CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 9-2-2026 08:09 AM | Show all posts
AZAM Sarawak anjur Program AYS Capacity Building 2026
Februari 8, 2026, Ahad - 3:02pm



Ariff (tengah) bersama barisan pengurus, ahli jawatankuasa AYS sesi 2024–2026 serta ahli-ahli baharu.

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak telah menganjurkan Program AYS Capacity Building 2026 di Kompleks AZAM sebagai satu inisiatif pembangunan kapasiti selama tiga hari yang menghimpunkan ahli AZAM Young Souls (AYS).

Program tersebut dikendalikan Timbalan Pengerusi AZAM Sarawak Ariff Irwani yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan pembangunan kepimpinan, nilai kesukarelawanan dan peranan belia dalam menyumbang secara bermakna kepada organisasi serta komuniti.

Mengangkat tema ‘Volunteerism dan Kesederhanaan’, program itu dirangka bagi menerapkan nilai kesukarelawanan yang kukuh, disiplin, kerja berpasukan serta rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli AYS.

Kesemua aktiviti dilaksanakan di sekitar Kompleks AZAM dan disusun secara berstruktur untuk menyediakan pembelajaran berasaskan pengalaman melalui sesi interaktif, aktiviti berkumpulan serta penglibatan praktikal yang mencabar fizikal, emosi dan pemikiran peserta.

Pengurus Seksyen Komunikasi Strategik, Media dan Perhubungan Belia AZAM Sarawak Mohd Hassanal Hakim Junaidi dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa program itu bukan sekadar latihan kemahiran, sebaliknya satu proses pembentukan nilai dan karakter belia yang selari dengan peranan AZAM sebagai organisasi komunikasi partisipatif.

“AYS Capacity Building bukan tentang siapa yang paling hebat, tetapi tentang membina sikap, disiplin dan rasa tanggungjawab. Bagi AZAM, belia bukan sekadar tenaga pelaksana program, tetapi rakan komunikasi yang membawa nilai, kefahaman dan mesej positif kepada masyarakat.

"Justeru, pembinaan karakter ini penting bagi memastikan setiap penglibatan belia berteraskan integriti dan nilai,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa ahli AYS merupakan wajah dan duta nilai AZAM, justeru program ini dirancang bagi memastikan setiap ahli memahami peranan mereka sebagai belia yang berprinsip, bertanggungjawab serta mampu berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai konteks masyarakat dan komuniti.

Presiden AZAM Young Souls Theron Then Kai Yuan berkata, program itu memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesatuan, hala tuju serta kesinambungan kepimpinan AYS, khususnya menjelang penamatan tempoh jawatankuasa sedia ada.

“Program ini menjadi ruang penting untuk menyatukan ahli dan menyelaraskan hala tuju AYS.

“Ia juga memberi pendedahan awal kepada barisan ahli dan jawatankuasa baharu tentang nilai, budaya kerja serta tanggungjawab kepimpinan yang perlu diteruskan bagi memastikan kelangsungan AYS sebagai platform belia yang berintegriti,” katanya.

AYS Capacity Building 2026 turut menampilkan penyertaan beberapa ahli baharu AZAM Young Souls, selari dengan usaha AZAM Sarawak menyediakan platform orientasi dan pembentukan awal yang tersusun bagi memastikan kesinambungan nilai, budaya kerja dan kepimpinan belia dalam organisasi.

Antara objektif utama AYS Capacity Building 2026 adalah untuk memperkukuh semangat kesukarelawanan dan kesederhanaan dalam kalangan belia, membangunkan kepimpinan berteraskan nilai dan kesedaran sosial, meningkatkan kefahaman terhadap peranan serta tanggungjawab ahli AYS dalam menyokong inisiatif AZAM serta membina asas karakter, akauntabiliti dan kerja berpasukan yang kukuh.

Program ini juga dilihat sebagai kesinambungan kepada kerjasama strategik AZAM Sarawak bersama Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Keusahawanan Sarawak (MYSED), yang sebelum ini telah membuka ruang lebih luas kepada pembangunan kapasiti belia melalui pendekatan berfokus, inklusif dan mampan.

Selain AYS Capacity Building, AZAM Sarawak turut menggerakkan pelbagai inisiatif belia lain di bawah platform AZAM Young Souls, termasuk AYS Toastmasters Club yang diadakan setiap hari Rabu sebagai medium pembangunan kemahiran komunikasi dan kepimpinan, Kuching Youth Day Out (KYDO) sebagai platform penglibatan belia bandar serta Program Outreach yang membawa elemen kepimpinan, komunikasi dan kesukarelawanan terus ke komuniti.

Program AYS Capacity Building 2026 dijangka berakhir dengan pengukuhan nilai, kefahaman dan komitmen baharu dalam kalangan peserta, selari dengan aspirasi AZAM Sarawak untuk terus memperkasakan belia sebagai rakan strategik komunikasi dan sosial pada masa depan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 08:10 AM | Show all posts
SDNU Cawangan Sibu telah berjaya mengadakan AGM 2026
Februari 8, 2026, Ahad - 3:05pm



Chambai (empat kiri) menyampaikan cenderamata kepada Larryson selepas Program Sesi Libat Urus Bersama KWSP sempena AGM SDNU Cawangan Sibu petang semalam.

SIBU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) 2026 yang berlangsung di Rumah SDNU Sibu, Taman Bougenvilla di sini, dengan kehadiran seramai 141 ahli SDNU Cawangan Sibu.

Mesyuarat yang diadakan petang semalam itu dirasmikan Naib Presiden Kanan SDNU Chambai Lindong yang juga merupakan Pengerusi SDNU Cawangan Sibu.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan kepentingan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli SDNU Sibu bagi memastikan organisasi terus kukuh serta bergerak di landasan yang terbaik.

Beliau turut menyatakan bahawa pada tahun 2026, SDNU Sibu akan meneruskan pelaksanaan beberapa program berimpak tinggi kepada masyarakat, khususnya masyarakat Dayak di Sibu, selaras dengan peranan SDNU sebagai organisasi yang memperjuangkan pembangunan komuniti.

Sempena AGM ini, Biro Pembangunan Ekonomi SDNU Sibu telah menganjurkan Program Sesi Libat Urus bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Sibu khusus untuk ahli SDNU Sibu.

