CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] Rumah Borak/Meroyan N9 #45 Happy New Year 2022~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 4-1-2022 09:34 AM | Show all posts
seribulan replied at 4-1-2022 09:26 AM
Senang  sebelah rumah je...hihi...

saya punya kedai tu jauh, tp rela wooooooo g jejauh demi segelas coconut shake 1 liter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2022 09:58 AM | Show all posts
pizza homemade

4 cwn tepung gandum
¼ cwn minyak
secubit garam
1 sdt gula
1 ½ cwn air suam
2 sdt yis
cara2 :
masukkan yis dan gula dlm air suam ..kacau bg larut sikit dan tunggu 10-15 min sampai berbuih ..
dlm bekas lain masukkan tepung dgn garam ,gaul rata ,buat lubang kt tengah ,curahkan minyak dgn yis yg dh berbuih td .
gaul rata ,uli sampai jadi doh yg lembut dan halus .
bulatkan ,sapu minyak sikit ,tutup doh sampai naik sekali ganda .
dah naik ,tumbuk buang angin .bahagi 2 bahagian ( nak nipis sikit buat 3 bahagian )
tekan pd bekas yg disapu dgn sikit minyak .
cucuk permukaan dgn garfu ,lepastu sapukan sos ,hias dgn topping kesukaan .akhir sekali tabur mozarella cheese .
bakar api bawah sampai masak ,kemudian nyalakan api ats utk permukaan yg cantik ( pakai oven )
bolehlah hidang

topping
sos spagethi dlm tin
bawang holland potong dadu
cili benggala potong dadu
cendawan dlm tin
daging kisar
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
sedikit oregano kering ( opt. )
mozarella cheese

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 09:58 AM | Show all posts


Good Morning
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 09:58 AM | Show all posts
NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras nasi dagang
1 tin (400ml) santan pekat
4-5 ulas bawang merah - dimayang
1 cm halia - hiris macam bilah mancis
1 sudu kecil halba
garam
gula

CARA-CARA:
Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam. Saya rendam semalaman.
Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:00 AM | Show all posts
Tashu replied at 3-1-2022 06:13 PM
aging naturally gitu, xyah nk botox2 bagai

tapi perempuan kan nak selalu nak muda jerr
pasal tu nak cucuk botox


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:00 AM | Show all posts
LEPAT LABU

Bahan-bahan
500 gm labu kuning (kukus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung tepung beras
1/2 cawan pati santan
1 biji kuning telur
1tsp garam
Gula secukup rasa ( sy guna brown sugar )
Kelapa parut + garam ( utk inti )
Daun pisang layukkan dulu

Cara-cara
Campurkan kedua2 tepung + kuning telur + santan + gula kedlm labu yg telah dilecek.
Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung...adunan ni tak terlalu lembik.
Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
Masukkan inti kelapa ditengah-tengahnya.
Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
Kukus sampai masak.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2022 10:01 AM | Show all posts
Tashu replied at 3-1-2022 06:13 PM
aik ni nk reply nay ke?
matt salah quote ni



ooopppsssss sorryy
tersalah quote lah kalau gitu
yelah banyak notis2 yg masuk


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:02 AM | Show all posts
Pulut Kuning & Rendang

Bahan-bahan pulut kuning
===================
3kg beras pulut(30box pulut kuning)
4.5kg santan
Serbuk kunyit
4 helai Daun pandan
66g garam kasar
660g gula

Cara-cara memasak
===============
1.cuci bersih beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan daun pandan
2.kukus beras pulut selama 30 minit. letak daun pandan untuk aroma wangi.. Saya alaskan dgn daun pisang
3.Masukkan garam dan gula dalam santan,masak sekejap kemudian masukkan dalam pulut. Kacau pulut sehingga rata dan ketepikan
4.Masukkan pulut dalam kukusan dan kukus kali kedua dalam 10minit
5.nak nampak pulut berkilat cantik letak sedikit minyak masak

Resepi rendang Ayam
================
Bahan-bahan
3 ekor ayam
2 kotak santan kecil
500g kerisik (peket sederhana)
3 helai daun kunyit(hiris halus)
3 helai daun limau purut(hiris halus)
2 sb Gula
2 sb garam
4 sekawan
Minyak masak
*2 peket kecik Serbuk Kari
1 sk Kunyit serbuk
*4 btg serai(hiris)
*6 biji Bawang merah
*2 buku bawang putih
4 sb Cili blend(ikut kepedasan masing2)
*10btg Cili padi(extra pedas_sbb sye suka pedas)
*2 sb Ketumbar
*2 sb Jintan putih
*3 inci Lengkuas
*3 inci Halia
_blend bahan2 yang bertanda *

