|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Kesian Zack... Jie seorang yg sgt tabah... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-4-2015 09:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 10-4-2015 05:59 PM
Zulkarnain tak pasti ini khabar gembira atau memilukan buat Jie. Hasil ujian darah membuktikan Jie mengandung ! Bunting pelamin mungkin.
Usia kandungan baru mencecah dua bulan. Bermakna Jie sudah hamil sewaktu Ku Iz menyerang Jie. Syukur tiada kecederaan berlaku.
Cuma bila memikirkan keadaan Zack yang kritikal membuatkan Zulkarnain gusar. Takut Jie tak mampu berdepan tekanan dan bakal menjejaskan janin yang dikandung. Simpati dengan anak dalam kandungan Jie yang mungkin tidak akan sempat menatap wajah Papa kandungnya.
Jie yang masih lagi lena ditenung. Jari jemari mengusap lembut rambut ikal Jie. Mata terpaku menatap wajah yang tetap cantik memukau seperti selalu.
Kalau saja Zulkarnain teruskan hasrat mengahwini Jie dulu pasti hidup Jie tidak akan merana seperti ini. Barangkali Jie sedang mengandungkan anaknya sekarang. Entah kenapa spontan penyesalan datang.
Pantas saja Zulkarnain beristigfar dalam hati. Jodoh sudah menuliskan Jie dan Zack menjadi pasangan suami isteri. Hanyut dibuai perasaan yang hingga kini masih cintakan Jie. Fikiran melayang jauh sehingga tidak perasankan kehadiran rakan sejawatnya.
"Zul..." Ashraff perhatikan temannya seperti bersikap peribadi dengan pesakit wanita itu.
Mungkin pernah ada sejarah antara mereka. Bukan niat mahu mencampuri urusan orang lain namun Ashraff tak mahu Zulkarnain melanggar etika yang telah ditetapkan.
"Kau macam gelisah saja... Ada masalah ke?" Sebagai kawan Ashraff sekadar mengambil berat.
"Entahlah.. Tension sikit kot !" Zulkarnain tiada 'mood' untuk berbual sekarang. Perhatian lebih tertumpu pada Jie. Bimbang dan simpati bercampur baur. |
|
|
|
|
|
|
|
serious makin best cite ni..bukan setakan leh jadi novel..kalau jdkan drama pon best ni..
i =m waiting for the next entry tt...
|
|
|
|
|
|
|
|
Konflik pelbagai menjadi perencah kehidupan mereka... Keep it up TT |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-4-2015 10:02 PM
Debaran dirasakan setiap yang berada dibilik wad. Ujian khas bakal dilakukan oleh Ashraff disamping beberapa pakar neurosurgeon. Ini untuk mengesan tahap kerosakan otak yang dihadapi Zack.
Jie berkeras untuk berada dekat dengan Zack walau dihalang oleh Ashraff kerana melanggar prosedur. Zulkarnain cuba memujuk Jie supaya membiarkan teman sejawatnya melakukan tugas. Viana dan Maznah juga meminta Jie bersabar sehingga segalanya selesai.
Namun, kedegilan Jie memang sukar dilentur. Satu perangai Jie yang memang Zulkarnain masak sejak dulu. Zulkarnain tiada pilihan lain. Terpaksa meminta temannya membenarkan Jie untuk berada didalam wad dan berjanji akan memastikan kehadiran Jie tidak mengganggu tugas mereka.
Ashraff agak keberatan namun memikirkan Zulkarnain adalah sahabat baiknya, kebenaran diberi dengan bersyarat. Jie tidak boleh emosi atau mempertikaikan segala pelakuan mereka terhadap Zack. Jie cuma boleh memerhati dari jarak yang dibenarkan. Jangan terlalu dekat kerana takut menganggu.
Zulkarnain cuma akur.Segala risiko rela ditanggung demi menuruti kehendak Jie.
Jie menurut arahan. Memerhatikan saja. Wajah tampak tenang.