Pada sesi tersebut, Pegawai Perhubungan KWSP Cawangan Sibu Larryson Aing Jack telah menyampaikan taklimat bertajuk ‘KWSP dan Anda’.

Beliau turut dibantu oleh dua kakitangan KWSP Cawangan Sibu Emellia Andrew dan Evenjelina Belundi.

Mesyuarat agung tahunan itu mencerminkan komitmen berterusan SDNU Cawangan Sibu dalam memperkukuh organisasi serta memperkasakan ahli dan komuniti melalui pelbagai inisiatif pembangunan sosial dan ekonomi.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi SDNU Pusat merangkap Setiausaha SDNU Cawangan Sibu Samuel Sila Mathew Unjah, Naib Pengerusi SDNU Cawangan Sibu Johnady Janton dan Pengerusi Program Libat Urus Bersama KWSP Sammy Dennis.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 08:11 AM | Show all posts
Manfaatkan AI secara bijaksana sebagai sokongan
Februari 8, 2026, Ahad - 4:17pm

Bagi perkukuh fungsi media dalam menyampaikan maklumat yang sahih, beretika kepada masyarakat: Lau



Lau (berdiri tengah, barisan kedua) merakam kenangan bersama pengamal media yang hadir pada Majlis Makan Malam Bersama Media sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Sibu semalam.

SIBU: Kemunculan kecerdasan buatan (AI) tidak wajar dianggap sebagai ancaman terhadap kelangsungan dunia kewartawanan, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara bijaksana sebagai instrumen sokongan bagi memperkukuh fungsi media dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan beretika kepada masyarakat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau menegaskan bahawa walaupun AI berkeupayaan membantu proses pengumpulan berita, analisis maklumat serta penghasilan kandungan digital, peranan asas wartawan yang berteraskan pertimbangan moral, integriti dan tanggungjawab sosial kekal tidak tergantikan.

"Perubahan teknologi mungkin mengubah kaedah penyampaian berita, namun jiwa kewartawanan tetap berpaksikan nilai kemanusiaan.

"AI hanyalah alat yang menyokong kerja media. Nilai sebenar kewartawanan terletak pada komitmen pengamalnya terhadap prinsip integriti, profesionalisme dan tanggungjawab kepada masyarakat," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Media sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung di sebuah hotel di sini semalam.

Lau yang juga Ahli Parlimen Lanang berkata, media memainkan peranan kritikal dalam memastikan ketelusan, akauntabiliti serta membentuk wacana awam yang berinformasi dan seimbang.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap dedikasi pengamal media yang bekerja tanpa mengira masa demi memastikan orang ramai menerima maklumat yang tepat dan pantas.

"Rakan-rakan media sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme, siang dan malam, demi memenuhi keperluan maklumat masyarakat," ujarnya.

Dalam konteks kemajuan pesat teknologi AI, Lau berkata industri media kini berdepan cabaran baharu termasuk penularan berita palsu serta kandungan ‘deepfake’ yang berpotensi menggugat kepercayaan awam terhadap media.

"Perkembangan ini menuntut kita untuk terus mengutamakan ketepatan dan kredibiliti. Masa depan media bukanlah persaingan antara manusia dan AI, sebaliknya kerjasama strategik antara kedua-duanya bagi mempertahankan kebenaran dan kepentingan awam," katanya.

Pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada pengamal media atas sokongan berterusan dalam menyuarakan aspirasi rakyat dan menjadi jambatan komunikasi antara masyarakat dan pembuat dasar.

"Hubungan antara wakil rakyat dan media adalah satu perkongsian yang saling melengkapi, berasaskan tanggungjawab bersama.

“Melalui laporan media, kami dapat memahami dengan lebih mendalam isu serta keperluan rakyat untuk penambahbaikan dasar dan perkhidmatan," jelasnya.

Beliau turut menyuarakan harapan agar hubungan kerjasama dan komunikasi yang erat antara media dan kepimpinan negara dapat diteruskan demi kepentingan masyarakat pada masa depan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 08:11 AM | Show all posts
Penyertaan peserta bukan Cina dalam pertandingan seni kaligrafi dipuji
Februari 8, 2026, Ahad - 4:22pm



Pang (duduk di tengah) merakam gambar bersama peserta dan hadirin yang hadir dalam acara berkenaan hari ini.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang menzahirkan rasa bangga serta penghargaan kepada peserta bukan Cina yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan menulis kaligrafi Tahun Baharu Cina 2026 yang diadakan di sebuah pasar raya di sini.

Menurutnya, seni kaligrafi yang pada asalnya hanya dipelopori kaum Cina sebelum ini kini turut dipelajari serta dikuasai kaum lain yang mana ia merupakan perkembangan yang baik.

"Saya berasa sangat terharu apabila melihat para peserta  yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang berkumpul bersama-sama bagi menzahirkan seni kaligrafi yang penuh seni ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Menulis Kaligrafi Tahun Baharu Cina 2026 anjuran bersama Persatuan Seni Kaligrafi Bintulu dan Persatuan Hokkien Bintulu di sini, hari ini.

Jelasnya, seni kaligrafi sememangnya amat unik dan seni yang indah untuk dipelajari kerana ia penuh dengan maksud yang tersurat dan tersirat terutama yang berkaitan dengan tema sambutan Tahun Baharu Cina.

Jelasnya, semangat yang ditunjukkan oleh peserta bukan Cina yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini sememangnya benar-benar mencerminkan semangat bersatu dalam kepelbagaian.

"Saya dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semoga semua peserta terus memperhalusi serta meningkatkan kemahiran masing-masing dalam seni tulisan masing-masing dari semasa ke semasa," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 08:12 AM | Show all posts
Projek-projek pembangunan di bawah RMK13 di Sibu bermula tahun ini
Februari 8, 2026, Ahad - 4:25pm



Chieng (dua kanan) mengagihkan sampul angpau dan limau mandarin kepada para penjaja di Pasar Sentral Sibu hari ini.

