depan.
Selain 32 pegawai dan anak kapal KD Tunku Abdul Rahman yang sedia ada, dua lagi kumpulan pegawai dan anak kapal selam sedang dilatih untuk ditugaskan dalam kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak yang dijangka dibawa pulang dari Sepanyol ke Malaysia Januari depan.
Abdul Aziz juga mengumumkan kenaikan pangkat Pegawai Memerintah KD Tunku Abdul Rahman, Komander Zulhelmy Ithnain kepada Kapten berikutan kejayaan beliau memimpin pegawai dan anak kapal membawa pulang kapal selam berkenaan dari Toulon, Perancis sejak ia memulakan pelayaran pada 11 Julai lalu.
Kapal selam berkenaan singgah di Pelabuhan Jeddah, Djibouti, Cochin sebelum tiba di Pangkalan TLDM Pulau Indah, Klang pada 3 September lalu.
KD Tunku Abdul Rahman kemudiannya belayar ke Pangkalan TLDM Lumut pada 5 September lalu sebelum meneruskan pelayaran ke Markas Angkatan Kapal Selam, di sini semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Scorpene boost for the navy
KOTA KINABALU: The arrival of Malaysia’s first submarine KD Tunku Abdul Rahman to its home base here will give a boost to the navy in patrolling the sea borders in the country.
“The presence of the Scorpene submarine is a deterrent for would-be perpetrators. It is an insurance factor in our defence system. It will be a force to be reckoned with,” Royal Malaysian Navy chief Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said.
“It’s not that we are unable to defend our country without it but with it, our enemies would think two or three times before they act against us,” he said, as the French-made vessel arrived at the Sepanggar naval base here yesterday morning.
The ceremony was graced by the Yang di-Pertua Negri Tun Ahmadshah Abdullah and Chief Minister Datuk Musa Aman, besides top military and state dignitaries.
Navy’s pride: KD Tunku Abdul Rahman docking at the Sepanggar naval base Thursday.
The Scorpene submarine with its 32-member crew headed by Kept Zulhelmy Ithnain had completed a 8,537-nautical-mile journey in 54 days from Toulon in France to Kota Kinabalu after five stopovers, including in Lumut.
“It is historical for us as our submarine has finally reached home (base) for the first time,” he said, adding that it took seven days for its journey from Lumut to here.
The crew of KD Tunku Abdul Rahman, he said, would be given about three to four weeks off to spend time with their families before the submarine undergoes test runs in tropical waters and other missions.
On whether the submarine would be used in areas where there were overlapping claims between Malaysia and other countries, Laksamana Abdul Aziz said they would keenly protect Malaysian waters including areas like Turumbu Layang Layang, about 150 nautical miles off Kota Kinabalu.
To a question about overlapping claims for Ambalat, the admiral said both nations were in discussions and there was no necessity for any quarters to blow the matter out of proportion as he was confident that an amicable solution would be reached. |
|
|
|
|
|
|
|
Test run in home waters next
2009/09/18
Roy Goh
KOTA KINABALU: The country's first submarine, the KD Tunku Abdul Rahman, arrived at its home port here yesterday.
Based at the Kota Kinabalu naval base in Sepanggar Bay, 35km from here, Royal Ma-laysian Navy chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said its first mission would be a test run in tropical waters within the country next month.
"We will give three to four weeks for all 32 crew members to get settled here with their families as this will be their new home before we go on missions," he said.
In December, the submarine, a French-made SSK Scorpene, will take part in this year's Langkawi International Maritime and Aero-space Exhibition, better known as Lima 2009.
Children welcoming the submarine KD Tunku Abdul Rahman on its arrival at the Kota Kinabalu naval base in Sepanggar Bay.
Children welcoming the submarine KD Tunku Abdul Rahman on its arrival at the Kota Kinabalu naval base in Sepanggar Bay.
Aziz said the vessel, which is equipped with torpedoes, missiles and mines, is an important "insurance factor in our defence system".
"It's not that we are unable to defend our country without it, but with it, enemies would think two or three times before they act against us."
Sabah Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman were among those present to welcome the crew of the submarine in a ceremony held at the submarine headquarters at the naval base.
The unit will be headed by Submarine Operations Command First Admiral Mohammad Rosland Omar.
En route to Sepanggar, the submarine, skippered by newly promoted Captain Zulhelmy Ithnain, travelled 15,810km in 54 days with five port stops in Toulon in southern France, Djibouti in Djibouti, Jeddah in Saudi Arabia, Cochin in India and Lumut in Perak.
The crew stopped for four days in each of the ports before continuing their journey home, he said. From Lumut, the submarine took seven days to reach here.
The vessel is one of the two ordered by the navy in a RM3.4 billion deal with Armaris of France and Navantia of Spain.
The second submarine, KD Tun Razak, is expected to arrive in Malaysia in April.
Skipper made a captain
KOTA KINABALU: Described as the heartbeat of the first Malaysian submarine, skipper Zulhelmy Ithnain has been promoted to the rank of captain.
Captain Zulhelmy Ithnain getting his epaulet pinned on his uniform by Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Captain Zulhelmy Ithnain getting his epaulet pinned on his uniform by Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
On his arrival at the Kota Kinabalu naval base in Sepanggar after a 54-day journey from Toulon, France, Zulhelmy received his new rank from Royal Malaysian Navy chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
"He deserves the promotion because Zulhelmy has been an inspiration to his crew members and the navy itself in taking the lead to bring the submarine to its home base here.
"It has been a long journey of four years from the time they left for France to start learning how to operate the vessel," he said of Zulhelmy's promotion from the rank of commander, adding that the rest of the crew had also been given special incentives since 2007.
