CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 14-6-2015 09:21 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 14-6-2015 03:32 PM

“Bawa Arania ke kamar.” Arah Raja Amsyar. Segera, Ratu Malaeka membawa Arania pergi, dibantu oleh Syakilla.

Kini, hanya tinggal Rouman, Inang, Zaffar dan Raja Amsyar saja di dewan ini. Matanya memandang Rouman, bekas penasihat kepada Raja Zulkhan itu.Kemudian, kepada Inang yang kelihatan separuh nyanyuk. Tujuan kedatangan Rouman dan Inang begitu jelas. Mereka mahukan waris Raja Zulkhan dikembalikan ke Lembah Keramat. Malah tadi, sempat juga Inang dengan lantang menuduh dia memungkiri janji.

Walaubagaimanapun, Raja Amsyar dalam diam mengakui yang dia telah memungkiri janji. Arania itu walaupun bukanlah anakandanya yang sebenar, namun mereka punya pertalian darah. Malah Arania sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dia jaga dan dia sayangi sepenuh hati.  Masakan dia sanggup menyerahkan Arania kepada orang lain?   

“Tuanku.” Rouman berkata. Raja Amsyar memandang ke arahnya.

“Patik mohon jasa baik tuanku untuk mengembalikan semula waris Raja Zulkhan kepada kami.” Pinta Rouman, benar-benar mengharap. Pada Rouman, hanya puteri itu saja yang mampu melenyapkan sumpahan yang melanda Lembah Keramat.

“Beginilah Rouman.” Tutur Raja Amsyar. “Berikan beta masa. Apabila tiba saatnya, Arania akan dihantar ke sana.”

“Tapi tuanku...”

“Keputusan beta muktamad.”

“Adakah tuanku akan memegang janji kali ini?” Soal Rouman. Dia tahu, mencabar Raja Amsyar adalah satu tindakan biadap namun dia tetap mahukan kepastian.

“Beta akan tunaikan janji beta kali ini.” Walaupun berat, Raja Amsyar mengucapkannya juga.

“Terima kasih, tuanku.” Balas Rouman.

“Pulanglah kalian berdua dulu ke Lembah Keramat. Puteri Arania akan menyusuli kalian tak lama lagi.” Raja Amsyar bertitah.

Rouman tidak berkata apa-apa lagi, sekadar menganggukkan kepala. Dia membuat tunduk hormat kepada Raja Amsyar sebelum menarik Inang untuk keluar dari tempat itu. Sempat dia menjeling kepada Zaffar sebelum pergi.

Kini tinggal Raja Amsyar dan Zaffar saja di situ.

“Patik dengar, telah timbul khabar angin mengenai Arania di kalangan rakyat jelata.” Zaffar berkata.

“Sekiranya rakyat tahu bahawa keturunan Raja Zulkhan masih ada, patik bimbang akan berlakunya...”

“Beta faham.” Raja Amsyar memintas sebelum sempat Zaffar menghabiskan kata-katanya.

“Berikan beta masa.” Sambung Raja Amsyar.

Zaffar mengangguk. Setelah memberikan tunduk hormat, dia juga meninggalkan tempat itu dengan senyuman.

Rencananya berjalan lancar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2015 09:30 AM | Show all posts
syakilla kena pergi ke Lembah keramat ke?

syakilla tu anak Raja Zulkhan kan?
Raja Amsyar yang jaga kan?

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-6-2015 09:30 AM
syakilla kena pergi ke Lembah keramat ke?

syakilla tu anak Raja Zulkhan kan?

Syakilla ke arania?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 12:37 PM | Show all posts

owh..ya la..arania..
salah faham..
baca semula tadi
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 03:38 PM | Show all posts
Awok bgtaw sayew,bile awok nk siapkn cter niiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2015 03:42 PM | Show all posts
Esmiria replied at 14-6-2015 03:38 PM
Awok bgtaw sayew,bile awok nk siapkn cter niiii

Bila dah siap nanti saya bagitau
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2015 04:37 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 14-6-2015 04:39 PM

BAB 45

Sayang…sayang Puteri Ku sayang
Wajahmu seindah bulan mengambang
Sayang…sayang Puteri Ku sayang
Manis senyuman cantik rupawan


Lagu itu terngiang-ngiang di telinga, berulang-ulang kali. Serta-merta, Arania membuka mata. Beberapa saat diperlukan untuk menyedari yang dia kini telah berada dalam kamarnya sendiri. Sakit di kepala terasa menyengat namun dia gagahkan diri untuk bangkit.