SIBU: Projek-projek pembangunan utama di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), termasuk pembinaan jalan penghubung baharu, pembangunan semula Bukit Assek dan Fasa Empat Projek Mitigasi Banjir Sibu, dijangka bermula tahun ini, sekali gus menandakan perubahan ketara yang bakal dirasai penduduk Sibu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata, adalah penting untuk penduduk Sibu dapat merasai dan mengalami sendiri bahawa pembangunan sedang berlaku.

"Bermula tahun ini di bawah RMK13, beberapa projek utama akan dilaksanakan, termasuk pembinaan jalan penghubung baharu, pembangunan semula Bukit Assek serta Fasa Empat projek mitigasi banjir Sibu, antara lain.

"Adalah sangat penting untuk rakyat Sibu merasakan bahawa pembangunan sedang datang dan juga untuk para pelajar yang pulang ke kampung halaman mereka dapat melihat perubahan ini, berbangga menjadi rakyat Sarawak dan berbangga berasal dari Sibu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita semasa mengagihkan limau mandarin serta sampul angpau kepada pengunjung dan penjaja di Pasar Sentral Sibu di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Chieng berkata beliau percaya Pilihan Raya Negeri akan diadakan tahun ini.

"Saya percaya pilihan raya akan diadakan pada tahun ini," katanya ketika ditanya sama ada konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan datang menjadi petunjuk bahawa Pilihan Raya Negeri semakin hampir.

Beliau menambah bahawa sejak menjadi ADUN Bukit Assek, beliau telah bekerja keras setiap hari tanpa mengira sama ada dalam tempoh pilihan raya atau bukan pilihan raya.

"Saya sudah bersedia. Sudah tiba masanya untuk pengundi memberikan penilaian terhadap prestasi semua ADUN

"Sudah tentu, YB (wakil rakyat) tidak sempurna, namun kami bekerja tanpa mengenal penat setiap hari demi pembangunan Sibu, khususnya Bukit Assek," katanya sebagai menjawab soalan mengenai persediaannya.

Terdahulu, beliau mendedahkan bahawa pengagihan buah limau mandarin kepada para penjaja dan pengunjung sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Sentral Sibu merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh cawangan-cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 1,450 gerai di Pasar Sentral Sibu yang diusahakan oleh penjaja daripada pelbagai latar belakang.

Turut sama mengagihkan buah limau mandarin dan sampul angpau kepada orang ramai ialah Naib Presiden SUPP Datuk Michael Tiang, Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau, Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon dan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 08:13 AM | Show all posts
swk - Projek-projek pembangunan di bawah RMK13 di Sibu bermula tahun ini

sbh - Jalan pertanian Toboh Baru selesa mudahkan pesawah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2026 08:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:12 AM | Show all posts
JKKK pastikan pembangunan akar umbi menyeluruh, beri manfaat kepada rakyat
Februari 8, 2026, Ahad - 4:32pm



Wong (lima kanan) bersama tetamu menggaul Yee Sang pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran bersama JKKK Sungai Bidut, JKKK Teluk Bango dan JKKK Bukit Igu, malam tadi.

SIBU: Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) penting dalam memastikan pembangunan akar umbi dilaksanakan secara menyeluruh dan memberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh berkata JKKK bukan sahaja berfungsi sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat, malah menjadi tulang belakang dalam menyelesaikan pelbagai isu setempat.

Menurutnya, keupayaan JKKK memahami situasi dan keperluan penduduk menjadikan jawatankuasa tersebut sebagai elemen penting dalam memastikan dasar dan program kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“JKKK berada paling hampir dengan rakyat. Mereka tahu keadaan sebenar di lapangan, sekali gus memudahkan proses penyampaian maklumat daripada kerajaan kepada rakyat dan sebaliknya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran bersama JKKK Sungai Bidut, JKKK Teluk Bango dan JKKK Bukit Igu di dewan Sekolah Menengah (SM) Guong Ming, malam Sabtu.

Beliau menjelaskan, dalam aspek pembangunan luar bandar, JKKK sentiasa memainkan peranan aktif dalam membantu mempercepatkan pelaksanaan projek kemudahan asas.

Tambahnya, keselamatan komuniti juga tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjadi asas kepada kesejahteraan dan kemajuan sesebuah kawasan.

“Kerjasama JKKK dengan pihak berkuasa serta agensi berkaitan amat penting dalam memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, terutama ketika berlaku kecemasan atau bencana,” katanya.

Wong turut menegaskan bahawa JKKK berperanan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui pendekatan muafakat dan toleransi.

Katanya, dalam penyaluran bantuan kerajaan, JKKK juga menjadi pihak yang paling layak membantu mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan agar bantuan dapat disalurkan secara tepat dan adil.

Sehubungan itu, Wong merakamkan penghargaan kepada semua ahli JKKK atas komitmen dan khidmat bakti yang dicurahkan serta berharap usaha tersebut diteruskan demi kesejahteraan masyarakat setempat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 11:13 AM | Show all posts
Pengagihan kalendar, kad, limau mandarin simbolik ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Februari 8, 2026, Ahad - 4:39pm



Ding bersama rombongannya mengagihkan kalendar, kad Tahun Baharu Cina dan limau mandarin kepada orang ramai di pekan Bintangor.





BINTANGOR: Pengagihan kalendar, kad Tahun Baharu Cina (TBC) dan limau mandarin merupakan simbolik kepada ucapan Selamat Tahun Baharu Cina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program itu kerap kali diadakan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

“Program ini bukan sahaja memeriahkan suasana di lokasi pengagihan tersebut, malah mencerminkan komitmen berterusan wakil rakyat untuk sentiasa mendekati rakyat tanpa mengira masa dan tempat.

“Pengagihan kalendar, kad TBC dan limau mandarin ini merupakan simbolik kepada ucapan selamat Tahun Baharu Cina, di samping melambangkan harapan agar tahun yang mendatang membawa kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian kepada seluruh masyarakat di kawasan Meradong khususnya,” katanya kepada media sejurus selesai program pengagihan kalendar, kad TBC di pekan Bintangor, hari ini.

Hadir sama, isterinya, Datin Kueh Nai Fun, Naib Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor Chieng Boung Ong, Bendahari SUPP Cawangan Bintangor Lee Ngin Soon, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor Kaunselor Chieng Ming Kiong dan Bendahari Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor Kapitan Leong King Yung.

Menurut Ding, program turun padang itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai yang hadir seawal pagi untuk menjalankan urusan jual beli di pekan Meradong.

