CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 16-4-2015 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-4-2015 10:38 PM

Rayyan hanya  merenung wajah yang pernah dicintai. Jie masih sama seperti saat pertama kali mereka bersua dulu. Walau hati terusik melihat kemesraan Jie dan Zack namun Rayyan redha. Segera perasaan tidak enak dibuang jauh. Syukur pada Allah, dikurniakan isteri sebaik dan setabah Safihah. Sememangnya Rayyan tidak menyesal memilih Safihah sebagai teman hidup.

"How are you, Papa Long?" Danny menyapa Rayyan.

"Fine, Kid ! Thanks for asking.." Rayyan senyum dengan keletah Danny.

Baru berusia 4 tahun tetapi kelincahan Danny dan Daryl melangkaui kanak kanak seusianya. Pantas Rayyan disalam hormat.

"Hi, Mama Long! " Daryl menyapa Safihah pula. Safihah hanya senyum menyambut mesra kedatangan Zack sekeluarga.

Kebetulan Ku Iz juga ada bersama. Tak ketinggalan Mama dan Papa. Khalid dan Viana bakal menyusul nanti.

"Duduklah Jie, Zack." Safihah mempelawa ramah.

Jie hanya menurut. Mengambil tempat disisi Zack. Kekok bersama keluarga mertuanya tanpa kehadiran Viana.Tambah pula dengan adanya Ku Iz. Jie masih sukar menerima perbuatan sepupu suaminya itu.

"Najiha apa khabar?" Tengku Safiah sedar diri banyak berdosa pada Jie. Cuba untuk memulihkan hubungan mereka meski Jie tampak janggal berbual dengannya. Menyesal dengan keterlanjuran silam.

Tiada reaksi dari Jie. Menantunya leka memerhatikan tingkahlaku kembar.

" Baby.. Mama tanya you soalan tu.." Zack tidak senang melihat Jie membiarkan saja pertanyaan Mama tanpa jawapan. Takut Tengku Safiah kecil hati dan menganggap isterinya biadap.

Jie tersedar. "Err.. Mama tanya apa tadi?" Senyuman manis dilempar ke arah Mama mertuanya.

"Najiha apa khabar?" Soalan sama diulang.

"Sihat , Mama !"Jie cuba berlagak selamba. Sehingga saat ini masih menyesuaikan diri dengan layanan baik dari Tengku Safiah.

"Mama dah lama tak jumpa Najiha dengan kembar. Bila Ray cakap Zafrey nak datang hari ini, tu yang Mama dengan Papa join sekali. Iz pun nak ikut." Tengku Safiah berbicara ramah.

"Oh.." Hanya itu saja yang terluah. Jie tiada idea untuk berbual lanjut. Lidah kelu berhadapan dengan Mama mertuanya.

Mujur, Safihah ada sekali. Birasnya banyak berbual dengan Tengku Safiah. Jie gemar menjadi pendengar sahaja.

Ku Iz mengajak Zack untuk keluar mengambil angin. Berbisik sebentar ke telinga Jie seketika kemudian, Zack mengekori langkah Ku Iz.

"Aku tahu Jiha takkan maafkan aku.. " Ku Iz sedar sehingga kini Jie mengelak untuk bertentang mata dengannya. Jelas terpancar di riak wajah.

Meski Jie sendiri yang meminta Zulkarnain supaya tidak membesarkan kes serangan Ku Iz namun hubungan Ku Iz dengan Jie maupun Zulkarnain sukar dipulihkan. Hingga kini Zulkarnain tidak mengendahkan dirinya. Jie tetap dingin.

"Najiha dah lama maafkan kau.. Mama.. Papa dan Ray.. Cuma mungkin Najiha perlukan masa untuk blend in .. Jangan risaulah !" Zack tak salahkan isterinya jika hingga kini masih berat bergaul mesra dengan keluarga kandungnya. Sejarah silam yang pernah dilalui membuat Jie serik.

"Aku tahu !" Ku Iz mengeluh. Sejak kejadian itu, diri dihantui penyesalan. Kalau saja Zack meninggal dunia atau Jie keguguran, Ku Iz tak mungkin dapat memaafkan diri sendiri. Sewaktu Ku Iz mengasari Jie, wanita itu sudah mengandungkan zuriat Zack.

"Aku minta maaf dekat kau dan Jiha sekali, Zack!  Sejak dulu aku banyak kacau hidup korang.." Ku Iz emosi.

Berjuta kalipun maaf dipinta kenyataan tetap tak berubah. Ku Iz sudah kehilangan dua insan yang bermakna dalam hidupnya. Zulkarnain dan Jie !

" Ini.." Saku seluarnya diseluk. Sebuah kotak dikeluarkan. " Aku hadiahkan dekat Jiha masa kami nikah dulu. Lepas kami bercerai dia pulangkan kat aku , tapi aku suruh dia simpan sebab ini mahar yang aku beri pada dia. Aku ikhlas !" Entah kenapa Ku Iz rasa sebak saat Rayyan memulangkan semua itu padanya baru baru ini.