Ventilator dicabut oleh Ashraff. Selang beberapa minit menanti, doktor muda itu memasang stetoskop ditelinga lalu ditekap ke dada Zack. Kepala tergeleng spontan.
Zulkarnain disisi Jie resah. Mengerti makna gelengan temannya. Bimbangkan Jie yang sedang berbadan dua.
Jie hanya melihat seorang lagi doktor memasang elektrod didada dan beberapa bahagian lain badan suaminya sambil merenung ke skrin. Tak faham namun Jie tekun meneliti.
Zulkarnain berdebar melihat gelombang elektrokardiogram yang terpapar. Mata mencuri pandang ke arah Jie yang tetap beriak biasa. Mungkin saja Jie tidak mengerti.
Ashraff membelek pula anak mata Zack. Lampu suluh kecil dihala tepat ke pupil mata kiri dan kanan. Permukaan kornea disentuh.Satu keluhan dilepaskan.
Zulkarnain dapat merasakan ada yang tidak kena.
Jie masih lagi tidak mengerti keadaan yang berlaku disekitarnya terpaku melihat doktor memasukkan satu tiub ke dalam tenggorok Zack.
Mahu menghalang kerana risau Zack mungkin tersakiti namun pegangan Zulkarnain melarang Jie dari meneruskan hasratnya.
Lelaki itu mengingatkan Jie janji yang harus dipatuhi. Jie terpaksa akur. Mata dipejam.Tak sanggup untuk melihat.
Ashraff mengemas peralatan yang digunakan tadi. Bersedia untuk keluar.Masih menunggu ujian lanjut dari makmal.
Ashraff mengisyaratkan sesuatu kepada Zulkarnain. Zulkarnain mengangguk tanda faham.
Segera berbisik kepada Jie. Jie tidak membantah.
Zulkarnain terus berjalan keluar menuruti langkah temannya. Sedaya mungkin cuba berlakon selamba.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbesar zack bukan jodoh jie |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-4-2015 12:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 11-4-2015 03:27 AM
Kata kata Zulkarnain masih kedengaran dicuping telinga. Walau berat untuk menerima hakikat namun Jie sedar setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Seandainya Zack harus pergi, Jie akur dengan ketentuan Ilahi. Tak mungkin 'memaksa' Zack bertahan hidup dan menyeksa jasad suaminya yang terbaring lama.
"Bie... I minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau I berdosa pada you... Halalkan segala makan dan minum I.. I redha kalau ditakdirkan you 'pergi'.." Walau ditahan airmata tetap setia menemani diri. Jie menyeka dengan tangan.
Nafas panjang dihela. Jie menggenggam erat tangan Zack. " I mengandung Bie ! I nak you kuatkan diri untuk bangun ! I perlukan you ! Anak kita perlukan Daddy.. Takkan you sanggup tinggalkan I seorang diri.." Sedu sedan makin kuat. Hati rapuh untuk berdepan kebenaran Zack akan pergi untuk menghadap Tuhan yang Maha Esa.
Rayyan dan Khalid hanya terpaku melihat Jie. Viana dan Safihah pula dari tadi berlinangan air mata. Kesedihan menyelubungi suasana.
Zulkarnain masih setia menemani Jie. Gundah untuk membiarkan Jie bersendirian. Pandangan jelek Khalid serta Rayyan tidak diendahkan.
Manakala Tan Sri Isa dan Dato' Hanafi bersama isteri masing masing berada diluar berbincang. Segala pertelingkahan lalu ditolak ke tepi. Buat sementara waktu mereka berdamai.
"Jiha... You jangan macam ini.. You kena kuat untuk baby you !" Zulkarnain emosi melihat kesedihan yang jelas terpancar di wajah Jie.
Pandangan beralih ke Zulkarnain. "I okay Zul ! Trust me !" Jie cuba mengawal kegalauan hati.