“Program seperti ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan perayaan tetapi juga menjadi medium terbaik untuk berinteraksi secara langsung dengan peniaga dan penduduk setempat, mendengar pandangan serta memahami isu-isu yang dihadapi di peringkat akar umbi.

“Pasar Tamu Bintangor merupakan antara nadi ekonomi komuniti setempat, justeru usaha mendekati peniaga kecil dan pengunjung pasar perlu diteruskan bagi memastikan kebajikan serta pembangunan sosioekonomi mereka sentiasa diberi perhatian,” katanya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:14 AM | Show all posts
Naratif positif media pemangkin pembinaan Sarawak: Dr Sim
Februari 8, 2026, Ahad - 5:18pm



Wee (tiga kiri) menyampaikan limau mandarin kepada wakil Utusan Borneo Marlinda Marzuki (empat kanan) sambil disaksikan Dr Sim (tengah) pada Jamuan Penghargaan Media 2026 anjuran FCAKSS hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Naratif media yang positif dilihat sebagai elemen penting dalam menyokong agenda pembinaan Sarawak ketika negeri ini sedang melangkah ke fasa pembangunan yang semakin kritikal, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau, peranan pengamal media sosial dan media arus perdana bukan sekadar melaporkan peristiwa tetapi juga berfungsi membentuk persepsi rakyat, menyemai perpaduan serta memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap hala tuju pembangunan negeri.

“Untuk pembinaan Sarawak, kita perlukan naratif yang positif. Kita mesti bersatu secara positif dan bergerak ke hadapan bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Penghargaan Media 2026 anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian (FCAKSS) di sebuah restoran di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden FCAKSS Dato Sri Richard Wee dan Naib Presiden Chew Kien Liang.

Dr Sim turut menambah bahawa Sarawak kini sedang berada pada tahap yang menjadi tumpuan seluruh negara dengan harapan tinggi diletakkan terhadap kepimpinan dan kemajuan dalam negeri ini.

“Seluruh negara sedang memandang ke arah Sarawak. Mereka meletakkan harapan kepada kita. Ini bermakna kita perlu mengubah naratif semua pihak mesti berjaya, komuniti Cina mesti berjaya, media Sarawak mesti berjaya. Setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan agar laporan bersifat negatif melampau harus dielakkan kerana boleh menjejaskan perpaduan serta pembangunan jangka panjang bagi negeri ini.

“Pembinaan negara bermaksud bersatu, bergerak ke hadapan bersama. Jika kita berpecah-belah, bagaimana kita mahu membina negara?” soalnya.

Walaupun mengakui kepentingan laporan yang adil dan seimbang, beliau menegaskan media juga perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada masyarakat.

“Kurangkan laporan negatif. Media perlu melaporkan nilai-nilai Sarawak secara positif, memberi inspirasi dan mengubah minda masyarakat,” tambahnya.

Menyentuh isu kecerdasan buatan (AI), berita palsu dan penipuan dalam talian, Dr Sim menyeru orang ramai serta pengamal media agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam menilai serta mengesahkan maklumat sebelum ia disebarkan.

“Kita berada dalam era AI, era berita palsu. Benar atau tidak, sukar untuk dipastikan. Sebab itu kebijaksanaan dan kesedaran masyarakat amat penting,” ujarnya.

Mengulas mengenai kemajuan Sarawak, beliau berkata kedudukan kewangan negeri yang semakin kukuh membolehkan kerajaan melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk rakyat termasuk bantuan tunai serta pelaburan besar dalam sektor kesihatan.

“Tahun ini kita boleh beri lebih kerana kita ada kemampuan kewangan. Menjelang 2030, kita akan lebih kukuh tetapi banyak juga keperluan yang perlu ditunaikan,” jelasnya.

Namun, penghormatan terhadap Sarawak tidak seharusnya berasaskan kekayaan semata-mata, sebaliknya pada nilai bersama, tanggungjawab kolektif dan perpaduan rakyat.

Beliau turut menekankan kepentingan pelaburan berterusan dalam pendidikan dan kesihatan sebagai asas pembinaan masa depan negeri yang mampan dan berdaya saing.

Dr Sim turut menyeru agar lebih banyak penghargaan diberikan kepada penjawat awam khususnya petugas kesihatan sambil memuji pencapaian Hospital Umum Sarawak (HUS) walaupun berdepan kekangan sumber manusia dan kewangan.

“Selalunya yang dibaca hanya kelewatan dan aduan, tetapi jarang kita menonjolkan perkara positif. Kita perlu menghargai dan memberi galakan kepada barisan hadapan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan, nilai bersama dan pelaporan media yang bertanggungjawab merupakan tunjang utama kepada kesinambungan pembangunan Sarawak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:15 AM | Show all posts
Rawatan dialisis berkualiti mampu panjangkan jangka hayat pesakit buah pinggang kronik
Februari 8, 2026, Ahad - 5:24pm



Lee (tujuh kiri) menyerahkan mesin hemodialisis kepada Dr Jack Wong (lapan kiri) sambil disaksikan (dari kiri) Debbie, Rita, Esther, Siti Shorgayah, Siti Aisah dan Christina.

MIRI: Rawatan dialisis berkualiti terbukti mampu memanjangkan jangka hayat pesakit buah pinggang kronik yang menerima rawatan di Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Menurut beliau, PBSM Miri telah membuktikan keupayaan tersebut sejak lebih tiga dekad lalu, dengan beberapa pesakit masih hidup sehingga kini walaupun telah menjalani rawatan dialisis selama hampir 31 tahun, hasil penjagaan dan rawatan berstandard tinggi yang disediakan.

Lee berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sebuah mesin hemodialisis kepada Hospital Miri oleh Sarawak Energy dengan kerjasama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) di sini, semalam.

Beliau menegaskan bahawa pematuhan ketat terhadap piawaian perubatan merupakan faktor utama bagi menjamin keselamatan pesakit serta keberkesanan rawatan.

“Kami mematuhi sepenuhnya standard perubatan termasuk penggunaan bahan guna habis berkualiti tinggi serta sistem penulenan air yang sangat ketat.

