|
ingin berkongsi kisah rakan saya yang mempunyai exMIL yang mengamalkan amalan yang salah.. dikatakan amalannya dari turun temurun Wallahhu A'lam.. (rakan telah memberi izin saya berkongsi disini)
kesian dia.. dari mula perkahwinan sampai bercerai berai dibuatnya hanya kerana exMIL terlalu suka membuat andaian ...
bermacam2 tuduhan dibuat.. sehingga anak sulung mereka dituduh bukan cucunya..
rakan saya ni jenis penyabar bukan main lagi... pendiam .. tak suka retaliate walaupun terluka..
tapi malangnya .. suami tetap menceraikan dia beberapa tahun yang lalu..
hasil dari ujian DNA.. ternyata memang cucu sulung tu cucu dia.. heishhhhh..
dalam process penceraian tu juga exMILnya jatuh sakit dan sehingga sekarang terlantar diatas katil .... buang air besar dan kecil pun pakai pampers..
terfikir juga difikiran saya ... kualat kot ... meruntuhkan masjid anak sendiri... ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hurm..saka yg kt opah piqa ni adek beradek tiri die yg bg..bknnye die yg bela..
tu la kitaorg tgh try nk berubat opah ni..risau gak tgk die....just nk tau je la.. mekaseh la bg advice..at least xde la buta sgt..
tp..cm ne plak perawat tu ckp yg mak piqa, makcik2 sume ade saka ek?? sdgkn xde plak diorg kne kacau..:cf: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #92 piqa666's post
kalau x silap, saka hanya akan bertukar milik/diwariskan jika pemilik baru/pewaris bersetuju untuk menerima saka sebab ader perkara tertentu yang perlu dilakukan oleh tuan punyer saka mengikut agreement yang telah diorang buat supaya saka tu sedia berhkidmat & x memudaratkan tuanyer. anyway mamang patut saka tersebut d buang untuk mengelakkan apa2 masalah pada masa akan datang. |
|
|
|
|
|
|
d_kelana This user has been deleted
|
alhamdulillah dapat jugak pengetahuan tentang saka nie... bagus sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekelumit pengakuan dari pengalaman sekadar peringatan bersama:-
----------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Harap tulisan/pengalaman saya ini memberi manfaat kepada pembaca2 di luar sana.
Saya mempunyai banyak pengalaman dengan pengamal2 perubatan tradisionaltermasuk mereka yg mengaku berdamping dengan wali2 sembilan kemudiannyapanglima2 dan puteri2.
Saya dan isteri dan beberapa teman ygrapat , di atas ujian Allah, telah di sihir akibat persainganperniagaan, terdesak untuk berubat maka kami di perkenalkan oleh rakan2lain yg bersimpati dengan kami dengan pengamal2 perubatan ini.
Dan kami pula, kononnya percaya sangat keberkesanan cara perubatan ini telahmemperkenalkan pula kepada rakan2 senasib yg juga mangsa sihir (semogaAllah akan menyedarkan rakan2 kami ini).
Terlalu banyak ygkami lalui, sepanjang 1 tahun lebih berubat, kesimpulannya sakit yglama pergi hanya sementara, tetapi penyakit dan musibah yg baru datangbertimpa2.
Di awal perubatan kami disuruh bersembahyang hajat,membaca doa2 tertentu, nampak semuanya berlandaskan agama islamberlandaskan al-quran, dan beberapa lama kemudian setelah kami menjadirapat (boleh kata taksub) dan menjadi murid/pelajar yg istimewa, kamidibekalkan dengan amalan2 doa yg diambil secara diijazahkan denganmahar yg tertentu. Amalan2 itu harus dibaca lepas sembahyang (kononnyalebih mujarab) dan kami juga di bekalkan beberapa alat-alatanperubatan, kononnya lebih power seperti cincin, minyak dan sebagainya(ada yg percuma dan ada yg di bayar ribuan ringgit), dengan alasan doa,baca quran sahaja tidak mencukupi, mesti ada amalan kebatinan danalat-alatan perubatan/tangkal/azimat.