Jie berpaling menghadap Zack semula. "Bie.. If this time I need to let you go.. Then I will let you go ! I lepaskan you dari semua janji janji kita ! I akan jaga anak kita dengan sempurna.. Tanda cinta kita berdua.."Perutnya disentuh. Pilu semakin menyesak dada.
" I love you forever Zack ! Mungkin jodoh kita sekejap saja didunia ini... You cinta pertama I ! Dulu kini dan selamanya you akan ada dalam hati I ... Selamat tinggal Bie !" Usai berkata begitu Jie terus bangkit berdiri. Ingin pergi jauh membawa lara dihati. Belum sanggup berdepan saat kehilangan Zack dalam hidup.
"Jie !!" Viana memanggil nama adiknya. Bimbang Jie bertindak luar kawalan. Panggilannya tidak berbalas. Jie malah terus saja berlalu. Viana bungkam.
" Tak apa, biar I pujuk dia !" Tanpa membuang masa , Zulkarnain segera menawarkan pertolongan. Pantas berlalu mengejar langkah Jie yang kian jauh.
" I takut Jie tak boleh terima semua ini.." Viana gusar lantas menangis didalam dakapan suaminya.
Khalid cuba menenangkan Viana. Simpati terbit melihat Jie yang sedang berduka. Menyesal dengan kata kata nista dan tohmahan yang pernah dilontar tempoh hari.
Rayyan pula kepingin untuk memujuk Jie tetapi mengenangkan Safihah berada disisi niat dibatalkan. Takut isterinya tersalah sangka dan menimbulkan konflik. Berharap Zulkarnain mampu meredakan gundah yang dialami Jie. Rayyan tak sanggup melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung Jie.
"Stop Jiha !" Jenuh mengejar dari tadi. Zulkarnain sedar dirinya bukan sesiapa dalam hidup Jie. Namun, melihat Jie begini hati dirundung rawan.
Kalau saja Zulkarnain mampu berbuat sesuatu untuk meredakan kepedihan yang Jie alami. Fikiran buntu. Risaukan Jie melebihi segala.
Ternyata cinta yang mendalam membuatkan Zulkarnain sanggup berkorban demi melihat Jie kembali ceria.
"I tak perlukan simpati dari sesiapa , Zul ! Just leave me alone !" Jie hanya ingin bersendirian. Mengenang kembali saat bersama Zack. Mencari kenangan silam sebagai pegangan bagi meneruskan hidup kelak.
"Jiha.." Zulkarnain sebak. Segera menarik Jie dalam pelukannya.
Biarlah tingkah mereka menjadi tatapan mata yang memandang. Zulkarnain cuma ingin berkongsi derita yang ditanggung Jie.
" I tahu you sedih ! You boleh menangis sepuas hati you... I cuma nak temani you..You tak berseorangan ! I akan sentiasa ada untuk you..." Niat Zulkarnain tulus untuk memastikan Jie tidak tenggelam dalam kedukaan.
Jie senyum pahit. Membiarkan saja Zulkarnain berada disisi. Menangis dan terus menangis. Hanya itu yang mampu dilakukan tika ini.
Zack.. Kalau you pergi dulu, I nak you tunggu I disana... Semoga kita bertemu lagi... Jie berbisik pilu. Air mata makin laju merembes dipipi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-4-2015 03:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 30-5-2015 02:43 PM
Bab 59
Beberapa tahun kemudian...
Berdandan ringkas sebelum turun ke bawah. Pesanan sudah disampaikan semalam kepada Kak Yan, pembantu rumahnya supaya memasak nasi lemak untuk sarapan pagi. Bahan masakan sudah siap dibeli. Abang dan kembar memang gemarkan makanan tradisional melayu itu.
Nampaknya, kalau berterusan begini gemuklah tubuh badan yang langsing terpaksa mengikut selera si abang dan kembar. Kena diet gamaknya.. Desis hati.
Mata terpandang sekeping kertas di atas meja solek beserta sekuntum bunga mawar merah. Segera jari jemari mencapai bunga lalu dicium. Nota yang tertulis atas kertas dibaca.