“Air untuk dialisis mestilah mencapai tahap ketulenan 99.9 peratus dan ujian kualiti air dijalankan setiap bulan. Sekiranya terdapat pencemaran, operasi perlu dihentikan serta-merta,” katanya.

Lee yang juga penasihat PBSM Miri berkata,  keupayaan pusat itu mengekalkan standard tinggi berkenaan adalah hasil sokongan berterusan masyarakat Miri serta badan korporat yang menitikberatkan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Beliau berkata, ketika Pusat Dialisis PBSM Miri memulakan operasinya 31 tahun lalu, ia hanya memiliki 10 mesin dialisis.

“Pada ketika itu, kami menyangka jumlah tersebut mencukupi untuk tempoh empat atau lima tahun.

“Namun dalam tempoh setahun sahaja, permintaan meningkat dengan ketara. Hari ini, kami mempunyai lebih 100 mesin dan menyediakan rawatan kepada lebih 300 pesakit,” katanya.

Tambahnya, selain kualiti perkhidmatan, kadar caj rawatan yang berpatutan turut membolehkan lebih ramai pesakit buah pinggang kronik mendapatkan rawatan dialisis di pusat tersebut.

Menurut beliau, hampir 90 peratus pesakit yang menerima rawatan di PBSM Miri menikmati subsidi.

“Walaupun kos operasi semakin meningkat, pusat ini masih mengekalkan caj dialisis sebanyak RM150 bagi setiap sesi sejak mula beroperasi,” katanya sambil menambah, ramai pesakit masih berdepan kesukaran kewangan kerana ada yang memerlukan sehingga 30 sesi rawatan sebulan, selain kos ubat-ubatan dan suntikan.

“Inilah realiti yang kita hadapi, justeru sokongan berterusan daripada kerajaan, sektor korporat dan masyarakat amat penting,” katanya.

Lee turut merakamkan penghargaan kepada Sarawak Energy dan SABATI atas penajaan mesin hemodialisis berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Sarawak Energy Siti Aisah Adenan berkata, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada fokus CSR syarikat itu dalam pembangunan komuniti dan keusahawanan, bertujuan mewujudkan nilai jangka panjang serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Sebagai penyedia utama tenaga elektrik di Sarawak, tanggungjawab utama kami adalah memastikan bekalan elektrik berterusan serta menyokong pertumbuhan sosioekonomi negeri secara mampan. Di samping itu, kami menyedari peranan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan komited untuk memberi impak positif serta berpanjangan kepada komuniti di mana kami beroperasi,” katanya.

Mesin hemodialisis bernilai RM45,000 itu dijangka memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan rawatan dialisis bagi menyelamatkan nyawa.

Beliau menambah, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada sokongan Sarawak Energy berjumlah RM225,000 kepada SABATI bagi perolehan mesin hemodialisis untuk hospital-hospital di seluruh Sarawak.

Turut hadir ialah Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, isteri Lee Datin Sri Christina Kong, Datin Esther Mujan Balan, isteri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala; Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, isteri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Datin Debbie Irang, isteri ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau serta Rita Lau Leh Sien, isteri Datuk Bandar Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:18 AM | Show all posts
Ahli JPM Masjid Darul Taqwa, Belaga terima sijil pelantikan
Februari 8, 2026, Ahad - 5:31pm



Abdul Rahman (lapan kanan), Misnu (tujuh kanan) dan Awang Bujang (lapan kiri) merakam kenangan bersama Kiprawi (enam kanan), Awang Baim (lima kanan) serta jawatankuasa yang lain semasa penyerahan OP dan Kunci Masjid Daerah Belaga, baru-baru ini.

BELAGA: Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid (JPM) Masjid Darul Taqwa, Belaga secara rasmi menerima sijil pelantikan bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2029 dalam satu majlis bersejarah sempena Penyerahan Permit Menduduki (OP) dan Kunci Masjid Daerah Belaga, baru-baru ini.

Majlis tersebut menjadi detik bermakna buat barisan kepimpinan dan ahli JPM apabila pelantikan mereka disempurnakan di hadapan tetamu kehormat Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Turut hadir menyaksikan pelantikan mereka ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha dan Pengerusi Lembaga Amanah Islam Belaga (LAKIB) Datuk Awang Bujang Awang Antek.

Kepimpinan JPM Masjid Darul Taqwa Belaga diterajui Kiprawi Mohd Mokhtar selaku Pengerusi, dibantu Awang Baim Awang Ahmad sebagai Timbalan Pengerusi, bersama pegawai masjid serta ahli jawatankuasa yang lain.

Selepas menerima sijil pelantikan, mereka turut mengadakan sesi bergambar kenang-kenangan bersama para tetamu kehormat sebagai simbol amanah dan tanggungjawab yang digalas.

Para tetamu juga berkesempatan menyantuni barisan JPM, sekali gus menzahirkan sokongan terhadap peranan mereka dalam mengurus, membangunkan dan mengimarahkan Masjid Daerah Belaga.

Suasana majlis yang berlangsung dalam penuh keharmonian dan ukhuwah itu mencerminkan komitmen bersama pelbagai pihak dalam memperkasa Masjid Darul Taqwa Belaga sebagai pusat ibadah, dakwah dan komuniti setempat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:19 AM | Show all posts
Penduduk Kampung Stass terjejas bekalan air terima 118 tangki air
Februari 8, 2026, Ahad - 5:41pm



Mordi (kanan) berbincang dengan penduduk Kampung Stass mengenai masalah bekalan air yang dialami.

BAU: Penduduk Kampung Stass di daerah ini yang terjejas akibat masalah bekalan air sejak Disember lalu menerima kelegaan sementara dengan penyerahan 118 tangki air kepada isi rumah yang terjejas.

Tangki air tersebut diserahkan oleh Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol sebagai langkah sementara bagi membantu penduduk kampung meneruskan kehidupan harian sementara menunggu penyelesaian jangka panjang terhadap isu bekalan air di kawasan berkenaan.

Mordi menerusi satu hantaran di Facebooknya berkata, masalah gangguan bekalan air yang berlarutan itu menyukarkan urusan seharian penduduk, termasuk untuk memasak, mandi serta mencuci pakaian, sekali gus menjejaskan kualiti kehidupan seharian mereka.