Kemudiannya pula,kononnya kerana keistimewaan kami sebagai murid yg taat, kamidiperkenalkan pula dengan pendamping2 wali Allah, yang kononnya banyakmembantu kami. Dan kami acap kali sentiasa teruja bila dapat bercakap,meminta nasihat / pandangan dengan wali2 Allah ini, yg kami gelar datuk,nama2 wali sembilan.. dan berbagai2 lagi.
Lagi kuat amalan ygkami amalkan dan sembahyang yg kami lakukan maka akan bertambah kuatlahkebatinan dan benteng pertahanan kami dari serangan sihir. Kami jugamampu bersilat (sebelum ini tak pernah belajar silat), menghantarjurusan, buah pukulan secara batin dan secara jarak jauh kepada musuh2kami. Kerap kali kami melakukannya sesudah sembahyang waktu, kononnyalebih mujarab, ada ketikanya di dlm masjid dan surau sesudah sembahyangjemaah.
Setelah sekian lama dan selepas mendapat kepercayaankami, kami secara perlahan telah dipesongkan (setengahnya jugaditundukkan kami melalui sihir), duit ringgit yg lebur usah cerita.
Kesimpulannya, akibat terkena sihir, maka kami pergi kepada pengamalperubatan yg juga menggunakan sihir untuk melawan sihir, dan lebihteruk lagi, setelah pulih buat seketika (mungkin juga dengan caramereka berpompromi dengan jin/syaitan), kami disihir/ditundukkan pulauntuk taksub percaya kepada kuasa dan kehandalan mereka ini, dan akibatdimomokkan dengan segala musibah yg bakal terjadi kepada kami, denganmudah kami menyerahkan wang ringgit kepada mereka agar kononnya musibahini boleh ditepis dengan kuasa mereka tetapi mestilah dengan cagaranwang ringgit. Segala sakit, demam, musibah, perniagaan rugi semuanyakerana jin, hantu, syaitan dan sihir.
Tapi Allah masih sayangkankami, sebelum kami terpesong lebih jauh, dan diatas berkatnya doa2 ygkami panjatkan kepada yang Maha Esa, kami di pertemukan dengan seorangustaz (isterinya juga ustazah) yg menjadi imam di surau dan gurusekolah tahfiz, yang hanya berlandaskan perubatan secara Islam iaitumelalui Al-Quran dan Hadis.
Saya menulis, kerana masih terlalu ramai diluar sana yang mempercayai bomoh2 ini, termasuk rakan2 kami dan adasesetengah rakan2 kami itu, kami yang memperkenalkan kepada bomohsyaitan ini sehingga ada yg terlalu taksub hingga menjadi murid/pelajarkanan kepada bomoh ini sehingga ada yg mampu melihat kelibat makhluk2yg berjubah putih, ada yg berpakaian secara panglima, ada yg kelihatanseperti puteri dan sebagainya yg menjadi pendamping kepada bomoh ini,maka bertambah taksub rakan2 kami ini, kononnya amalan mereka telahmencapai tahap yg tinggi.
Terus terang kami pun sebelum iniberlumba2 beramal, berzikir, berpuasa, bersedekah dan berusaha menjadimurid/pelajar yg baik agar mencapai tahap kebatinan, makrifat yg tinggidan berharap dapat melihat kelibat pendamping2 ini yg kononnya adalahwali2 Allah dan ada ketikanya kami juga berharap mendapat pendampingkami yang sendiri (sebagai personal bodyguard) dlm usaha untukmengelakkan diri dan keluarga dari terkena sihir dan gangguan jin dansyaitan.
Dan sekarang dengan pertolongan Ustaz, kami sedangberusaha membersihkan diri kami dr segala gejala sihir dan kami sedangberjuang untuk melarikan diri dari bomoh ini, dan juga untukmenyedarkan kembali rakan2 kami yg masih taksub.
