CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 13-12-2009 11:18 AM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=JlJd8hWwcEU

Paling syahdu bila time imam Maher ni yg jd Imam..
Saya suka suara dia...
Masa hajj 2007. dia selalu jd imam Maghrib...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2009 02:21 PM | Show all posts
kalau nak tengok senarai hotel diorang ni kat mana ek?
ctredzuan Post at 13-12-2009 08:24


kena bukak website company tu...ataupun call...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 02:25 PM | Show all posts
mminda pergi terus dengan mas ke? means dia tak singgah madinah dulu ke macamana? nk tanya madinah tu kita akan pergi lps buat umrah atau sebelum?
ctredzuan Post at 13-12-2009 08:27


kebanyakkan airlines..kecuali saudi penerbangan hari khamis akan ke jeddah...manakala perbangan hari khamis saudia akan terus ke madinah...

for your information pn ct....jeddah nie lebih dekat dengan makkah berbanding madinah...

so more convenient to enter makkah before going to madinah...

sebaiknya kerjakan yg utama..iaitu umrah..kemudian diikuti ziarah nabi kita di Madinah...

you can consult our umrah executive..to find out if there any packages going to makkah...before madinah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 02:29 PM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=JlJd8hWwcEU

Paling syahdu bila time imam Maher ni yg jd Imam..
Saya suka suara dia...
Masa hajj 2007. dia selalu jd imam Maghrib...
mummydeena Post at 13-12-2009 11:18


among my favourite imam too..sheikh maahir mualily....

kalaulah Malaysia boleh jemput imam2 makkah nie datang tour malaysia ke..apa salahnya..


kt uk ...masjid yg paling jauh...edinburgh central mosque pun pernah jemput Sheikh AbdurRahman As-Sudais

begitu juga Glasgow...

central mosque london kt reagent park tu dh byk kali...tgk kt info board diorang
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 08:42 PM | Show all posts
mminda pergi terus dengan mas ke? means dia tak singgah madinah dulu ke macamana? nk tanya madinah tu kita akan pergi lps buat umrah atau sebelum?
ctredzuan Post at 13-12-2009 08:27


kami pergi direct klia ->jeddah dengan penerbangan Saudia,  kmd naik bas ke mekah . Waktu berlepas 3.00 ptg dr klia.  kami akan pergi madinah  lepas mengerjakan umrah.

Nak tanya kepada yg arif boleh tak buat begini iaitu, sembahyang sunat ihram di KLIA, masuk flight pakai kain ihram instead of seluar dgn ber baju t shirt. Dlm flight, selepas 3 jam penerbangan (miqat qarn al manazil) baru salin t shirt dgn kain ihram. selepas tu berniat ihram. Lazimnya jemaah berpakaian ihram, sembahyang sunat kmd berniat ihram di miqat. sorry le tak pandai nak mengayat kan soalan.

Ada tak sesiapa yg pernah membawa ahli keluarga yg pergibersama dgn berkerusi roda. boleh share pengalaman dari berlepas di klia hingga mengerjakan umrah. tk .
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 09:19 PM | Show all posts
kami pergi direct klia ->jeddah dengan penerbangan Saudia,  kmd naik bas ke mekah . Waktu berlepas 3.00 ptg dr klia.  kami akan pergi madinah  lepas mengerjakan umrah.

Nak tanya kepada yg arif  ...
mminda08 Post at 13-12-2009 20:42


boleh pakai t shirt berkain ihram..tapi janggal la...tapi if it more comfortable with you why not...

tp jgn lupa bukak sebelum niat umrah....

p/s..sorry if more comfortable  for you  nakpakai underwearpun boleh tp bukaksebelum minat...sorry not mean to make something funny here but for beginner sometime feel uncomfortable...

ingat jgn lupa..kadangjemaah tertidur...

dan dekat nak samapi nilah toilet akan penuh.....pengalaman naik PIA becoz jemaah pakistan masuk makkah dulu..bila dkt miqat baru nak salin...

tp sebenarnya lg seronok pakai ihram...you dah ada dah ruh ibadat...masa perjalanan boleh menjadi platform untuk kita bermuhasabah..beristigfar...sebab banyaknya dosa kita ini...dan dijemput ke rumhaNYA Baitullahil haram

masa saya naik PIA karachi to jeddah..somany pakistani..wearing ihram make me very uncomfortable...rasa macam nak pakai jgk..plus jelous sebab diorang akan samapi makkah dulu...menjadi tetamu ALLAH dulu berbanding kita nie...

diorang dengan kain ihramnya...bertalbiah.....

sama masa i naik qatar doha to jeddah...adalah jemaah yg pakai ihram...seriously i am jelous..they are heading to makkah...while i am to madinah...

