|
Melepas hari ni sebab aku tak pakai baju ada jalur pink, aku ada beli baju kemeja berjalur pink biru semata-mata nak pakai setiap rabu tau. Baskrin Robin ada kat Jusco Bukit Raja dan Bandar Bukit Tinggi, jarang pergi tapi kalau ada promosi macam ni memang akan ku serang. Di bawah ni promosi setiap rabu, harga RM9.90 untuk 8 skop kecil aiskrim pelbagai perisa dan nampak pun menyelerakan.
Baskin Robbins Every Wednesday is Pink Day
Show Baskin Robbins Pink
and enjoy 8 scoops in a waffle
@ RM9.90 only
Tapi kalau korang tak ada baju pink, jangan risau ada promosi lain untuk hari bekerja dari jam 10.00am hingga jam 3.00p.m.
Baskin Robbins is giving away free upsize
with purchase of Double Junior Scoop Ice Cream
@ all Baskin Robbins outlets in Malaysia
Take a break
and enjoy Malaysia’s No. 1 Most Preferred Deal
Terms and Conditions
Promotion is applicable on Mondays to Fridays from 10am – 3pm (excluding public holidays) until 31 December 2013
Not valid with other concurrent promotions and credit card / loyalty card privileges
Valid with purchase of Double Junior Scoop Ice Cream in cup / cone
Products shown are for illustration purposes only
Last edited by dr.R on 20-2-2013 06:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan sudah dimaklum cadangan bubar DUN
Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah disembah maklum mengenai cadangan kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Meh, Ahad ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagaimanapun berkata Tuanku mahu pengumuman pembubaran dibuat dengan penuh tertib dan teratur, serta mengingatkan kerajaan negeri hanya melakukannya apabila segala keputusan sudah dibuat.
“Sultan tidak halang pembubaran DUN, sebab itu termaktub dalam undang-undang. Jadi, saya terima titah Tuanku supaya pilihan raya mesti dibuat dengan betul. Saya sudah berjanji dengan Sultan Selangor yang menitahkan supaya saya tidak mengumumkan pembubarannya sehingga diputuskan.
“Selain itu, saya juga sudah memberi penjelasan kepada Tuanku, saya tak ada halangan kalau pilihan raya negeri diadakan sekali dengan pilihan raya Parlimen,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di sini, semalam.
Serah kepada SPR
Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor sedia membubar DUN pada akhir Februari, jika Kerajaan Persekutuan tidak membubarkan Parlimen pada waktu itu.
Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata tarikh penamaan calon dan pilihan raya bukan ditentukan kerajaan negeri, sebaliknya oleh suruhanjaya itu.
Berikutan itu, Kerajaan Selangor menyerahkan kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian andai Selangor memilih membubarkan DUN lebih awal. Mengundi kat mana tahun ni? aku mengundi di Batu Pahat, tahun ni aku nak balik mengundi sebab 5 tahun sudah tak sempat mengundi sebab tak balik dan belum ada kenderaan sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jual air jampi boleh jejas akidah
Kuala Lumpur: Penjualan terbuka air jampi atau 'ruqyah' secara berleluasa dikhuatiri boleh menjejaskan akidah umat Islam apabila mereka percaya penyakit boleh sembuh menggunakan air itu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata sewajarnya air jampi tidak dikomersialkan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam sendiri selain boleh dianggap eksploitasi oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan dengan mudah.
“Contohnya, penjual mendakwa air berkenaan boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan seseorang itu bijak, memelihara rumahtangga dan sebagainya. Sebenarnya jampi hanya dibacakan oleh orang yang selayaknya, mengikut kaifiat serta syarat tertentu.
Sewajarnya air jampi tidak dikomersialkan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam sendiri selain boleh dianggap eksploitasi oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan dengan mudah” Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM
Khuatir tidak patuh syarat
“Apabila ia dikomersialkan, kita khuatir ia tidak mematuhi syarat dan khaifiat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kelmarin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menytakan akan memantau serta mengambil tindakan terhadap syarikat pengeluar air jampi yang mempamerkan iklan dan testimoni mengelirukan bagi menipu pengguna.
Othman tidak menafikan dalam Islam ada kaedah menggunakan air yang dijampi sebagai penawar atau ubat, namun biasanya pihak yang ingin mendapatkan rawatan perlu bertemu pengamal perubatan terbabit.
