|
UMRAH V, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
27 April 2009
Empat keburukan bawa kemudaratan perlu dijauhi
Oleh Ibrahim Abdullah
Ilmu kurang dimanfaat, jiwa gelisah, nafsu makan dan doa ditolak dapat diatasi dengan iman
EMPAT keburukan perlu dijauhkan untuk menyelamatkan diri daripada kemudaratan serta kerugian iaitu ilmu yang tidak dimanfaatkan,hati tidak khusyuk, nafsu tidak pernah kenyang dan doa tidak dimakbulkan.
Perkara itu terkandung dalam doa diajar Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang dan daripada doa tidak dimakbulkan." (Hadis riwayatMuslim)
Ilmu tidak bermanfaat ialah pengetahuan yang tidak membawa kebaikan atau menyebabkan seseorang semakin jauh daripada jalan Allah sehingga iman yang sepatutnya bertambah, sebaliknya menjadi berkurangan.
Ilmu bermanfaat bukan saja membuka minda lebih luas, malah meningkatkan semangat seseorang mencari lebih banyak pengetahuan yang mendekatkannya kepada Allah dan pada masa sama menggunakannya demi memajukan diri, agama, masyarakat serta negara.
Mereka berakal iaitu yang sentiasa berfikir sentiasa mencari ilmu pengetahuan. Firman Allah yang bermaksud: "Ada tanda bagi orang yang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya) berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang zalim itu seorang pun penolong."(Surah al-Imran, ayat 190-191)
Orang yang menggunakan akal fikiran dengan melakukan pengamatan terhadap alam sambil mengingati Allah, lalu mereka segera teringat akan kehidupan di akhirat pasti termasuk mereka yang beruntung. Inilah gambaran mereka yang berakal dan cerdik memilih ilmu untuk diamalkan. Mereka tekun dengan ilmu yang bermanfaat. Mereka mengambil berat untuk memastikan ilmu diperoleh itu mesti menjadikan mereka lebih dekat dan tunduk kepada Allah.
Keburukan berikutnya adalah memiliki hati yang tidak khusyuk iaitu yang tidak tunduk kepada Allah. Hati liar dan tidak bersandar kepada Allah dalam menggapai ketenteraman serta kejernihan jiwa. Ciri orang beriman ialah mengingati Allah dan hati mereka menjadi tenteram.Firman Allah bermaksud: "Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'du, ayat 28)
Begitulah pentingnya memiliki hati khusyuk sehingga Allah memperingatkan kita supaya waspada terhadap ketandusan atau kegersangan hati. Hal ini wujud apabila orang beriman terlalu lama mengabaikan ayat Allah sehingga hati menjadi tidak khusyuk dan lalai.
Satu-satunya cara ialah kembali menghidupkan ingatan dan perhatian terhadap ayat Allah, bukan saja ayat al-Quran, tetapi yang terkandung dalam penciptaan langit, bumi dan alam akhirat. Hidupkan makna ayat itu dalam kehidupan.
Firman Allah bermaksud: "Belumkah datang waktunya bagi orang beriman, untuk tunduk (khusyuk) hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang sudah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang sebelumnya diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka, lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang fasik." (Surah al-Hadid, ayat16)
Nafsu yang tidak pernah kenyang mudah terkesan dengan banyak fitnah yang tersebar, sehingga tawaran untuk menuruti hawa nafsu disekeliling tidak dapat dielak. Hampir dalam semua keadaan ada peluang dan ruang untuk menuruti hawa nafsu dan dengan mudah dituruti. Olehitu, kekuatan iman diperlukan sebagai benteng kerana Islam tidak membunuh nafsu tetapi menegaskan keperluan mendidik nafsu supaya manusia jangan cepat hanyut dipengaruhi kehendak hawa nafsu.
Apabila ia dilakukan dengan syariat, bukan saja seseorang terbebas daripada dosa bahkan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah kerana memenuhi hawa nafsu sesuai dengan syariat Allah. Sesungguhnya antara sahabat Rasulullah SAW ada yang berkata: "Ya Rasulullah, orang kaya lebih banyak mendapat pahala, mereka mengerjakan solat seperti kami mengerjakan solat, dan mereka berpuasa seperti kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Bukankah Allah menjadikanbagimu sesuatu untuk bersedekah? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh seseorang kepada kebaikan adalah sedekah dan tidur seorang kamu dengan isterinya adalah sedekah."
Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah jika salah seorang daripada kami menyalurkan hawa nafsunya, apakah ia mendapat pahala?Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah kamu tahu, apabila seseorang menyalurkan nafsunya kepada yang haram, dia berdosa? Demikian pula apabila disalurkan kepada yang halal, dia mendapat pahala." (Hadisriwayat Muslim)
Bayangkan seorang Muslim berdoa kepada Allah, namun tidak dimakbulkan. Jelas ini adalah musibah sedangkan Allah menjamin jika seseorang memohon sesuatu kepada-Nya, pasti di makbulkan. Bagaimanapun, ada syaratnya iaitu memohon hanya kepada Allah, tidak kepada selain-Nya.