Cincin, gelang dan rantai emas bertatahkan berlian itu menggamit kenangan silam. Ku Iz sendiri yang menyarungkan kepada Jie sewaktu pernikahan mereka.

Kebetulan, Safihah terjumpa barang kemas itu tersimpan dalam almari yang pernah digunakan Jie sewaktu masih hidup bersama Rayyan. Sudah bertahun lama diam disitu mungkin. Safihah ingin memulangkan semula kepada Jie namun Jie menolak. Jie meminta Safihah menyimpan saja atau pulangkan kepada Ku Iz.

Dan, Safihah memilih untuk menyuruh Rayyan menyerahkan semula kepada Ku Iz.

Terkejut, sedih dan kecewa apabila Ku Iz mengetahui Jie tidak sudi lagi menyimpan hadiah pemberiannya. Lambang mereka pernah bergelar suami isteri dulu.

"Aku tak faham.." Zack keliru. Apa motif Ku Iz memberitahu semua ini? Tiada jawapan.

Ku Iz berpaling menghadap sepupunya. " Barang ini dah lama tersimpan dirumah Rayyan. Safihah nak pulang pada Jiha. Tapi Jiha suruh bagi balik dekat aku. Minggu lepas Rayyan jumpa aku serahkan semua ini. Aku tahu Jiha bencikan aku ! Sebab itu Jiha tak nak simpan lagi semua pemberian aku.." Mengenali Jie sejak zaman sekolah lagi membuatkan Ku Iz dapat membaca rasional Jie bertindak begitu.

"So?" Zack masih lagi kurang jelas. Buntu.

"Aku nak minta tolong kau bagi balik dekat Jiha.. Aku tahu kau suami Jiha sekarang ..Tapi aku cuma nak Jiha ingat yang aku pernah wujud dalam hidup dia... Ini tanda dia pernah jadi milik aku dulu dan aku nak dia terus simpan kenangan ini.." Ku Iz sendiri tak tahu logik disebalik perbuatannya. Hati mendesak supaya meminta Zack menyerahkan semula kepada Jie.

Zack serba salah. " Mungkin Najiha tak nak ada salah faham kot.. Apa kata kau bagi saja pada isteri kau?" Sebagai suami, Zack juga tidak mahu Jie menyimpan sebarang kenangan bersama Ku Iz.

Ku Iz pantas menggeleng. " Hanya Jiha yang layak miliki perhiasan ini. Aku amanahkan kau untuk pulangkan semula pada dia.." Segera kotak diletak digenggaman sepupunya. "Kalau dia tak nak kau buang sajalah.." Nada suara mengendur. Hampa.

" Aku nak kau jaga Jiha baik baik.. Kau bertuah dapat hidup dengan dia..." Ku Iz mengeluh luar sedarnya.

Iri hati melihat kebahagiaan yang dikecapi Zack. Sudahlah berjaya memiliki Jie, malah mempunyai zuriat bersama sebagai pengikat cinta. Sepupunya sangat beruntung !

Ku Iz sedar Zack dan Jie memang ditakdirkan hidup bersama. Mungkin mereka sudah lama bersatu kalau saja Ku Iz tidak pernah berbuat onar. Menyesal jadi penghalang dulu.

Justeru, hanya doa mampu dipohon supaya jodoh Jie dan Zack berkekalan selamanya. Anggaplah ini sebagai penebus dosa silam. Ku Iz cuma ingin Jie hidup bahagia sentiasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2015 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah... Ada sambungan lagi... Thanks TT
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 03:53 PM | Show all posts
serously seronok beronok2 cerita ni? suggestion dr mama..cer try antar kat alaf 21 ke?leh jadi novel..huhuhuh...
serious.. even plot agak bertabur tapi tetap sonok dibaca..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tt..apdet la lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku iz mu dah insap ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 12:30 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-5-2015 02:52 PM

Jie bingkas bangun menerpa ke arah Danny yang sesak nafas tiba tiba. Risau. Safihah dan Tengku Safiah cemas melihat.

"Rayna, please take this cat away from here !" Jie bersin sambil mengarahkan anak tunggal Rayyan dan Safihah menjauhkan kucing siam dari Danny. Jie juga seperti Danny. Alah kepada haiwan berbulu.

Melihat Rayna yang terpinga pinga, Daryl segera berlari mendekati Rayna lalu mengalihkan kucing jauh dari Mommy dan Danny.

"Mommy and Danny cannot be near to cat ! I told you already !" Daryl berang. Kemarahan dihambur terhadap sepupunya.

"Calm down, son ! Danny will be allright.." Dada anaknya diusap lembut, menyabarkan Daryl yang memang sangat melindungi Danny walau Danny adalah abang.

Rayna yang sememangnya terbiasa dimanjakan oleh Safihah dan Rayyan berlari mendapatkan Papanya. Menangis sedih akibat dimarahi Daryl. Seumur hidup tak pernah diri ditegur kasar.

