CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 24-4-2015 12:54 PM | Show all posts
mama_donut replied at 23-4-2015 05:39 PM
alhamdulillah...jie dh leh terima mak mertua die skit demi skit..minta2 lpas ni da xde ape2 dugaan y ...

Harap harap mcm itulah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2015 12:55 PM | Show all posts
shahrinas replied at 21-4-2015 08:51 AM
apa lagi dugaan nak menimpa JIE lagi lepas nie...memintaklah yg bebaik je...

Harap tak ada dugaan lagilah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 12:56 PM | Show all posts
Esmiria replied at 24-4-2015 09:16 AM
tt,mohon dipanjangkan smpi reader jemu.haha.

Tak panjang sangat kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 09:02 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 06:29 PM

Jie sedar Safihah seperti tidak selesa dengan kehadirannya. Cuba berlagak selamba. Birasnya disapa mesra. Rayyan pula asyik merenung wajahnya dari tadi membuatkan Jie resah. Rayna leka bermain berdua bersama Khalisha.

Tan Sri Isa dan Tengku Safiah duduk semeja dengan Khalid dan Viana. Jarak sedikit dari kedudukan Jie dan si kembar. Jie tiada pilihan. Terpaksa duduk semeja berhadapan dengan Safihah. Pandangan Rayyan tidak diendahkan. Zack pula terpaksa berpatah balik ke kereta untuk mengambil barang tertinggal.

Jie segera menyibukkan diri dengan melayan kerenah Daryl dan Danny. Bertanyakan makanan yang diinginkan si kembar. Keadaan RnR agak bingit dengan kehadiran pengunjung dari setiap pelusuk negeri.

"Mommy, I want ice cream !" Daryl terliur melihat seorang kanak kanak sedang memegang ais krim magnum.

"Me too , Mommy !" Danny juga teringin. Terbayang keenakan ais krim di fikiran.

"Ok. Come dear ! We go there and buy ice cream.." Jie menunjuk ke satu arah. Bangkit lalu memimpin tangan Danny dan Daryl.

"I teman you.." Rayyan yang hanya memerhati dari tadi menghulur bantuan. Prihatin melihat Jie yang tampak sukar berjalan dengan kembar disisi.

"Come with Papa Long.." Tangan didepa untuk mendukung si kembar. Baik Danny maupun Daryl hanya memaut erat pinggang Jie. Tanda tidak mahu mengikut Rayyan.

Safihah hanya menjeling, protes dengan pelakuan Rayyan.

"It's okay Ray !" Jie pantas saja menolak. "I boleh manage."  Bimbang Safihah memandang serong. Serba salah.

"They all anak buah I juga. Tak salah I tolong you.. Come kid.." Rayyn cuba menarik perhatian Danny pula.

"You go with Papa Long. I want Mommy.."Daryl mengarahkan Danny mengikut Rayyan.

Sejak kejadian Rayyan menyalahkan Mommy, Daryl mempunyai persepsi berbeza terhadap Papa Longnya.

"I want Mommy too !" Danny tak mahu mengalah. Juga tidak gemarkan Rayyan.

"We go together then.." Jie mengambil jalan selamat. " I pergi dululah Ray.." Langkah diayun laju meninggalkan Rayyan.

Safihah bangun menarik Rayyan supaya kembali duduk sisi. Wajah tak puas hati dengan suaminya.

"Abang nak tolong anak buah abang ke nak berdua dengan Mommy mereka?" Soalan berbaur cemburu dikemukakan.

Rayyan tersentak. Terkejut dengan reaksi Safihah.

"Tak kisahlah I nak tolong siapa. Niat I cuma nak bantu. Not more than that!" Rimas bertamu dengan tingkah Safihah yang asyik mempersoalkan perilaku Rayyan sejak kebelakangan ini.

"Fiha tahu mata abang asyik tenung Jie dari tadi.." Safihah nampak sendiri Rayyan leka menatap wajah Jie sejak keluar dari kereta. Isteri mana tak sakit hati jika suami masih menyimpan rasa terhadap bekas isteri.

Safihah benci dengan kehadiran Jie. Selalu Jie maupun Zack tidak pernah menyertai berkumpul beramai ramai bersama keluarga mertuanya. Tak pasti mimpi apa kali ini Jie turut serta.