For my soulmate,
Worth to be fought over
Worth to be loved
Glad to have you in my life
Happy Anniversary My Precious Wife !
Senyuman mekar dibibir. Nota diletak semula diatas meja. Minyak wangi disembur ke seluruh tubuh. Puas hati dengan penampilannya.
"Morning, Mommy !" Danny dan Daryl si kembar yang baru berusia 4 tahun terkedek kedek masuk ke dalam bilik sambil menatang PS Vita seorang satu. Semangat untuk menunjuk hadiah yang baru diterima.
"Both of you.. No gadget please !" Tangan dihulur meminta si kembar menyerahkan gajet yang dipegang. Takut Danny dan Daryl leka bermain sahaja. Hati dapat meneka gerangan siapa yang memberi. Wajah anak anak kecil itu ditenung. Garang.
Danny kecut perut. Mommy memang macam singa !
"Run for your life, Daryl!" Spontan menarik tangan kembarnya berlari turun tangga mencari penyelamat mereka.
Namun, Mommy pantas mengejar lalu mengepung laluan. Kedua anak kecil itu tidak mampu lari lagi.
"I want it now !" Masih lagi tegas meminta Danny dan Daryl menyerahkan PS Vita kepadanya.
"You ni manalah kembar tak cakap you singa ! Keras sangat !" Satu suara menegur pelakuannya.
Jie tersentak. Wajah cemberut. Menjeling tanda protes.
"You ni, manjakan sangat budak budak ini ! I tak suka ! Nanti spoil !" Jie mempertahankan tindakan yang diambil.
Zulkarnain senyum. "Tak ada orang nak manjakan Mommy dia ek.. Tu Mommy jealous ini.." Datang idea menyakat Jie didepan si kembar.
"Thanks for saving us Papa ! We love you !" Daryl segera mendapatkan Zulkarnain.
Berterima kasih kerana Papa bukan sahaja memberi hadiah tetapi turut membantu menyelamatkan mereka dari Mommy. Bertuah badan hari ini.
"Whatever !" Jie malas layan. Terus saja berlalu meninggalkan Zulkarnain dan si kembar. Merajuk ! Melangkah geram menuju ke dapur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Emm..4 org pnh jd laki jiha..kelasss ko jiha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 06:12 PM
"I can 'smell' someone sulking right here..." Sudah bertahun hidup bersama membuatkan diri arif dengan perangai Jie.
Satu tangan melingkar dipinggang lantas memeluk erat tubuhnya."Jangan risau... I tetap akan 'manjakan' you my precious wife !" Satu bisikan halus kedengaran ditelinga. Jie hanya membiarkan.
"You tahu tak si kembar bagitahu semua orang I ni apa? Singa ! You pun biarkan saja.. Bukannya nak back up I !" Kemarahan dihambur tak semena. Bengang.
Zulkarnain cuma gelak. "Dah memang betul pun .. By the way, bukan I yang beli gajet tu untuk Danny dan Daryl.. I tolong pass kan sahaja.. " Tak mahu Jie tersalah sangka.
"So, ini kerja you, lah?" Jie berpaling. Ternyata ramalannya benar. "Like father like son ! Gila gajet !" Menyampah.
"You ni memang tak pandai simpan rahsialah , Zul !" Zack yang sedang memeluk tubuh Jie berpura marah. Kantoi pula.
"Sorry Bie ! I tahu you tak bagi I beli, tapi I kesianlah.. I janji this is the last ! No more after this !" Kalau memancing hati anak kecil mungkin senang bagi Zack, tetapi untuk memujuk Mommy si abang dan kembar, Zack perlu belajar lagi. Isterinya kadang sensitif tak bertempat.
"Erm, I gotta go ! Sebelum I nampak aksi yang tak sepatutnya depan mata I.. Bye Jiha !" Sudah lali melihat aksi mesra pasangan ini dihadapannya. Zulkarnain sengaja mengusik sebelum berlalu.
