CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 11-9-2009 08:45 AM | Show all posts
Berkorban demi negara
Oleh Suhana Roslan dan Zatul Iffah Zolkiply
[email protected]

Kelasi kapal selam KD TAR hilang nikmat hidup di darat harap dapat sambut lebaran bersama keluarga

SEPANJANG 54 hari belayar, dua anak kapal yang mengemudi kapal selam pertama negara, Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman (KD TAR) hanya tidur empat jam sehari.

Kadang-kadang masa tidur mereka yang terhad itu diganggu dengan bunyi siren sebagai isyarat kebakaran menandakan mereka harus bangun bagi mengikuti eksesais kebakaran, satu perkara wajib yang perlu mereka lakukan.

Eksesais itu dibuat dari masa ke semasa supaya anak kapal sentiasa bersedia menangani sebarang kemungkinan sekiranya kapal selam itu mengalami masalah kerosakan enjin atau mungkin meletup.

Ini menunjukkan walaupun keadaan di dalam kapal itu sama sekali tidak sama dengan kehidupan di darat, tiada antara mereka yang curi tulang, tetapi meneruskan perjuangan sehingga selesai program latihan selama bermula dari Toulon Perancis, empat tahun lalu.

Leftenan Komander Mohd Hairul Fahmy Yob, 31, berkata, masa tidur semua anak kapal memang terhad walaupun mereka bekerja bertukar giliran sebanyak tiga kali.
KELASI kapal selam KD TAR bergambar di Pangkalan TLDM Pulau Indah.

“Kami hanya tidur empat jam sehari tetapi sekiranya giliran bertugas malam dan keadaan laut agak tenang, pada masa ini kita boleh tidur sehingga tujuh ke lapan jam bergantung kepada keadaan kapal atau gelora laut bagi memastikan perjalanan ke destinasi seterusnya selamat.

“Mungkin ramai tertanya-tanya aktiviti kami sepanjang berada di dalam kapal ini, waktu terluang yang terhad itu kami isi dengan mengadakan pertandingan bermain video elektronik (PS2), karom, `scrabble’ dan kadang-kadang kami akan berkaraoke,” katanya.

Mohd Hairul Fahmy berkata, ada sebuah televisyen disediakan kepada anak kapal, tetapi hanya boleh digunakan untuk menonton VCD yang dibawa dari rumah untuk tontotan beramai-ramai.

“Siaran memang susah nak dapat, sebab kami berada di tengah laut, internet lagi susah nak akses. Tapi ini semua bukan penghalang kepada kami untuk menggagalkan misi kerajaan Malaysia. Inilah pengorbanan kami.
MOHD HAIRUL bergambar bersama keluarga di atas kapal selam pertama Malaysia.

“Pengorbanan yang saya maksudkan kerana Kami hilang cara hidup seperti orang lain, malah yang paling memedihkan kerana sarat menanggung rindu terhadap isteri, anak dan keluarga di kampung halaman,” katanya yang mengakui merindui isterinya, Syamazlin Syarif, 31, dan tiga anaknya.

Difahamkan semua 32 anak kapal ini sudah empat tahun tidak berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang dan mereka berharap tahun ini, sinar keceriaan menyambut raya di tanah air berpihak kepada mereka.

Sepanjang berpuasa, Mohd Hairul berkata, mereka tidak pernah berdepan masalah kerana mungkin keadaan di dalam kapal yang mempunyai pendingin hawa, mereka kurang terdedah kepada panas terik yang boleh menyebabkan tekak haus dan perut berkeroncong.

Mereka juga tidak menghadapi masalah dengan juadah berbuka dan bersahur kerana semuanya disediakan sebaik mungkin, cuma dari segi rindu kepada air tangan isteri atau ibu yang selalunya membuatkan air mata menitik mengenangkan kampung halaman.

Sepanjang pelayaran juga mereka tidak pernah bersolat Jemaah tetapi sebagai musafir tetap mereka mengerjakan salah satu daripada rukun Islam itu dengan mengerjakan solat jamak.