“Orang ramai juga boleh berjumpa pengamal perubatan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan kerana mereka lebih dipercayai. Lazimnya orang yang membuat air jampi adalah seorang yang warak dan mustajab doanya di sisi Allah, namun saya nasihatkan tidak perlulah dikomersialkan air jampi,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharia ... jejasakidah/Article
Kat sekitar stall di Giant Bukit Tinggi pun ada yang jual, ada pakcik dan makcik yang beli dan peniaga tu siap berikan penerangan detail lagi dan katanya boleh membuang saka dan kerasukkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
wah, masih aktif |
|
|
|
|
|
|
|
kaeiri posted on 21-2-2013 01:42 PM
wah, masih aktif
den penghuni tetap. sentiasa ado.
|
|
|
|
|
|
|
|
dr.R posted on 20-2-2013 06:32 PM
Melepas hari ni sebab aku tak pakai baju ada jalur pink, aku ada beli baju kemeja berjalur pink biru ...
kelassss... siap beli baju jalur pink.
selalu aku tunjuk cover hp pink aku ni je.
scoop kecik tu xpuas makan. skali ngap je. tp ok la kan leh amik 8 jenis perisa
|
|
|
|
|
|
|
|
dr.R posted on 21-2-2013 12:46 PM
Mengundi kat mana tahun ni? aku mengundi di Batu Pahat, tahun ni aku nak balik mengundi sebab 5 tahu ...
register dah tp mengundi nye xpenah
|
|
|
|
|
|
|
|
nanie posted on 21-2-2013 02:29 PM
kelassss... siap beli baju jalur pink.
selalu aku tunjuk cover hp pink aku ni je.
Boleh ke macam tu? maksud aku hanya tunjuk cover warna pink tu, kalau tau aku beli saja tisu warna pink tunjuk. Baju kemaje aku ni warna pinknya bukan yang dominan, sekadar ada jalur kecil tapi banyak dan selain tu ada jalur biru dan putih jadinya tak perasan. Aku suka kalau banyak pilihan macam ni, dapat rasa 8 perisa jadinya lain kali boleh lah beli yang mana paling sedap. Aku pun setiap kali beli mesti rasa 1 perisa dulu, dia akan bagi sample tu kat sudu kayu tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
nanie posted on 21-2-2013 02:30 PM
register dah tp mengundi nye xpenah
Tak pernah mengundi sebelum ni, tapi aku dah pernah mendaftar lama dah dulu sebab dulu kan diorang selalu buka booth di Pejabat Pos. Dah alang-alang dia buka tu dan penat menunggu jadi aku register lah terus, tahun ni nak balik mengundi walaupun aku tau kat negeri aku tu dah sah-sah lah parti tuuu yang akan menang tapi tetap nak balik mengundi.
|
|
|
|
|
|
|
|
dr.R posted on 21-2-2013 04:50 PM
Boleh ke macam tu? maksud aku hanya tunjuk cover warna pink tu, kalau tau aku beli saja tisu warna ...
iyer...xtau la kot format dah bertukar taun ni. sbb kat poster ade je tunjuk
|
|
|
|
|
|
|
|
dr.R posted on 21-2-2013 05:25 PM
Di Groupon ada promosi Tony Roma's, http://www.groupon.my/deals/klang/tony-romas/716765487 aku dah ...
aku dah bli voucher ni taun lepas. xsangka taun ni ade lg promo ni.
aku pegi kat setia city mall. aku dah siap call reserve takot ramai org. mase aku pegi xramai org pon. dpt la dok kat tepi seat sedap sikit.
1st die serve roti yg free tu ngan soup. mushroom soup. sedap tp pekat. nampak berketul2.
roti die mmg aku suke sbb lembut.
air nye fruity breeze tu air soda + orange juice.
side items aku amik fries, loaded mashed potatoes, rice ngan coleslaw
nasi die mmg sedap. aku xsuke mashed potatoes sbb lama2 mkn rasa muak. aku rase die campur ngan susu.
tu yg rase lemak2. ribs xyah cite pon xpe sah2 sedap.
mmg kenyang btol. berbaloi la dgn harga.
|
|
|
|
|
|
|
|
nanie posted on 21-2-2013 07:08 PM
aku dah bli voucher ni taun lepas. xsangka taun ni ade lg promo ni.
aku pegi kat setia city mall ...