Zulhelmy, 42, a tall figure who stood out among the rest of the crew with his stubby looks, is a surface warfare specialist with 24 years' of service in the navy.
Meanwhile, lone Sabahan Chief Petty Officer Jerry Koyoh, 34, who missed three Christmas and Kaamatan celebrations at home in Mandap, Kota Belud, is looking forward to be closer to his wife, Elvita Harnod Liging, whom he married last year.
He said it had been a challenging assignment since he left for France at the end of 2005, but added that the experience had been well worth it.
"It has taught me teamwork and responsibility as each of us has a role to play and one slight mistake can lead to serious consequences.
"As for my private life, I have to make it up with my wife who I could only contact through the Internet or by SMS.
"I am fortunate that I got married to a very patient woman," he said of Elvita, a teacher in Kota Marudu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tabah demi tugas
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]
Anak kapal KM Bijak yang mengawal perairan laut Sarawak beroperasi tanpa mengira waktu dan sentiasa bersiap sedia walaupun terpaksa mengetepikan kepentigan diri demi negara.
30 anak kapal APMM sambut Ramadan, Aidilfitri di perairan
KUCHING: Demi tugas untuk negara, 30 anak kapal KM Bijak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak, terpaksa berpuasa jauh daripada keluarga sepanjang Ramadan untuk meneruskan tugas rondaan mereka di perairan negara.
Bukan sedikit pengorbanan mereka bagi memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli mana-mana pihak yang setiap waktu mencuri peluang memasuki kawasan Malaysia bagi mengaut khazanah milik negara.
Berikutan itu, APMM terpaksa melancarkan Operasi Jerung Hitam di kawasan Zon Eksklusif Ekonomi Malaysia di sekitar perairan Laut Cina Selatan yang kerap dicerobohi nelayan asing, termasuk ketika Ramadan.
Bagi anak kapal KM Bijak, bertugas di perbatasan negara di Sarawak yang bermula dari sempadan Malaysia-Indonesia berdekatan Tanjung Datu, Semantan, sehingga sejauh lebih 300 batu nautika ke utara sehingga sempadan Malaysia-Brunei adalah tugas yang terpaksa dilakukan saban hari.
Ramadan bagi mereka hanya sebahagian cabaran walaupun jauh di sudut hati terdetik keseronokan berbuka puasa bersama keluarga atau kepada yang masih bujang, menikmati juadah istimewa dengan ibu dan ayah adalah saat menyeronokkan.
MAJLIS berbuka puasa di atas kapal tidak semeriah ketika bersama keluarga di kampung.
Bagi Leftenan Mohd Affandi Ismail, 28, berpuasa di atas kapal memang berbeza, namun keseronokan berkumpul ketika berbuka bersama anak kapal banyak mengubat kerinduan kepada keluarga di kampung.
Beliau yang kali pertama berpuasa di atas kapal selepas menyertai APMM hampir dua tahun lalu, berkata walau sesibuk mana sekalipun dia akan meluangkan masa pulang bertemu ibu dan ayah di kampung ketika Ramadan.
"Ramadan ini, saya langsung tidak dapat menjenguk keluarga di kampung selepas mula bertugas di Sarawak dua bulan yang lalu dan kami juga dijangka menyambut Aidilfitri di atas kapal.
"Keriuhan berbuka puasa bersama anak kapal yang lain sedikit sebanyak dapat mengubat rindu kepada keluarga kerana kami di sini seolah-olah keluarga besar yang bekerja dan melakukan banyak perkara bersama," katanya ketika ditemui Berita Harian.
Affandi yang berasal dari Alor Setar, Kedah, berkata ibunya adalah orang yang paling sibuk menyiapkan juadah berbuka setiap hari dengan dia akan membantu menyiapkan meja serta mengangkat hidangan.
"Itu kenangan ketika saya masih bersekolah namun selepas menyambung pelajaran dan bekerja, cara menyambut Ramadan juga berbeza kerana sebagai orang bujang ia hanya dilakukan secara ala kadar," katanya.
Laskar Kelas Dua Rosmadi Abdullah, 21, berkata dia tidak menyangka sama sekali diarah bertugas jauh daripada keluarga selepas menamatkan latihan asas anggota APMM pada penghujung tahun lalu.
"Buat kali dalam hidup saya terpaksa menyambut Ramadan dan Aidilfitri jauh daripada keluarga di kampung. Namun, sebagai anggota pasukan keselamatan ia akan menjadi perkara biasa.
"Hanya telefon dan kiriman kad ucapan menjadi pengubat rindu dengan keluarga juga faham dengan tugas saya sebagai anggota pasukan keselamatan yang terpaksa bertugas pada bila-bila masa," katanya yang berasal dari Kemaman, Terengganu.
Dalam kecekalan hati anggota APMM berkenaan, tersembunyi di hati mereka keinginan mahu bersama keluarga ketika takbir pagi Aidilfitri selepas terpaksa meredah laut sepanjang Ramadan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
TLDM wujud tiga kumpulan krew kapal selam akhir tahun
KOTA KINABALU - Hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menyediakan tiga set krew kapal selam dijangka tercapai menjelang penghujung tahun ini, kata Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Katanya, setakat ini TLDM sudahpun mempunyai dua kumpulan krew yang terlatih dan mampu mengendali kapal selam termasuk krew kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.
"Kumpulan krew terakhir akan siap dilatih menjelang akhir tahun ini. Satu krew ada 32 orang, jadi keseluruhannya kita ada 96 orang krew kapal selam.
