CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

Pelajar mati ditembak Polis:Dewan Negara bahas-post 1535# pg 62

  [Copy link]
Post time 29-4-2010 12:14 AM | Show all posts
proaktif  = tembak blkg kepala budak 15 thn
no0rm Post at 29-4-2010 00:05


tapi kalau aku pun curiga..mana la ko expect budak umo 15 tahun yg bawak keta tu..
kul 2-3 pagi tu...pastu bawak laju..nampak keta polis jadi makin laju..polis kejar pun tk berhenti..
dah tentu la polis suspect ada something..
cuba bayangkan yang ada dalam keta tu sebenarnya penjenayah yang baru lepas pecah umah, rogol orang..
ko rasa patut tak polis buat mcm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 12:21 AM | Show all posts
tapi kalau aku pun curiga..mana la ko expect budak umo 15 tahun yg bawak keta tu..
kul 2-3 pagi ...
apex Post at 29-4-2010 00:14



  tak .... tu sbb polis ada prosedur yg ketat bila pegang senjata, bukan boleh mcm main game black hawk down PS2 tu .... sbbnya, bila berdepan dgn kes2 sebegini la sbg contoh , aku gunakan perkataan mungkin, mungkin mrk berharap dlm tu org indon atau mana2 spesis penjenayah tapi mrk tersilap kali nih, tmbh memburukkan keadaan, ada pulak kwn yg terlepas utk ceritakan hal yg lain dari statement polis .....situasi ini bukan terdesak, brp ramai penjenayah lepas lari dari polis? tapi pd aku kalau ikut prosedur, biar 10 terlepas takpe dari tersilap satu ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 12:23 AM | Show all posts
Reply 1232# abgboroi


    lebih dikenali sebagai keyboard warrior ataupun perwira papan kunci......
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 12:26 AM | Show all posts
kalau ko biasa tengok rancangan kat channel AXN yg biasa tunjuk polis kejar penjahat tu pun dia tak lepaskan tembakan sewenang2nya...diorang kejor sampai keter tu eksiden sendiri atau penjahat tu menyerah....polis amerika lagi professional dari polis malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 12:32 AM | Show all posts
Reply  dee4ellese

Mmmg prosedur polis...
Mula2 diorg bg warning kat speaker...
Xendah warniing ...
yaminz Post at 28-4-2010 17:31



    tembak sekali kat tayar pun dah cukup nak buat kereta tu berhenti..itupun kalau niat polis tu nak suruh kereta berhenti..tapi tembak berkali2 dan impossible polis takleh kejar jarak dekat utk betul2 aim kat tayar..bkn kereta sport pun,takat iswara je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 12:35 AM | Show all posts
best wooo lepas ni boleh la kita tengok scene

polis tembak mat2 rempit yg langgar sekatan polis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2010 12:38 AM | Show all posts
tapi kalau aku pun curiga..mana la ko expect budak umo 15 tahun yg bawak keta tu..
kul 2-3 pagi ...
apex Post at 29-4-2010 00:14



    Kalau dlm kereta tu perogol..kalau bukan?Itu psl dlm kondisi 'kalau' atau 'mungkin'..belum jatuh hukum utk membolehkan polis menembak org yg dicurigai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 01:05 AM | Show all posts
polis x dak teloq... setakat budak umoq 15 tahun tak yah la main tembak tembak ... jentik telinga pulas hidung cukuplah... budak budak gi tuuu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 01:11 AM | Show all posts
what do you expect from pulis pondan tanah melayu ni?

dgn budak2 pon berpistol bagai, what a shame.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 01:37 AM | Show all posts
budak 15thn pkl 2pg pastu dlm kete plak tu..ada sesuatu yg tak kena....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 01:44 AM | Show all posts
lepas ni jgn kasi polis baru2 ni pakai pistol la pakai taser jer ... ...