“Anakanda sudah sedar.”

Arania menoleh ke kanan, memandang terus pada Ratu Malaeka.

“Bonda...” Arania bersuara. Ratu Malaeka membantunya untuk duduk dan bersandar pada katil. Arania menarik nafas dalam-dalam. Lagu yang bermain dalam kepala hilang perlahan-lahan. Sakit kepalanya juga mulai lega.

“Minumlah Arania.” Syakilla menghulurkan segelas air lalu disambut. Setelah meneguknya hampir separuh, gelas itu dihulurkan semula pada Syakilla.

Setelah itu, tiada sesiapa pun yang bersuara lagi. Syakilla duduk di sebelah kanannya manakala Ratu Malaeka disebelah kiri. Kedua-duanya kelihatan sugul. Masing-masing membisu. Tanda-tanya semakin menguasai fikiran Arania.

Di mana nenek tua itu? Arania tercari-cari.

“Bonda.” Arania memecah sunyi.

“Iya anakanda?”

“Mana nenek tua itu? Siapa dia sebenarnya?” Soal Arania. Ratu Malaeka tidak menjawab. Kolam matanya bergenang.

“Syakilla...” Perhatian beralih pula pada Syakilla. “Kau pasti tahu sesuatu, bukan?”

Syakilla hanya menjawab dengan senyum hambar. Iya, dia tahu. Cuma dia tidak mampu menerangkannya kepada Arania.

“Wajah nenek itu seperti pernah anakanda lihat. Lagu yang didendangkan oleh nenek itu seperti pernah anakanda dengar. Siapa sebenarnya nenek tua itu, bonda?” Soalan dilontar lagi. Sedaya-upaya, dia cuba mengingati namun itu hanya menambahkan sakit di kepala.

“Usah berfikir banyak, anakanda. Rehatlah.” Ujar Ratu Malaeka.

“Tidak bonda. Anakanda perlu tahu, siapa nenek itu.” Balas Arania. Ratu Malaeka mendiamkan diri. Jarinya membelai lembut rambut ikal puterinya itu.

“Bonda.” Arania tidak berputus-asa. Nenek tua itu bagai punya ikatan dengannya tapi dia tidak tahu apa. Selagi jawapan tidak diberi, selagi itu dia tidak akan tenang.

“Bonda...” Arania semakin mendesak. Jari Ratu Malaeka digenggam. “Anakanda perlu tahu siapa dia, bonda. Tolonglah jelaskan pada anakanda.” Arania merayu.

“Sudah tiba masanya untuk anakanda mengetahui hal yang sebenar.” Muncul Raja Amsyar. Tiga pasang mata memandang ke arahnya.

"Kanda...tapi..." Ratu Malaeka cuba menghalang namun Raja Amsyar membuat isyarat tangan agar Ratu Malaeka tidak berkata apa-apa lagi.

“Ayahanda harap, anakanda dapat menerima berita ini dengan tenang.” Sambung Raja Amsyar lagi. Tanda-tanya semakin ligat bermain dalam minda Arania.

“Ianya berlaku setelah beberapa bulan Raja Zulkhan mangkat." Raja Amsyar memulakan cerita.

Ayahanda mendapat berita bahawa  isteri Raja Zulkhan semakin tidak terurus. Kesihatannya tidak menentu. Ratu Sellie sepertinya mengalami gangguan perasaan. Atas dasar persaudaraan, dan juga rasa bersalah...” Raja Amsyar menarik nafas kesal sebelum menyambung bicara.  

“Ayahanda dan bonda mengunjungi Ratu Sellie di Lembah Keramat. Benar seperti yang diberitakan. Keadaan Ratu Sellie amat menyedihkan. Tanpa berfikir panjang, kami mengambil keputusan untuk membawa satu-satunya puteri Raja Zulkhan itu untuk tinggal dengan kami.”

“Secara tidak langsung, ayahanda mahu memberi perlindungan kepada anak saudara ayahanda sendiri dari ancaman. Ini kerana, ada segelintir rakyat jelata yang masih marah dan benci kepada Raja Zulkhan. Ada khabar yang mengatakan, mereka mahu menghapuskan keturunan Raja Zulkhan. Sebelum terjadi perkara yang jauh lebih buruk, adalah lebih baik kami melindungi puteri kecil itu.”