"Mereka terdiri daripada kumpulan pertama yang dilatih di Toulon, Perancis sejak empat tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan KD Tunku Abdul Rahman di pangkalan TLDM di Sepanggar dekat sini semalam.
Ketibaan kapal selam itu pada 9 pagi disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman.
Sempena majlis itu juga diadakan upacara pemakaian pangkat kepada Pegawai Memerintah KD Tunku Abdul Rahman, Komander Zulhelmey Ithnain daripada Komander ke Kapten yang berkuat kuasa 1 September lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertugas di laut biru pada Hari Raya
Oleh NOREHAN SALLEH
KUANTAN: Sabtu lepas ketika kebanyakan umat Islam sibuk bersiap menyambut ketibaan Aidilfitri keesokannya, 70 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pengkalan Tanjung Gelang Kuantan pula sudah bersedia memulakan tugas menjaga perairan negara.
Selama sembilan hari mulai hari itu, mereka berada di laut ketika kegembiraan berhari raya diraikan kaum keluarga dan dikongsi rakyat pelbagai kaum.
CUBA WUJUDKAN SUASANA HARI RAYA
Pegawai Penguasa TLDM Pengkalan itu, Komander Ismail Othman ketika ditemui berkata walaupun terpaksa berhari raya di atas kapal, namun beliau cuba wujudkan suasana Hari Raya sesama mereka.
Lemang tetap dibakar, ketupat nasi dan daun palas dimasak dan dihidangkan bersama makanan lain di atas kapal, kata Ismail selaku Kapten KD Perak.
Jika di rumah ada anggota pasukan itu yang membantu isteri atau ibu memasang langsir, di atas kapal, mereka bekerjasama memasang lampu neon supaya kapal itu tidak sepi, sebaliknya kemeriahan menyambut lebaran tetap dirasakan.
Pada pagi raya, sembahyang Aidilfitri dan bertakbir di atas dek kapal tetap diadakan dan selepas itu mereka bermaaf-maafan sebelum Ismail menjadi "bapa" memberikan petugasnya duit raya.
BAJU RAYA DITEMPAH ISTERI PENGUBAT RINDU
Bagi Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 31, dari Hulu Bernam, Selangor, ini merupakan pertama kali beliau terpaksa meninggalkan isteri dan dua anak, berusia 2 dan 4 tahun, kerana bertugas menjaga perairan negara.
Katanya sepasang baju Melayu yang ditempah isterinya dibawa bersama ke atas kapal untuk dipakai pada pagi raya.
"Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya namun demi tugas saya akur dan saya akan memakai baju raya yang ditempah isteri bagi menghilangkan kerinduan," katanya.
Beliau berkata walaupun terpaksa beraya di perairan, namun beliau bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang memahami dan "satu kepala".
TIDAK BERAYA BERSAMA ANAK
Laska Kelas 1, Mastamrin Awang Zawawi, 27, dari Sarawak pula berkata beliau sedikit terkilan kerana tidak berpeluang beraya bersama anaknya yang baru berusia dua tahun.
"Ini kali kedua saya bertugas di perairan selepas tahun 2003. Namun ini merupakan pertama kali tidak dapat berhari Raya bersama anak sulung.
"Memanglah sedih namun terpaksa menerimanya kerana tugas dan mujurlah isteri memahami," katanya.
Namun, perasaan itu berlainan pula dengan Laska Kanan Komunikasi Radio Hanis Mohd Hussin, 30, dari Miri, Sarawak kerana perasaan sedih bertugas pada Hari Raya telah terhakis dalam dirinya.
"Saya sudah berkhidmat selama 12 tahun dan perkara seperti ini sudah biasa saya lalui. Pengalaman beraya bersama rakan-rakan juga sebenarnya merupakan kenangan manis dalam hidup saya," katanya.
Bintara Muda Ahmad Nadzull Fasya Mohd Najib, 29, pula walaupun sudah tiga kali beraya di atas kapal, namun katanya, perasaan sedih itu tetap hadir terutama pada pagi Hari Raya.
"Memang sedih kerana tidak dapat mencium tangan kedua-dua ibu bapa untuk memohon maaf di pagi raya," katanya yang berasal dari Jitra Kedah.
Apapun demi tugas, perasaan sayu ketika mendengar takbir Raya harus dipendam, kata Pegawai Waran 1 Aromi Ahmad, 37, dari Tanjung Malim.
Anak dan isteri yang ditinggalkan, sudah memahami tugas beliau, yang kali ini masuk kali ketiga berhari Raya di atas kapal.
Tabik kepada barisan perwira di atas kapal KD Perak ini kerana pengorbanan mereka membolehkan berjuta rakyat bergembira meraikan Aidilfitri dalam suasana aman dan keselamatan yang terjamin. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Memori pahit tak luput
Oleh Suhana Roslan
Bekas anggota polis yang berkhidmat ketika zaman komunis, dari kiri; Mean Abu Bakar, 76, Talib Hakim, 78, Utok, Musa, dan Mustafa Othman, 76, bercerita pengalaman masing-masing pada sidang media di Persatuan Bekas Polis Malaysia, baru-baru ini.
Bekas polis zaman darurat masih terbayang percikan daging rakan ditembak komunis
SEORANG bekas polis zaman darurat masih terbayang dan terbau cebisan daging rakan karibnya yang terpercik ke seluruh badan akibat terkena tembakan komunis. Bagaimanapun, memori pahit itu membuatkan Utok Kandar, 76, menadah tangan sebagai tanda syukur kerana masih mampu lagi untuk membuka mata sehingga ke hari ini.