"Perasaan you saja tu.." Rayyan lantas bangkit semula. "Dahlah I nak beli something. You nak apa apa tak?" Pantas saja topik perbualan diubah. Isterinya dilihat menggeleng.

Rayyan terus berlalu. Terdetik perasaan bersalah dalam hati. Safihah memang benar. Mata sukar dialih dari Jie. Wajah itu masih lagi membuat Rayyan angau hingga kini.

"Thanks Mommy !" Si kembar melompat keriangan mendapat Magnum yang diidamkan.

Dari jarak Rayyan berdiri, kedengaran suara ceria si kembar. Sejenak terbayang andai saja dulu anak kembarnya yang dikandung Jie tidak keguguran dan Juwita tidak muncul dalam kehidupan mereka, pasti Rayyan dan Jie masih bergelar suami isteri.

Rayyan cuba mengelak dari dibuai kenangan silam. Namun, kaki tetap saja mendekati Jie dan kembar. Kali ini cuba mengambil hati anak buahnya sekaligus mencari peluang berbual dengan Jie.



Safihah bosan duduk sendirian. Curiga juga kerana Rayyan masih lagi tak kembali. Kelihatan adik iparnya sedang berjalan ke arahnya. Kulit Zack agak kemerahan terkena pancaran terik mentari.

"Isteri dengan anak anak I mana?" Zack menyoal kakak iparnya. Mata melilau mencari kelibat Jie dan si kembar. Tiada respon dari Safihah.

"Daddy !"

Suara itu amat dikenali Zack. Teruja dan gembira melihat Danish sedang berlari mendapatkannya. Pantas anak itu dipeluk mesra. Agak lama Zack tidak bertemu Danish. Zeeta muncul kemudiannya lalu menyapa mesra Safihah.

"Mama you ajak I dengan Danish join sekali bercuti. Rindukan Danish katanya. Kebetulan I tak busy so I followlah." Zeeta bersuara lembut sambil mengambil tempat duduk disebelah Zack. Merenung manja ke arah bekas suaminya. Sengaja berpakaian seksi menayangkan tubuh tinggi lampai yang dimiliki. Terselit niat untuk menarik perhatian Zack.

"Oh I see !" Wajah Zeeta dipandang sekilas. Rambut Danish dibelai lembut. " Zul mana?" Zack berharap sangat Zulkarnain ada bersama.

Malangnya, jawapan yang diterima tidak seperti diharapkan. "Zul on duty. Busy macam biasa." Zeeta tahu kalau Zulkarnain tidak sibuk sekalipun lelaki itu takkan mungkin mahu menyertai mereka. Dan Zeeta suka dengan ketiadaan Zulkarnain. Lebih bebas.

"Daddy wants to look for Mommy and your brothers. You stay here with Mama ok." Danish mengangguk faham. Zack risaukan Jie yang hanya berdua dengan si kembar.

"Ala, kejap lagi mereka baliklah tu. Kembar nak makan ais krim tadi." Safihah segera menahan Zack dari bangun. Memberi ruang Zeeta dan Zack berbual lama. Mahu Jie merasa sakit hati sepertinya melihat suami disamping bekas isteri.

"Mommy.. Danish is here !" Dari jauh Daryl dan Danny dapat menangkap kelibat Danish. Pantas saja berlari untuk menemui Danish. Rindukan abang sulung mereka. Mommy dibiarkan bersendirian.

Jie hanya tersenyum melihat gelagat si kembar. Namun senyumannya mati apabila ada satu tangan kasar menarik tubuhnya ke lorong tepi.

Hampir saja Jie menjerit ketakutan namun lelaki itu pantas bertindak. Mulut Jie ditekup, berbisik mengarahkan Jie supaya diam.

"I cuma nak bercakap sekejap dengan you. Please sayang !" Rayyan separuh merayu.

"Apa dia Ray? You tak perlu buat macam ini." Jie resah.

Bimbang Zack mengesyaki yang bukan bukan. Paling haru jika Safihah ternampak. Pasti cerita lain yang keluar.

"I rindukan you." Rayyan terlupa sebentar status Jie dan diri sendiri. Tubuh langsing dihadapannya dipeluk erat. Memaksa Jie untuk meronta lepaskan diri.

"Please move on Ray ! I isteri adik you sekarang." Jie terus saja menolak tubuh sasa Rayyan. Berlari laju menuju ke arah suaminya. Biarlah segala pelakuan Rayyan tadi menjadi rahsia.