Lagi pula, Zulkarnain sudah agak lambat untuk ke hospital. Kejar masa. Singgah sini sebentar hanya untuk menghantar Danish. Anaknya itu kepingin bermain bersama si kembar. Mungkin Danish bosan tinggal bersama pembantu rumah sahaja. Zeeta kini berada di London. Ada urusan kerja disana.
"Ingat Zack ! Please behave.. PG ok !" Sempat mengingatkan Zack tentang 'parental guidance' memandangkan anak anak semua termasuk Danish yang sudah bersekolah tadika ada sekali.
Masakan tidak, Danish pernah bertanyakan soalan sensitif yang Zulkarnain sendiri kelu untuk menjawab.
Kenapa Daddy selalu peluk cium Mommy ? Ternyata anak sekecil itu peka dengan keadaan disekitar. Setiap pelakuan diamati dan diteliti.
Penyudahnya , Zulkarnain menyuruh Danish bertanya sendiri kepada Zack. Tutup cerita. Tak pasti pula jawapan yang diberikan Zack.
Zack segera membalas lambaian Zulkarnain. Memerhatikan saja langkah lelaki yang banyak berbakti kepada mereka suami isteri.
Sejurus kemudian, berpaling merenung wajah cantik yang hingga kini masih dicintai sepenuh hati.
Wanita yang telah melayari hidup bersamanya selama hampir lima tahun. Setia menempuh onak duri berdua.Tetap meyakini Zack akan bangkit semula meski berada diambang maut ketika itu. Terlantar antara hidup dan mati.
Walau samar dalam ingatan sepanjang koma, Zack dapat mendengar tangisan Jie dan juga kata kata yang terucap. Bisikan semangat dari Rayyan serta Khalid. Tak dilupakan bicara sedih Papa dan Mama.
Bahkan saat diri disahkan 'mati otak', Zack masih terimbau bayangan Jie mengucapkan selamat tinggal.
Lantaran tak mahu kehilangan cinta sejatinya , semangat kuat dipasak dalam diri untuk berjuang terus hidup !
Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Tanpa bantuan ventilator, jantung beritma kembali dan penafasan Zack kian teratur. Semua kerana Zack teramat cintakan Jie dan rela bertarung untuk kekal bernyawa.
Alhamdulillah, Zack selamat melalui detik kritikal dan berjaya sedarkan diri. Keliru pada saat mula bangun dari koma namun akhirnya Zack beransur pulih. Sokongan dari keluarga kandung dan mertuanya mempercepatkan proses pemulihan diri Zack.
Teruja bila mengetahui Jie sedang mengandungkan zuriatnya !
Namun, sepanjang Jie mengandung si kembar, Zack yang mengalami alahan teruk. Badan menjadi lesu. Zack mudah demam dan selsema. Asam dan mangga muda selalu menjadi santapan rutin. Mengidam Zack pula mengalahkan ibu mengandung.
Terbalik dengan Jie yang tampak sihat sentiasa sehinggalah ke saat kembar dilahirkan ke dunia.
Waktu itu, Zack gembira bukan kepalang sehingga menitiskan air mata kesyukuran. Hasrat hati untuk hidup berdua dengan cinta pertamanya tercapai, malah Zack juga kini memiliki zuriat hasil perkongsian hidup dengan Jie.
Zafrey Daniel Haqeem dan Zafrey Dariel Hazreen. Itulah tanda cinta antara Jie dan Zack. Amanah Allah yang tidak ternilai.
Dan Jie tetap saja anugerah terindah pernah Zack miliki. Berharap kasih sayang antara mereka akan utuh buat selamanya.
"Bie, I tengah cakap dengan you ini ! You dengar tak ?" Jie meraih perhatian Zack yang sedang tenggelam dalam khayalan.
"You fikir apa ini sampai tak fokus ?" Pantas saja pegangan suaminya dileraikan.