Cebisan daging rakannya itu serta darah berlumuran di badan sebenarnya adalah 'penyelamat' kerana komunis menyangka beliau sudah mati kerana hanya bertindak mendiamkan diri sambil terbaring.
Utok berkata, itu pengalaman yang tidak mungkin lenyap daripada ingatannya kerana pada hari kejadian dia serta rakan baiknya baru pulang dari mengambil gaji di Bandar Segamat, Johor, sebelum sekumpulan pengganas komunis menyerang hendap dan membunuh rakannya itu.
"Saya bernasib baik kerana jip yang dinaiki terbalik menyebabkan saya terkeluar manakala rakan yang memandu jip berkenaan sudah terkulai akibat terkena tembakan.
“Kami hanya bersenjatakan pistol dan tidak mampu melawan kerana bilangan komunis berkenaan ramai. Apa yang termampu dilakukan pada saat itu hanya berpura-pura mati,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), baru-baru ini.
LIMA jari Utok terpaksa dipotong untuk membuang serpihan peluru.
Utok juga tidak menafikan dirinya agak kebal selepas lebih 30 tahun tidak menyedari ada serpihan peluru tertanam di dalam tangannya.
“Saya sering rasa seram sejuk malah boleh dikatakan seminggu dua kali saya akan demam, tetapi kalau pergi jumpa doktor, doktor kata saya sihat.
“Bayangkan perkara itu berlanjutan selama 30 tahun, saya nekad meminta doktor periksa betul-betul. Akhirnya, mereka mengesan ada serpihan peluru tembaga berwarna hitam tertanam pada tangan kanan,” katanya.
Berikutan itu, doktor menasihatkan beliau menjalani pembedahan dengan membuang lima jarinya bagi mengeluarkan peluru itu.
Mus a menunjukkan pingat diperolehnya ketika bertugas dalam unit Jungle Scot pada zaman komunis.
Beliau kini berkhidmat sebagai tukang urut di Kampung Sepadan, Pahang menghabiskan sisa-sisa hidup bersama dua anak, 21 cucu dan lapan cicit.
Seorang lagi pejuang, Musa Khamis, 99, berkata sepanjang perkhidmatannya pada zaman darurat, dia pernah menembak mati 14 pengganas komunis.
"Tempat pertempuran ketika itu di Sungai Siput, Perak dan saya masih ingat lagi saya berjaya menembak tiga komunis Melayu, tiga India serta lapan Cina.
"Pihak komunis pada masa itu pula bukan sedikit mereka berjumlah 50 orang manakala kami hanya lapan orang. Malangnya, tujuh daripada mereka mati ditembak dan hanya saya seorang yang selamat," katanya yang berasal dari Perak.
Musa berkata, kerana kejayaan itu beliau diberi penghormatan untuk terbang ke England bagi menghadiri majlis penganugerahan pingat yang disampaikan sendiri oleh Ratu Elizabeth pada 2 Jun 1953.
Sementara itu, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) meminta kerajaan mempercepatkan pembayaran pencen bulanan kepada 60,000 bekas pejuang zaman darurat di seluruh Malaysia.
Setiausahanya, Mohd Hanafiah Abd Manap, berkata bayaran itu sebagai menghargai jasa mereka dalam mempertahankan negara pada zaman darurat antara 1948 hingga 1960 sehingga ada antara rakan serta saudara mara terkorban menentang komunis.
"Sudah dua kali persatuan berjumpa dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bahagian pasca pencen bagi membincangkan masalah isu. Ia mendapat sambutan positif daripada pihak atasan dan kami bercadang membayar antara RM360 hingga RM500 sebulan kepada mereka,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
PM mahu aset ATM mampu perkukuh kawalan keselamatan
PUTRAJAYA: Keperluan dan kekukuhan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu ditingkatkan bagi memastikan kawalan keselamatan keseluruhan negara berada pada tahap yang optimum, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Beliau berkata, amanat itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau mengadakan kunjungan hormatnya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Azizan berkata, Perdana Menteri juga melahirkan harapan untuk melihat barisan pertahanan negara dibentengi oleh angkatan tentera yang komited dan memiliki aset yang berkeupayaan untuk menangkis sebarang ancaman dari luar.
"Beliau juga mahu supaya anggotaanggota tentera bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras dan membasmi sebarang ancaman yang datang dari dalam negara," katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat itu.
Mengulas lanjut Azizan berkata pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai pengurusan aset dan pembangunan infrastruktur ATM serta pelaksanaan beberapa perancangan keupayaan aset yang dimiliki.
"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri berhubung beberapa panduan kita untuk membangunkan keupayaan ATM, asetaset perangnya berpandukan kepada dokumen 4DMAF (4DMAF ialah Agenda Utama Adalah Untuk Merealisasikan Transformasi ATM). Kita hanya akan menggunakan dokumen ini sebagai landasan kepada pembangunan keupayaan ATM," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai laporan sebuah blog yang mendakwa batalion Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (UNIFIL) Malaysia di Lubnan memerlukan kereta perisai baru pada kadar segera, Azizan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.
"Saya harus meneliti laporan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan," katanya.
Laporan laman blog itu menyebut bahawa pasukan Malaysia yang bernaung di bawah panjipanji UNIFIL di Lubnan memerlukan kereta perisai baru bagi menggantikan kereta perisai sedia ada.
Penulis blog itu mendakwa, kereta perisai pasukan Malaysia jenis Condor itu kini dalam keadaan yang amat uzur dan ATM difahamkan akan menggantikan kenderaan tersebut beberapa bulan lagi. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Sathiyaseelan pilih polis dari jurutera
Oleh TAN MING WAI
Sathiyaseelan mengimbas kembali detik cemas menembak mati seorang penjenayah.