tapi leh ker guna kat keter ???
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 02:17 AM | Show all posts
yg pergi biarkan dia pergi dgn aman
biar Allah saja yg tentukan baik buruk dia di sana
kita yg masih di sini pon xtahu lagi naseb kita macam mana
apa kesudahan kita nnti..mcm mana cara kita meninggal?
moga dijauhkan drp kematian yg mengaibkan.
kpd forumer di sini, kita tunggulah keputusan nnti.
walaupun ada yg meragui ketelusan keputusan yg bakal dibuat oleh mahkmah, igtlah ini hanya MAHKAMAH DUNIA.
Mereka yg menyembunyikan kebenaran akan mendapat balasan setimpalnya di MAHKAMAH AKHIRAT kelak.
sekian.
salam takziah untuk keluarga Allahyarham.
Semoga tabah menghadapi apa jua dugaan mendatang.

p/s jgn percaya sgt dgn laporan media sbb kadang2 mereka laporkan bnda yg xbetul....tmbh mcm2 perisa nk sedapkan n lakukan paper diorang kat dalam berita tu..ish ish ish...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 02:55 AM | Show all posts
salah satu kelemahan media massa di malaysia.tidak dapat menyampaikan berita dgn tepat. aku heran tgk mcm mna peluru 2 yang sepatutnya di aim kan ke tayar kereta terkena pada mangsa??? x jelas la maklumat nie.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 03:28 AM | Show all posts
sian kat polis kena kutuk ...... aku rase diorg hanya menjalankan tugas...kalo diorg tak der korang rase selamat tak....
Aku rase kalo budak tu berenti x lari dari polis mungkin x jadi cenggini.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 03:37 AM | Show all posts
lets say polis tengah kejar penjenayah..

aim kat bahgian yg nampak drpd windshield blakang, walau ...
mziskandar Post at 28-4-2010 21:14



thanks bro for the information.....

at least ada somebody yg dpt provide info yg berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 05:24 AM | Show all posts
salah budak tu buat apa dia lari..........POLIS mesti ada dia punya SOP utk tahan penjenayah......anyway al fatihah untuk arwah........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 06:22 AM | Show all posts
al-fatihah untuk arwah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2010 07:27 AM | Show all posts
Hari ini tetiba saja hampir semua akhbar memuatkan cerita hangat ini;
Utusan Malaysia

Remaja mati ditembak polis: Sepuluh saksi utama diambil keterangan
SHAH ALAM 28 April - Polis telah mengambil keterangan 10 saksi termasuk seorang saksi utama bagi membantu siasatan kes remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh anggota pihak berkuasa itu, pada kelmarin, di Seksyen 11 di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, keterangan saksi utama iaitu rakan kepada remaja terbabit yang melarikan diri semasa kejadian, diambil pihaknya kira-kira pukul 2 petang ini.
Beliau berkata, keterangan sembilan lagi saksi yang kesemuanya anggota polis telah diambil secara berperingkat bermula pada hari kejadian.
''Kita akan cuba menyelesaikan segera dan akan merujuk kes tersebut kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada penghujung minggu ini.
''Siasatan kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan empat anggota yang terlibat masih lagi menjalankan tugas-tugas pejabat seperti diarahkan.
''Selepas siasatan selesai dan kita mendapat arahan lanjut daripada DPP, barulah tindakan seterusnya akan dilakukan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya perkembangan siasatan kes Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati terkena tembakan polis semasa dia dan rakannya cuba melarikan diri dari dikejar oleh kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11, kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu.
Dalam pada itu kata Khalid, pihaknya meminta kerjasama saksi-saksi yang melihat kejadian atau terlibat dalam perlanggaran dengan kereta remaja terbabit sebelum dia ditembak agar tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Ujar beliau, mereka boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberikan keterangan atau menghubungi talian 03-5510 2222.
Sementara itu, saksi utama kejadian yang juga merupakan pelajar berusia 15 tahun telah diambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.
Saksi tersebut yang merupakan anak seorang anggota polis hadir ke IPK Selangor dengan ditemani oleh peguam, Gobind Singh Deo.
Dalam perkembangan berkaitan, sepasukan forensik menemui sebutir kelongsong peluru di tempat kejadian, kira-kira pukul 11.30 pagi, lokasi remaja terbabit dipercayai ditembak.
Mereka turut menjejaki kesan-kesan tembakan di beberapa lokasi yang disyaki dilalui remaja itu termasuk di Bulatan Kayangan.
Peluru itu difahamkan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2010 07:29 AM | Show all posts
Berita Harian
Siasatan kes remaja mati kena tembak telus, adil