berkaitan pengalaman bawak jemaah berkerusi roda...takde..tppengalaman nenek..bawak besannya...

diorang akan letak orang yg berkerusi roda berhampiran pintu..ada tmpt khasnya..and seorang teman...

di klia ada aerobridge

kt jeddah plak dia akan pakai crane utk orangkurang upaya...berserta peneman...

bg urusan tawaf..boleh tolak sendiri...rasanya january masih low season..boleh tolak berhampiran kaabah dkt dataran...saei juga boleh tolak sendiri...elakkan upah oranglain tolak

kecuali anda tidak upaya..kerana yg ambil umpak tolak nie tolak terlalu laju..tak sempat nak berdoa dan sebagainya..

saya suggestkan bersaei kt tingkat 2 kerana lantai mendatar dan tiada bukit..so agak mudah nak tolak...

if i am not mistaken you are bringing your mum.....wife ikut skali tak..bcoz kalau nak ke masjid nabawi...perlu ditolak oleh jemaah wanita...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2009 09:42 PM | Show all posts
1286# HUSSAINTAHIR

tk byk2 atas info yg adik Hussain berikan tu sgt berguna buat kami. Sebenarnya saya pergi bersama suami, MIL and SIL. semoga pemergian kami disana di permudahkan oleh Allah taala.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 09:47 PM | Show all posts
p/s..sorry if more comfortable  for you  nakpakai underwearpun boleh tp bukaksebelum minat...sorry not mean to make something funny here but for beginner sometime feel uncomfortable...


tp yg first time nak pakai ihram ni memang le malu sikit..maklum le x pakai underware..tp second time x heran dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2009 10:26 PM | Show all posts
kata ustazah kat sekolah org lelaki kalau malu nak pakai ihram sahaja blh gak beli kain segi empat ikat lah kiri kanan mcm cawat zaman purba tu he he zaman tarzan tu...kain tu tak berjahit kan...just gunting segi tiga ikat kiri kanan blh imagine tak he he..anak kecil baru lahir biasa guna gak style ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:30 PM | Show all posts
1264# jellybee

ha gitu lah ala2 amazing race..lagi yg dari klia tu sbb di klia pun dah delay 1 hour..dlm flight i tanya gak stewardess tu kapal lg satu tunggu tak ni dah lebih time sepatutnya connecting flight...stewardesskata dont worry sbb bilangan kita ramai dia takkan pegi dulu..turun aja mutawif soh cpt pegi dia nak ambil boarding pass...kami sampai kat gate berlepas boarding pass tak siap print lagi..beratur lah dulu...dpt je boarding pass terus naik bas yg bawa pi kapal tu..kami masuk je dia org soh mutawif kira dah cukup semua terus berlepas...dlm tu ramai dah passanger dah siap pakai ihram..jeles gak tgk..kami kan ke madinah dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 08:18 AM | Show all posts
1286# HUSSAINTAHIR  

tk byk2 atas info yg adik Hussain berikan tu sgt berguna buat kami. Sebenarnya saya pergi bersama suami, MIL and SIL. semoga pemergian kami disana di permudahkan oleh Allah ta ...
mminda08 Post at 13-12-2009 21:42


sama-sama akak..ingatkan mminda08 nie lelaki..sorry..the question you asked might be on behalf of your husband...

Amin semoga dipermudahkan perjalanan..dipermudahkan ibadat..

semoga beroleh umrah maqbula..dan saie masykura...

p/s: banyak2 sabar..istigfar..doa...talbiah...doa orang yg musafir mustajab..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 08:19 AM | Show all posts
tp yg first time nak pakai ihram ni memang le malu sikit..maklum le x pakai underware..tp second time x heran dah
shahadin Post at 13-12-2009 21:47


shahadin...waktu pertama kali pakai ihram segan jgk nak tunjuk badan..

dek kerana bas panas...last2 kain kt atas tu jadi tuala plak...hahha...mujur duduk belakang hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 08:30 AM | Show all posts
1286# HUSSAINTAHIR  

tk byk2 atas info yg adik Hussain berikan tu sgt berguna buat kami. Sebenarnya saya pergi bersama suami, MIL and SIL. semoga pemergian kami disana di permudahkan oleh Allah ta ...
mminda08 Post at 13-12-2009 21:42


akak saya nak bg sedikit tips yg paling penting...

aurat adalah sangat penting untuk dijaga..

tawaf wajib menutup aurat...kalau aurat terbuka tak sah tawaf...

saya tgk kadang jemaah wanita pakai pakaian yang agaktipis..so sebelum pergi semaklah..to comply with the basic rule...menutup aurat...

bukan apa saya banyak kali jugaklah dok perati yg tak betul nie...nak tegur tak sampai hati...taraf mak kita..taraf makcik kita..taraf nenek kita...

so terpaksa diam...

one more tips dont follow other...trust on your knowledge and what you have learn...

teringat kisah masa on the way dari tan'em, ke haram...ada wanita menutup muka...siap bgtau makruh kalau tak tutup muka sepenuhnya...

menutup muka hanya dibenarkan atas sebab seperti berikut
  • Ingin menutup fitnah dan ingin mengawal situasi syahwatbagi lelaki yang terpandang bagi mengelakkan terjatuhnya fitnah yangketerlaluan akibat kecantikan wajahnya.