Calon minggu ini adalah seorang jejaka kaum India yang usianya baru mencecah 30 tahun. Memiliki ketinggian 175 sentimeter, beliau tampak segak apabila mengenakan pakaian seragam polis.
Tidak keterlaluan jika dikatakan beliau salah seorang pegawai polis yang tampan seperti mana boleh dilihat di dalam filem-filem aksi Bollywood.
Ketika diajukan perkara itu, Inspektor M. Sathiyaseelan yang bertugas sebagai Pegawai Operasi Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur hanya tersenyum.
Namun, katanya, beliau bukan pelakon tetapi berhadapan dengan cabaran realiti dunia sebenar yang jika berlaku kesilapan boleh membawa kematian.
Perkara itu ada kebenarannya apabila Sathiyaseelan mengimbas peristiwa yang menimpa dirinya, kira-kira setahun lalu, pada 25 September 2008.
Ketika itu, beliau yang bertugas di cawangan jenayah berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak terlibat dalam operasi menyerbu markas kumpulan penjenayah warga asing.
"Saya masih ingat serbuan itu bersama enam anggota D9 yang lain dilakukan kira-kira pukul 8 malam di sebuah banglo di atas bukit dekat Jalan Rambungan, Matang, Kuching.
"Namun malangnya dalam operasi yang diketuai oleh Cif Inspektor Zulkarnain Abdullah itu, kami terserempak dengan lima suspek tersebut sebelum sempat sampai ke banglo terbabit.
"Ketika itu, kesemua suspek dipercayai baru keluar dari banglo tersebut," katanya serius.
Beliau berkata, malah kesemua suspek yang bersenjatakan sepucuk pistol dan beberapa bilah parang berjala seperti biasa semasa mereka bertemu.
"Zulkarnain kemudian bertindak pantas dan menghampiri mereka sebelum mengarahkan kumpulan itu berhenti. Dia lantas memperkenalkan diri sebagai pasukan polis.
"Dalam keadaan panik, seorang daripada mereka terus mengacukan pistol manakala dua lagi yang berparang meluru ke arah kami," katanya serius.
Katanya, mujurlah pasukan polis telah terlebih dahulu bersiap-sedia dan Zulkarnain terus melepaskan tembakan lalu membunuh suspek berpistol itu.
Beliau berkata, empat lagi anggota kumpulan tersebut berpecah lalu melarikan diri ke kawasan kebun. Secara spontan, Sathiyaseelan bersama anggota lain terus berpecah dan mengejar suspek-suspek berkenaan.
Beliau kemudian berjaya menjejaki salah seorang suspek tersebut dan berhadapan dengannya secara 'satu lawan satu'.
Tanpa berselindung beliau mengakui detik itu sangat mencemaskan dirinya apatah lagi berhadapan dengan seorang penjenayah yang cukup ganas.
"Saya mengejarnya sehingga menemui jalan buntu kerana di hadapannya gaung. Mengetahui dia tidak dapat lagi lari, saya jerit 'Letakkan senjata dan lebih baik kamu serah diri'.
"Namun penjenayah itu enggan berbuat demikian sebaliknya menyerangnya dengan parang. Ekoran itu, saya tiada pilihan lain lalu menembak matinya," katanya.
Sathiyaseelan memberitahu, insiden berkenaan adalah kali pertama dalam sejarah hidupnya menembak mati penjenayah.
Katanya, pengalaman yang dilaluinya pada malam itu, menjadikannya dirinya matang dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya.
Beberapa bulan kemudian, Sathiyaseelan menyertai sekali lagi operasi bersama sepasukan polis cawangan D9 dan menembak mati lima suspek di Kampung Baru, Kota Samarahan.
Menceritakan kisah hidupnya, Sathiyaseelan yang dilahirkan pada 13 Januari 1979 di Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak, Pahang adalah anak kedua daripada lima beradik. Bapanya ialah seorang peneroka Felda.
Dengan berbekalkan segulung Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Port Dickson, beliau yang masih bujang itu boleh memilih kerjaya sebagai jurutera.
Sekali gus mengelakkan diri dari menempuh kehidupan berliku sebagai pegawai polis. Namun itu tidak menghalangnya untuk menjadi pegawai polis.
Ditanya faktor mendorongnya menyarung pakaian seragam Sang Saka Biru itu, katanya :
"Ia berlaku secara tiba-tiba, inspirasi datang dari filem dan rancangan televisyen yang berunsurkan kepolisan.
"Kedua-dua ibu-bapa tidak menghalang kehendak saya, malah memberikan sokongan penuh. Mereka berbangga kerana selain saya, tiada lagi ahli keluarga tidak kira jauh atau dekat berada dalam pasukan polis," jelasnya.
Berikutan itu, Sathiyaseelan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Disember 2004. Setelah setahun menjalani latihan, beliau dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan ditugaskan sebagai pegawai penyiasat D9.
Pada 2007, beliau ditukarkan ke cawangan D9 sehinggalah pulang ke ibu negara pada 16 April lalu untuk menjawat jawatan kini iaitu sebagai Pegawai Operasi Cawangan D7 di IPD Sentul.
Mengenai idola dalam pasukan PDRM, beliau menjadikan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan sebagai inspirasi dalam kerjayanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Md. Dali tidak beraya bersama keluarga sejak 1978
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
ASP Md. Dali Wahid bersama anaknya, Munirah (dari kanan), isterinya, Norizam dan anak sulungnya, Noor Ellysyafina (kiri ) yang mendukung cucunya, Batrisya pada majlis konvokesyen di Maktab PDRM Cheras.