"I minta maaf Ray, Fiha.. Daryl memang 'overprotective' sikit." Jie sedar riak Safihah berubah melihat Daryl memarahi Rayna. Rayyan juga tampak kurang senang dengan pelakuan Daryl.

"You should teach your son on how to behave next time.." Rayyan bersuara tegas. Marah bila Rayna ditegur kasar oleh Daryl.

"Hal budak budak saja, Ray.." Tan Sri Isa segera masuk campur.

Tak mengerti mengapa Rayyan harus menyalahkan Jie sedangkan menantunya sudah meminta maaf. Keutamaan adalah memastikan Danny segera mendapat rawatan.

Jie pula tidak mengendahkan kata kata Rayyan. Ini bukan masa untuk bertekak.

"Everything's gonna be fine.. Trust me Dear !" Jie terus saja mendukung Danny keluar mendapatkan suaminya. Sempat tangan Daryl ditarik mengikutinya.

"Papa used to tell me this." Daryl merenung sejenak ke arah Rayyan.

"Manners makes a man ! Mommy shouldn't have to apologise at the first place.. It was my mistake !" Walau masih kecil, Daryl dapat memahami segala yang terjadi di depan mata. Beralih ke arah Rayna.

" I'm sorry, Rayna !" Usai berkata begitu Daryl terus berlalu mengikut Jie keluar mendapatkan Zack.

Rayyan terkesima. Petah sungguh anak itu berbicara. Menyindir secara halus tindakan Rayyan yang menyalahkan Jie.

"Mommy dengan anak sama saja perangai.." Safihah merungut, pelahan tetapi boleh didengari. Emosi bila anaknya dimarahi.

" Benda kecil saja Fiha.. Tu Danny yang tengah sakit tu lagi penting.." Kalau dulu mungkin Tengku Safiah akan menyalahkan Jie untuk setiap perkara. Tapi kini Tengku Safiah bijak membuat penilaian. Bukan salah Jie kalau Daryl memarahi Rayna.

"Mama nak ikut Najiha dan Zafrey.." Bimbang dengan keadaan Danny mendorong Tengku Safiah bertindak begitu.

"Abang pun sama.. Risau pula hati ini.." Tan Sri Isa takut cucunya ditimpa serangan allergi yang kronik. Danny memang memililki ketahanan badan yang agak lemah sejak lahir.

"Ray dengan Fiha nak ikut?" Tengku Safiah merenung anak dan menantunya.

Rayyan ralit memujuk anak tunggalnya yang masih menangis. "Mama dengan Papa gerak dululah. Ray dengan Fiha pergi sekejap lagi." Sekadar beralasan. Hati masih panas dengan anak saudaranya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2015 04:43 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 19-4-2015 09:52 AM

Zack menarik nafas lega. Pernafasan Danny mula stabil. Tidak mencungap seperti tadi. Tiada simptom yang serius malah Danny juga dibenarkan pulang ke rumah. Cuma persekitaran Danny harus dipantau dan Danny diwajibkan mengambil ubat mengikut preskripsi yang diberi.

Isterinya yang masih lagi resah didekati. Daryl kini berada bersama Tengku Safiah dan Tan Sri Isa di luar. Khalid dan Viana juga ada menemani.

"Anak kita dah ok.. You jangan risau sangat, Baby.." Bahu Jie diusap lembut. Zack sendiri terkejut melihat alahan teruk yang dialami Danny. Tak pernah Danny berkeadaan begitu sebelum ini.

Jie baru teringat sesuatu. Segera telefon bimbitnya dicapai. Pesanan ringkas ingin dihantar kepada Zulkarnain melalui aplikasi whatsapp. Zack cuma memerhati tingkahlaku Jie. Terdetik persoalan dihati.

"I lupa ! Tadi Danny cakap nak Papa dia.." Gara gara kelam kabut , Jie terus saja membawa anaknya ke hospital berdekatan. Terlupa langsung pesanan Danny. Danny sudah terbiasa dirawat oleh Zulkarnain. Hubungan si kembar dengan Zulkarnain memang rapat.

"Baby.." Zack gusar. Cemburukan sejarah silam antara Zulkarnain dan Jie. " Siapa ayah Danny ni? I ke Zul? Perlu ke you ikut kehendak Danny ? I ada kan.." Kalau sebentar tadi Zack beriya menafikan kata kata Ku Iz, namun entah kenapa hati merasakan Ku Iz barangkali bercakap benar. Ada yang tak kena di antara hubungan Zulkarnain dan Jie.

Jie pelik dengan sikap Zack. "Apa maksud you, Bie?" Jie dapat membaca ada sesuatu yang disembunyikan oleh Zack. Mesej yang ingin dihantar kepada Zulkarnain dipadam semula.

"Entahlah Baby.." Zack sendiri keliru. "Kita cerita dekat rumah nanti. I nak settlekan Danny dulu.." Langkah dihala pantas meninggalkan Jie yang masih menanti jawapan.

