CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Rita Rudaini Nafi Hasut Anak-Anak Benci Aidil - page 41

 Close [Copy link]
Post time 20-12-2013 04:44 AM | Show all posts
EEEE PENATNYA TAK ABIS ABIS PASAL PEREMPUAN AHLI SIHIR NI (
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2013 04:45 AM | Show all posts
RITA NI BAJET BAGUS WALHAL KAU KAWIN DUA KALI DAH KAU CERAI GILE. ISHH AHLI SIHIR NI
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sitisitu25 posted on 19-12-2013 10:30 PM
citer psl anak2 org..u da ada anak lum??

opkos lah ada, dah tadika jugek
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 07:18 AM | Show all posts
jepp posted on 19-12-2013 07:33 PM
sejak bila uols berjinak-jinak dengan rita..?
amboi taste.. tak menahan.. nak yang suka gadoh-gad ...

@dino   ??

yang u ols tanya sejak bila berkecimpung dalam bidang janda-janda neh?

dah lama daaaaaaaaaaaaaaahhhh


abby pung dia skodeng

mujur laa rosnah mat aris dah lama laku



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:08 AM | Show all posts
Suchi posted on 19-12-2013 10:22 PM
napa tak anto tadika perpaduan je daftar baru rm160
bulan2 rm10
uols tak layak kah


Suchi.. ni nak ckp sket..
Nak masuk tadika perpaduan or kemas  gaji seisi rumah kena RM3k kebawah.. klo dah tlebih x layak nak masuk kecuali pakai kabel or kawasan yg dia duduk 2 mmg x dde org susah so tadika 2 x penuh.. klo bole masuk kitarog pun nak..
Klo kat kawasan mmg org sederhana.. area umah flat or teres biasa2.. jgn harap la mak pak yg gaji RM4k leh dpt.. seawal bln 6 dah tutup permohonan 2 (fully booked)...
so kitaorg yg golongan sederhana ni kena la carik alternatif lain.. tadika swasta. .wpun kodok2 register je dah mkn 5-6 ratus... monthly dah 100++ x tmasuk transport..

Suchi dah ada anak ke belum? klo belum nnti dah ada anak tau la apa yg kami rasa...



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:21 AM | Show all posts
nak hantar anak anak sekolah sekolah mana mana biarla parent yg tentukan.. as long anak anak tu dpt didikan sempurna dari sekolah dan rumah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2013 08:26 AM | Show all posts
Taleeb posted on 19-12-2013 11:19 AM
syukurla aku dapat isteri level2 ostajah, klu dapat yg low class mcm dia ni mesti pening kepala.

...

kalo dpt yg low class pon bkn ke peranan suami untuk mendidik??
kalo nk cr level2 ustajah pon kalo laki mcm harem jad xkan nk redha sepanjang ms?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya82 posted on 20-12-2013 08:08 AM
Suchi.. ni nak ckp sket..
Nak masuk tadika perpaduan or kemas  gaji seisi rumah kena RM3k kebaw ...

weh aku ada ank lah tu pasal aku ckp camtuu.. sbb kwn aku yg kaya tu  bleh lak dpt. ekceli aku pun penah mohon n dpt tp sesi ptg aku tolak lgpun masa dorang call bgtau dpt tu aku dh byr deposit tadika swasta. pehtu rasa myesal sbb tadika swasta tak bgus pun.. rugi jek bayo..
aku pun tak tau dpt plak tabika perpaduan tu walhal gaji laki aku mcm xlayak jer maybe tmpt kami tu tak ramai kot memohon.. sbb jiran2 aku yg xkaya pun tak memohon konon tabika tu tak ok.. yela org asik kata tak ok kan sampai aku pun terpengaruh sekali ngn kata2 org.
pastu baru tau cikgu2 kt tadika kemas/perpaduan n pra sek jauh lebih bagus drpd cikgu kt tadika swasta sbb cikgu2 tu semua mmg dah kursus utk pndidikan knk2 n ada degree belaka.
sdgkn cikgu kt tadika swasta biasanya org yg tgh tunggu offer kerja tp xdpt so kije jelah dulu apa2 walopun bkn bidang kursus dia.
ini aku baca kt blog bekas cikgu tadika ank aku yeaa.. kmain lg dia stress kije gaji murah n bla2.. dia merungutnya.
jgn kata aku tak phm yeaa.. sbb aku phm sgtlah  ni nk masuk thn 2014 nih pun dh rasa risau dgn semua kenaikan yg ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2013 08:32 AM | Show all posts
isms posted on 19-12-2013 11:56 AM
ko ckp tok 2 org cukup 1K
ko silap beb
anak aku baru sorang pun 1K lebih