Cukuplah sekali abang dan adik bercakaran gara gara dirinya. Menyesal menerima pelawaan Tengku Safihah untuk bercuti bersama. Kalau Jie menolak pasti Rayyan takkan ada peluang mendekatinya.

"Baby, you pergi mana ? Danny cakap you ada dekat belakang tadi." Zack risau melihat isterinya tidak muncul bersama kembar. Lantas terus saja langkah diatur mencari Jie. Mujur ketemu jua.

"I tak larat nak kejar kembar tadi. So I jalan slow saja." Jie senyum untuk menutup kegugupan hatinya.

Zack memaut bahu isterinya. " You nak makan apa,  Baby?" Sedar isterinya tidak sempat menjamah sebarang makanan dari tadi.

"Kita tengok mana bestlah, Bie."  Perut berkeroncong lapar. Jie hanya sempat menyuapkan kembar makan dirumah.

Zack akur. Langkah diatur menuju ke gerai yang berdekatan.









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 12:43 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 28-4-2015 12:21 AM

Angin pantai yang sepoi bahasa menerbangkan  rambut ikal keperangan yang dimiliki. Sesekali terpandang Zack sedang membina istana pasir bersama Danish. Zeeta turut sekali. Nampak gembira bergurau senda seperti sebuah keluarga bahagia .  

Sejenak Jie berjauh hati. Zack dilihat leka melayani Danish dan Zeeta sehingga membiarkan saja Jie menghabiskan masa bersama mertua dan si kembar. Danny dan Daryl juga kini sedang seronok bermain air dengan datuk dan neneknya.

Segera perasaan tidak enak dibuang jauh. Mungkin suaminya merindui Danish.

Jie menanggalkan sandal yang dipakai untuk merasai kelembutan pasir. Berjalan sendirian menyusuri pantai sambil mata tak lekang memerhati gerak geri si kembar. Sekadar memastikan anak anaknya selamat. Sesekali tersenyum melihat keletah Danny dan Daryl.



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zamzam2013 at 27-4-2015 06:44 AM

Konflik... Konflik... Konflik... Bila nak habis kisah depa ni TT... Stress sungguh... Macam never ending story pulak.... The legend continues...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2015 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 27-4-2015 06:43 AM
Konflik... Konflik... Konflik... Bila nak habis kisah depa ni TT... Stress sungguh... Macam never en ...

Konflik tu norm dalam kehidupan manusia kak.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:18 PM | Show all posts
ermmmmm   jie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 27-4-2015 09:37 AM
Konflik tu norm dalam kehidupan manusia kak.. haha

Itulah pasal... Stress jgk kadang2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 27-4-2015 01:25 PM
Itulah pasal... Stress jgk kadang2

Akak jgn stress
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2015 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 28-4-2015 09:55 PM

Pesanan whatsapp diterima. Tertera nama Iskandar Zulkarnain. Mata bingkas membaca mesej yang tertera.

Jiha
I need to see you now
Urgent

Jie pelik. Pantas jari jemari runcing menaip. Sejak Jie sah bergelar isteri Zack, jarang sekali Zulkarnain menghubungi Jie melainkan berkaitan Danish. Ini untuk menghindari salah faham. Lelaki itu sedar Zack kadang cemburu dengan kehadirannya.

Regarding?

Mesej terus dihantar. Sabar menanti jawapan balas. Kelihatan status Zulkarnain bertukar dari online ke 'typing' menandakan Zulkarnain sedang menaip balas.

Satu mesej baru masuk. Jie terus membaca.

Something urgent
I ada dekat dengan you
You just jalan ke depan
I naik Hummer H3 hitam

Jie mula curiga. Segera menghubungi nombor telefon Zulkarnain. Panggilan bersambung dan terus berjawab. Kedengaran satu suara ditalian.

"Kenapa you nak jumpa I, Zul?" Jie terus saja menyoal, hairan. Mahu mengesahkan mesej yang diterima sememangnya dari Zulkarnain sendiri.

Suara Zulkarnain sayup sayup menjawab. Sukar untuk Jie membuat pengecaman. Talian dimatikan terus.

Jie masih lagi tak berpuas hati lantas terus saja menghubungi hospital tempat Zulkarnain bertugas. Panggilan tidak berjawab. Jie ragu jika benar Zulkarnain berada disini  seperti yang didakwa.