Seboleh mungkin Zack cuba melupakan segala butir percakapan sepupunya tadi. Fikiran jadi kusut dan serabut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-4-2015 10:05 AM

Usai mengucapkan selamat malam kepada si kembar, Jie terus saja masuk ke bilik tidur. Ingin merehatkan badan yang keletihan. Syukur kepada Allah kerana Danny semakin pulih. Malah sudah boleh bermain dengan ceria.

Sempat Jie membacakan kisah dongeng kepada si kembar sebelum kedua duanya melelapkan mata. Walau agak mengantuk Jie gagahkan juga demi kedua pengarang jantungnya. Anugerah Allah yang tak ternilai buat Jie.

"Kembar dah tidur ke?" Zack menyoal isterinya yang baru saja masuk. Jie dilihat hanya angguk sebelum duduk dibirai katil. Masih leka menghadap laptop. Ada kerja yang perlu Zack selesaikan sebelum mereka berangkat ke Maldives.

"Good night, Bie !" Jie mendapatkan Zack. " You jangan tidur lambat sangat tau.. I love you !" Tangan Zack dicapai lalu dicium. Rutin biasa mereka suami isteri lakukan sebelum tidur.

Zack menghentikan kerja yang sedang dilakukan. Ada perkara yang ingin dibincangkan dengan isterinya.

" Betul ke you cintakan I, baby?" Terpacul jua soalan yang dipendam sejak siang tadi.

Perkahwinan mereka sudah mencecah usia lima tahun. Zack memang sangat mencintai isterinya. Lebih dari nyawa sendiri. Cuma khabar yang didengar dari mulut sepupunya membuatkan hati gusar. Zack tidak mahu menuduh tetapi inginkan kebenaran.

"Of course lah Bie.." Jie menjawab yakin. "Kenapa you tanya macam itu?" Mata yang mengantuk kembali segar. Pelik dengan perubahan sikap Zack.

" Betul ke you dekati I dulu sebab you tahu I masih cintakan you ? Dan you cuma pergunakan I untuk balas dendam pada Mama? Tapi you merancang untuk hidup dengan Zul?" Zack resah menantikan balasan jawab dari Jie.

"Maksud you?" Jie masih tidak faham.

"Masa you masih isteri Ray.. You pernah mengaku you tetap ingat semua kenangan cinta kita dulu.. Then I minta you janji supaya kahwin dengan I lepas Rayyan ceraikan you.. I nak you jujur dengan I sekarang.. Betul ke you pernah rancang gunakan I untuk balas dendam pada Mama masa itu?" Zack tidak akan senang selagi soalannya tidak berjawab.  

Jie berfikir sejenak. Wajah suaminya ditenung. Serba salah. Memang Jie pernah merancang untuk membalas dendam kepada Tengku Safiah. Mahu mempergunakan Zack bagi mencapai matlamatnya.

"Siapa bagitahu you semua ini, Bie?" Bagi Jie biarlah semua itu berlalu. Khilaf yang dilakukan kerana amarah terhadap Tengku Safiah.

" Siapa yang bagitahu I tak penting, Baby ! I nak tahu dari mulut you sendiri.. Betul ke?" Zack serius.

"Yup !" Jie terpaksa berterus terang. " I marah sangat pada Mama you masa itu. Tapi I tak jadi nak teruskan.. I tak sampai hati, Bie ! I tak sanggup lukakan hati you dan Ray.."Air mata kesalan mula menitis. "I fikir bila I 'mati' you akan teruskan hidup bahagia dengan Zeeta dan I---"

"Dan, you pilih untuk teruskan hidup jadi isteri Zul, kan?" Zack terus menyambung. "Jadi betullah you ada niat untuk gunakan I dan buat keluarga I berpecah belah.." Zack kesal. Ternyata Ku Iz bercakap benar.

"I minta maaf, Bie.." Hanya itu saja yang Jie mampu katakan.

"Now look at me Baby.. I nak tanya you.." Zack menghela nafas panjang. "Perkahwinan kita.. Cinta you pada I.. Semua ini real ke atau lakonan you
untuk capai matlamat you?" Nampaknya sedikit sebanyak Ku Iz sudah berjaya mempengaruhi pemikiran Zack.

Jie terkesima. "I dah lupakan semua dendam itu bila I kahwini you ! I tak pernah minta pun you tinggalkan family you untuk bersama I ! You sendiri yang sanggup !  Lima tahun you hidup dengan I ! Takkan you ingat I sanggup buang masa hidup dengan you semata mata dendam ?! I takkan mengandungkan anak you kalau I nak balas dendam !" Jie bengang. Zack bukan ingin berbincang tetapi lebih kepada menuduh dirinya.

"Please Bie ! You are getting ridiculous now ! I need some space.."  Pantas saja kunci kereta dicapai. Kantuk yang dirasai diabaikan saja. Jie sakit hati.

