artgeex posted on 18-3-2014 12:07 PM
saya setuju part mentality mesyereket negara kita masih lagi tahap bole digest hanez suraya punya ...
dari corak kehidupan atau corak perbuatan pun kita boleh faham kan..
majlis2 hiburan / ilmu mana lebih meriah / ramai?
forum2 hiburan / ilmu / gossip mana lebih dapat sambutan?
dalam topik ini saja yang berapa banyak thread adaaaa saja yang tak jemu2 suruh kita carik / teliti berikutan teori lagu pitbull vs shakira itu, apa akan jadi pada 4 july sebab itu antara tarikh yang dinyatakan dalam lirik lagu..
terussss tanya tanpa henti apa yang ada dalam lirik lagu itu dari satu versi ke satu versi..
pada hal, tanya google kan mudah jumpa bahawa itu adalah tarikh bagi kemerdekaan amerikaaaa!! duhhhhhhhhhhh!!
Berita ni petikan dari Mstar dated Monday, 17th of March 2014: -
KAJANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak sebarang cubaan untuk mengaitkan misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas Wan Azizah, sokongan politik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tiada kaitan dengan kehilangan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
"Tak ada kaitan kalau nak dikaitkan (keahlian PKR)," katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, Isnin.
Selain itu tegas Wan Azizah yang juga Presiden PKR, beliau amat yakin bahawa Anwar tidak mengenali Zaharie secara peribadi.
"Saya musykil kenapa semua nak salahkan Anwar?" soal Azizah dalam nada kecewa dengan laporan media antarabangsa yang menjadi perhatian umum sejak Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang ...
Yang dpt saya fahamkan Wan Azizah kata dia amat yakin bahawa Anwar tidak mengenali Zaharie secara peribadi. Kenal gitu gitu aje. Apa tujuan orang yang ambil just tajuk aje kemudian membesar besarkan issue. Kita pun kalau lah tak memilhak pada mana mana please do some investigation. Jgn melulu form opionion.
tintabiru73 posted on 18-3-2014 12:24 PM
Mungkin perbincangan dengan pihak ketiga sedang berjalan.. siapa tau, kan?
macam2 pihak boleh aje terlibat.. pihak ke-2, pihak ke-3, pihak ke-4, pihak-5 atau mana2 pihak..
mesti punya ada..
kerana macam yang lain2 tuh kata lah.. adalah mustahil tidak ada satu setelit pun dalam donia ini dari negara2 yang datang tolong itu, dapat untuk mengesan manaaaaaaaa kapal ini menyorok?.. bukan benda kecik tuh.. benda besar gedabak ok..
dari segi maruah / pride pon tak ada kah antara negara2 yang bantu ini nak membukitkan bahawa setelit mereka adalah lebih canggih so mereka yang jumpa dulu??.. sure semua nak mengaku dulu kan?.. tapi agak pelik dalam keadaan ini semua pakat2 main tengokkkkkk aje siapa punya paling canggih dan membiarkan orang sangka ko ada setelit cikai ajeeee nak kesan jet besar sebegitu pun tak mampooo..
NURMIMIE posted on 18-3-2014 12:18 PM
kak.. kalau semua rakyat itu berfikiran macam kita2 ini senang sikit lah kak..
gomen pun suka n ...
Jika akak pemimpin negara yg terlibat misi SAR ini...harus akak tuntut kosnya dgn kerajaan malaysia sebegitu terutamanya negara jiran kita ini Punyalah lama berunding....
dan sekali lagi nak kata.. polis tak pernah heran pon sebab kapten neh ada pelbagai peralatan flight simulator sebegitu.. memang sangat tak heran pun..
dah biasa aje tengok semacam nampak basket ball player pro dan even yang suam2 kuku ada gelanggang basket ball kat belakang / depan rumah.. paling tidak pun, ada jaring kat mana2 kawsan rumah..
so jangan lah ingat pasal flight simulator tuh dia kena siasat ye hadek hadek..
TimahMulia posted on 18-3-2014 12:35 PM
tiba-tiba terasa dia lah bakal PM yang baru..atau KJ
mudah-mudahan cepatlah berlakunya..:lovelin ...
hai kak. lama tak nampak? sihat kah?......mudah-mudahan kalau tok isam menunjukkan kerja yg konsisten, mungkin my vote jugak goes to him. nak tunggu kj lama lagi kot...