  • Ingin menutup rongga-rongga mulut, telinga, kulit, mata dan hidungsekiranya diserangi dengan debu akibat ribut debu yang keterlaluan dankemasukan anasir luar yang merbahaya yang dicurigai mampu mendatangkankemudaratan pada wajah sekiranya tidak ditutup seperti serangga danbahan kimia yang merbahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 09:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by HUSSAINTAHIR at 14-12-2009 09:56

KHUTBAH JUMAAT MASJID NEGERI PULAU PINANG..PADA HARI RAJA AIDILADHA..disampai secara pidato yang amat menarik perhatian saya..dengan penuh semangat oleh khatib bertugas...sewaktu khatib bertalbiah..hati menjadi sayu..

intipati yg dapat saya ingat...
Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Nabi Ibrahim teragak-agak..kerana tiada orang disitu...dan berdoalah Nabi ALLAH Ibrahim kepada ALLAH"Wahai tuhan! apakah yang akan menyampaikan suaraku ..Maka Allah Berfiman.."Serulah ...maka kami akan sampaikan"

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, Diwajibkan ke atas kamu untuk menunaikan ibadat haji di BaitulAtiq, oleh itu sahutlah seruan Tuhan kamu Yang Maha Agung”.

Kalau kita nak tahu jabal abi qubais nie sebenar dah hampir tak dapat kita lihat lagi...dimana Raja Fahd..kadimul haramain yg telah meninggal dunia telah mendirikan istana Beliau di situ

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W>T menyampaika seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.


Maka Allah memperdengarkan kepada semua yang ada di bumi. Menurut pendapat ulama....pada ketika itu suara..talbiah nie datang dari pelbagai penjuru...ulama berpendeapat...suara Talbiah ..."LabbaikALLAHumma Labbaik ini adalah seruan roh-roh kita...

kita seharunya percaya roh kita dijadikan sejak azali lagi..sebelum ditiupkan kedalam rahim kita...seperti yang ter maktub dalam Quran Al-Karim..

roh-roh kita telah pun bertalbiah...maka sebanyak mana roh kita bertalbiha maka sebanyak itulah kita akan ke tanah suci..haramain ini..yang kita di forum ini sangat2 mencintaiNYA...

ada roh menjawab 10 kali h..maka sepuluh kali kita akan menunaikan haji...sekali maka sekali kita akan kesana seumur hidup...dan menurut kadar jawapan kita...


Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.

tuan..tuan dan puan-puan yg belum merancang ke tanah suci eloklahdisegerakan..kerana roh kita telah menyahut seruan Nab i ALLAH IbrahimA.S....maka seruan apa lagi yang kita tunggu...

alasan belumsampai seru bagi saya..agak keterlaluan...kerana Nabi ALLAH Ibrahimtelah menyeru agar kita menunaikan haji dan umrah

Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 09:46 AM | Show all posts
kisah haji Nab iALLAH Ibrahim A.S

Setelah Nabi Ibrahim a.s selesai menyeru orang ramai, Jibril a.s telah mengiringi beliau lalu menunjukkan kepadanya bukit Safa dan Marwah. Jibril a.s juga membawa beliau ke sempadan Tanah Haram, lalu mengarahkannya supaya mendirikan batu di sempadan tersebut, Nabi Ibrahim a.s terus melakukan arahan tersebut.

Beliau merupakan orang pertama yang mendirikan sempadan Tanah Haram dengan ditunjukkan oleh Jibril a.s. Pada hari yang ke 7 Zulhijah Nabi Ibrahim a.s telah berkhutbah sambil berdiri ketika tergelincir matahari manakala Nabi Ismail duduk mendengarnya. Pada keesokan harinya, kedua-duanya keluar secara berjalan kaki sambil bertalbiah dan berpakaian ihram.

