CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada sesiapa berminat nak keja sebagai fruit picker?

[Copy link]
Post time 2-9-2013 11:00 AM | Show all posts
Saya berminat sgt nak pergi . Saya dan suami serta adik perempuan saya.
Skg ni apa yg saya perlu buat persiapan duit. ( dlm.masa terdekat) . Saya dah email
Beberapa ladang buah utk keje yg available. Harap sgt jadi kenyattan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 11:10 AM | Show all posts
So guys..siapa yang nak pergi tu jom kita bincang2 tgk. Mana tau ada idea bernas. Bila ada geng
Yang ban turut serta semangat dan oergi tu bertambah dari terkurang.
Cuma sekarang tgh confuse nak tinggal anak atau bawa sekali..emm tapi lebih kepada bawa sekali.. hehe..gilir2 la jaga aanak laki bini.
And yang dah pernah buat dan pergi cerita experience ye..I dah baca otai2 nye thread. .skg ni kena confirm ada kerja baru fikir yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 12:29 PM | Show all posts
so apa the latest issues here?
jadi p ke tak?
skrg berapa kos da nak kena ada?
dulu andria thn 2007 nak 10k dlm tgn ,now?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 06:07 PM | Show all posts
Fuh baru habis khatam.
Aktif lagi thread ni until 2013. TT dah balik, so sekarang bisnes sendiri ke or plan nak travel tempat lain?

Otai2 lain mcm abgbikerz, dll still kat sana or dah balik Malaysia? Please update kalau sudi
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 02:14 PM | Show all posts
teman udah lama balik dah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 02:15 PM | Show all posts
sarasofeya posted on 2-9-2013 11:00 AM
Saya berminat sgt nak pergi . Saya dan suami serta adik perempuan saya.
Skg ni apa yg saya perlu b ...

pakai visa whv ke??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2013 03:15 PM | Show all posts
abangbikerz posted on 5-9-2013 02:14 PM
teman udah lama balik dah.

apa pengalaman kat sana bang..
kongsilah skit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 02:30 PM | Show all posts
abangbikerz posted on 5-9-2013 02:14 PM
teman udah lama balik dah.


Klu bleh share ler pengalaman susah senang kat sana. Boleh gak kami jadikan panduan/pengajaran.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2013 02:43 PM | Show all posts

pergh...cm best je...adventure

teringat citer bachelor's vegetable store
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 10:07 AM | Show all posts
idola posted on 6-9-2013 02:30 PM
Klu bleh share ler pengalaman susah senang kat sana. Boleh gak kami jadikan panduan/pengajaran.  ...

xde lah apa pengalaman yg extraordinary apa2 sgt pon. pernah ajele tido bawah pokok sekali time summer.itupon menggigil bangun pagi

sape2 nak keje ladang kat sana dinasihatkan berhati2 keje dgn kontractor especially kontaktor yg makan kari. itu aje.

dan jgn expect sgt nak buat duit keje kat NZ ni. mmg boleh buat duit. tapi kena kerja keras dan jimat perbelanjaan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 10:35 PM | Show all posts
abangbikerz posted on 7-9-2013 10:07 AM
xde lah apa pengalaman yg extraordinary apa2 sgt pon. pernah ajele tido bawah pokok sekali time su ...

Oh abangbikerz pernah kena tipu dgn kontraktor kelly ng ler ni . Thanks for the info.

So lepas abis tempoh whv terus balik eh, now dh balik Msia buat apa je? mesti tgh masyuk.

Ada plan nak travel lagi tak? or another round of whv kat another country?

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 11:28 PM | Show all posts
idola posted on 7-9-2013 10:35 PM
Oh abangbikerz pernah kena tipu dgn kontraktor kelly ng ler ni . Thanks for the info.

So lepa ...

kena tipu tak pernah. hampir2 ada lerrr. tapi mmg kebanyakan contractor makan kari ni ada citer buruk.

aku dah lama balik msia pon. really miss NZ. rindu dgn ketenangan dan kedamaian NZ.

aku skang ni cubale tgk peluang kat australasia tu. tp takdele jadi fruitpicker lagi dah. cari job dlm aku punya field lerr. kalau ada rezeki.

semuanya ikut nasib. kalau nak keje seasonal fruit jobs ni kena be at the right time at the right place. dan tgk jugak polisi syarikat.

aku bagi contoh petik apple. utk first picking ko akan petik yg merah dan tinggalkan yg hijau. pastu line tu  ditinggalkan utk bagi buah hijau tu masak. ko pegi petik line lain.

ada sesetengah company bila dia tgk buah tu dah merah sikit dia dah suruh ko buat second picking. walhal mungkin sebiji aje yg masak pon. so ko buang masa petik sebijik apple per tree utk second picking. sebab job ni contractual basis. you get paid for how much u can pick. so mmg rugi le camtu.

nasib baik company aku tak camtu

tapi last variety picking apple ialah braeburn. mmg masyuk. satu hari 250-300 nzd leh senang2 jer dapat. sebab buah2 tu besar dan banyak. tapi picking dia pon tak lama. leh kurang xsampai 2 minggu pon.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 12:55 AM | Show all posts
abangbikerz posted on 7-9-2013 11:28 PM
kena tipu tak pernah. hampir2 ada lerrr. tapi mmg kebanyakan contractor makan kari ni ada citer bu ...


Ooo mostly kat NZ paid ikut berapa byk buah kita petik ke? Takde yg pay hourly?