yg ckp cukup tu sume jenis jantanz durjan..biar die sendiri pki iphone,bergaya dr kepala sampai kaki tp ank mintak sedekah nk duit..
jenis jantanz yg xnk bg duit kat ank..ape mslh edel?die bg ank die duit pon sampai umor 18thun je pon..bkn bdk2 tu nk kawen pki duit die...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:43 AM | Show all posts
Suchi posted on 20-12-2013 08:28 AM
weh aku ada ank lah tu pasal aku ckp camtuu.. sbb kwn aku yg kaya tu  bleh lak dpt. ekceli aku pun ...

2 sbb Ya ckp mayb tmpt awk x ramai yg apply.. so byk kekosongan.. mcm pra sekolah pun sama..
cikgu kemas ngan perpaduan mmg ada  diploma pendidikan yg gomen bg tmasuk kursus.. bkn x bagus cuma ada certain sekolah yg teruk so org pandang teruk sume..
tpmt Ya ada satu sesi je sekolah tadika.. 4 buah sume full..

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:46 AM | Show all posts
watie79 posted on 19-12-2013 02:32 PM
aku pon pikir mcm tu, rita nih terlalu sayang ngan aidil tu pasal dah jadi dendam...
esok besar k ...

mne nye xsyg..ms mule2 nak dulu jumpe makbapak..siap pg thailand,berjanji setia..ade kesungguhan disitu..
tp bile digoda adik kembo..trs malap,ters xde te**,duk rmh kembo...
bkn skali lari..2x lari..nsb bk 2xlari,kalo x,rayyan xdpt adik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 08:46 AM | Show all posts
Mahu lelaki matang



HAKIKATNYA, perceraian merupakan satu peristiwa yang cukup pahit untuk ditelan. Namun ia merupakan langkah terakhir buat sesebuah pasangan yang tidak mampu lagi hidup sebagai suami isteri.

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar yang baru bercerai dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak sejak September lalu setelah berhadapan dengan masalah rumah tangga yang berlarutan selama bertahun-tahun, kelihatan cukup kental memegang status sebagai ibu tunggal.

Bertemu dengan pelakon tersebut ketika majlis pratonton filem Balistik baru-baru ini, Rita menyatakan bahawa kehidupannya sekarang lebih bertumpu kepada kerjaya dan membesarkan kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Enggan memberikan sebarang komen tentang kisah bekas suaminya yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis yang pernah digosipkan dahulu, pelakon yang berasal dari Kangar, Perlis itu menegaskan bahawa dia tidak mahu langsung mengambil tahu mengenai hal tersebut.

"Saya tidak dapat berikan apa-apa komen sebab kami sudah berpisah dan Aidil tidak ada kena-mengena dalam hidup saya lagi. Cuma, sekarang orang ramai sudah boleh menilai situasi yang pernah berlaku antara kami dahulu.

"Sebenarnya, saya langsung tidak terkejut apabila mendengar cerita dia akan berkahwin. Sekarang ini, Allah sudah menunjukkan kebenarannya, meskipun dia pernah berkali-kali menafikan cerita berkenaan," ujarnya dengan nada serius.

Memandangkan bekas suaminya itu sudah menemui pengganti dan bakal mendirikan rumah tangga, Rita turut ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berkahwin lagi.

Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, buat masa ini, dia masih belum terfikir untuk kembali berkahwin memandangkan dia baru sahaja habis edah serta sedang bergiat aktif dalam bidang lakonan.

"Sekarang ini, dalam fikiran saya mahu mencari duit untuk menyara anak-anak. Bukan mudah untuk mencari seseorang yang boleh menerima diri saya dan anak-anak, malah sehingga kini tiada mana-mana lelaki yang cuba mendekati saya.






"Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi, saya tidak memandang pada usia pasangan sama ada lebih tua atau muda.

"Seboleh-bolehnya, saya inginkan seorang lelaki yang berfikiran matang dan mampu membuat keputusan sendiri serta bukan anak emak," jelasnya.