“Ratu Sellie membenarkan kami membawa puteri itu pulang ke Amariya. Inang, pengasuh puteri kecil yang telah menjadi saksi akan perkara itu. Tujuh hari kemudian, Ratu Sellie telah mangkat.’

“Perkara ini dirahsiakan dari pengetahuan semua. Hanya ayahanda, bonda dan penasihat diraja ketika itu yang tahu tentang perkara ini. Atas perintah ayahanda juga, tiada sesiapa yang dibenarkan bersoal-jawab tentang kehadiran puteri itu dalam istana sehingga akhirnya, puteri itu dianggap sebagai anak kandung kami berdua.”  

“Ayahanda...” Bibir Arania terketar-ketar.

“Puteri Arania.” Raja Amsyar memandang tepat ke wajah Arania. Ada sayu dalam hati namun perkara itu perlu dijelaskan sekarang.   

“Raja Zulkhan adalah ayahandamu yang sebenar.”

Sukar sekali untuk Arania menerima berita itu. Pandangan bertukar-tukar diantara Raja Amsyar dan Ratu Malaeka.

“Kenapa dirahsiakan perkara ini dari anakanda?” Soal Arania.

“Semuanya demi keselamatan anakanda.” Balas Raja Amsyar. Arania menoleh ke kanan, ke arah Syakilla. Syakilla sedang turut memandangnya dengan mata berkaca.

“Adakah kau juga mengetahui tentang perkara ini?” Soalan dilontar pada Syakilla. Syakilla menarik nafas sebelum mengangguk perlahan, dua tiga kali sebagai jawapan.

“Apa lagi yang kau sembunyikan dari aku?!” Suara Arania lantang apabila berkata. Syakilla sudah dianggap seperti kekandanya sendiri tapi Syakilla tegar merahsiakan banyak perkara. Kecewa sungguh dirasakan. Pada Arania, Syakilla telah mengkhianati persaudaraan mereka.

“Arania...” Panggil Ratu Malaeka, sebak. “Biar apapun terjadi, anakanda tetap anak kami. Bonda tetap sayangkan anakanda. Tidak akan kurang sedikit pun.”

Kata-kata Ratu Malaeka tidak dibalas. Arania mendiamkan diri lalu memejamkan mata.

“Ayahanda telah mendapat berita sebentar tadi dari Zaffar. Ada rakyat jelata yang sudah mengetahui akan diri anakanda yang sebenar.” Raja Amsyar berkata. “Oleh itu... ayahanda dengan berat hati telah membuat keputusan...” Raja Amsyar menarik nafas panjang.

Arania memandang Raja Amsyar.

“Demi keselamatan anakanda, ayahanda terpaksa menghantar anakanda pergi jauh dari sini buat seketika.”

Arania kembali memejamkan mata. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya turun membasahi pipi.

***
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 06:59 PM | Show all posts
errkkk... arania mau lari masuk dunia QI ke? mau jadi serupa Enchanted nanti
Qi tengah syok2 tido, buka mata je nampak arania kat sebelah tengah syok peluk die.. tron plak sedap duduk atas Qi sambil tengok QI ngan muka mcm nak telan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2015 09:59 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 14-6-2015 06:59 PM
errkkk... arania mau lari masuk dunia QI ke? mau jadi serupa Enchanted nanti
Qi tengah syok2  ...

Okay lagi kalau Tron yang masuk bilik.

Dibuatnya emak Qi yg masuk, tak pasal-pasal terus kena nikah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2015 10:02 PM | Show all posts
Kediaman Zaffar

Di ruang tamu rumahnya, Zaffar duduk sendirian. Dua orang tetamunya yang datang dari Lembah Keramat sudah pun disuruh pulang awal petang tadi. Otaknya ligat berfikir. Sesekali, tersungging senyum di bibirnya. Betapa dia benar-benar gembira kerana rancanganya setakat ini berjalan dengan lancar.

Dia tahu, di Amariya ini, masih wujud golongan rakyat yang tidak dapat menerima perbuatan Raja Zulkhan dahulu. Pada mereka, Raja Zulkhanlah punca kepada peperangan yang berlaku dahulu. Manakala di Lembah Keramat pula, para penyokong Raja Zulkhan masih ramai walaupun tidak diakui secara terang-terangan.

Dua pihak ini akan dia gunakan untuk mencapai cita-citanya. Untuk itu, dia perlu meneruskan rencana selanjutnya. Dia akan membuat dua pihak ini bertelagah dan bila itu berlaku, dia akan menangguk di air yang keruh.