Cara memasak rendang
=================
1. Masukan minyak masak dan 4sekawan tumis bahan blend sampai naik bau
2.masukan cili blend dan tumis sampai cili betol2 masak,letak sedikit air masak dan masukan ayam,asam keping dan serbuk perasa
3.akhir sekali masukan kerisik dan santan .. masak dalam 10minit dan taburkan daun kunyit.. siapppp!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2022 10:03 AM | Show all posts
Chicken mango

Bahan
Ayam..Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng kentucky brand NONA
Minyak utk menggoreng

Cara
Panaskan minyak
perap isi ayam dgn lada hitam n bwg putih..perap slama 20minit..pecahkan telur dlm isi aym..gaul2..n cmpakkn isi aym ke dlm tpg serbaguna Nona dan..goreng hingga kekuningan(deep fry)
Parut mangga muda, carrot/daun ketumbar dan sedikit bawang besar

Sos
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Asam limau nipis..perah
klau pekat blh tmbh air pns

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali)...sukatan agak2 je.
Potong2 ayam gaul dgn mangga parut td...tuang sos atas ayam. Siap!!!

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:03 AM | Show all posts
tari replied at 3-1-2022 08:35 PM
rabun warna ea

1 kuning, 1 lg hijau

oooyekee?
ada dua warna? kuning dah hijau saje?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:04 AM | Show all posts

morning acik

udah mengopi ke pagi ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:05 AM | Show all posts
mattzzx replied at 4-1-2022 10:00 AM
tapi perempuan kan nak selalu nak muda jerr
pasal tu nak cucuk botox

kalu lelaki x mcm tu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:05 AM | Show all posts
mattzzx replied at 4-1-2022 10:01 AM
ooopppsssss sorryy
tersalah quote lah kalau gitu
yelah banyak notis2 yg masuk

hahhaa xpe.

morning my fren matt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:06 AM | Show all posts
TOMYAM GOONG SIMPLE

Bahan A :
Air secukupnya
Akar ketumbar
Daun Limau 6helai
Serai 2 batang (Hiris)
Bawang putih 4biji (ketuk)
Lengkuas (ketuk)
Halia (ketuk)
Cili api 4biji (ketuk) ikut kepedasan masing2..

Bahan B :
Paste tomyam (2sudu besar)
Sos ikan (2 sudu)
Susu cair (3 sudu)
Air perahan limau nipis (1biji)
Tomato sebiji (belah 6)
Bawang holland (setengah biji)
Daun ketumbar (Hiris)
Carrot (jika suka)
*boleh juga letak bunga kobis

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:07 AM | Show all posts
Kerabu mempelam

Sebiji mempelam tua.kuning2 sikit...parut remdam dlm air garam..
Segenggam ikan bilis ..goreng..ditumbuk..
Kacang tanah secawan.. digoreng tanpa minyak..buang kulit nya..ditumbuk kasar..
Bawang besar potong bulat..
Bawang merah hiris nipis
Cabai besar sebiji.. potong nipis
Cili padi 7 biji.. potong..ikut nak pedas tambah la..
Gula perang ..dua camca besar..
Garam..sedikit..

Caranya...
Mempelam tadi sejat buang air tadi.. jgn ada air langsung tau..nanti jadi kuah..tak sedap..
Gaul semua bahan diatas dengan mempelam tadi..Dah bolih makan...

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:08 AM | Show all posts
Tashu replied at 4-1-2022 10:04 AM
morning acik

udah mengopi ke pagi ni?

Alhamdulillah dah siap sarapan bihun goreng hari ni. Tengah pening, Large Format printer jem pulak. Dah buat macam macam tak jalan. Tunggu technician dtg check. Habis kerja tergendala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2022 10:09 AM | Show all posts
acikbrown replied at 4-1-2022 10:08 AM
Alhamdulillah dah siap sarapan bihun goreng hari ni. Tengah pening, Large Format printer jem pulak ...

bihun goreng peberet sha tu, bihun merah ke putih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:10 AM | Show all posts
PUTU PIRING

Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)
2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-membuatnya:
Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:12 AM | Show all posts
Tashu replied at 4-1-2022 10:09 AM
bihun goreng peberet sha tu, bihun merah ke putih?

Bihun merah. Yang putih tu Bihun Goreng Singapore org panggil kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2022 10:12 AM | Show all posts
TERUNG CILI CHINESE STYLE


4 biji terung size kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
7 biji cili api ( pedas ikut selera)
sedikit cukup rasa
2 sudu besar kicap cair
daun bawang

Goreng terung hingga keperangan, toskan minyak.
Tinggalkan 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan cukup rasa dan kicap cair, gaul hingga berbuih.
Masukkan terung, kacaukan.
Masukkan daun bawang, gaul seketika dan tutup api.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074657 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list