Zack tersentak dari imbasan masa lalu. "Sorry baby ! You cakap apa tadi?" Memikirkan kemungkinan isterinya akan mogok dan merajuk nanti, Zack terus saja menumpukan sepenuh perhatian pada Jie.
"I cakap you tak fair ! You belikan hadiah mahal dekat kembar, anniversary kita, you bagi I bunga ros saja.. Itupun sekuntum aja.." Tak puas hati dengan Zack. Selalu Zack melebihkan dirinya tetapi kali ini Jie rasa seperti disisihkan.
Zack membelai lembut tangan Jie. "You tau tak, Baby, simbolik I bagi sekuntum saja dekat you?" Sememangnya ada makna disebalik bunga dan nota yang diberi.
Jie hanya menggeleng kepala, tanda tidak tahu. Menanti kata kata selanjutnya dari Zack.
Zack menyambung. "Maksudnya hanya satu saja 'bunga' yang mekar dalam hati I.Dari dulu sampai sekarang ! Berbaloi untuk direbutkan dan berbaloi untuk dicintai.. I tak menyesal tunggu bertahun untuk miliki you sebagai isteri.. Happy 5th Anniversary Baby !" Sekeping kertas dihulurkan.
Jie lantas membaca. Pengesahan tempahan tiket penerbangan ke Male International Airport. Tempahan hotel terselit sekali. "Maldives?" Jie inginkan kepastian.
Zack angguk. "Anniversary kita kali ini I terasa nak pergi 'honeymoon' pulak. Just two of us ! Anggaplah ini hadiah I untuk you." Zack sengaja membuat kejutan untuk isterinya.
"Thanks Bie !" Jie memeluk erat tubuh suaminya.
Kesibukan kerja Zack membuatkan mereka jarang dapat menghabiskan masa berdua. Gembira dapat peluang melihat tempat orang.
"Kembar pun dah besar. Manalah tahu kali ini kita dapat baby made in Maldives pulak.." Sempat berseloroh.
Sememangnya Zack teringin untuk memiliki anak lagi. Rindukan tangisan bayi.
"Insya Allah kalau ada rezeki , Bie !" Jie tak mahu menaruh harapan. Sejak melahirkan Danny dan Daryl belum ada tanda lagi diri berbadan dua.
"It's okay ! We can working on it.." Zack senyum.
"I love you Baby !" Ucapan azimat itu tetap saja keluar dari bibir Zack tanpa jemu.
Satu ciuman ingin dihadiahkan kepada isterinya. Terlupa mereka sedang berada diruang tamu sekarang.
Namun, tindakannya terhenti apabila...
"Daddy, I'm starving !" Danish muncul tiba tiba. Perut berkeroncong minta diisi.
"Hang on, Danish ! Breakfast will be served shortly.. Mommy will inform you once everything's ready.." Jie menjawab bagi pihak Zack. Faham suaminya tergamam dengan kehadiran Danish yang tak diduga.
Danish akur kata kata Jie. Pergi semula ke halaman depan untuk menyambung bermain dengan adik kembarnya.
"Dahlah you.." Jie menolak lembut tubuh suaminya. " Layan you , sampai esok pun tak habis ! Anak dah lapar. I nak tolong Kak Yan dekat dapur dulu." Langkah kali ini menghala terus ke ruang dapur.
Zack bangkit untuk keluar mendapatkan Danish dan si kembar. Terhibur melayan keletah ketiga tiga anaknya. Perhatian tertumpu pada Danish.
Walaupun, Danish bukan darah dagingnya namun Jie dan Zack sepakat menetapkan kedudukan Danish sebagai abang sulung kepada Danny dan Daryl. Keakraban antara Danish dan kembar juga tidak dapat dipisahkan.
Mujur, Zeeta tidak menghalang Danish dari berhubungan dengan isterinya. Zulkarnain pula memang suka Danish rapat dengan Jie.