Penduduk Kampung Stass menerima bantuan 118 tangki air daripada Mordi.

"Walaupun bantuan itu bukan penyelesaian muktamad, ia dilihat mampu meringankan beban penduduk yang terkesan, khususnya ketika menghadapi kekangan bekalan air bersih," katanya.

Mordi yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia turut berharap projek bekalan air daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) yang dijangka siap pada Jun tahun ini dapat disiapkan seperti yang dirancang.

Penyiapan projek tersebut katanya, penting supaya penduduk Kampung Stass dapat menikmati bekalan air yang lebih stabil dan selesa.

Mordi turut berharap bantuan sebanyak 118 tangki air tersebut dapat meringankan beban penduduk kampung yang terjejas.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:20 AM | Show all posts
40 sukarelawan World Mission Society Church of God sertai pembersihan jalan
Februari 8, 2026, Ahad - 5:49pm



Pang (tengah) merakam gambar bersama ahli SUPP dan  semua warga gereja yang turut serta dalam kerja pembersihan Jalan Pusat Komersil Shahida di Bintulu hari ini.

BINTULU: Seramai 40 sukarelawan World Mission Society Church of God Bintulu telah menyertai acara gotong-royong membersihkan Jalan Pusat Komersil Shahida di sini hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, kerja-kerja pembersihan jalan serta kawasan sekitarnya harus dijadikan contoh bagi pertubuhan kelab, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain terutama aktiviti sukarela yang melibatkan kebersihan serta keceriaan khususnya kawasan tumpuan awam.

"Pada hari ini, World Mission Society Church of God membuktikan bahawa pembersihan atau perlindungan alam sekitar bukan hanya slogan semata-mata, namun ia direalisasikan melaui kegiatan gotong-royong sebagaimana yang diadakan ini," ujarnya.

Kebersihan jelas Pang, merupakan satu amalan mulia yang mana ia harus dipraktikkan semua pihak kerana menjaga kebersihan alam sekitar serta biodiversiti sekitarnya merupakan tanggungjawab semua.

Justeru katanya, amalan disiplin sebegini sememangnya bermula daripada didikan dari rumah yang mana sekiranya setiap individu dididik tidak membuang sampah di rumah, mereka juga tidak akan membuang sampah di luar rumah.

Jelasnya, dengan  melihat lebih daripada 40 orang sukarelawan berganding bahu dalam menjayakan program pembersihan jalan ini, ia benar-benar memberi inspirasi kepada semua pihak bahawa penjagaan kebersihan sememangnya menjadi tanggungjawab semua pihak.

"Sebuah bandar yang berstatus bersih  sebenarnya bukan dapat dicapai melalui penguatkuasaan semata-mata, tetapi melalui tanggungjawab bersama semua angggota masyarakat," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:21 AM | Show all posts
Pelancongan perlu perancangan dan pelaburan berterusan
Februari 8, 2026, Ahad - 6:33pm

Pembangunannya tidak boleh bergantung kepada promosi, perlu dibantu dalam pelbagai aspek khususnya ketersambungan udara



Tiong (empat kanan) bersedia mengibar bendera perasmian Majlis Makan Malam Pergerakan Pemuda PDP Tanjong Batu bertemakan Malam Penerbangan Belia Dinamik sempena TMM 2026.

BINTULU: Pembangunan industri pelancongan tidak boleh kekal pada tahap promosi sebaliknya perlu dibantu dalam pelbagai aspek khususnya melibatkan ketersambungan udara yang menjadi teras utamanya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, hanya dengan rangkaian udara, infrastruktur, kualiti perkhidmatan, kemudahan pelancongan tempatan lengkap serta penyertaan aktif golongan muda maka industri pelancongan dapat mencapai pertumbuhan mampan.

Katanya, pelancongan bukan industri bersifat sementara tetapi perniagaan yang memerlukan perancangan jangka panjang dan pelaburan berterusan.

Beliau berkata, golongan muda merupakan kuasa penting dalam mempromosikan pelancongan negara dan kemajuan rantau ini sekali gus perlu berani mengambil bahagian dan menerokanya.

"Sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dan Hari Buruh, MOTAC akan mengadakan Hari Pekerja Pelancongan: Festival Muzik Air selama tiga hari berturut-turut bermula pada 30 April hingga 2 Mei di seluruh negara.

"Acara yang berpusat pada imej semula jadi dan hutan hujan ini menggabungkan muzik dan elemen interaktif untuk mewujudkan suasana perayaan dan meningkatkan pelancongan," ujar Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong tersebut.

Tiong yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) berkata demikian pada perasmian Majlis Makan Malam Pergerakan Pemuda PDP Tanjong Batu bertemakan Malam Penerbangan Belia Dinamik sempena TMM 2026 di Restoran Dinner World, Pusat Komersial Bintulu Sentral malam Sabtu.

Justeru, beliau menyeru organisasi yang berminat di seluruh negara mengambil bahagian secara aktif, bekerjasama bagi menjayakan festival tersebut dalam usaha menambahkan keterujaan kepada tahun pelancongan negara.

Katanya, pelancongan dan pembangunan ekonomi tidak boleh dipisahkan daripada sistem pengangkutan yang maju terutama ketersambungan udara memandangkan kemudahan itu menjadi keperluan penting penduduk dari pelbagai tempat untuk berhubung atau bergerak ke sesebuah wilayah.

Pada masa sama beliau menggesa golongan muda untuk memupuk kemahiran berfikir secara kritis dengan memberi perhatian secara aktif kepada isu sosial dan semasa serta mengelakkan daripada mengikuti trend secara membuta tuli.

Tegasnya, mereka tidak harus mengejar wang cepat atau mengambil jalan pintas supaya tidak terjebak dalam jenayah penipuan memandangkan beberapa tahun kebelakangan ini banyak berlaku iklan gaji tinggi tidak realistik dalam talian sehingga ramai golongan muda hilang pertimbangan terjebak dengannya.

"Apabila menyedari telah ditipu, mereka tiada tempat untuk meminta bantuan, mengakibatkan kerugian yang sukar untuk ditangani," katanya.

Disebab itu katanya, golongan muda perlu belajar muhasabah diri, meningkatkan keupayaan untuk menilai dan mengambil setiap langkah baik dalam hidup, meletakkan asas kukuh dan jangka panjang untuk masa depan melalui cara kerja yang betul.