“Kami akan bergilir sembahyang, dan sekiranya berkesempatan pada bulan puasa ini, sembahyang Tarawih dikerjakan secara sendiri dengan ajaran dan panduan daripada pegawai agama yang dilantik untuk memberi petunjuk kepada kami sekiranya mempunyai masalah berkaitan keagamaan.

Pegawai bertugas akan menggunakan kompas dan memberitahu arah kiblat setiap kali masuk waktu sembahyang.

Walaupun sudah 13 tahun berkhidmat dengan TLDM, Mohd Hairul Fahmy masih berdepan dengan masalah mabuk laut pada peringkat awal bertugas di dalam KD TAR.

“Saya memang tidak boleh bekerja sekejap sebab pening dan rasa loya, tetapi sokongan dan bantuan rakan supaya kuatkan semangat membuatkan saya bangkit meneruskan kerja di bawah skop kerja sebagai jurutera mekanikal,” katanya.

Berbeza pula dengan seorang lagi anak kapal, Leftenan Nik Zaaba Nik Abdullah, 30, dia tidak pernah mengalami masalah mabuk laut mungkin sudah biasa dengan keadaan laut yang bergelora.

“Saya tidak berhadapan dengan masalah itu, mungkin semangat saya kuat, tetapi sebenarnya masalah mabuk laut ini terjadi sebab kita memang tidak sihat pada peringkat awal,” katanya yang berasal dari Johor.

Sementara itu, Bintara Kanan, Jerry Kogon yang berasal dari Kota Belud, Sabah menyifatkan pemilihan sebagai kru pertama KD TAR adalah kenangan dan penghormatan kepada dirinya.

Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat di beberapa kapal milik TLDM seperti KD Sri Sarawak menyifatkan pengalaman berada dalam KD TAR sangat mencabar dan mengujinya walaupun ia bukan pengalaman pertamanya berkhidmat di dalam kapal.

"Banyak bezanya antara bertugas di kapal biasa milik TLDM dengan kapal selam terutama dari segi penugasan. Jika sebelum ini, saya bertugas sebagai juruteknik radio, tetapi apabila berada di KD TAR, saya melakukan kerja yang tidak pernah saya lakukan iaitu bahagian elektrik.

"Tugas ini benar-benar mencabar bagi saya yang tidak pernah mempunyai pengalaman sebelum ini. Dengan menyertai KD TAR, ia memberi peluang kepada saya untuk belajar sesuatu yang baru," katanya yang sudah berkhidmat hampir 14 tahun dalam TLDM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 02:44 PM | Show all posts
Pesawat terhempas milik TUDM jenis Pilatus

ALOR SETAR: Pesawat ringan yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi yang menyebabkan dua maut adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat pelatih Pilatus itu terhempas sebelum terbakar ketika hendak mendarat kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 02:45 PM | Show all posts
al-fatihah dan takziah......... seminggu lagi nak raya......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 03:11 PM | Show all posts
Pesawat ringan terhempas di Langkawi, dua maut
11/09/2009 2:53pm

ALOR SETAR 11 Sept. - Dua juruterbang maut apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera, Langkawi Yaakob Hassan berkata, pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC-7 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dinaiki dua juruterbang pelatih.

“Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan sebelum terbakar.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari dan sebanyak 18 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Yaakob berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian api telah padam dan mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan daripada kawalan lapangan terbang pada pukul 1.20 petang.

Katanya mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Langkawi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 03:13 PM | Show all posts
Al fatihah buat dua2 juruterbang.Lebih tepat kejadian berlaku pukul 04:18 utc/12:18 thgari rasanya. Mungkin pesawat lost power kot.Tapi tak tau la detail macamna kena tunggu siasatan dulu.Tadi dengar jugak bunyi last minute sebelum crash tu.pilot ngan tower..inalillah Ngeri..Apa2 kna tunggu siasatan dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 03:33 PM | Show all posts
alfatihah buat keluarga Mej roszaini ngan Mej zulkefli..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2009 03:42 PM | Show all posts
Aircraft crash at Langkawi airport claims two lives      
   2009/09/11
   
     ALORSETAR, Fri: Two pilots were killed when a light aircraft crashed as itwas coming in to land at the international airport on Langkawi islandabout 12.30pm today, Langkawi Persiaran Putera Fire and Rescue Serviceschief Yaakob Hassan said.
He said the aircraft was believed to be a Pilatus PC-7 of the Royal Malaysia Air Force (RMAF).