Malah, Danny dan Daryl juga memanggil Zulkarnain, Papa, lantaran terikut dengan gelaran yang dipanggil oleh Danish.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan zack dh arwah..hepi diorg |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-4-2015 07:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 30-5-2015 02:46 PM
Usai sarapan, Danish dan kembar memilih untuk bermain PS 3 pula. Kebanyakan masa nampaknya kembar yang banyak memonopoli permainan. Barangkali anak kecil itu terikut perangai Zack yang memang kaki game.
Danish pula dilihat lebih cenderung ke arah muzik. Piano adalah alat muzik yang menjadi kegemaran Danish. Selalu juga Danish dan isterinya bermain berdua. Merapatkan lagi hubungan Danish dengan Jie.
Dari segi perangai, rasanya Danny dan Daryl memang mewarisi kedegilan isterinya. Kadang anak dan Mommy tak mahu mengalah. Dua dua sama keras kepala ! Zack selalu tersepit diantara isteri dan anak.
"Jauh berkhayal nampak... Dah sampai Maldives ke?" Jie sengaja menyakat Zack yang dilihat duduk bersendirian dihalaman luar.
Zack tersenyum mendengar sambil tangan menarik Jie supaya duduk diribaannya. Teringin bermanja sebentar sementara si abang dan kembar leka bermain. Jie cuma menurut.
" Baby.. kalau you tak sudi jadi isteri I dulu, I tak rasa I akan sebahagia ini sekarang... Thanks Baby !" Satu ciuman dihadiahkan.
Zack bahagia. Tengku Safiah akhirnya dapat menerima hakikat Jie adalah isterinya. Hubungan Zack dan Rayyan juga pulih seperti sediakala.
Malah, Dato' Hanafi sudah melonggarkan syarat ketat yang dikenakan sewaktu awal perkahwinan dulu. Jie dibenarkan berhubungan dengan Papa dan Mama.
Akan tetapi , Jie tampak kurang menghabiskan masa dengan Mama dan Papa berbanding Safihah. Masih menyesuaikan diri.
Viana juga seperti Jie. Jarang memiliki waktu bersama mertua.
Baik Jie dan Viana mungkin sukar melupakan kesilapan silam keluarga kandungnya.
Zack tak mahu memaksa. Yakin lambat laun kemesraan antara Jie dan keluarganya akan bertaut jua.
Buat masa ini , Zack hanya ingin hidup bersama wanita yang dicintai dan anak anak. Segala yang pernah terjadi dulu biarlah menjadi sejarah.Tak perlu diungkit lagi.
"You are most welcome , Bie !" Sungguh Jie juga bersyukur jodoh mereka kekal sehingga sekarang. Pernah berhadapan keadaan genting ketika Zack hampir disahkan 'mati' membuatkan diri lebih menghargai detik bersama.
"Baby..." Wajah isterinya disentuh. " You tahu tak masa kita pergi wedding Haslina, I berangan kita duduk berdua dipelamin.You and me !" Masih segar dalam ingatan Zack bayangan yang pernah terlintas. Khayalan itu jadi nyata saat mereka disatukan.
"I tak tahu kenapa I tak putus asa cintakan you even after you jadi isteri Ray and I sendiri kahwini Zeeta. But finally you are mine.. My precious wife ! Promise me you will be by my side forever ?" Kadang Zack takut memikirkan hidup tanpa Jie lagi. Isterinya tetap cantik menawan walaupun sudah melahirkan zuriat mereka. Bimbang ada lelaki lain mendekat.
Kalau dibiarkan berduaan dengan si abang atau kembar, mereka kelihatan seperti kakak dan adik. Zack pula yang rasa 'insecure'. Menjangkit dari Rayyan agaknya.
Namun, Zack tetap meyakini ketulusan cinta Jie. Setia dan saling mempercayai adalah tunggak hubungan mereka. Tak mahu cemburu buta dan mengulang kesilapan yang pernah Rayyan lakukan terhadap Jie dulu.