Dalam perkembangan lain Tiong berkata, beliau amat menghargai peranan warga emas dan akar umbi yang kekal menyokong PDP secara senyap dengan mengasuh anak muda sehingga memberi sumbangan yang besar kepada parti itu.

Menurutnya, kegigihan dan dedikasi golongan ini menjadikan anak muda membesar dengan tenang dan mengembangkan sayap mereka di atas asas yang lebih kukuh.

Beliau berharap Pergerakan Pemuda PDP Tanjong Batu akan terus berkembang menjadi pasukan lebih kuat dan mampu menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada masyarakat setempat.

Katanya, dalam isu keharmonian sosial pula, sentimen perkauman atau agama tidak boleh dipolemikkan hanya kerana perkara remeh sehingga menjejaskan perpaduan yang telah wujud sekian lama.

Tambahnya, semua kumpulan etnik dan agama perlu menjunjung semangat toleransi dan hormat-menghormati, memahami dan menerima antara satu sama lain supaya keharmonian jangka panjang dapat dikekalkan antara rakyat serta rentas wilayah yang lebih matang dan stabil.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:22 AM | Show all posts
Gerawat adakan lawatan pemantauan ke beberapa projek pembangunan di Mulu
Februari 8, 2026, Ahad - 6:44pm



Gerawat (enam kanan) menyerahkan cek UNIFOR kepada wakil BEM Central Mulu semalam.

MIRI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala mengadakan lawatan pemantauan ke beberapa projek pembangunan di kawasan Mulu dalam lawatan kerja selama dua hari pada hujung minggu lalu.

Antara lokasi yang dilawati ialah tapak cadangan pembinaan jeti Kampung Kuala Melinau, lawatan ke dua buah gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) serta Kampung Batu Bungan, di mana beliau meninjau sendiri isu hakisan tebing sungai yang semakin serius.

“Semasa lawatan ke Kampung Batu Bungan, saya turut membawa bersama seorang jurutera dari Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meneliti cadangan pembinaan jeti baharu untuk kampung tersebut.

“Jeti yang dicadangkan ini amat penting bagi kemudahan penduduk setempat, khususnya dari segi perhubungan dan urusan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini.



Gerawat (tiga kanan) bersama rombongan mengangkat ibu jari sebagai tanda sokongan terhadap kemajuan projek hidroponik di bawah HDA di Mulu.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, selain memantau kemajuan projek sedia ada dan yang dirancang di kawasan berkenaan, beliau turut menyerahkan cek berjumlah RM150,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada BEM Central Mulu bagi tujuan kerja-kerja naik taraf gereja.

Beliau turut menyampaikan cek UNIFOR berjumlah RM60,000 kepada BEM Batu Bungan bagi tujuan naik taraf yang sama.

“Saya juga melawat beberapa projek lain termasuk projek menaik taraf jalan kampung menuju ke BEM Mulu di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi DUN Mulu, projek hidroponik sosioekonomi di bawah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) serta kerja-kerja naik taraf jalan dan tempat letak kenderaan di dewan masyarakat Mulu,” katanya.

Pada lawatan sama, Gerawat berkata beliau turut diberi taklimat oleh Pegawai Tadbir Kanan (SAO) Rebetta Jangi berhubung cadangan dan perancangan pembangunan bagi kawasan pentadbiran daerah kecil Mulu, khususnya berkaitan keperluan infrastruktur, kemudahan asas serta perancangan jangka panjang bagi menyokong pembangunan pelancongan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

“Lawatan pemantauan ini bertujuan memastikan semua projek yang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan berjalan mengikut perancangan, mematuhi spesifikasi serta benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat setempat, selaras dengan komitmen kerajaan Negeri untuk memperkukuh pembangunan luar bandar dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan Mulu,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama erat antara semua agensi pelaksana amat penting bagi memastikan pembangunan di Mulu dilaksanakan secara terancang, mampan dan inklusif.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Rebetta, Jurutera Pejabat JKR Miri Trevor Steven serta Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Umu Masitah Mahari.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 11:24 AM | Show all posts
Rumah wakaf bernilai RM30,000 dirasmikan dalam program gotong-royong di Lambir
Februari 8, 2026, Ahad - 6:48pm



Ripin bersama para peserta program gotong-royong bergambar bersama di hadapan Rumah Wakaf.

MIRI: Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) dengan kerjasama Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Lambir serta Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Tab Cinaq Pujut 5 (Ar-Ruuh) telah menganjurkan program gotong-royong di Tanah Perkuburan Islam Lambir semalam.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kerjasama dan ukhuwah itu dimulakan dengan majlis perasmian ringkas Rumah Wakaf yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Datuk Dr Ripin Lamat.

Rumah Wakaf tersebut melibatkan sumbangan bernilai RM30,000 dan bertujuan menyediakan kemudahan bagi kegunaan pengurusan tanah perkuburan serta masyarakat setempat.

Selepas majlis perasmian, aktiviti gotong-royong diteruskan dengan penglibatan kakitangan LAKMM, Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Lambir, Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Tab Cinaq serta orang awam yang hadir.



Para peserta yang menjayakan program gotong-royong pembersihan Tanah Perkuburan Islam Lambir.

Semua peserta berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan kawasan tanah perkuburan.

Pihak LAKMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta para penyumbang atas sokongan dan komitmen yang diberikan.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:25 AM | Show all posts
SUPP kenal pasti calon baharu berpotensi
Februari 8, 2026, Ahad - 6:53pm

Untuk diketengah pada PRN Sarawak akan datang selaras dengan kemungkinan pertambahan 17 kerusi DUN



Tiang (kiri) mengagihkan limau mandarin dan sampul angpau kepada penjaja di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini berada dalam fasa mengenal pasti calon-calon baharu yang berpotensi untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang selaras dengan kemungkinan pertambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden SUPP Datuk Michael Tiang berkata, proses mengenal pasti muka baharu itu sedang giat dijalankan sebagai langkah awal persediaan parti, memandangkan PRN dijangka diadakan selepas sambutan Hari Gawai Dayak.

"Sebarang penambahan kerusi DUN memerlukan perancangan rapi termasuk penyediaan calon yang mampu mewakili rakyat serta meneruskan agenda pembangunan negeri.

