CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

✤ ~ ✤ 1KLANG - JJCM ~ V16 ✤ ~ ✤

[Copy link]
Post time 14-2-2013 02:52 PM | Show all posts
Dah alang2 sampai area Jusco Bukit Tinggi, lajaklah ke depan lagi.... ke Taman Perwira Sijangkang... tepi jalan masuk ada restoran barakah..restoran tahap warung, tapi orang ramai giler...sedap wooo... sate sedap, mee jawa, nasi ayam, mee apatah lagi... sumer sedap2 belaka... dibuka seawal 6 petang hingga lewat malam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2013 07:57 PM | Show all posts
kenesep posted on 14-2-2013 02:52 PM
Dah alang2 sampai area Jusco Bukit Tinggi, lajaklah ke depan lagi.... ke Taman Perwira Sijangkang... ...

Ye aku pernah terbaca dulu di thread ni ada yang berikan review, tapi aku belum sampai lagi ke sana sebab mungkin aku tak biasa jalan area ke Banting tu. Tapi rakan sepejabat pernah order sate kat sana untuk jamuan hari raya aidil adha lepas, memang sedap sate dan kuahnya dan sizenya pun besar. Boleh berikan lokasi spesifik tak sebab aku ni tak tau arah Banting tu, adakah Taman Perwira tu? aku pernah terlajak sampai ke sana dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 10:10 AM | Show all posts
tajuk thread dah ditukar memandangkan sume org tgh mood nak makan2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 11:01 AM | Show all posts
sorry off topic sbb luar kawasan jajahan. tp nak cite gak kot2 korang tau mane nak carik nasi ayam goreng kunyit ni.
aku selalu beli time bulan puasa je. since aku dok menyewa di bangsar, dah 2x ramadhan juga aku lah aku makan ni.
gerai nye ade dekat bazaar ramadhan bangsar. dekat2 ngan bangsar village.
skrg aku craving nak makan nasi ayam goreng kunyit ni tp xtau kat mana ada

ni hasil google aku. kate nye ade dekat area2 jalan yap kwan seng tp time lunch hour saje. weekend xde.
simple saje. nasi + ayam goreng kunyit + sambal + kicap. fuhhhh
ni step yg aku penah tgk diorg masak mase kat bazaar tu.
1. deep fry ayam goreng kunyit. (ayam dah siap2 gaul ngan kunyit. tinggal goreng je)
2. pindah ke kuali yg ade sayur (kcg pjg,carrot,bwg) + sambal
3. letak nasi, ayam goreng kunyit ngan kicap cap kipas udang








klo ade sape2 penah nampak kot ade jual time weekend bgtau yer.

credit: http://hazminhamudin.com/nasi-ayam-goreng-kunyit-mat-rock/
http://suteracintaku.blogspot.co ... unyit-mat-rock.html

Last edited by nanie on 15-2-2013 11:05 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 11:32 AM | Show all posts
nanie posted on 15-2-2013 11:01 AM
sorry off topic sbb luar kawasan jajahan. tp nak cite gak kot2 korang tau mane nak carik nasi ayam g ...

Nak menyelerakan betul, aku kalau makan kat restoran tomyam mesti order ayam mmasak kunyit ni kalau pergi kali pertama. Kalau sedap maka hari-hari seterusnya aku order lagi, kalau tak sedap aku order menu lain. Kat area Pandamaran dan Bukit Tinggi aku belum jumpa lagi restoran tomyam yang sajikan ayam masak kunyit yang sedap kecuali di restoran cina muslim di Al-Munawarah Shah Alam dan Hj Sharin Low di Port Klang. Nanti kalau aku menjamu selera kat sana lagi aku akan ambil gambar, selalu aku ambil gambar tapi sejak dah jual tablet aku tak tau letak mana gambar semua tu.