Impiannya bakal terlaksana. Hanya sedikit masa lagi, Amariya akan jatuh juga ke tangannya.

Perhatiannya beralih apabila lima susuk tubuh anak muda datang menghadirkan diri ke ruang tamu ini. Zamzam, Zuhril serta tiga orang lagi orang suruhan mereka. Senyum sekali lagi terukir di bibir. Zamzam, anak kesayangannya itu kelihatan mengetuai yang lain.

“Bapa.” Sapa Zamzam lalu membuat tunduk hormat lalu diikuti yang lainnya. Zaffar membalas dengan anggukan.

“Duduklah.” Arah Zaffar. Arahannya di turuti.

Zaffar memandang wajah lima orang anak muda itu satu demi satu. Tiada lagi senyuman yang dilemparkan pada mereka.

“Bapa.” Panggil Zamzam lagi. “Perihal anak Raja Zulkhan semakin menjadi buah mulut rakyat jelata.”

“Bagus. Itu yang aku mahukan.” Balas Zaffar. “Aku bangga dengan kalian kerana dapat menjalankan tugas ini dengan lancar.”

Zamzam tersenyum bangga. Bukan mudah untuk Zaffar memberi pujian. Zuhril pula tidak menunjukkan apa-apa riak. Sedari awal lagi, dia memang tidak bersetuju dengan cara dan rancangan Zaffar namun sebagai anak, dia tidak punya suara dan kudrat untuk membantah.

“Kita akan lakukan rancangan seterusnya.” Tutur Zaffar lagi.

“Apa rancangannya, bapa?” Soal Zamzam. Zaffar tersenyum. Tidak lepas dari memandang para pemuda dihadapannya seorang demi seorang.

“Terangkan pada kami. Usah khuatir, bapa. Kami akan lakukan sebaik mungkin.” Ampu Zamzam.

“Kali ini, aku mahu kalian lakukannya tanpa belas kasihan.” Zaffar menyambung kata.

“Maksud bapa?” Zuhril pula yang bertanya. Keningnya berkerut.

“Ada nyawa yang perlu dikorbankan.”

Suasana terus sepi. Tiada sesiapa pun yang bersuara lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 10:25 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 14-6-2015 09:59 PM
Okay lagi kalau Tron yang masuk bilik.

Dibuatnya emak Qi yg masuk, tak pasal-pasal terus kena n ...

lagi baguih... Qi nikah ngan Arania.. abih la citer..
lantak pi la apa nak jadi kat Amariya, boleh gitu??
jangan warga amariya pulak yang sesat masuk dunia Qi pulek.. jahanem nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 10:36 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 14-6-2015 10:02 PM
Kediaman Zaffar

Di ruang tamu rumahnya, Zaffar duduk sendirian. Dua orang tetamunya yang datang d ...

makin best citer ko ni...
sambung cepat2..siapa plak yang nak dikorbankan tu..
zaffar ni talam dua muka la ya?
aku tunggu scene bertempur je ni..
panah arania
pedang syakilla
atau pistol Qi..


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 10:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 14-6-2015 10:36 PM
makin best citer ko ni...
sambung cepat2..siapa plak yang nak dikorbankan tu..
zaffar ni ...

pistol Qi??? aku dah pk lain ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 11:08 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 14-6-2015 10:56 PM
pistol Qi??? aku dah pk lain ni

ko niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 12:13 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 14-6-2015 10:56 PM
pistol Qi??? aku dah pk lain ni








Jap.









Apa ko pikir sebenarnya?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 12:14 PM | Show all posts
Ipo replied at 14-6-2015 10:36 PM
makin best citer ko ni...
sambung cepat2..siapa plak yang nak dikorbankan tu..
zaffar ni ...

Silap ler.

Panah > Syakilla
Pedang > Arania
Pistol > ...................errrrrr .... hhhhmmmmm.....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2015 12:36 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-6-2015 12:14 PM
Silap ler.

Panah > Syakilla

ko pikirin apa sudah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 12:43 PM | Show all posts

Hahahahha. Entah....

Tapi tetiba aku terpikirin lagu ni...

Jangan pikirin abang
Jangan biasain abang
Yang penting happy saya
Nggak ada yang gratis abang




Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 06:25 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-6-2015 12:14 PM
Silap ler.

Panah > Syakilla

oh ya la...syakilla dengan panahan nya...like The Brave
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 04:07 PM | Show all posts
Promote kat sinilah rmh sana nak masuk tol mahal sgt .. RA 6 pulak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.094107 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list