"SUPP sedang mengenal pasti beberapa muka baharu untuk diketengahkan. Sekiranya 17 kerusi DUN baharu diluluskan oleh Parlimen, kita perlu bersedia lebih awal,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengagihkan limau mandarin serta sampul angpau kepada pengunjung dan penjaja di Pasar Sentral Sibu di sini, hari ini.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, pengumuman Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijadual berlangsung pada 19 April nanti dilihat sebagai isyarat awal kepada semua parti komponen untuk memperkemaskan persiapan masing-masing.

Beliau menegaskan bahawa persiapan SUPP tidak boleh dilakukan secara bersendirian, sebaliknya perlu digerakkan bersama parti-parti komponen GPS lain seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

"Kerjasama antara parti komponen GPS amat penting. Semua persiapan perlu dilakukan secara bersepadu," katanya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mengulas isu dalaman antara parti komponen, Tiang menekankan bahawa Konvensyen GPS merupakan platform terbaik untuk menyelesaikan sebarang perbezaan pandangan tanpa menjejaskan perpaduan gabungan tersebut.

"Sebarang isu dalaman seharusnya dibincangkan dan diselesaikan dalam platform GPS, bukan melalui media," tegasnya.

Sementara itu, beliau menolak tanggapan bahawa usaha pembangunan negeri dipacu oleh faktor pilihan raya, sebaliknya menegaskan kemajuan yang dicapai di Sarawak adalah hasil kerjasama berterusan antara kerajaan negeri dan rakyat.

"Pembangunan di Sarawak bukan dilakukan dalam tempoh singkat. Ia merupakan usaha jangka panjang yang telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat," katanya sambil menambah bahawa Sarawak berada di landasan tepat untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Program pengagihan buah limau mandarin dan sampul angpau tersebut turut dihadiri oleh ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau, Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon dan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:25 AM | Show all posts
Program pembangunan holistik untuk anak yatim pemangkin lahir modal insan berkualiti
Februari 8, 2026, Ahad - 6:57pm



Lee (duduk, tengah – berbaju batik) bergambar bersama kanak-kanak kompleks berkenaan serta kakitangannya dan wakil UPMS.

MIRI: Program pembangunan holistik khusus untuk anak yatim merupakan antara pemangkin penting dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi bagi merealisasikan aspirasi Sarawak Maju 2030 pada masa depan, kata Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN Senadin Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) Outreach: Sinar Harapan yang berlangsung di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub di sini, hari ini.

Menurut Lee, program yang berlangsung selama dua hari itu bukan sahaja memberi pendedahan pembelajaran secara praktikal kepada anak-anak yatim pelbagai peringkat umur, malah membuka dimensi baharu dalam membina masa depan mereka agar lebih cerah dan terjamin.

“Program seumpama ini menyediakan platform pembangunan holistik yang merangkumi pembentukan sahsiah, kreativiti, kemahiran sosial, intelek serta jati diri. Kesemua elemen ini penting bagi melahirkan insan beretika, berdikari dan berdaya saing,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun berdepan cabaran hidup, anak-anak yatim memiliki kekuatan dalaman seperti ketabahan, keazaman dan rasa tanggungjawab yang boleh dijadikan asas kukuh untuk mencapai kecemerlangan serta menyumbang kepada pembangunan negeri.

Lee menambah, usaha memperkasa golongan itu selari dengan visi Sarawak Maju 2030 yang menekankan pembangunan negeri secara inklusif dengan sokongan modal insan berkemahiran tinggi.

“Anak-anak ini berhak diberi peluang mengembangkan potensi, menyumbang kepada masyarakat serta memainkan peranan penting dalam pembangunan insan, pendidikan dan kerjaya di Sarawak,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh penganjuran program seumpama itu dan mencadangkan agar ia diperluaskan ke kawasan luar bandar, khususnya dalam bidang sains, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan generasi muda yang mampu mengisi keperluan sektor teknologi hijau di Sarawak.

Sebagai tanda sokongan terhadap misi Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dalam membina generasi muda berdaya saing, Lee turut mengumumkan geran bejumlah RM3,000 kepada pihak penganjur bagi menampung perbelanjaan menjayakan program berkenaan.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan dan tahniah kepada warga UPMS atas kejayaan menganjurkan program berkenaan serta memilih Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub dalam kawasan N.75 Senadin sebagai lokasi pelaksanaan.

“Saya amat mengalu-alukan kerjasama berterusan seperti ini demi membantu masyarakat setempat. Pintu kami sentiasa terbuka untuk sebarang program bermanfaat pada masa depan,” katanya.

Beliau turut menyeru anak-anak yatim agar merebut sepenuhnya peluang yang disediakan, menimba ilmu dan pengalaman serta memupuk jati diri dan semangat tinggi kerana merekalah bakal pemimpin dan tonggak masa depan Sarawak serta negara.

Turut hadir ialah Pengarah Kampus UPMS Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini, Pegawai Hal Ehwal Anak-anak Yatim Kompleks Hamidah Yakub Saifollah Ismail, Pegawai Pengurusan Pelajar UPMS Fakhzan Buang, Pengarah Program UPMS Outreach: Sinar Harapan Nur Elyana Zaidi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2026 11:26 AM | Show all posts
Rumah terbakar di Taman Penrissen, lima penghuni selamat
Februari 8, 2026, Ahad - 7:14pm

KUCHING: Sebuah rumah berstruktur kekal di Taman Penrissen, Batu 12 Jalan Kuching–Serian dekat sini rosak kira-kira 60 peratus dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.08 petang, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bersama bantuan BBP Kota Sentosa digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 3.25 petang dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya dalam tempoh lima minit, iaitu pada jam 3.30 petang.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.25 petang.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman dengan anggaran kemusnahan sebanyak 60 peratus.

"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan tiga pancutan, berpandukan sumber air daripada tangki jentera bomba," katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua lima penghuni, terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, berjaya keluar dengan selamat, tambahnya.

Turut terbakar dalam kejadian tersebut ialah sebuah van lama yang rosak dan tidak lagi digunakan, berada di kawasan rumah berkenaan.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu mengawal keadaan dan keselamatan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.199685 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list