Selain ayam masak kunyit aku suka makan ayam masak merah, ayam masak merah yang menepati cita rasa aku restoren Zuden. Lokasinya di Bandar Botanik berdekatan apartment hijau tu, tapi aku dah lama tak makan kat sana sebab sejak hari raya lepas mungkin tukang masaknya dah berbeza jadi masakkan pun dah jauh ke laut. Lagi aku tak suka tempat duduk dia ada tikus berkeliaran, hari tu aku nampak ada kakak tu hampir terbalikkan meja makan dia disebabkan ada tikus berlegar di kakinya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 11:39 AM | Show all posts
Aku ingin kongsikan promosi 1901, setiap 19 haribulan aku akan ke 1901 berdekatan sebab ada promosi untuk harga RM2.99 atau RM3.99 bergantung pada size sosej. Di Bukit Tinggi ada cawangannya di Petronas Bukit Tinggi sebelah Giant, aku biasa beli 3-4 bungkus sosej ni sebab murah dan mengenyangkan. Bukan pada tarikh tu je, hari-hari biasa pun aku biasa beli kat sana dan sebab pelanggan tetap selalu dapat freegift dari penjualnya. Stallnya di dalam Petronas tu, di sana juga ada McDonald drivethru jadi parking memang menjadi masalah juga.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2013 11:41 AM | Show all posts
Sekarang ni cafe 1901 dah buka di Plaza Shah Alam tingkat paling bawah, aku kadang tenghari pergi sana dan malam pergi Petronas Bukit Tinggi kalau 19th setiap bulan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 05:18 PM | Show all posts
Berita Setempat.

Terkejut lelaki telanjang dalam bilik tidur anak

Pelabuhan Klang: Luluh hati seorang ibu apabila mendapati seorang lelaki tanpa seurat benang tidur sekatil dengan anak gadisnya berusia 14 tahun ketika dia mahu mengejutkan anaknya itu untuk solat Subuh, pagi kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6 pagi di Bandar Armada Putra, dekat sini menyebabkan wanita berusia 30-an itu menjerit ketakutan lalu memaklumkan kepada ahli keluarga lain sebelum melaporkan kejadian kepada polis.


Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis yang tiba di rumah berkenaan berjaya menahan lelaki terbabit yang tidak dapat melarikan diri selepas dikepung ahli keluarga wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisoner Mohamad Mat Yusop mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan masih dilakukan.


“Memang ada laporan mengenai kejadian itu diterima, tetapi saya tidak dapat mengulas lanjut perkara itu kerana siasatan masih dilakukan yang pasti kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.


Harian Metro difahamkan, ibu mangsa tidak mengetahui bagaimana lelaki itu menyelinap masuk ke bilik anak gadisnya dan hanya menyedari kehadiran lelaki itu sejurus membuka pintu bilik yang tidak berkunci.

Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Balai Polis Pandamaran untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan dan kes itu kini dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan manakala mangsa turut menjalani rawatan di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15

http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2013 06:25 PM | Show all posts
dr.R posted on 15-2-2013 11:39 AM
Aku ingin kongsikan promosi 1901, setiap 19 haribulan aku akan ke 1901 berdekatan sebab ada promosi  ...

term nye while stocks last.

kire nye ade mase2 tertentu ke? or sepanjang hari tu. lom penah try lg tp tau setiap 19hb.
aku slalo tunggu baskin robbin je tiap 31hb.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:14 PM | Show all posts
nanie posted on 15-2-2013 06:25 PM
term nye while stocks last.

kire nye ade mase2 tertentu ke? or sepanjang hari tu. lom penah tr ...

Sepanjang hari 19 haribulan tu, setakat ni aku tak pernah pula nak beli tiba-tiba dia kata habis stok. Tapi aku pernah terbaca di facebook diorang dulu ada seorang budak tu kata kat Sunway Pyramid yang ada hanya yang set S je dan yang M tak ada. Tapi memang berbaloi lah kalau makan sosej tu seharian, aku makan 3-4 set hari tu je dan tak makan pun benda lain siap take away simpan dalam peti sejuk lagi boleh buat sarapan pagi esoknya.

https://www.facebook.com/1901HotDogs

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:52 AM | Show all posts
Tadi kali pertama ke pasar tani di Taman Andalas, boleh tahan lah juga sebab banyak pilihan dan parking pun senang nak dapat. Tapi harga peniaga menjual makanan tawarkan tu bagi aku mahal dan setanding restoran, sayur dan ikan aku tak tau murah ke tak sebab aku tak pernah tau pun harga barangan tu sebab rumah aku tak ada dapur. Mee sup pun RM4.00, di sesetengah resoran baru RM3.50 dan banyak lagi bagi aku harga kurang masuk akal sedikit untuk penjaja tak perlu bayar restoran macam tu ke sebab tapak tu yang harganya mahal? harga kuih pun 5 ketul RM2 dan ada yang jual 50sen kuih seketul.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 09:38 AM | Show all posts
Area perumahan aku sekarang ni ramai pencari sampah, bila dia buka tong sampah aku maka berseleraklah sampah tu diorang kerjakan. Biasanya diorang akan koyakkan plastik sampah dan ambil apa yang perlu dan tinggalkan apa yang tak perlu dan tak menutup tong sampah tu, maka bila angin bertiup kuat maka sampah yang diorang tak nak tu berterbangan dan bertaburan. Tu belum lagi kucing dan anjing datang menyelongkar juga apa sisa yang tinggal, dah laporkan pada pemaju dan ketua perumahan ni tapi masalah sama dan pencari sampah tetap degil dan orangnya bersilih ganti maka masalah sekarang ni bertambah teruk.