Walaupunperbuatan kami ini bagai menabur pasir ke dalam periuk nasi bomoh inidan seterusnya menjadi seteru, tetapi demi akidah rakan2 kami, kamirasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan mereka.
Kami sangatmenyesal dengan perbuatan dan kejahilan kami. Setiap kali bilamengenangkan perbuatan kami, pasti air mata kami mengalir dan yg lebihmenyedihkan, mengenangkan nasib sahabat2 kami yg masih terpedaya dgntipu daya bomoh syaitan ini.
Semoga Allah menerima taubat kami dan menyelamatkan akidah rakan2 kami.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
rumusan antara azab yang biasa diberikan Allah akibat berbomoh ini:
1. Gelisah, tidak tenteram, suka menyendiri, fikiran berserabut
2. Suami isteri sering bertengkar
3. Anak-anak bertengkar dan kadang-kadang anak-anak bertengkar dengan ibu bapa
4. Susah nak mengerjakan solat 5 waktu
5. Duit banyak habis ke bomoh
6. Kalau berniaga, rezeki lagi terhalang walaupun dah berbagai-bagai pelaris yang di gunakan
7. Kalau kerja kerajaan, walau pun dapat gaji bulan, duit sentiasa tidak cukup walau sebesar mana gajinya
8. Perbagai masalah baru dalam kehidupan, pekerjaan, keluarga dan penyakit atau dalam bahasa lain bala yang bertimpa-timpa
9. Pelbagai gangguan yang bukan-bukan di dalam rumah seperti pelbagaibunyi yang unik dan dalam kes-kes tertentu, ahli
keluarga nampakpelbagai hantu dalam rumah seperti di sudut tertentu atau dalam bilikair.
10. Mengalami pelbagai pengalaman ghaib yang misteri akibat permainan sihir oleh syaitan
11. Boleh nampak jin, syaitan dengan 2 tanduknya, orang tua macam wali,binatang dan pelbagai imej lainnya hasil dari kerja
gangguan syaitan.Ini sebenarnya bukan rahmat tetapi sebenarnya azab!!
12. Kerasukan / kesurupan
13. Mimpi dikejar binatang buas.
Wallahualam.... |
|
|
|
|
|
|
|
isk..isk..dasatnye..semoge kupia berjaye lari dr bomoh syaitan tu..![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jauhkanla daripada bele mende2 camnini... douit memang x penah nak cukup... slalu ingat nak marah jer, ngan sumer orang pun nak marah rase diri tu macam gagah sangat... orang dulu2 panggil 'panas'... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 27-7-2007 21:52 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sekelumit pengakuan dari pengalaman sekadar peringatan bersama:-
----------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Harap tulisan/peng ...
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, Terimakasih yang amat tidak terhingga kepada 'kupia' berkenaan dengan penerangan pengalaman tersebut.
Itulah yang terjadi kepada kebanyakkan dengan perbomohan sehingga tidak menolak yang munkar.
Di dalam thread saya " Close Encounter" adalah terdiri daripada pengalaman yang sebenar yang saya alami.
Betapa siksanya saya lihat mereka yang joined permainan syaitan ini.
Memang terdapat simtom yg 'Kupia' tuliskan dan kekadang ianya amat nyata sekali.
Kekadang saya sendiri terpaksa mendiamkan diri dari merawat mereka ini kerana mereka telah terlalu taksub.
Apa yang selalu saya tanyakan kepada mereka adakah mereka sedang menjalani perawatan ngan perawat lain.
Sebabnya yang beban pertama dah hilang ( dimusnahkan), yang kedua pulak timbul dari khidmat perawat yang sedang mereka gunakan.
Hasilnya, saya pulak yang kena beradu kat rumah ( ini adalah di sebabkan mata pencarian dia dah kita bentis)![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Mengapakah mereka meminta mahar, upah atau putus ubat? Bukankah ini tidak perlu seandainya mereka bersandarkan kepada keimanan yang jitu?