Deringan telefon bimbit mematikan tanda tanya yang bergema dalam hati. Jie terus mengangkat. Panggilan masuk dari Zulkarnain.

"Sorry Jiha, I on loudspeaker tadi. I tengah adjust parking. Ada kereta nak lalu tak boleh jalan sebab kena block dengan I." Jelas dicuping telinga kali ini suara Zulkarnain. "Sebab tu suara I tak clear. You boleh dengar I tak sekarang?" Soalan ditanyakan kepada Jie ditalian.

Jie tetap berhati hati. Takut terpedaya. Pengalaman lalu adakala membuat diri sukar untuk terus percaya.

"I boleh dengar you,  Zul. But, I need a confirmation." Jie berfikir sejenak.

"Masa I further study to US ,  you ingat tak fullname yang I guna untuk sorok identiti I? You yang cadangkan nama itu dekat I." Soalan yang hanya Zulkarnain seorang sahaja tahu jawapan selain dari Jie.

Ketawa galak kedengaran ditalian. " Jiha.. Jiha.. you ni paranoid lah ! Takkan you tak cam suara I sampai kena tanya I yang bukan bukan ini?" Soalan Jie dibiarkan tidak berjawab.

"You may say whatever you wanna say... But I need an immediate answer !" Teknologi canggih meningkatkan lagi kebolehan manusia melakukan penipuan hatta memalsukan suara. Jie cuma berwaspada.

Tiada jawapan balas. Bahkan panggilan dimatikan.

Cuba mendail semula nombor telefon Zulkarnain. Panggilan terbiar sepi tanpa jawapan. Jie pasti ini satu perangkap.

Memandangkan suasana pantai yang ramai orang, Jie terpaksa berasak untuk ke tempat meletak kereta. Mata mencari kelibat kereta Hummer yang disebut. Tidak kelihatan.

Jie kemudiannya berjalan tenang mendekati Khalid dan Viana. Berbual mesra melayan lawak jenaka Khalid sambil sesekali bibir Jie mengukir senyum walau jantung berdetak kencang. Tak semena.

Dalam masa yang sama berusaha menghubungi Dato' Hanafi untuk memastikan keberadaan Zulkarnain.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa cerita lagilah depa ni... Rayyan dh meroyan... Zeeta pun sama... Skang ni Zulkarnain pulak? Makin pening dgn karenah mereka ni... Kesian jie... Bilalah baru dia boleh menikmati hidup dgn tenang bersama famili dia... Sambung lagi TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2015 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 28-4-2015 11:51 AM

Zulkarnain yang turut berada bersama Dato' Hanafi tercengang usai bercakap dengan Jie menggunakan telefon bimbit Dato' Hanafi.

Menyeluk saku mencari telefon bimbitnya. Tiada. Mungkin tertinggal sama ada dirumah atau dihospital.

"Handphone Zul tak ada lah, Daddy. Tapi memang Zul tak call Jiha pun." Kepala yang tidak gatal digaru. Berfikir. Zulkarnain buntu. Siapa saja yang boleh mengambil telefon bimbitnya dan meniru suaranya? Tiada jawapan untuk itu.

"Entah Daddy pun pening. Nasib baik Jie tak terus percaya. Manalah tahu ada orang berniat nak kenakan dia lagi." Sehingga kini Dato' Hanafi tak mengerti mengapa anak bongsu kesayangannya selalu menjadi mangsa keadaan.

Malah, kerap dibenci sedangkan Jie dilihat jarang menyakiti hati sesiapa. Rela memaafkan perbuatan khianat manusia yang menyakiti sekalipun nyawa sendiri jadi taruhan. Hati orang memang sukar ditebak. Satu keluhan dilepaskan.

"Jiha dekat mana sekarang, Daddy?" Zulkarnain gusar. Jie tetap antara insan terpenting dalam hidupnya meski mereka tidak berjodohan. Zulkarnain tidak mahu Jie disakiti lagi.

"Bercuti dekat PD dengan family mertuanya." Entah kenapa Dato' Hanafi mula berprasangka. Sukar mempercayai Tengku Safiah terutamanya.

"Bercuti dengan mertua?" Spontan Zulkarnain terfikir sesuatu. Rasanya Zeeta dan Danish juga sedang berlibur dengan Tengku Safiah sekeluarga disitu. Satu kesimpulan tercerna.