Penduduk diganggu bau busuk
Oleh AZIAN AZIZ
[email protected]
Beberapa orang pekerja mengasing sampah di tapak pelupusan sampah di Telok Gong, Klang.

KLANG 12 Feb. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) digesa menutup serta-merta tapak pelupusan sampah dan sisa pepejal yang didakwa beroperasi secara haram di kawasan Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini.

Ketua Pemuda MCA Selangor, Datuk Ching Eu Boon berkata, tapak pelupusan sampah seluas empat hektar itu menyebabkan pencemaran bau sehingga mewujudkan suasana tidak selesa kepada kira-kira 200 penduduk di sekitar kawasan itu.

"Tapak pelupusan sampah ini terletak di sebelah jalan utama menuju ke Pulau Indah, dan berdasarkan kepada jumlah sampah dan kawasan yang semakin luas, kami yakin tapak pelupusan haram ini sudah beroperasi sejak lebih tiga bulan lalu.

"Walaupun MPK telah mengenakan kompaun terhadap pengusaha terbabit baru-baru ini, operasi di tapak pelupusan sampah itu masih diteruskan oleh pengusahanya tanpa rasa takut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Eu Boon mendakwa, selain bau busuk, pihaknya mendapati sistem pengaliran anak sungai yang terletak berdekatan kawasan pelupusan sampah itu terjejas akibat tertimbus oleh sampah-sarap.

Beliau khuatir keadaan itu akan memberi kesan buruk kepada sistem ekologi kerana perubahan sudah dapat dilihat apabila warna air anak sungai itu kini bertukar menjadi hitam.

"Jika kerajaan negeri dan MPK tidak mengambil tindakan agresif dengan menutup kawasan tersebut, kami bersama penduduk akan mengadakan demonstrasi bantahan di lokasi tapak pelupusan berkenaan dalam tempoh terdekat," tegasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... busuk#ixzz2LD5qrvRo
© Utusan Melayu (M) Bhd



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 09:43 AM | Show all posts
Area perumahan aku baru ni ada semburan asap anti Denggi, bukan kali pertama tapi untuk tahun ni saja dah 3 kali. Tiap kali semburan selalunya waktu maghrib dan aku belum balik lagi masa tu, baju aku jemur terpaksa cuci balik sebab rasa gatal dan berbau kuat. Memang bau asap tu meloyakkan tekak dan menyakitkan kepala, agak-agaknya nyamuk tak manti tapi penghuni perumahan aku ni yang mati dek sesak napas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 08:52 AM | Show all posts
Semalam patutnya ada farewell party di Seoul Garden IOI Mall Puchong jam 8.30p.m, nasib aku baik sebab aku tak gerak lagi dan balik ke rumah dulu sebab lokasinya dari rumah aku bukannya jauh pun. Kalau aku bertolak lebih awal sekitar jam 5.00p.m selepas balik dari kerja, aku rasa dah tentu terperangkap banjir di sana sebab ada beberapa orang rakan sekerja aku terperangkap tapi berjaya lepas dan berpatah balik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:07 AM | Show all posts
lupe smlm 19hb. terlepas nak bli 1901
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:11 AM | Show all posts
dr.R posted on 19-2-2013 08:52 AM
Semalam patutnya ada farewell party di Seoul Garden IOI Mall Puchong jam 8.30p.m, nasib aku baik seb ...

ioi mall pon banjir. kate nye luggage2 yg kat jusco tu dr rege 500 terus jadi rm99. dah terendam ngan air agak nya

seoul garden ioi ni selalo gak aku pegi. cuma tmpt nye sempit sbb seblah nye breek cafe. under same company.
lepas ni nak try seoul garden kat setia city mall. tgk mcm luas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 03:42 PM | Show all posts
nanie posted on 20-2-2013 11:11 AM
ioi mall pon banjir. kate nye luggage2 yg kat jusco tu dr rege 500 terus jadi rm99. dah terendam n ...