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
CONTOH BAGAIMANA SEORANG USTAZ MEMBANTU NENEK YANG SUSAH NAK MENINGGAL...
==================================================================================
Ketika sedang bermesyuarat pada petang Jumaat tersebut, tiba-tiba telefon sayaberbunyi 搈j, ini X bercakap. Boleh minta tolong tak |
|
|
|
|
|
|
d_kelana This user has been deleted
|
bro kupia... aku kasi upkan tread nie sebab rasanya tertarik tentang pengalaman ustaz nie..
Rawatan secara Islam...
supaya pesakit mempunyai option agar tidak tersilap ketempat rawatan yg salah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Angkara Saka
IA bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.
Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.
Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.
Pengamal Perubatan Islam Darussyifa |
|
|
|
|
|
|
|
FAKTA: Saka
Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
Saka yang dipelihara wanita digelar 憄elesit |
|
|
|
|
|
|
|
ader sebelah nenek aku.. kl dia dah naik sheh.. kene ader minyak bugis...![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
khalid94 This user has been deleted
|
erm.......dlm berita minggu harinih ade info pasal saka.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1214 True-X's post
minyak bugis?
apa kegunaannya? boleh terangkan lagi tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1213 dilaOHdila's post
Dilla, entah-entah saka tu ada nang ngarepmu, kwe yang orah weroh ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak citer gak la psl saka dlm family aku (belah abah)
keturunan aku nih dari keturunan raja minang kat indon sana...masa moyang kepada moyang dtg berhijrah ke N9...adalah membawa segala bentuk jin sebagai pendinding etc. (biasa la owg dulu2...ilmu2 begini di gunakan untuk merantau).
masa kat kg...abah kepada datuk aku nih bomoh...turun kepada datuk aku....ada lah bela harimau (yg ghaib dlm umah) bertujuan untuk menjaga family dan harta benda konon2 nya. umah kat kg aku nih dulu (sekrg umah ibu ada lagik tp dah bruk di mkn zaman..sbb lps wat rumah kayu baru..umah tuh tinggalkan ajek)...umah nih ada tiang seri emas....so ini lah tugas harimau nih.
makcik aku (masa muda remaja) pernah la ternmpak rimau nih.
berbalik pada saka....pun datuk aku ada bela gak. semasa dia nak meninggal...takder sapa nak bela saka nih lagik. merayau la dia. adik badik abah ada 6...5 lelaki sorang pempuan. abah aku anak no 3. saka nih pergi kat paklong aku tp dia tak terima gak...smpai la paklong aku meninggal....saka nih nak pergi kat pakngah aku. masa mlm seblm ker selps paklong aku ninggal...bumbung umah pakngah aku mcm kena umpil...bunyik tangg tangg tanggg. pakngah aku siap jerit....PERGI LAHHH KAU, AKU TAKNAK TERIMA KAU. terus senyap.
citer nih pun senyap.
jab ekkk....to be continued.. |
|
|
|
|
|
|
|
kazen aku sudah citer....
masa wan aku dah start sakit2....tiap kali masuk maghrib...wan aku akan ckp.
wan ..."datang dah dia...datang dah dia"
kazen ..."saper wan"
wan ... "dia la datang"
kazen .. "mcm mana rupa dia"
wan ... "kecik2...tp takder kepala"
maid makcik aku pun pernah nampak....benda yg sama berdiri kat ujung kaki wan aku..berdiri jek kat situ tp takder kepala.
aku seram la lps tuh.
kak long aku plak ckp...mlm seblm wan aku meninggal..dia terjaga kul 3 pagi lbh...dengar bunyi orang ketuk bumbung umah dia...tanggg tanggg tanggg.
so far aku blum pernah nmpak ler....lagi pun mak aku dah consult satu ustaz nih...dia kata benda nih bkn yg baik....so dia dah buang kan.
sekian |
|
|
|
|
|
|
| |
|