Berkenaan dengan permasalahan yang berlaku antara dirinya dan Aidil, pelakon itu berkata, dia tidak akan menyembunyikannya daripada pengetahuan kedua-dua anaknya itu dan akan menjelaskan segala-galanya apabila tiba masanya kelak.

Menurut Rita, dia sebenarnya banyak menyimpan keratan akhbar yang menyiarkan cerita membabitkan dirinya dan bekas suaminya itu untuk tatapan anak-anak dan terpulang kepada mereka untuk menilainya nanti.

"Buat masa ini, belum sesuai untuk saya menceritakan tentang masalah yang melanda kami memandangkan mereka masih kecil, dan sebagai ibu saya tidak akan menghasut mereka untuk membenci bapa mereka sendiri," ujarnya.


Nafkah anak


Mengenai tuntutan nafkah anak sebanyak RM5,392 yang dirasakan tidak munasabah oleh Aidil serta mendapat kritikan ramai, Rita menegaskan, tuntutan tersebut wajar memandangkan ia nafkah untuk dua orang anak.

Pelakon itu berkata, tindakan segelintir pihak yang mempertikaikan tuntutannya itu pula seolah-olah tidak merasai sendiri situasi yang dialaminya untuk menyara kehidupan dua orang anak yang semakin besar.

"Apabila Rayyan dan Rafqa meningkat usia, pastinya belanja untuk mereka akan bertambah. Lagipun apa yang saya tuntut itu adalah hak anak-anak dan dia sebagai bapa perlu menjalankan tanggungjawab.

"Kalau diikutkan saya malas hendak membuat tuntutan ini kerana masih mampu menyara anak-anak saya, tetapi semuanya ini saya lakukan kerana ingin memberikan yang terbaik buat mereka," luahnya seakan-akan tidak berpuas hati.

Rita turut mempertikaikan tindakan Aidil yang beranggapan tuntutan berkenaan tidak munasabah. Ini memandangkan bekas suaminya itu mempunyai pendapatan yang tinggi sebagai pemain bola sepak.

"Apa salahnya dia membayar jumlah tersebut kerana itu semua adalah untuk anak-anaknya sendiri dan rasanya bayaran yang dia berikan kepada peguam lagi tinggi berbanding apa yang saya tuntut. Lebih baik duit yang digunakan membayar peguam diberikan kepada anak sendiri," jelasnya.





Tidak halang

Meskipun sudah ditakdirkan tidak lagi menjadi isteri kepada Aidil, ujar Rita, dia tidak pernah menghalang sekiranya bekas suaminya itu mahu berjumpa dengan anak-anak.

Mengakui kali terakhir Aidil berjumpa dengan kedua-dua anaknya itu pada bulan Jun lalu, pelakon berkenaan turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap Aidil yang jarang bertanya khabar.

"Mengikut perkiraan saya dalam dua minggu sekali dia akan menghantar pesanan khidmat ringkas bertanyakan khabar anak-anak. Itupun sikapnya seperti tidak bersungguh-sungguh.

"Sebelum ini, memang pernah ada dia memberitahu ingin berjumpa dengan anak dan saya izinkan. Namun begitu, apabila saya suruh datang ke rumah, dia pula yang menolak," ujarnya yang meminta supaya bekas suaminya itu menjadi seorang bapa yang lebih bertanggungjawab.

Menjelaskan Rayyan dan Rafqa lebih rapat dengan dirinya berbanding Aidil, tetapi sebagai wanita dia tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin antara bapa dan anak.

"Saya pernah mengalami situasi yang sama apabila ditinggalkan bapa semasa berusia dua tahun, tetapi saya masih tetap menerima beliau sebagai bapa sewaktu saya berusia 17 tahun.