Oh ye ke patutlah baru 2 hari promosi dah 3000 orang yang beli, aku dah 2 tahun bergiat cergas dalam kupon ni tapi aku beli yang murah-murah je dalam RM20 macam tu dan paling mahal pun aku belu mungkin Seoul Garden harga RM35 untuk dinner dulu. Sekarang ni je aku rajin beli yang mahal-mahal, hujung tahun lepas aku beli sampai 5 kupon kat Bubba Gump yang harga RM50 tapi nilai kupon harga RM100 dan sakan lah setiap minggu lepak di eCurve tu. Aku malas nak beli mahal-mahal sebab aku risau kalau tak sempat nak redeem, maklumlah je lah dah banyak beli takut tak teringat pula jadi sejak tahun lepas aku dah siap beli folder khas yang selalu aku masukkan dalam beg sandang aku ke hulu hilir.
|
|
|
|
|
|
|
|
nanie posted on 21-2-2013 07:08 PM
aku dah bli voucher ni taun lepas. xsangka taun ni ade lg promo ni.
aku pegi kat setia city mall ...
Kali pertama makan ribs terkejut sebab rupanya seketul tu besar, masa tu aku beli kupon buffet Tony Roma's di eCurve. Cari iklan dia tapi tak jumpa, dapat iklan serupa tapi tarikh dan lokasi berbeza.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau malas beli kupon pun tak apa, ada juga promosi kat Tony Roma's tu sekarang tapi hanya valid untuk weekday je.
|
|
|
|
|
|
|
|
nanie posted on 21-2-2013 08:47 PM
jgn jd cam kes aku. aku dah beli byk coupon austin chase ni sbb aku tgk kat situ outletnye ade kat ...
Dulu masa awal-awal aku kemaruk beli kupon ni ada juga kupon aku tak sempat redeem, antaranya lokasi yang jauh kat Ampang dan Cheras sebab aku tak jumpa jalannya dan GPS pun bagi jalan salah. Austin Chase pun aku pernah beli dulu melalui Groupon tak silap, aku beli yang ice blended strawberry dan seronoknya dapat beg kertas diorang yang cantik tu kan. Beli air kat Austin Chase The Garden dan kemudian redeem pula Burger kat medan selera Mid Valley tu dah lupa apa nama burger tu, dia ada branch kat Melaka ada jual ayam panggang tapi kat Mid Valley tu dia hanya jual burger je, sekejap aku google ye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok aku dah jumpa, nama stall tu Kaizer dan berada di food courts Mid Valley je. Aku beli sampai 8 kupon tau, aku pergi 2 kali terus redeem 4. Aku dah lama tak pergi MidValley tu, kali terakhir aku pergi sana masa bulan puasa lepas dan aku perhatikan stall restoren ni macam dah tutup je.
http://www.everyday.com.my/coupons/kl/Kaizer_Express.htm
The Company
Kaizer Express
No, 521 & 522, Oasis Food Court
Lot S-JA3,2nd Floor, Centre Court
Mid Valley Megamall.
59200 Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
nanie posted on 21-2-2013 08:47 PM
jgn jd cam kes aku. aku dah beli byk coupon austin chase ni sbb aku tgk kat situ outletnye ade kat ...
Sekarang ni di Groupon pun masih ada lagi promosi diorang, tapi aku malas dah nak beli sebab makanan dan air minuman dia kurang kena di tekak aku dengan harganya yang melampau tu. Pernah makan sekali di Plaza Shah Alam, orang tak ada pun makan set lunch dengan harga RM20. Kat First Subang tu aku pernah tengok sebab aku selalu hantar stok farmasi di Gardian sana, besar dan selesa restorannya tapi tak pernah pun aku nak jejak kaki ke situ.
http://www.groupon.my/deals/klang/austin-chase/716772723
- Valid at 4 Austin Chase outlets in the Klang Valley:
- The Intermark, Kuala Lumpur: 03-2161 3581.
- First Subang Mall: 03-5612 0963.
- Terminal Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang: N/A
- Plaza Shah Alam: 03-5512 6388
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|