Break Cafe tu dah tutup pun dan ganti dengan Seoul Garden, makanya sekarang restoren tu dah besar dan lebih selesa. Semalam ingat nak buat kat cawangan IOI Mall tapi tak jadi sebab dengarnya banyak kedai tutup dan parking pun diselenggara jadi tukar ke Seoul Garden di Setia City Mall, kebetulan semalam aku hantar stok untuk farmasi di sana dan terus buat booking.

Sempat lah aku tengok filem Hantu Kak Limah 2 tu di sana sebab nak tunggu malam, tapi saat-saat akhir tukar kat Paradigm Mall pula sebab kat sana ada promosi dan HOD aku dapat deal untuk harga murah. Terpaksa lah aku ke sana pula dengan keadaan jalan yang sesak nak mampus tu, tau sajalah nak ke Paradigm tu dari Setia Alam kena keluar kat TTDI Jaya dan sambung naik Lebuhraya Persekutuan tu. Tapi puas hati makan kat sana, sebab tempat pun besar dan selesa dan semalam setiap kami dapat kad ahli dan voucher bernilai RM20.

Untuk cawangan sini restorennya terletak di luar pasaraya tapi dalam bangunan yang sama, ruangnya juga lebih luas dan selesa. Semalam kami tempah meja di luar saja sebab ramainya lelaki dan merokok, 1 meja 4 orang jadi 4 meja 16 orang kesemuanya dan hampir 2 jam jugalah kami di sana. Kat sini daging kambingnya lebih segar dan sedap, dapur masaknya pun sedikit berbeza sebab kat dalam jadinya tak ada percikkan minyak seperti di cawangan lain.




Harga pun dah berbeza sekarang ni, untuk semua cawangan di Lembah Klang harga untuk Lunch = RM28.99 dan Dinner = RM38.99 dan air pula RM3.99. Di bawah ni harga lama, harga ni aku perasan berubah selepas puasa tahun lepas.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 03:49 PM | Show all posts
nanie posted on 20-2-2013 11:07 AM
lupe smlm 19hb. terlepas nak bli 1901

Aku pun tak singgah 1901 semalam sebab dah kekenyangan, tapi pagi tadi bila buka peti sejuk je ada 3 kotak sosej 1901 tu dan rupanya rakan serumah aku dah beli. Tapi dia beli yang set S je sebab katanya di Sunway Pyramid tak ada yang M atau L, itu pun dia beratur panjang nak beli.

Sekarang ni aku gemar beli aiskrim New Zeland Natural tu sebab setiap hari ada promotion, harga RM3.90 je dan aku suka beli dan kadang sampai 2 sekaligus. Tapi sekarang ni dah tak perlu beli 2 sebab aku guna prepaid Digi, jadi boleh lah aku beli yang 3 skop tu terus dengan harga RM9.90. Aku tak tau lah nak bezakan mana sedap sama ada jenama ni atau Baskin Robin atau Hagan Dasz tu, bagi aku semuanya sedap.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 04:15 PM | Show all posts
dr.R posted on 20-2-2013 03:42 PM
Break Cafe tu dah tutup pun dan ganti dengan Seoul Garden, makanya sekarang restoren tu dah besar  ...

baru pegi paradigm last week. xperasan plak dah bukak SG. ok gak ade tempat kat luar. biase aku pegi mesti bwk perfume yg miniature tu sbb baju mmg confirm bau asap. tmpt plak tertutop. klo kat luar mayb x berbau sgt.

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 04:19 PM | Show all posts
nanie posted on 20-2-2013 04:15 PM
baru pegi paradigm last week. xperasan plak dah bukak SG. ok gak ade tempat kat luar. biase aku pe ...

Tapi kalau dah bbq kan memang berbau asap, semalam walaupun makan kat luar tapi baju aku tetap berbau asap kambing. Buktinya, pagi tadi masa aku nak pergi ke pejabat dan kebetulan hari ni rakan serumah aku menumpang dan terkejut sebab pagi-pagi kereta aku tu semerbak bau bbq kambing semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.449627 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list