"I cuma nak tahu cerita sebenar saja, Baby ! Please ! I tak nak kita bergaduh pasal benda yang dah lepas.." Zack sedar keterlanjuran kata katanya. Cuba memujuk Jie yang ingin pergi. Tubuh isterinya dipeluk erat.

"I dah pernah cakap dengan you.. Jangan ulang kesalahan yang Ray pernah lakukan.. Yet you did it.. Thanks Zack !" Pertama kali Zack tega melukakan hatinya.

"I'm sorry Baby ! Please forgive me.." Zack tidak keruan. "I janji I takkan sakitkan hati you lagi.." Sesal melihat airmata yang mengalir dipipi Jie. Wajah isterinya disentuh untuk mengesat titisan jernih yang mengalir.

"I nak tidur.." Jie terus saja menepis tangan Zack lalu baring berselubung wajah. Airmata yang masih bersisa dibiarkan mengalir.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis2 lagi nak lukakan hati jie... Come on lah... Give her a space to be happy... Shame on u guys... Wanita sebaik jie pun tak nak hargai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 02:52 PM | Show all posts
banyak betul dugaan JIE...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:53 AM | Show all posts
bersabar je laaa Jie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 06:19 PM

Zack bingkas bangun setelah melihat isterinya tiada disisi. Jam baru saja menunjukkan pukul 4 pagi. Tak mungkin Jie bangun seawal ini.

Memikirkan Jie mungkin turun menjenguk si kembar, Zack mula menapak keluar menuju ke bawah. Mencari kelibat isterinya. Jumpa ! Jie kelihatan sedang duduk termenung bersendirian diruang tamu. Wajah mendung.

"Baby.. Are you okay?" Zack menyoal prihatin. Risau Jie masih lagi terasa hati.

Tiada reaksi dari Jie. Zack makin dihantui perasaan bersalah. " Baby say something please.." Bahu isterinya digoncang.

"I want you to let me go !"  Jie bersuara akhirnya.

"Let you go? Maksud you ?" Dada Zack bergetar kencang mendengar permintaan isterinya. Takkanlah...

"Ceraikan I , Zack !" Jie terus saja menyatakan segala yang terbuku dihati. Masa depan sudah terbentang jelas. Tak ingin mengulang sejarah difitnah, diragui dan disakiti seperti saat bergelar isteri Rayyan dulu. Jie serik mahu berhadapan dengan semua kebencian terhadapnya.

Zack kaget. " I tahu salah I. Please Baby.. Bagi I peluang terakhir.. I janji takkan sakiti hati you lagi.." Dunia seolah runtuh mendengar ucapan dari mulut isterinya.

"Mungkin perkahwinan kita satu kesilapan.. I tak sepatutnya setuju dulu.." Lancar saja Jie berkata begitu. Mengikut hati yang kecewa. Terlupa langsung zuriat yang mereka miliki berdua.

Pedih menusuk mendengar ucapan yang keluar dari bibir Jie. Zack sebak. Tak menduga Jie tergamak berbicara kejam seperti tadi. Air mata menitis.

"Mungkin bagi you perkahwinan kita satu kesilapan.. Tapi bukan pada I ! I cintakan you.. Tak pernah sekalipun dalam hidup I, I kesal jadikan you isteri I.." Zack bertutur tenang. Takut si kembar terdengar perbualan mereka.

"Then anggap saja I yang salah buat keputusan.. Izinkan I pergi.." Jie membulatkan hati untuk pergi. Melangkah ke pintu.

Zack panik. Segera berlari menghalang laluan Jie. "Please Baby ! I merayu dekat you.. Jangan tinggalkan I.. I tak boleh hidup tanpa you !" Zack tak segan silu merayu. Ego sebagai suami dan lelaki dibuang jauh. Demi kesejahteraan rumah tangga mereka, Zack sanggup beralah.

"I minta maaf Bie.. I have to go !" Jie tetap berkeras.

Zack berdiri membelakangi pintu. "For once.. I minta you consider.. I tahu I bukan malaikat yang sempurna.. I cuma manusia biasa.. Human makes mistake !" Rambut ikal Jie dibelai. "Untuk kali ini saja Baby.. Please maafkan I !"Zack masih tak putus asa memujuk.

"Manusia memang buat salah ! Tapi kita boleh belajar dari kesilapan dulu. Bukan ulang balik kesalahan tu.."Jie mengeluh.

"You cuma takut dengan bayang bayang you sendiri ! Mungkin I bukan isteri yang baik sewaktu I masih isteri Ray dulu. I mengaku ! I keluar dengan you.. I jalinkan hubungan dengan you, adik ipar I sendiri ! Kemudian, I lupakan janji I pada you dan  I terima lamaran Zul.." Kadang Jie rasa malu dan menyesal mengingati kebodohan silam. Tega bermain api walau masih bergelar isteri Rayyan pada masa itu.

"Percayalah Bie... I takkan ulang kesilapan itu.. You tak perlu takut.." Jie sedar kadang Zack agak paranoid.