"Daddy... Something fishy la.. Zul rasa kita kena jumpa Jiha." Serentak itu Zulkarnain segera membuat keputusan.

Dato' Hanafi cuma mengiyakan. Terlintas dibenak untuk menjenguk anak bongsunya. Tak pasti kenapa risau bertandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2015 06:15 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 28-4-2015 10:04 PM

Zack tidak termakan dengan kata kata Zeeta. Diri lebih mengenali isterinya yang sebenar. Jie tidak semurah seperti yang cuba diperkatakan.

Namun, memikirkan Zeeta merupakan bekas isteri dan Mama kepada Danish, segala kemarahan dipendam. Simpati kepada Zulkarnain yang turut menjadi mangsa fitnah isteri sendiri.

Memang Zack selalu cemburukan Zulkanain kerana pandai mengambil hati Dato' Hanafi dan Maznah. Faridah sememangnya menganggap Zulkarnain seperti anak sendiri. Si kembar juga gemar bermanja dengan lelaki itu. Hubungan Jie dan Zulkarnain memang agak mesra. Hingga kadang Zack jadi takut. Bimbang cinta Jie beralih arah.

Tetapi, Zack sedar dirinya terhutang budi pada Zulkarnain. Kalau Zulkarnain tidak memberitahu Jie masih hidup dan berada di US, mungkin saja Zack takkan berpeluang bersama wanita yang dicintai. Barangkali Zack terus hilang arah tuju. Hanyut meratapi 'kematian' Jie. Disebabkan itu, Zack yakin fitnah yang cuba ditabur oleh Zeeta sangat tak masuk akal.

Kadang Zack tak faham kenapa manusia gemar menabur fitnah untuk mendapatkan segala yang diingini. Bahkan ada yang sanggup menipu demi kepentingan diri.

Jauh disudut hati Zack hanya mampu berdoa semoga Zeeta berubah dan menghargai Zulkarnain sebagai seorang suami. Mungkin masa akan merubah Zeeta. Insya Allah.

Zack berpaling. Baru sedar Jie tiada berhampiran sedangkan tadi isterinya dilihat berjalan dipinggir pantai. Mungkin Zack leka melayan kerenah Danish, namun mata tidak lekang memerhatikan tingkah Jie. Rasa bersalah kerana sudah berjanji untuk tidak membiarkan Jie berseorangan. Pantas mencari bayangan isterinya.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2015 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo... Ni mesti Zeeta punya rancangan... Pompuan ni memang tak puas hati lagi dgn jie ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2015 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 28-4-2015 10:08 PM

Potret seorang wanita dibelai lembut. Rambut keperangan, mata hazel yang bersinar cantik bisa mencairkan hati sesiapa saja yang menatap dan juga dihiasi seraut wajah jelita. Senyuman bermain dibibir.

Ternyata Jie memang bijak ! Sengaja berlakon untuk memerangkap wanita itu. Bersusah payah mencuri telefon bimbit dan meniru suara Zulkarnain tetapi hasilnya sia sia. Jie lebih mengenali Zulkarnain nampaknya sehingga memiliki 'kod rahsia'  berdua. Pada pemerhatiannya, Zulkarnain merupakan antara insan yang dipercayai Jie.

Lantas bertindak 'berlakon' sebagai Zulkarnain untuk mengelirukan Jie. Sayang, diri terlepas pandang satu perkara. Mungkin kini Jie sudah dapat membaca 'permainan' yang cuba dikenakan.

Imej wajah yang terpantul dicermin dibelek. Rasa tiada siapa mampu mengecam kewujudannya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2015 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 29-4-2015 07:09 AM

Azim.. Hanya nama itu yang bermain dibenak Jie dari tadi. Taktik yang hampir serupa. Kalau dulu Azim pernah menghantar SMS palsu kepada Zack untuk menimbulkan salah faham sekaligus membuat rumahtangga Rayyan dan Jie berantakan.

Modus operandi masih sama. Jie yakin panggilan dan whatsapp yang diterima adalah palsu. Dari seorang yang bijak menyamar mungkin. Cuma kali ini mempergunakan identiti Zulkarnain.

Zulkarnain juga telah mengesahkan telefon bimbit miliknya hilang dan sudah membatalkan nombor tersebut.

Tetapi bila difikirkan semula, logik akal menidakkan penglibatan Azim.