Kedua, penuhi segala perintah Allah dan ketiga, beriman dengan sebenarnya kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran."(Surah al-Baqarah, ayat 186).
[ Last edited by Rosputih at 27-4-2009 09:16 ] |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua.. baru sempat nak masukhari ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1260 Rosputih's post
ramainya lautan manusia ya...dalam berkobar2 nak pegi..perasaan takut tu ada gak menyelit..semoga di permudahkan segala urusan di sana kelak....amin
ada sorang kawan saya tak berani buat umrah...husband dia pegi sorang je..dia kata aku takut lah nak pegi..tunggulah time aku dah pencen2 esok dah tak pakai baju ketat cam ni he he..aku pegi lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 27-4-2009 00:15
Kalau just tengok gambar Kaabah je pun boleh ke?
eastrun ingat lagi ke bila pertama kali tengok gambar Ka'abah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 26-4-2009 22:34
oh gitu ke thanks..byk nya doa ni...
betul tu sape2 blm register tabung haji elok lah pi register 1300 aja, last yr register anak2 dpt 2020..
last yr saya appeal guna orang dalam gak..katanya ...
Sunsuria...dah call ke?? Akak tgk mmg mahal2 belaka harga......if dah call kasi la update skett....thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1265 sunsuria\ catat
"ada sorang kawan saya tak berani buat umrah...husband dia pegi sorang je..dia kata aku takut lah nak pegi..tunggulah time aku dah pencen2 esok dah tak pakai baju ketat cam ni he he..aku pegi lah..."
hebat kawan suria ni.. boleh tahu yg ajal dia lambat lagi.. tinggi ilmu dia.
[ Last edited by adikzarif at 27-4-2009 10:01 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 27-4-2009 09:44
ramainya lautan manusia ya...dalam berkobar2 nak pegi..perasaan takut tu ada gak menyelit..semoga di permudahkan segala urusan di sana kelak....amin
ada sorang kawan saya tak berani buat umrah ...
Ustaz,
Berilah 'tazkirah' sikit di pagi ini, berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh sunsuria tentang kawannya tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 26-4-2009 16:15
Mari kita daftar haji beramai2...
http://www.tabunghaji.gov.my/jobOnline/sm/haji/loginDaftarHaji.jsp
last 2 weeks pi update record kat TH truss daftar....dpt giliran tahun 2025...... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, saya dah lama register haji. InsyaAllah tahun 2011. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sunsuria at 27-4-2009 09:44
ramainya lautan manusia ya...dalam berkobar2 nak pegi..perasaan takut tu ada gak menyelit..semoga di permudahkan segala urusan di sana kelak....amin
ada sorang kawan saya tak berani buat umrah ...
Saya rasa suami dia pun sedih isteri dia belum terbuka hati lagi. Tapi yang pasti di hadapan Ka'abah pastinya si suami doakan si isteri. Apa yang lebih mabrur adalah doa suami kepada isterinya... kira tahap dia bawah sikit aje dari doa ibu untuk anak dia. Wallahua'lam. InsyaAllah... tak lama lagi terbukalah hati isteri tu.
Apa2 pun buat isteri2... setelah bernikah, syurga di bawah tapak kaki suami. Mari kita renungkan hadis Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
揟elah aku lihat di dalam neraka pada malam mi抮aj, maka aku nampak kebanyakan isinya perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1265 sunsuria's post
hehe.. ramai je fikir mcm tu. bila dah pencen / tua sket baru nak ke Tanah Suci,
sebabnya mcm2, belum puas enjoy, belum puas nak melaram fesyen itu ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1273 eleisha's post
betul tu eleisha....kadangkan pelik gak ngan diorag ni..klu kita tgk dr segi kemampuan mmg dah lebih dari mampu tp bila ditanya tak de hati ke nak buat umrah...jawabnya tak bersedia lagi la..tak sampai seru la..nak puas enjoy dulu la..tak bersedia nak berubah dan macam2 lg alasan yg diberi....
klu bleh kita tiap2 tahun nak pergi kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kakct at 27-4-2009 10:01
last 2 weeks pi update record kat TH truss daftar....dpt giliran tahun 2025......
kak ct nie dah lepas wawasan 2020
dah wawasan 2025
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eleisha at 27-4-2009 10:45
hehe.. ramai je fikir mcm tu. bila dah pencen / tua sket baru nak ke Tanah Suci,
sebabnya mcm2, belum puas enjoy, belum puas nak melaram fesyen itu ini..
akak
samalah ramai orang nak pergi haji lepas pencen
nak cuci tangan
kenapa tangan banyak buat dosa ke
bg saya mencari rezeki ni halal..
so tak payah nak cuci2 tangan..pergi jer haji dan umrah..insyaALLAH satu perubahan akan kita perolehi... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...... 3 hari tak jenguk forum.... rindu pulak.
[ Last edited by pikacun at 27-4-2009 11:44 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1277 kakct\ catat
kak ct, mana tau nanti kita dapat sama-sama buat haji sebab saya pun dah daftar tahun lepas.... tapi akan cuba buat rayuan tahun depan..... boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|