Setiap internet akses, media sosial, GPS dan telefon bimbitnya selalu 'digodam' oleh suaminya. Zack menggunakan kepakaran teknologi yang dimiliki untuk mengawal pergerakan Jie. Jie tak kisah kerana suaminya memang berhak. Lagipula tiada rahsia yang ingin Jie sorokkan. Diri ikhlas mengahwini Zack walau niat Jie pernah terpesong suatu ketika dulu.

"I tahu Baby.." Zack segan sendiri.

Ternyata Jie dapat membaca kegalauan yang melanda hati Zack sepanjang mereka hidup bersama.

Memang Zack akui mereka pernah menjalinkan hubungan diluar pengetahuan Zeeta dan Rayyan dulu.

Disebabkan itu, Zack dan Jie rela menelan tohmahan yang diterima sewaktu awal perkahwinan mereka kerana itu adalah sebahagian hakikat.

Walau hubungan mereka dulu tidak melampaui batas, namun Zack tetap gusar. Bimbang Jie melakukan perkara yang sama dengan Zulkarnain diluar pengetahuannya pula.

Mungkin ini balasan Allah terhadap Zack kerana sanggup berebut dengan abang kandung sendiri. Meski berjaya memiliki Jie, Zack masih saja dihantui kebimbangan.

"Iz kata banyak kali nampak you dengan Zul berdua masa I koma dulu. Karl pun mengiyakan. Bila I tengok si kembar lebih rapat dengan Zul berbanding I, I jadi doubt kalau mereka anak I.. I tahu I salah fikir macam itu..I minta maaf, Baby !" Bagi Zack berterus terang jalan terbaik. Memang kenyataan Ku Iz membuat Zack jadi penasaran.

Hati pula curiga apabila mengaitkan sejarah silam Jie dan Zulkarnain. Kata kata Ku Iz membuatkan Zack terfikir kemungkinan itu.

Malah, Rayyan juga pelik apabila Daryl menyebut Papa dihadapannya siang tadi. Abang sulungnya menelefon bertanyakan khabar Danny lalu sempat bercerita tentang kata kata Daryl dan bertanya gerangan Papa yang dimaksudkan. Siapa lagi kalau bukan Zulkarnain !

"I beg you pardon, Zack?!" Kecewa, hampa dan sedih ! 3 rasa dalam satu. Jie tak sangka Zack tergamak mencurigai status kembar mereka.

Jie tekad untuk keluar. Tangan pantas menolak tubuh Zack yang menghalang laluan. Jie ingin pergi namun terhenti apabila...

"Mommy, Daddy where are you going?" Danny menyoal apabila melihat Jie sedang membuka pintu. Mata digosok. Masih bersaki baki mengantuk.

Jie segera berpaling, mengesat air mata lalu tersenyum ke arah Danny. "We are not going anywhere , Dear.." Anaknya tak boleh tahu salah faham diantara mereka.

Spontan, Jie terbayang saat melihat Maznah dan Dato' Hanafi bertekak dihadapan mata sewaktu Jie masih mentah dulu. Tak mahu Danny atau Daryl berhadapan dengan situasi yang serupa.

"Get back to sleep, son !" Zack bersuara kemudiannya. "Mommy and Daddy will be here. No worries !"

Danny hanya akur. Menguap lalu melangkah semula menuju ke bilik tidur.

Setelah memastikan Danny sudah berlalu masuk ke bilik, Zack terus saja menarik isterinya ke sisi. Jie dipeluk erat.

"I tetap percayakan you.. I yakin you takkan duakan I !  I cuma nak cerita pada you, Baby !  Luahkan semua yang I rasa.. I takut kalau I pendamkan saja, hubungan kita akan renggang.. I akan meragui you ! I tak nak ada prasangka yang boleh ganggu gugat kebahagiaan kita.. End up you bosan dan tinggalkan I..Forgive me ok !" Biarlah semuanya habis disini. Zack tak mahu perkahwinan mereka yang selama ini aman dilanda badai.

"I pun minta maaf sebab I emosi tadi.. I sepatutnya dengar dulu semua yang you nak perkatakan.." Pelukan suaminya berbalas. Jie sedar kesilapannya terburu buru menganggap Zack membuat pertuduhan.

Mujur, kemunculan Danny membuatkan Jie berfikir sejenak. Ralat kerana tega meminta perceraian tanpa memikirkan nasib si kembar yang masih kecil dan perlukan Daddy dalam hidup mereka.

"I yang salah, Baby.. Mungkin cara I bertanya buat you emosi.. Maafkan I.." Jari jemari isterinya dikucup. "I cintakan you lebih dari nyawa I sendiri..Janji you takkan pergi dari I?." Jie cuma angguk tanda mengiyakan. Zack menarik nafas lega.