The pilots have been identified as RMAF officers Maj Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, and Maj Mohd Zulkifli Hasan, 38.

"Fromthe unofficial information which I have, the aircraft is believed tohave been from Alor Setar and it crashed just 90 metres (300 feet)short of the runway and burst into flames," Yaakob told Bernama whencontacted.
[/table]
Two pilots were killed when the light aircraftthey were in crashed as it was coming in to land at the internationalairport on Langkawi island about 12.30pm today. - NST picture by HamzahOsman


He said the Fire and Rescue Services received a call at 12.32pm and sent 18 personnel to the crash site.

Yaakob said the fire had died out by the time the fire and rescue personnel reached the location.

He said the bodies of the pilots were removed at 1.20pm and sent to the Langkawi Hospital. -- BERNAMA


[table]
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 04:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by fzbikers at 11-9-2009 16:43

Baru tadi Panglima Tentera Udara PTU baru sampai dengan C130 untuk buat lawatan kat tempat  kejadian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 04:51 PM | Show all posts
Dua pegawai TUDM terbunuh pesawat ringan terhempas di Langkawi

ALOR SETAR: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

Al fatihah...sedih lebih2 lagi bulan ramadan ni...

Mereka dikenali sebagai Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera di Langkawi, Yaakob Hassan berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC7 milik TUDM.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kirakira 90 meter dari landasan sebelum terbakar," katanya kepada Bernama.

Bomba, yang menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari, menghantar 18 anggota ke tempat kejadian.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi api telah padam.

"Mayat dikeluarkan dari kawasan lapangan terbang pada pukul 1.20 tengah hari dan dihantar ke Hospital Langkawi," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 05:16 PM | Show all posts
innalillah..terhempas during low level sortie..takziah kepada keluarga Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan..seminggu lagi nak raya..very sad news..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 05:27 PM | Show all posts
Mejar....?

kalau pangkat Mejar ni bukan ke dorang ni kira pilot berpengalaman??
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 05:37 PM | Show all posts
1271# Periuk_api1209

tak silap kedua2 arwah pilot..instructor di kepala batas...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 05:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by fzbikers at 11-9-2009 17:49

1271# Periuk_api1209

Dah ketentuan ilahi..dengar cerita pilatus tu terhempas lepas lalu depan tower langkawi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 06:04 PM | Show all posts
dorang tgh training tuk LIMA ker???
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 01:25 AM | Show all posts
pc7 mk1 ka mk 2? kalu mk 2 sure boleh eject in case engine kaput n imminent crash expected. mk1 tak leh bail out...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 01:28 AM | Show all posts
mk2..katanya sempat eject tapi low level tak sempat deploy chute..apa2 better tunggu siasatan rasmi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2009 01:40 AM | Show all posts
ok. that make sense.... kesian kat aruah2 tu... depa berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan aset negara yg mmg tak banyak hingga saat2 terakhir dengan cuba utk mendaratkan pesawat tersebut, setelah sure tak leh sampai landasan baru depa cuba eject....memang true fighters and heroes of the nation. alfatihah utk roh kedua2 mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 01:43 AM | Show all posts
terkorbannya mereka sbg wira, di tengahari mulia hari jumaat di bulan yg mulia pula.... semoga Allah menempatkan mereka dlm golongan para syuhada...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 02:33 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga kedua2 arwah..al-Fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 03:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by fzbikers at 11-9-2009 17:49

1271# Periuk_api1209

Dah ketentuan ilahi..dengar cerita pilatus tu terhempas lepas lalu depan tower langkawi..
fzbikers Post at 11-9-2009 13:47



  EFATO folllowed by turn back???

Normally if 2 instructors flying together , one of them is on IF training under the hood.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076918 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list