Masing-masing membawa bekalan makanan dan bertongkat, oleh itu hari tersebut dinamakan hari Tarwiah. Apabila kedua-duanya tiba di Mina, mereka berdua mendirikan sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kedua-duanya berhenti rehat di bahagian sebelah kanan dan tinggal di situ sehingga keluar matahari di atas bukit Thabir. Selepas itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s bertolak secara berjalan kaki sehinggalah tiba di Arafah, ketika itu Jibril a.s ada bersama mereka. Jibril a.s menunjukkan kepada mereka bukit-bukit di sepanjang perjalanan sehinggalah mereka berhenti rehat di Namirah.

Di situ, Jibril menunjukkan bukit Arafah kepada Nabi Ibrahim a.s tetapi ketika itu Nabi Ibrahim a.s telahpun mengetahuinya, lalu berkata: (عرفت) yang bermaksud: Aku telah mengetahuinya, oleh itu tempat tersebut dinamakan Arafah.

Apabila matahari tergelincir, Jibril a.s mengiringi mereka berdua meneruskan perjalanan sehingga sampai di tempat terdapat masjid pada hari ini. Di situ Nabi Ibrahim a.s berdiri menyampaikan beberapa kalimah, manakala Nabi Ismail a.s duduk untuk mendengarnya, kemudian mereka menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar secara jamak. Selepas itu Jibril a.s mengangkat mereka berdua ke tempat yang tinggi, lalu mereka berdiri dan berdoa sehinggalah matahari terbenam dan cahayanya hilang.

Kemudian mereka berdua bertolak dari Arafah dan apabila tiba di Jam'in, mereka berhenti untuk menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di situ iaitu di tempat orang ramai menunaikan sembahyang pada hari ini. Mereka bermalam di sana sehingga terbit fajar, mereka berdua menunggu sehingga keluar cahaya sebelum terbit matahari lalu meneruskan perjalanan. Apabila tiba di Muhassir, kedua-duanya berjalan dengan cepat sehinggalah berjaya melintasi kawasan tersebut, lalu kembali berjalan sebagaimana sebelumnya. Apabila tiba di kawasan Jamrah, mereka berdua melontar Jamratul Aqabah sebanyak tujuh lontaran dengan batu yang dibawa dari Jam'in.

Mereka keluar dari Mina pada waktu pagi ke kawasan sebelah kanan kemudian menyembelih korban di tempat penyembelihan dan bercukur. Setelah itu mereka melontar Jamrah pada hari-hari Mina sehinggalah apabila matahari telah meninggi, mereka berulang-alik secara berjalan kaki. Mereka keluar pada hari Sadr (selesai dari mengerjakan ibadat Haji) lalu menunaikan sembahyang Zuhur di Abtah. Jibril a.s telah menunjukkan cara setiap amalan yang telah dilakukan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 10:02 AM | Show all posts
boleh pakai t shirt berkain ihram..tapi janggal la...tapi if it more comfortable with you why not...

tp jgn lupa bukak sebelum niat umrah....

p/s..sorry if more comfortable  for you  nakpaka ...
HUSSAINTAHIR Post at 13-12-2009 21:19


Saya masa memula pakai ihram kat Kompleks Haji Kelana Jaya, tak berasa janggal sangat, tapi bila saudara - mara pakat dok sakat, baru le rasa macam cuak sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2009 10:23 AM | Show all posts
Assalamualaikum
Hussain..Warith is back....check out their website http://warith.com/v5/
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 10:36 AM | Show all posts
Assalamualaikum
Hussain..Warith is back....check out their website http://warith.com/v5/
ayahjoe Post at 14-12-2009 10:23


wsalam

bro..company to dh ditarik balik lesen

MOTOUR dah tarik lesen.....

they have cc the copy to me

i have attended a hearing on their case  bcoz my deposit sangkut..i pun filed case..ada yg sangkut banyak pun ada 15 k..

dekat kuantan pun diorang ada case..banyak betul company nie hutang deposit...

tp masa i pi 2008..very good service dia..puas hati at 3555..i get a premium service..memang selesa la..
..new hotel..good food...good transport..flight on time...

p/s sorry bukan niat saya untuk memalukan atau burukkan company tu sekadar peringatan buat kita semua disini..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 10:43 AM | Show all posts
1297# ayahjoe

bro kalau nak cari pakej menarik pilah MASUM

MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel (MASUM)

kt Shah Alam Convention Centre

15-17 january 2010
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 11:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by ayahjoe at 14-12-2009 11:17
1297# ayahjoe

bro kalau nak cari pakej menarik pilah MASUM

MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel (MASUM)

kt Shah Alam Convention Centre

15-17 january 2010
HUSSAINTAHIR Post at 14-12-2009 10:43

InsyaAllah....shall we go together to MASUM?  Takpun kita wat gathering kat situ...baru meriah.  Currently my main choices are
1. Andalusia
2. Muhammadiyah
3. Irna Yakin
4. Zahafiz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.084871 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list