Biarlah ia menjadi kali pertama dan terakhir soal ini dibahaskan. Zack tak mahu menanggung risiko kehilangan isteri dan anaknya. Berjanji pada diri sendiri untuk tidak membiarkan sesiapa saja merosakkan kebahagiaan yang dimiliki.



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Curiga...  Sangsi... Lumrah kehidupan...  Kalau tak dpt handle dgn bijak habis hancur semuanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 04:32 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 06:19 PM

Ketukan kuat dipintu bilik membuatkan lena Jie terganggu. Pasti kerja Danny atau Daryl. Tangan suaminya yang sedang memeluk erat dialihkan bagi memudahkan Jie bergerak.Sudah terlewat bangun. Jam menunjukkan tepat pukul 10 pagi.Jubah mandi dicapai lalu disarung ke tubuh. Bergegas masuk ke bilik mandi.

Zack turut terjaga mendengar keributan yang melanda. Mencari kelibat isterinya. Terdengar pancuran air, Zack membuat kesimpulan Jie mungkin sedang membersihkan diri.

"Daddy, Mommy... Grandpa and Grandma are here.." Kedengaran suara Daryl diluar pintu.

"Mama Vee and Papa Karl too !" Danny menyampuk.

"Ask them to wait first.. We'll be right there soon.." Zack menguap malas.

Senyum seketika teringatkan kejadian semalam. Lepas pergaduhan mereka, boleh pula Jie mengajak Zack bermain game Tekken 6 untuk lepas geram. Zack hanya menurut.

Mereka suami isteri leka melayan PS 3 sehingga ke subuh. Kembali ke zaman bercinta sewaktu di Ohio dulu. Selalu juga Zack dan Jie buat kerja gila begitu.

Tuala yang tersidai dicapai Zack. Segera masuk ke bilik air. Mandi sekali dengan isterinya lebih senang.  Takut tetamu mereka menunggu lama pula.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagia jie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2015 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 06:25 PM

Jie segan menyambut kedatangan Tengku Safiah dan Tan Sri Isa. Tak pasti pandangan mertuanya melihat mereka suami isteri bangun meninggi hari. Zack hanya mempamer riak selamba. Berborak sakan dengan Khalid sedangkan baru semalam mereka bersua dirumah Rayyan.

"You buat apa semalam? Lambat bangun !" Khalid mengusik. Melihat rambut adiknya dan Jie yang lembab, satu andaian nakal terbit.

Viana hanya ketawa. Faham maksud disebalik pertanyaan suaminya. Jie pura pura tak mendengar.

Zack sengih. "Adalah.. Rahsia !" Mata merenung isterinya yang sedang menghidang minuman.

"Kenapa Mama dengan Papa tak call dulu nak datang? Boleh Jie masak something.." Jie senyum. Cuba menghilangkan janggal yang bertamu. Pandangan beralih ke arah Tengku Safiah dan Tan Sri Isa.

"Papa kamu risaukan Danny.. Lepas subuh dah ajak Mama ke mari.." Tengku Safiah kelakar teringatkan gelagat suaminya yang seperti ayam berak kapur selagi tidak melihat cucunya depan mata.

"Tulah tak pasal pasal I dengan Viana kena follow sekali.." Khalid yang biasa menghabiskan hujung minggu di Villa Safiah turut menyampuk. Pagi pagi lagi Papa sudah menggegar pintu bilik mereka untuk melawat Danny.

"Najiha free tak hari ini?" Sudah lama Tengku Safiah ingin menghabiskan masa dengan menantunya yang seorang ini.

Jie tercengang dengan soalan yang tak diduga namun hanya mengangguk.  

"Mama teringin nak bercuti tepi pantai dengan family kita.. Karl dengan Vee free hari ini.. Ray dengan Fiha pun on.. Kalau Najiha dengan Zafrey boleh join sekali lagi best.." Tengku Safiah mengharap Jie bersetuju. Jarang mereka berkesempatan berbual. Jie selalu mengelak.

"Papa pun nak spend time dengan kembar.." Walau memiliki tiga cucu lain namun perhatian Tan Sri Isa lebih tertumpu pada Danny dan Daryl. Kelincahan dan keletah si kembar menghiburkan hatinya.

"Zaf ikut Najiha." Seperti biasa Zack akan membiarkan isterinya membuat keputusan. Sedar Jie agak kekok dengan Mama, Zack tak mahu Jie rasa terpaksa menghabiskan masa dengan keluarganya.

"Mommy, it's gonna be fun ! Please say yes.." Danny yang sememangnya sukakan suasana pantai teruja mendengar.

"Jie ok saja.." Jie akhirnya bersetuju. Tiada alasan untuk menolak.

Sudah banyak kali rasanya Jie mengelak dari berkumpul bersama keluarga suaminya. Hari Raya juga Jie banyak habiskan masa dengan Maznah atau Faridah. Hanya bertandang sekejap saja ke rumah mertuanya.

Malah, hubungan Jie lebih rapat dengan Umi dan Abi walau Jie dan Zulkarnain tidak berjodohan. Simpati kadang terbit pada Zack yang terpinggir dari keluarga sendiri kerana terlalu menjaga hati Jie.