Camne pengalaman kau masa mula2 sampai? sorang2 ke? immigration dia takde soal banyak kalau tengok kita ada whv? Pastu camne kau cari job tu after that?

Hehe sorry byk tanya sbb curious.
Mesti kau dah habis merantau satu NZ tu.. especially lokasi LOTR.
Kat sana ada jumpa ramai org malaysia? Chef katak tu skrg kat sana ke?



Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 08:36 PM | Show all posts
idola posted on 8-9-2013 12:55 AM
Ooo mostly kat NZ paid ikut berapa byk buah kita petik ke? Takde yg pay hourly?

Camne pengala ...

keje picking ni mestile ikut berapa byk kita kutip. kalau bayar per hour mmg rugile tauke ngulat ajele.

kalau nak hourly pegi je keje packhouse. keje kiwi tu. musim panjang gak. cari company kat area tepuke kat north island tu. banyak ada.

kalau ada whv mmg tak banyak tanya pon custom tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 04:34 AM | Show all posts
abangbikerz posted on 8-9-2013 08:36 PM
keje picking ni mestile ikut berapa byk kita kutip. kalau bayar per hour mmg rugile tauke ngu ...

kalo takde whv camna plak bang? kira overstay ke cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 04:37 AM | Show all posts
sarasofeya posted on 2-9-2013 11:10 AM
So guys..siapa yang nak pergi tu jom kita bincang2 tgk. Mana tau ada idea bernas. Bila ada geng
Yan ...

wahh! bawak anak? bestnyee... anak umur berapa? share la job details, and cost... menarik gak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 08:55 PM | Show all posts
Salam Kak Andria dan forum-ers,

Pada tahun 2012, saya telah terserempak dengan thread akak 'fruit picker NZ' semasa google working holiday NZ for Malaysians. Saya telah membaca setiap satu komentar yang dihantar oleh setiap orang ke thread tersebut, especially perjalanan akak dari awal sampai ke akhir.

Saya sangat terinspirasi dengan semangat pengembaraan akak, dan bermula dengan panduan di thread akak itu, saya mengumpul maklumat sedikit demi sedikit tentang working holiday, backpacking dan fruit picking di NZ.

Saya juga secara serius mula mengumpul duit untuk mengikut jejak langkah kembara akak. Setelah setahun bekerja keras, alhamdulillah saya berjaya mengembara backpacking dan working holiday NZ pada tahun lepas di bulan September. Saya baru sahaja kembali ke tanah air pada bulan lepas setelah visa tamat. Hajat di hati mahu menyambung lagi visa, tetapi saya masih terikat dengan tempat kerja sekarang dan harus kembali.

Tidak dinafikan, sepanjang setahun sebelum saya berangkat, begitu banyak halangan yang terkadang hampir membuatkan saya berputus asa. Tetapi berbekalkan semangat yang saya dapat dari cerita pengalaman akak di thread itu, dan sebuah buku lama bertajuk Arus Kehidupan nukilan Khadijah Hashim yang menceritakan kisah pengembaraan seorang lelaki Melayu yang mengembara ke negeri orang mencari rezeki untuk mengubah nasib keluarganya, saya hadapi jua halangan-halangan yang melintang.

Saya telah berniat, sekembalinya ke Malaysia, saya pasti akan mengutuskan P.M kepada akak untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman akak di forum Cari ini dan telah menjadi panduan berguna kepada saya (dan saya pasti juga kepada orang-orang lain yang mempunyai semangat yang sama). Saya sangat menghargai sumbangan perkongsian pengalaman akak itu.

Saya juga telah berjanji kepada diri saya untuk mengikut jejak langkah akak juga untuk berkongsi pengalaman saya supaya dapat sedikit sebanyak membantu sesiapa yang sedang mencari panduan untuk working holiday dan backpacking ke NZ. Semasa di NZ, saya telah menulis sebuah buku panduan mengenainya dan sekarang di dalam proses untuk menerbitkannya. Saya juga telah membuka sebuah blog 'refleksi pengalaman' saya dari awal perjalanan sehinggalah ke akhirnya. Kalau akak sudi, (and forum-ers yang mahu mendapatkan gambaran umum) bolehlah baca blog saya malaysianbackpackingnewzealand.wordpress.com.

Saya semata-mata mendaftar di forum Cari ini adalah kerana untuk P.M akak dan juga memberi kredit kepada sumbangan akak melalui thread fruit picker NZ itu.

Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada sumbangan akak di alam maya ini yang telah menjadi langkah pertama pengembaraan NZ saya. Saya doakan semoga akak sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga dan dirahmati Allah sentiasa.

Aisha
Shah Alam

p/s: Catatan ini adalah ubahsuai salinan P.M saya kepada Kak Andria. Saya rasa Kak Andria tidak aktif lagi di forum kerana selepas seminggu lebih masih tiada respond dari beliau. Tetapi saya masih mahu memberi kredit kepada Kak Andria dan membuat keputusan untuk publish sahaja catatan ini di thread ini (catatan ini juga telah di-publish di thread 'peluang bekerja di new zealand by andria'; kerana ingatkan thread 'fruit picker NZ' yang ini telah dipadamkan oleh beliau). Semoga bermanfaat kepada yang ingin mengembara backpacking atau working holiday NZ.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:42 AM | Show all posts
nak join gak la kalau sapa nak pegi nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 12:12 PM | Show all posts
Hebat semangat anak2 muda ni, tahniah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.149525 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list