Di saat takbir malam Hari Raya Aidilfitri bergema, ketika itulah perasaan seorang pegawai polis ini akan tersentuh hatinya. Manakan tidak, saban tahun beliau terpaksa bertugas sempena hari lebaran itu.
Namun apakan daya, itulah terpaksa dilalui oleh Asisten Supritendan (ASP) Md. Dali Wahid sejak 31 tahun lalu yang bertugas sebagai ASP Penguatkuasaan/Ops lebuh raya trafik zon utara, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Secara jujur, sejak lebih 30 tahun bertugas sebagai anggota dan pegawai polis saya tidak pernah mengambil cuti raya. Bagaimanapun saya tidak pernah kesal.
"Dalam tempoh itu saya tetap seronok beraya dengan keluarga besar kami iaitu kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut bertugas," katanya yang berusia 51 itu sambil melemparkan senyuman.
Menurutnya yang juga ketua jurulatih pasukan bola sepak PDRM itu, beliau terpaksa berkorban untuk bertugas di setiap musim perayaan kerana bidang tugas dan tanggungjawabnya itu dalam menjaga aliran trafik.
Ini termasuklah bagi memastikan operasi yang dijalankan oleh PDRM khususnya Ops Sikap dijayakan dengan berkesan bagi memastikan semua pengguna jalan raya dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat.
Beliau berkata, oleh itu dia akan hanya beraya bersama keluarganya selepas mengambil cuti pada penghujung raya.
"Dua anak dan isteri saya turut tidak pulang ke kampung sebaliknya mereka tetap menunggu sehingga saya mendapat cuti walaupun lepas musim raya.
"Dalam hal ini, saya berbangga kerana isteri dan anak-anak sanggup bersabar dan memahami tugas saya," ujarnya.
Tambahnya, bagi Hari Raya Aidilfitri kali ini dia masih bertugas seperti sebelum ini dan beraya bersama anggota lain.
Menurutnya, itulah senario kerjaya sebagai seorang polis yang memerlukan pengorbanan terutama dari segi masa bersama keluarga.
Dalam pertemuan itu, Md. Dali turut berkongsi pengalaman tidak dapat dilupakan sepanjang kerjayanya sebagai anggota polis apabila pistolnya dirampas seorang suspek warga asing kes samun dalam satu pergelutan.
Dalam kejadian pada 1 Januari 1990 itu, beliau yang bertugas sebagai detektif menyerbu sebuah pondok di ladang kelapa sawit di Temerloh bersama seorang rakannya.
"Dalam serbuan itu, telah berlaku pergelutan antara dua suspek berkenaan dengan kami. Salah seorang suspek tersebut kemudian merentap pistol saya sehingga terputus rantai senjata itu.
"Apabila saya cuba mendapatkan semula senjata itu, suspek melarikan diri ke hutan berdekatan," ceritanya yang juga Instruktor Kejurulatihan dan ahli jawatan kuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Beliau berkata, seorang lagi suspek itu bagaimanapun berjaya diberkas selepas cedera di kaki apabila ditembak oleh rakannya tersebut.
"Itulah kejadian mencemaskan dan mujur suspek tidak bertindak lebih jauh dengan melepaskan tembakan," katanya serius.
Md. Dali dari sebuah keluarga sederhana menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Belana, sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau terpilih mengikuti latihan asas sebagai konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, pada 1978.
Beliau kemudiannya ditugaskan sebagai konstabel di Cawangan Tugas Am, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis sebelum diberi tanggungjawab memegang jawatan detektif jenayah.
Selepas 13 tahun sebagai detektif, beliau kemudian dinaikkan pangkat kepada Inspektor Pentadbiran/Tatatertib, Skuadron 9 Perisai, Briged Tenggara di Kuantan
Biarpun telah berkhidmat selama 19 tahun, beliau ternyata tidak pernah jemu dengan kerjayanya itu apabila melanjutkan pelajaran di peringkat Pengajian Sains Siasatan di Maktab PDRM Cheras.
Berbekalkan kecemerlangan, pengalaman dan kelayakan pengajian, beliau telah dinaikkan pangkat kepada ASP.
Md. Dali bertemu jodoh dengan Norizam Mohd. Din, 51, seorang suri rumah pada 1 Februari 1981 dan dikurniakan dua anak perempuan, Nor Ellysyafina, 28, dan Nor Munira, 24.
"Saya berasa bertuah kerana isteri dan anak-anak sentiasa memahami situasi pekerjaan selama ini dan tidak pernah menyoal apa yang ditugaskan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuesday September 29, 2009
Defence varsity looking for permanent campus
KUANTAN: The Pahang government is looking for a suitable site for the National Defence University Malaysia’s (UPNM) permanent campus in Kuantan.
Penor, currently used by the Royal Malaysian Air Force as its target area for bombing exercises, has been mentioned as a possible location, said Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
He added that the project was approved some time ago when Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was Defence Minister.
“He (Najib) told me that the university would be built in Pahang,” he said. “We have to be meticulous in our site search as all three branches of the armed forces - army, navy and air force - are involved,” Adnan told reporters after closing a Chinese cultural and arts show in a shopping mall here on Sunday.
On Saturday, Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah said that Pahang would have its second university when the UPNM permanent campus had been built in Kuantan under the 10th Malaysia Plan.
Saifuddin said Kuantan was selected because it had the defence logistics required for the university.