2010/04/29

ANGGOTA forensik membuat pemeriksaan di lokasi kejadian remaja mati ditembak anggota polis di Shah Alam, Isnin lalu.


Polis jamin tak sembunyi fakta, tubuh panel khas pantau

KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan siasatan insiden remaja 15 tahun yang mati ditembak anggotanya di Shah Alam, Isnin lalu, akan dilakukan dengan adil, telus dan tanpa menyembunyikan sebarang fakta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata walaupun anggotanya yang terbabit dalam kejadian itu, tiada apa yang perlu disembunyikan daripada umum. “Siasatan akan dikendalikan polis Selangor dengan pemantauan sepenuhnya Bukit Aman. Saya memberi jaminan siasatan akan dijalankan terperinci dari segenap sudut bagi memastikan keadilan kepada semua pihak terbabit.


“Kita (Bukit Aman) akan memantau siasatan... Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah menubuhkan panel khas sendiri... jadi tiada apa yang hendak disembunyikan, kita tidak akan sorok apa-apa.

“Kita akan siasat sama ada tindakan anggota polis (yang menembak remaja itu) mengikut prosedur ditetapkan,” katanya selepas merasmikan insignia baru dan penyerahan kenderaan kepada Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM, Cheras, semalam.

Beliau mengulas kenyataan ibu mangsa, Norsiah Mohamad, kelmarin, yang meminta siasatan kes anaknya dijalankan Bukit Aman.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan kes berkenaan dijangka siap selewat-lewatnya Jumaat ini, selepas polis mengambil keterangan saksi utamanya, iaitu rakan mangsa yang melarikan diri ketika insiden itu.

“Kita sudah memanggil semula rakan mangsa yang juga saksi utama dan berada bersama-sama mangsa ketika kejadian bagi mendapatkan keterangan penuh.

“Keterangannya sudah diambil pada malam kejadian, tetapi masih kurang jelas dan tidak lengkap menyebabkan dia dipanggil semula hari ini (semalam),” katanya.

Ditanya berapa anggota yang melepaskan tembakan atau berapa tembakan dilepaskan dalam insiden itu, Khalid enggan mengulas kerana siasatan masih dijalankan.

Selain itu, Khalid turut meminta semua pihak termasuk ahli politik tidak mencampuri urusan dan siasatan polis kerana ia akan menimbulkan kekeliruan masyarakat dan merunsingkan keluarga mangsa.

“Ada pihak tertentu termasuk ahli politik yang mengandaikan apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian dan ada juga mendesak polis supaya tidak melindungi atau menutup fakta tertentu dalam kes itu”, katanya.

Pada masa sama, Khalid turut meminta pihak media massa untuk tidak membuat spekulasi.

"Kita sedih dengan apa berlaku, tapi pada masa sama kita tidak mahu pihak yang tidak ada kena mengena (dengan kes itu) mencampuri urusan dan mengganggu siasatan polis," katanya di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 07:30 AM | Show all posts
Sementara itu, saksi utama kejadian yang juga merupakan pelajar berusia 15 tahun telah diambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.
Saksi tersebut yang merupakan anak seorang anggota polis hadir ke IPK Selangor dengan ditemani oleh peguam, Gobind Singh Deo....


sekarang baru aku tahu napa budak tu lepas...

rupanya anak polis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.055943 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list