"I won't leave you, Bie ! Instead, I wanna be with you forever, Mr Charming !" Kepala disandar ke bahu Zack. Jie yakin Zack sahaja yang menghuni hatinya.
Dari jauh, Viana nampak kemesraan Jie dan Zack. Bahagia melihat kegembiraan yang dimiliki adik bongsunya. Langkah diatur senyap mendekati. Khalid disisi hanya menurut.
Khalisha kini sedang menyertai Danish dan kembar bermain.
"Boleh I pinjam 'Baby' you sekejap, Zack?" Viana sekadar mengusik.
"Tak boleh !" Zack memaut erat isterinya tidak membenarkan Jie untuk bangun mendekati Viana. Lagak budak kecil walau diri sudah bergelar Daddy.
"Baby ek.. Kalau yang ini Baby you..." Khalid menunjuk ke arah Jie. "Yang tiga kat dalam tu apa?" Sudah lama Khalid ingin bertanya. Macam tak kena bila Zack dan Jie masih menggunakan panggilan seperti pasangan bercinta.
"Yang dalam tu kategori lain.. Yang ini baby 'special' sikit.." Zack bergurau sambil berjabat tangan dengan abangnya. Mereka berbual santai.
Jie bangun mendapatkan Viana. Mengambil tempat berbual dikolam ikan. Agak jauh dari Zack dan Khalid. Sesekali kedengaran gelak tawa dua beradik itu.
"I happy tengok you gembira.." Khalid tak nafikan Zack tampak lebih ceria dan bahagia disisi Jie berbanding ketika bergelar suami Zeeta.
"Thanks Karl !" Mungkin gila bagi sesetengah orang. Namun kegilaan itu mendatangkan kebahagiaan pada Zack sekarang. Mencintai Jie yang pada masa dulu masih kakak iparnya dan tekad menyunting Jie sebagai suri setelah diceraikan Rayyan.
" Actually, Ray nak datang sekali tapi Safihah tak sihat. Dia kirim salam pada you dan Jie.." Khalid menyampaikan amanah dari Rayyan.
Menyebut nama Rayyan dan Safihah, Khalid kagum dengan kecekalan Safihah membantu Rayyan melupakan kenangan lalu dan cinta terhadap Jie. Syukur dipanjatkan jua kerana abang sulungnya sudah dapat menerima hakikat perkahwinan Jie dan Zack.
Rayyan kini bahagia disamping isteri dan anak perempuan mereka, Rayna Harliana yang sudah menginjak usia 3 tahun.
"Waalaikumussalam." Salam yang disampaikan berjawab. "Insya Allah sebelum I dengan Najiha pergi Maldives nanti I singgah lawat Ray.." Zack memang jarang sekali dapat bertemu Rayyan. Baik Zack dan Rayyan sibuk dengan komitmen kerja.
"Honeymoon ke?" Khalid menebak. Zack hanya mengiyakan.
" Harap ada good news nanti. Wish you luck !" Bahu adik bongsunya ditepuk.
Zack hanya tersenyum. Faham maksud kata kata Khalid.
Tujuan utama percutian mereka kali ini lebih kepada untuk menghabiskan masa berdua disamping meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima.
Jika ditakdirkan ada rezeki, mungkin 'baby made in Maldives' yang Zack impikan bakal menjadi kenyataan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... Almost there sis... Makin lama makin exciting cite ni sis... Job well done sis... |
|
|
|
|
|
|
|
suka Zack & Jiha together
jgnlah bagi sorang tercicir kat Maldives pasni
|
|
|
|
|
|
|
|
npa mkin melalut?
Mati hidup.mati hidup.
aku rasa,buln 12 baru bes novel ni.waaaaaaaaaaaaa! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-4-2015 01:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 14-4-2015 10:09 AM
npa mkin melalut?
Mati hidup.mati hidup.
Mane ada mati hidup.. zack koma.. belum disahkan mati |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|