Adnan said the most appropriate site would be one that fronted the sea, but such locations were limited in Kuantan as many had already been taken up by resorts and hotels.
UPNM has a temporary campus at the Sungai Besi Camp in Kuala Lumpur, with 1,500 students pursuing courses in engineering, science and technology as well as defence management studies.
The university aims to enrol 5,000 students for the new campus in Kuantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Defence varsity may get seaside campus
KUANTAN: The National Defence University Malaysia (UPNM) may have its permanent campus in the coastal area here, said Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
He said the seafront location would be ideal for the campus since it would house various units in the Defence Department, which includes the navy, air force and the army.
Adnan, however, said the state government had yet to finalise the site even though there was a possibility that it would be near the Penor shooting range in Pantai Sepat.
The facility, which is about 15km from here, is currently being used by the Royal Malaysian Air Force for their shooting and bombing training.
Adnan said the construction of the UPNM campus would help boost the economy in the state and would have a spill over effects to the surrounding areas.
"We have suitable locations which can be offered to the university," he said after closing a lantern festival at the East Coast Mall here on Sunday.
The UPNM permanent campus, with a capacity of 5,000 students, is expected to be completed under the 10th Malaysia Plan.
The new campus will cover an area of 400ha.
Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah was reported as saying that the ministry had already made the proposal to the state government and was confident that it could get the land soon.
The Malaysia Armed Forces Academy or Atma was upgraded to UPNM in 2006.
The academy's main objective is to train military and civilian through multi-disciplinary programmes as well as in research.
The university currently operates at its temporary campus in the Sungai Besi camp in Kuala Lumpur and has about 1,500 students.
On the lantern festival, Adnan said the function, organised by the Malaysian Chinese Cultural Society Pahang branch, had managed to collect RM76,000 in donation.
Part of the money will be donated to haemodialysis centres here. |
|
|
|
|
|
|
|
Wednesday September 30, 2009
PD now known as Army Town
By ZULKIFLI ABD RAHMAN
PORT DICKSON: This popular beach resort will be known as “Port Dickson — Army Town” in recognition of the services of the army in defending the country.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who made the announcement, said that as a beachfront town, Port Dickson also housed a large concentration of army camps and training centres, which had produced many recruits.
“The armed forces, especially the army, has made a lot of sacrifices for the sake of national peace. The new term Army Town should be given to Port Dickson, which houses tens of thousands of army personnel,” he said at the Hari Raya gathering at the Army Basic Training Centre (Pusasda) headquarters here yesterday.
Najib said the Government would implement a number of major development projects for the army in Port Dickson, to make the name Army Town more meaningful.
He called on Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and the top brass in the army to provide ideas on how to develop the Army Town.
Najib said historically, as the largest partner in the armed forces, the army had carried out their duties well and exhibited professionalism in fighting off the threat of the communist terrorists and the Confrontation.
He reminded the people that the threat of communist terrorism still existed in countries such as the Philippines and Nepal, adding that the Government appreciated the army’s duties. Najib said he had been Defence Minister for 14 years and had implemented many programmes for the benefit of the armed forces — including increasing their remuneration and providing new equipment.
He hoped Ahmad Zahid would continue to provide his best service to the soldiers in his capacity as Defence Minister. |
|
|
|
|
|
|
|
1315# cmf_yipun78
Patut UPNM buat kat PD instead kat Kuantan. Kuantan dah banyak universiti dan kolej. |
|
|
|
|
|
|
|
7 aspek penting memperkasakan ATM
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin akan menumpukan tujuh aspek penting bagi merealisasikan agenda transformasi pasukan itu di bawah kepimpinannya.
Menurut beliau, aspek tersebut adalah memperkasa persamaan angkatan, pembangunan angkatan bersepadu, kepimpinan berkualiti, memartabatkan pengurusan aset dan budaya senggaraan.
Tumpuan lain adalah menjunjung nilai teras, peningkatan kualiti hidup dan penampilan imej terpuji.
"Agenda transformasi yang saya umumkan ini memerlukan komitmen semua peringkat pengurusan dalam ATM untuk mengikuti secara teliti setiap proses pelaksanaan yang diasaskan dalam Pelan Pembangunan Dimensi Keempat ATM (4D MAF).
"Saya juga menyeru perwira dan perajurit sekalian agar bersama-sama saya menyemarakkan agenda transformasi demi memacu ATM sebagai angkatan tentera kelas pertama di abad ke-21," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada upacara penyampaian perintah ulung sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-17 di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara (PTU) yang baru, Jeneral Datuk Rodzali Daud.
Azizan menegaskan, angkatan tentera tidak boleh mengambil sikap tunggu dan lihat dengan harapan sesuatu itu boleh berubah dengan sendiri tanpa membuat sebarang usaha untuk memperbaikinya.
"Saya berharap agar kesemua perkhidmatan menentukan perancangan pembangunan dipantau dengan rapi, terutama bagi keperluan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan datang," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera Laut Pakistan - Malaysia kukuhkan hubungan
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
[email protected]
ZAHID Ilyas (lima dari kiri) bergambar bersama krew kapal PNS Zulfiquar.
MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini mungkin sesuai untuk menggambarkan hubungan dua hala antara Tentera Laut Pakistan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Seperti kita sedia maklum hubungan dua hala merujuk kepada perhubungan politik dan kebudayaan antara dua negara melibatkan pelbagai aspek terutama ketenteraan.
Kebanyakan perhubungan dilakukan secara dua hala. Contohnya perjanjian antara dua negara, penukaran duta dan lawatan negara.