"Dalam hal ini, saya tidak kisah dan memberikan kebebasan kepada Aidil untuk berjumpa anak-anak, cuma saya meletakkan syarat yang mereka hanya boleh bermalam dengan Aidil ketika masing-masing sudah berusia tujuh tahun memandangkan selama ini mereka membesar bersama saya," jelasnya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz2nyIVR9Mx
Hakcipta terpelihara



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:48 AM | Show all posts
ni dh kenapa cite pasal tadika plk semua ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:49 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 19-12-2013 02:33 PM
siapa pula yang kata dia xpayah bagi nafkah anak??dia belikan lah sendiri..kenapa nak lalui rita p ...

mslhnye,edel ade berpk mcm uols pk ke?yg die ckp jumlah xmunasabah..nk mintak kurang lg..
edel xde ms nk jumpe/nk bg brg2 keperluan ank die..tringat video rita dulu,sampai ke sudah xde dibaginye susu..bak kate rita,pos pon boleh..
die ade ms dgn dimeroyan sahaja...harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:56 AM | Show all posts
miawpink posted on 20-12-2013 08:46 AM
Mahu lelaki matang

so,spe yg ckp edel xdpt jumpe ank tu??
edel sendiri pon xpnh ngadu ssh nk jumpe ank..cume pembekap tegar edel je ckp edel ssh nk jumpe ank..motip lbh edel dr edelnotelo?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 08:57 AM | Show all posts
Ya82 posted on 20-12-2013 08:43 AM
2 sbb Ya ckp mayb tmpt awk x ramai yg apply.. so byk kekosongan.. mcm pra sekolah pun sama..
cikg ...

tempat aku ade sebuah je tabika gomen iaitu perpaduan tu lah,tabika kemas takde

tabika perpaduan tu duk tak jauh ngn sekolah kebangsaan ,pra sekolah plak mmg dlm kawasan sekolah
ikutkan ramai org susah,sbb area tabika tu byk umah flat n bykkannya kije kilang tp tulah tak sangka lak masa mohon tu dapat
time tu aku mohon semua je termasuk tadika pasti..yela main mintak semua form pehtu isi je tp sebab agak lambat dorang nih bg jawapan aku igtkan tak dapat so dh mohon tadika swasta lain yg mmg senang nk dpt biasalah kan jnji ko bayo duit konpem je dorang tu bg..amik yg swasta tu pun sbb dekat ngan umah nk jln kaki pun boleh tp tulah cikgu selalu tukar2 kije tak tetap kan jd susah kita nk bincang psl anak kita..dulu cikgu lain bila tukar cikgu baru dia pun cam blurr sbb tak kenal sgt lg anak kita..sakit plak ati dibuatnya.
kalo mahal tp ajar sungguh2 takde hal nih mahal tp cikgu sambil lewa n tukar2 cikgu baru.pengusaha bkn fikir apa untung je yg dorang fikir.
neh ada tabika baru aku ade lah ushar2 minggu lepas ada ke bagi budak2 main tab..sebelah ptg ada aktiviti main tab watdehel?pakar paed sendiri pesan budak2 harus dijauhkan dr gadget tidak perkembangan dia terbntutlah wehh..anak2 patut main permainan sebenar,patut tahu nk memanjat pokok bagai bukan duk dlm bangunan main tab.
doktor sendiri ckp ngan aku cara kita masa kecik dibesarkan di kampung pi main sana sini tu adalah jauh lebih bagus dr cara budak2 dibesarkan mcm skrg..kecik2 dh ade exam bagai,awal2 dh tertekan dan harus sentiasa bersaing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2013 09:01 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 19-12-2013 10:38 AM
eleh..kalau xbagi kat bekas bini duit nafkah..terus jadi selfish..kalau bini nya baik..xkan lah di ...

Are you sick????
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 09:11 AM | Show all posts
Syd posted on 20-12-2013 07:18 AM
@dino   ??

yang u ols tanya sejak bila berkecimpung dalam bidang janda-janda neh?

nanges...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 09:16 AM | Show all posts
noraidil_06 posted on 19-12-2013 02:38 PM
Moga2 keturunan u dan mex dpt jantan sial mcm aidil ni.amin.

aminnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 09:16 AM | Show all posts
dellema posted on 19-12-2013 08:13 PM
kat tmpt aku smart reader yuran pendftrn je dah Rm2k,

tak sama yer yuran register segala macam kat smart reader nie..tp naik lar tahun lepas aku siap beli baju n suar 5 pasang,bag,kasut tak sampai 1500 dlm 1300 lebih jer kot..tuk tahun 2014 dah naik ke 17++ nak ke 1800 gak ler...tp nak buat mcm mn..tadika lain dah penuh lagipon anak aku dah belajar kat smart reader 1 tahun...nampak la perubahannye..3 bulan dah boleh membaca ayat yg mudah2 tuk b.i n b.m....tp biasa la tadika sekarang nie exam ttp ada...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061439 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list