rumhtangga ND yg org fitnah nk cerai alih2 bella nazim plk 
Rumah tangga Nazim, Bella Dally berkecai[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2018 5:59 PM
 [size=0.75em]Perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally sudah berakhir.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Nazim Othman mengejutkan peminat pada Khamis apabila mendedahkan perkahwinannya dengan Bella Daly telah pun berakhir. [size=0.98em]Nazim atau Nushrul Alif Othman, 34, menerusi Instagram memberitahu keputusan berpisah dibuat atas persetujuan bersama. [size=0.98em]Bagaimanapun pelakon itu tidak mendedahkan punca perceraian yang berlaku di antara mereka. [size=0.98em]"Assalamualaikum, Salam Ramadan.
[size=0.98em]  [size=0.98em]Kenyataan Nazim di Instagram berhubung perceraiannya. [size=0.98em]"Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir. [size=0.98em]Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini," tulisnya. [size=0.98em]Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016. [size=0.98em]Bagaimanapun Nazim tidak mendedahkan punca perceraian yang berlaku di antara mereka namun menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kekhilafan mereka sebagai manusia biasa. [size=0.98em]"Sesungguhnya segala keindahan itu datang dari-Nya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa. [size=0.98em]  [size=0.98em]Bella turut membuat kenyataan di Instagram. [size=0.98em]"Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang," tulisnya lagi. [size=0.98em]Sementara itu, Bella menerusi Instagram miliknya pula memberitahu perkahwinan di antara mereka tidak berhasil dan telah sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. [size=0.98em]"Kenapa? Apa yang terjadi? Itu dalah soalan yang ditanya termasuk keluarga kepada saya. [size=0.98em]"Untuk pendekkan cerita, perkahwinan kami tidak menjadi dan kami telah lakukan yang terbaik tetapi tidak berhasil," katanya.
|