"You are the most prettiest Mommy in the world.. I love you, Mommy !" Pipi Mommy nya dicium. Daryl melonjak kesukaan dapat menghabiskan masa bersama datuk dan neneknya.

"Yeah !!" Danny terus saja melompat duduk di pangkuan Jie. "I love you more !"  Pipi sebelah kanan pula menjadi mangsa ciuman Danny.

Zack terkejut dengan keputusan Jie. " Zaf dengan Najiha naik atas tukar baju kejap." Tangan Jie ditarik supaya menuruti langkahnya. Kehadiran Papa dan Mama tidak diendahkan. Ada sesuatu yang ingin Zack bincangkan dengan Jie.

"Do we need to change?" Danny menyoal. Bagi pihak Daryl juga.

"Just give me a sec.. I'll be back ! " Jie bersuara bagi menjawab soalan Danny sebelum menurut langkah suaminya. Pelik dengan kelakuan Zack.

"Kenapa dengan adik you tu?" Viana menyoal Khalid sebaik melihat tingkah Zack. Khalid hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.  

Tan Sri Isa dan Tengku Safiah pula tercengang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri itu.

Ditingkat atas, didalam bilik tidur mereka, Zack merenung isterinya yang mengambil tempat duduk dikerusi berdekatan balkoni. Pintu ditutup rapat supaya tiada siapa dapat mendengar perbualan mereka.

"Baby.. I tahu you tak selesa dengan Mama.. You don't need to do this ! I tak nak paksa you buat something yang you tak suka.. You still can cancel it if you want to.. I tak kisah !" Zack risau isterinya terbeban menerima pelawaan Mama.

Dalam apa jua keadaan Zack tetap mementingkan keselesaan isterinya. Masih berpegang pada janji diawal perkahwinan mereka dulu.

Jie hanya senyum. Ingatkan ada perkara penting yang suaminya ingin bicarakan rupanya hal ini yang Zack khuatirkan.

"Bie.. I tahu you 'cinta mati ' dekat I.." Jie berseloroh. Ketawa meletus kemudiannya. "So sweet !"

"You tahu tak apa.." Zack bengang melihat isterinya galak ketawa dari tadi. "I fikirkan tentang you.. Takut you tak selesa.. You boleh gelakkan I pula, kan.." Riak wajah tak puas hati.

Jie bangun mendekati suaminya. Duduk diribaan Zack. Ingin memujuk.  "Oklah.. I mungkin tak selesa dengan Mama you sebab yang you sendiri pun tahu.. Tapi semua itu dah lepas.. I nampak Mama dah berubah sekarang.. So bagi I tak salah kalau I pun mengalah. Takkan selamanya I nak jauhkan diri dari family you. Betul tak?" Pandangan mata redup merenung Zack.

Jie menyambung kemudiannya. "She's my mother in law after all.. Mama yang lahirkan you jugak ! Kalau Mama you tak ada, tak merasalah I ber'husband'kan lelaki sebijak dan se'handsome' you hari ini.. " Sempat lagi Jie bergurau.

Zack tersenyum mendengar. Hidung mancung Jie dicuit. "Pandai you ek !" Jari jemari isterinya digenggam. "Thanks sebab you sudi bagi Mama peluang !" Lapang dada setelah mendengar pengakuan Jie.

"Tapi you janganlah tinggalkan I dengan Mama berdua.. Takut nanti I mati kutu pula.."Jie sekadar mengingatkan Zack. Suaminya kalau berborak dengan Khalid memang tak ingat dunia.

Zack hanya angguk faham. "Anything for you !" Bibir isterinya diusap lembut sebelum satu ciuman dihadiahkan.

"I love you Baby !" Mata mereka bertentangan. Zack terpukau sejenak menatap keindahan wajah dihadapannya. Masih seperti dulu. Hanya Jie yang mampu membuat jantung Zack berdegup kencang. Persis sekarang.

"Please Bie..  I nak kena siapkan kembar.." Jie  bingkas bangun sebelum pelakuan Zack lebih melarat. Faham sangat dengan perangai suaminya yang kadang romantik tak bertempat sehingga adakalanya membuatkan Jie rimas.

"You salinlah baju dulu.. " Jie terus berjalan laju turun ke bawah untuk mendapatkan Danny dan Daryl. Takut si kembar menunggu lama.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2015 02:44 AM | Show all posts
sukalah dengan nama daryl ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 08:51 AM | Show all posts
apa lagi dugaan nak menimpa JIE lagi lepas nie...memintaklah yg bebaik je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 05:39 PM | Show all posts
alhamdulillah...jie dh leh terima mak mertua die skit demi skit..minta2 lpas ni da xde ape2 dugaan yg berat menimpa jie ag ye tt??
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 09:16 AM | Show all posts
tt,mohon dipanjangkan smpi reader jemu.haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.496534 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list