|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
Hanif ukir senyum pada Amy.
“Zack…” Amy tarik nafas. “Zack cerita, Zareen rupanya dah kahwin.” Amy ulang cerita secara ringkas, apa yang telah Zack luahkan kepadanya tadi.
“Oh…” Hanif terangguk-angguk setelah bicara Amy tamat.
Mereka kemudiannya senyap sendiri. Awal tadi, mereka berbual rancak...sehinggalah perbualan mereka diganggu dengan panggilan telefon dari Zack. Dan selepas perbualan dengan Zack tamat, Amy bertukar karektor...jadi pendiam. Sepertinya, memikirkan sesuatu.
Hanif pandang wajah Amy agak lama sambil menafsir sikap Amy ketika ini.
“Awak…fikir apa, Amy?” Soal Hanif.
“Hhhmm? Tak ada apalah.”
“Awak fikir pasal Zack?”
Amy senyum nipis dan angguk sekali. “Risau pulak kat dia…”
“Nak risau apa? Dah besar panjang…” Balas Hanif. Amy tergelak.
Hanif balas dengan senyuman. Gelas berisi jus tembikai dicapai. Isinya disedut buat membasahkan tekak. Hati mengeluh sendiri sambil mencuri pandang wajah Amy. Mood hendak sambung bersembang telah hilang.
Hanif hembus nafas perlahan. Dia sudah mula menaruh hati. Tapi kini, perasannya berbelah bahagi. Adakah niatnya patut diteruskan...andainya pada Zack, Amy masih menyimpan harapan? Last edited by Nicki_Meow on 29-4-2014 01:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
cinta terpendam ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan terpendam tp perasaan yg terendam... hehehehhe... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 29-4-2014 09:25 AM
@UsuFie thanks for the link...
takutnya aiols nak baca.... dlm banyak2 mesej yg aiols cuba sampa ...
lady, terus terang la kan..
kalo bab2 citer ala2 sinetron ni org akan lebih fokus pada bab2 cinta dr bab2 keagamaan nih..
mesti byk2 komen2 ala2.. 'sweetnye.. ensemnyee.. baiknyeee.. ' dan yg sewaktu dgnnya..
itu lah fikiran org sekarang. lebih byk nmpk yg tersurat dr yg tersirat.
kalo baca buku, kurang2 ada penerangan. bila dah jadi cerita kat tv, org kene fikir sendrik.
tapi berapa ramai yg berfikirang mcm penulis?
apa pon lady jgn la sedih2..stress2..
kalo lah ada 10 msj yg lady cuba sampai tapi yg smp hanya 2, pon dah cukup baik dr tak ada langsung kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 29-4-2014 01:54 PM
dulu2, dlm thn 1998++ aku pernah follow soap opera sunset beach. zaman2 blajor ni ler..
last aku ...
Mak aihhh... citer apa sampai 755 episode...
Tapi dulu2, soap opera memang panjang gila. Plot citer pun sama duk ulang2. Bapak skandal dengan seketeri, mak skandal dgn tukang kebun. Anak lelaki skandal dgn maid, anak pompuan skandal dgn jiran sebelah. Pastu dapat cucu. Cucu besar, skandal pulak dgn cikgu sekolah... on and on and on, skandal saja
|
|
|
|
|
|
|
|
sian zack frust....cepatla cik reen xplain d truth... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-4-2014 01:44 PM
Hati manusia macam tulah.....
So, kepada pemendam rasa.... baca ni....
Pn Nicki..rasa yg diluah kalo xbrsmbut , berkecai gak hati ..
bior la ai pendam dlm diam.. |
|
|
|
|
|
|
|
TT... bila nak sambung lagi... tak sabar nak tau apa jadi seterusnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Nickiiiiiiiiiiii tak habiss lagi ke |
|
|
|
|
|
|
|
lambat pulop TT nak update... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 51
Joe Zulkifli terkebil-kebil. Pandangan bertukar antara Zack dan Zareen. Tak pernah walau sekalipun dia melihat Zareen meninggikan suara kepada sesiapa. Hari ini, pecah rekod. Tiba-tiba saja perang meletus. Memang dia ada menjangka yang Zack dan Zareen bermasalah. Sudah dua hari Zack dan Zareen tidak bercakap sesama sendiri.
“You’ve missed the deadline!”