Alternatif kepada hubungan dua hala adalah hubungan pelbagai hala dan tindakan sehala, apabila satu negara memilih untuk bertindak sendiri.
Sedar dengan komitmen ini, Malaysia yakin bahawa selain daripada membangun dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ia juga perlu menjalinkan hubungan pertahanan dan keselamatan dengan negara-negara jiran serta negara sahabat.
Selama beberapa tahun, Malaysia telah berjaya memupuk hubungan ketenteraan yang erat dengan negara-negara ASEAN dan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik.
Hubungan ini dijalin dalam bentuk pendekatan dua dimensi iaitu mewujudkan hubungan dua hala (bilateral) dan hubungan berbilang hala (multilateral).
Malaysia sekarang ini menjalin hubungan dua hala dengan semua negara jiran.
Hubungan ketenteraan dua hala meliputi pelbagai aspek seperti lawatan saling balas, program pertukaran anggota, kursus ketenteraan, seminar dan mesyuarat berkala yang membawa kepada pelaksanaan eksesais gabungan pada waktu-waktu yang ditetapkan.
Interaksi
Komitmen yang ditunjukkan oleh TLDM untuk terus mewujudkan kerjasama dengan tentera laut negara luar khasnya Pakistan merupakan penghayatan terhadap konsep perpaduan yang merupakan kunci utama kemakmuran hidup bermasyarakat.
Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing, begitu juga dengan adanya interaksi dua hala antara TLDM dan Tentera Laut Pakistan bagi mengukuhkan kolaborasi hubungan ketenteraan terutama melibatkan keselamatan perairan kedua-kedua negara.
Sebagai langkah mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Tentera Laut Pakistan dan TLDM, pada 27 Ogos lalu, sebuah kapal perang milik Tentera Laut Pakistan sekali lagi berlabuh di Tambatan Selatan, Pelabuhan Klang Utara sebagai rangka lawatan empat hari ke Malaysia.
Kapal berkenaan ialah PNS Zulfiquar, sebuah kapal perintis pertempuran dengan kekuatan 14 pegawai dan 188 anak kapal.
Bercakap kepada pemberita di atas PNS Zulfiquar, Pegawai Pemerintah, Kepten Zahid Ilyas berkata, kedatangan mereka bertujuan mengadakan kerjasama dan mengukuhkan hubungan dua hala dengan TLDM.
Beliau berkata, Malaysia merupakan destinasi kedua kunjungan Tentera Laut Pakistan dengan menggunakan kapal perang itu selepas berlabuh di Indonesia dan dijangka berlepas ke Colombo sebelum pulang ke Pakistan semula.
Menurutnya, ini merupakan kali kedua pasukan tentera laut berkenaan datang ke Malaysia selepas dua kapal milik mereka, PNS Badr dan PNS Nasr berlabuh di Pelabuhan Klang pada April lalu bertujuan mengadakan latihan ketenteraan dengan TLDM di Selat Melaka.
Zahid berkata, PNS Zulfiquar yang mula beroperasi pada 30 Julai lalu merupakan kapal perang pertama jenis F-22P yang dibina di Shanghai, China untuk kegunaan Tentera Laut Pakistan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Katanya, kapal itu dilengkapi senjata api moden seperti peluru berpandu ke permukaan udara, torpedo dan peluru berpandu anti kapal selain sistem pengesan iaitu radar kawalan udara, pandu arah dan peninjau ruang udara.
"PNS Zulfiquar juga boleh membawa sebuah helikopter jenis Z9EC buatan Pakistan semasa operasi ketenteraan dijalankan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerja-kerja reka bentuk PNS Zulfiquar dimulakan pada tahun 2005 selepas majlis menandatangani kontrak antara Pakistan dan China bagi membina empat kapal perang jenis F-22P milik Tentera Laut Pakistan.
"Tiga kapal perang tersebut dihasilkan di China, manakala sebuah lagi di Pakistan.
"PNS Zulfiquar merupakan kapal pertama yang siap dibina manakala tiga lagi masih dalam kerja-kerja pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2013," katanya.
Kerjasama erat antara kedua negara mula terjalin apabila pada Mac lepas, tentera laut kedua-dua negara mengadakan latihan bersama dikenali sebagai 'AMAN', di Pakistan, melibatkan kapal TLDM, KD Kedah serta anggotanya.
Pada 4 April lalu, dua kapal tentera laut Pakistan berlabuh di Tambatan Selatan Klang Utara dalam rangka kunjungan tiga hari ke Malaysia bagi mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan dengan TLDM.
Kapal berkenaan ialah 'Badr', sebuah kapal pemusnah dan 'Nasr', kapal sokongan pertempuran dengan kekuatan lebih 300 anggota.
Selain mengadakan latihan bersama dengan TLDM, anak kapal berkenaan juga melawat Kementerian Pertahanan, menerima kunjungan pelawat dan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan TLDM.
Setelah mengenali TLDM, Tentera Laut Pakistan berminat mempelajari cara TLDM melatih dan menempatkan anggota serta pegawai wanita sebagai anak kapal yang sebelum ini didominasi lelaki.
Mereka beranggapan penugasan beberapa pegawai wanita dalam kapal TLDM memberi perspektif baru kepada pihaknya untuk menugaskan wanita di atas kapal. |
|
|
|
|
|
|
|
Off topic.
Tadi saya ada ternampak 3 F-16 terbang kat area Damansara ke arah KL. Ada sesiapa nampak?
Excercise dgn SG ke ? any news? |
|
|
|
|
|
|
|
oh baru teringat ada thunderbirds kat malaysia time ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|