Hal ini kerana, Dato' Hanafi baru saja memaklumkan bahawa Azim masih berada dalam tahanan menjalani hukuman dan diletakkan dibawah pengawasan pakar sakit jiwa.

'Kematian' Jie memberi impak besar kepada Azim. Lelaki itu berubah menjadi pasif dan hidup dalam halusinasi. Gagal membezakan realiti dan fantasi. Beranggapan Jie menemani disisi sedangkan itu hanya khayalan minda.

Tapi kalau bukan Azim, siapa orangnya? Agak sukar untuk menebak. Jie buntu. Leka memikir sehingga tidak menyedari kehadiran suaminya disisi.

"Baby..I'm sorry ! Danish ajak I temankan dia main. I tak ada niat untuk abaikan you."  Jelas terpancar rasa bersalah diwajah.

"It's okay Bie !" Jie merenung sekilas wajah Zack. " You spend time lah dengan Danish and Zeeta. Bukan selalu you dapat jumpa they all." Kehadiran Zack sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi Jie. Pandangan dihala jauh.Otak masih ligat mencari jawapan.

Reaksi dingin Jie membuat Zack resah. Mengenali Jie selama hampir sedekad membuatkan Zack masak dengan perangai isterinya. Degil dan gemar memendam rasa. Pintar menyembunyi isi hati disebalik raut wajah bersahaja.

"I minta maaf Baby !" Zack gusar bila Jie seperti tidak mengendahkannya. "You sendiri tahu kan, hanya you yang paling penting pada I. I tak nak you fikir I sisihkan you." Tubuh Jie diraih lantas didakap erat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 09:54 AM | Show all posts
knape ade je musuh je yang xpuas2 hati ngan jie ni?? bagi lag die hidup aman damai nga zack..ape lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2015 01:01 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-5-2015 08:20 PM

Jie senyum. " You ini emo sangatlah.. Serius I tak kisah ! You pergilah lepak dengan abang dan kembar. I nak duduk sini kejap." Pegangan Zack dileraikan. Tak selesa memandangkan mertuanya ada bersama. Segan.

"Biarlah Mama dengan Papa habiskan masa dengan cucu mereka. I nak bermanja dengan you." Zack tidak mengendahkan pelakuan Jie. Makin menarik Jie rapat supaya bersandar dibahunya. Kehadiran Tengku Safiah dan Tan Sri Isa tidak menjadi halangan bagi Zack untuk bermesra.

"Dah lama kita tak 'dating' berdua, kan, Baby?" Kadang Zack teringin untuk bermesra dengan Jie tanpa sebarang gangguan.

Jie hanya mengangguk, tanda mengiyakan.

"I tak sabar nak pergi Maldives dengan you."  Ada kejutan yang dirancang buat isterinya. Kalau mengikut jadual penerbangan yang telah ditempah , tinggal dua minggu saja lagi untuk mereka berangkat ke sana.  Zack teruja.

"Baby.." Zack menghulurkan tangan ke arah Jie. " Sudi tak you teman I jalan jalan kejap?" Pandangan mata mengharap.

Jie berpaling menghadap suaminya. Huluran tangan Zack bersambut. Senyuman mekar dibibir mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2015 06:02 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-4-2015 10:52 PM

Penat menghadap kesesakan lalu lintas membuatkan Zulkarnain keletihan. Mengambil keputusan untuk berehat sebentar. Memilih untuk duduk dibilik hotel sendirian. Sengaja tak memberitahu Zeeta kehadirannya.

Dato' Hanafi pula kini berada dibilik sebelah bersama Maznah. Mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga memandangkan Viana dan Jie berada disini. Dapat mengeratkan silaturahim yang agak renggang dengan Tan Sri Isa sekeluarga.

Terkenangkan Jie, ada hal penting yang ingin disampaikan oleh Zulkarnain. Ini melibatkan keselamatan Jie sendiri dan Zulkarnain sanggup melakukan segala demi melindungi Jie sekalipun nyawa sendiri menjadi taruhan.

Meski Jie bukan miliknya , Zulkarnain tetap sayangkan Jie sepenuh hati.  Dan, kasih sayang yang lahir itu ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Asal Jie bahagia sudah memadai buat Zulkarnain.

Mata mula terasa berat. Mengantuk. Pantas berbaring diatas katil merehatkan tubuh yang kepenatan.

Seketika kemudian, Zulkarnain terlena.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.340821 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list