“Saya tahu.” Suara Zack menekan.
“Kalau tahu, kenapa awak tak siapkan? Saya dah beritahu yang benda tu urgent.”
“Sorry. Saya betul-betul lupa.”
“Awak nak saya jawab macam tu dengan GM?”
Zack senyap. Jelas kelihatan wajahnya yang bengang - bengang kena marah. Itu tak termasuk bengang kerana menyedari yang Zareen sudah berkahwin.
“Awak sengaja buat macam ni ke?” Zareen menyoal.
“Sengaja apa pulak?” Suara Zack mula meninggi.
“Awak marah pada saya, sebab itu awak sengaja tak siapkan kerja…” Ujar Zareen lagi. Zack menghembus nafas kasar.
“Zack, please. Jangan campur hal peribadi dengan hal kerja, boleh tak?” Suara Zareen kedengaran tegas.
“Apa?” Zack memandang Zareen, tajam. “Siapa yang campurkan hal peribadi dengan hal kerja?”
“Tanya diri awak sendiri.”
Ketawa kecil terlepas dari mulut Zack tetapi kedengaran sinis sekali.
“Okay. Saya tak akan campur hal peribadi dengan hal kerja. Maaf sebab saya tak hantar draft sebelum deadline. Saya memang terlupa. Maklumlah, ada masalah peribadi. You will get the draft in two hours. Is that okay….Puan Zareen?” Tutur Zack, masih sinis.
Untuk beberapa saat, tiada siapa yang bersuara.
“In two hours.” Balas Zareen dan terus berlalu.
Zack merengus. Pen di tangan dicampak kasar ke atas meja. Badannya disandarkan pada kerusi. Tangan kanannya mengurut tengkuk, cuba meredakan ketegangan yang dirasa. Dia langsung tak berniat untuk menangguhkan kerja. Di akui, kerja yang ditugaskan itu tak sempat disiapkan… bukan kerana sibuk, tapi dek kerana fikiran yang bercelaru menyebabkan tumpuannya kurang. Langsung terlupa.
Dalam diam, dia membenarkan kata-kata Zareen. Dia sepatutnya lebih rasional dan professional, bukan? Tapi, macam mana nak mengelak hal peribadi dan hal kerja dari bercampur kalau ‘hal peribadi’ itu memang berkait rapat dengan hal kerja?
Sebab itulah agaknya kebanyakan syarikat tidak menggalakkan ‘cinta pejabat’. Inilah sebabnya. Bila bermasalah, kerja tak jalan. Last edited by Nicki_Meow on 3-5-2014 04:11 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Zack.”
Teguran Joe Zulkifli mematikan lamunan. Zack menoleh.
“Teruk masalah kau ni.” Sambung Joe Zulkifli. Zack angkat bahu, tak bersuara dan tak mahu menjelaskan apa-apa. Dia tak ada mood untuk menerangkan apa-apa pada Joe Zulkifli. Joe Zulkifli geleng kepala. Memahami yang Zack tak mahu buka mulut untuk bercerita.
“Anyway…bila pulak Cik Reen kahwin lagi?” Soal Joe Zulkifli.
“Memanglah dia dah kahwin. Anak sorang.” Balas Zack, dalam nada bengang.
“Oh…dia dah ada anak rupanya. Aku tahu dia janda, tapi tak tahulah pulak...dah ada anak sorang…” Joe Zulkifli bersuara dengan nada perlahan. Tak mahu perbincangan mereka menarik perhatian rakan sepejabat yang lain. Sudahlah tadi tempat kerja mereka jadi tumpuan gara-gara Zack dan Zareen berbahas.
“Dia apa? Janda?” Kali ini, Zack berpaling terus kepada Joe Zulkifli.
“Ha'ah, janda. Kau tak tahu ke?”
“Mana kau tahu dia janda?”
“Mastura pernah cakap dulu.” Jawab Joe Zulkifli, masih bernada perlahan.
Zack kerut kening. Mastura bekerja dibahagian Sumber Manusia. Jadi, sumber maklumat tersebut boleh dipercayai. Kalau betul Zareen janda, siapa Akmal? Bekas suami? Teman lelaki?
Tiga minit kemudian, Zack pantas bangkit dari duduk. Terus menuju ke arah bilik pejabat Zareen. Last edited by Nicki_Meow on 3-5-2014 11:57 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|