|
Lin Yu-ting melangkah ke final acara tinju wanita

Lin (baju merah) memberikan tumbukan padu ke arah lawannya, Esra Yildiz Kahraman pada perlawanan separuh akhir tinju wanita kategori 57kg di Sukan Olimpik Paris 2024. — Gambar AFP
PARIS: Atlet sukan tinju wanita dari Taiwan, Lin Yu-ting, menang selesa sekali lagi di Sukan Olimpik pada Rabu untuk memastikan dua peninju yang menjadi tumpuan untuk kontroversi jantina masing-masing melangkah ke final.
Sehari selepas atlet dari Algeria, Imane Khelif melangkah ke final kategori 66 kilogram (kg) wanita, Li meraih kemenangan dengan keputusan mata ke atas Esra Yildiz Kahraman dari Turki dalam kategori 57 kg.
Selepas keputusan dibuat, Kahraman membuat isyarat X dengan jarinya ke arah penonton, sama seperti lawan yang ditewaskan oleh Lin pada pertarungan sebelum ini. Kahraman menolak untuk berkata apa maksud isyarat itu selepas pertarungan.
Dalam kebanyakan kes, lelaki dengan kromosom X dan Y, sementara wanita mempunyai dua kromosom X.
Lin dan Khelif bertarung di Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun yang lalu tetapi tiada kontroversi ketika itu dan kedua-dua atlet juga gagal memenangi sebarang pingat.
Kedua-dua atlet bagaimanapun dibatalkan dari kejohanan dunia tahun lepas setelah gagal ujian jantina, namun mereka diluluskan untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris.
Bekas juara dunia dua kali, Lin, menerima sambutan hangat ketika memasuki arena di Roland Garros, venue yang kebiasaannya untuk sukan tenis tetapi menganjurkan peringkat akhir sukan tinju di Olimpik.
Atlet pilihan pertama dari Taiwan itu memiliki kelebihan ketinggian berbanding Kahraman dan menggunakan tangan yang lebih panjang untuk menumbuk lawannya, yang cuba melakukan asakan jarak dekat.
Selepas memenangi pusingan pertama, Lin mengekalkan rentak walaupun diasak awal untuk memenangi pusingan kedua. Dalam pusingan ketiga, Lin cuba mengelak sebarang masalah dan berjaya mengekalkan kedudukan untuk mengesahkan tempat ke final.
Peninju berusia 28 tahun itu akan berdepan dengan peninju dari Poland, Julia Szeremeta di final pada Sabtu.
Dengan melangkah ke final, dia sudah menjamin satu pingat di Sukan Olimpik.
Kontroversi jantina memuncak apabila Khelif menewaskan Angela Carini dalam masa 46 saat dalam pertarungan pertama di Paris, di mana peninju dari Itali itu menangis dan menamatkan pertarungan lebih awal selepas mengalami kecederaan serius di bahagian hidung.
Lin dan Khelif, juara dunia 2023, disingkirkan dari Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) tetapi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), penganjur Sukan Olimpik, kerana isu kewangan, pentadbiran dan etika di IBA.
Presiden IBA, Umar Kremlev, mendakwa dalam satu sidang media pada Isnin di mana kedua-dua peninju kontroversi itu sudah “menjalani ujian genetik yang menunjukkan bahawa mereka adalah lelaki”.
IOC mempertahankan Khelif dan Lin, dengan presiden IOC, Thomas Bach berkata mereka lahir dan dibesarkan sebagai wanita, dan mempunyai pasport berkata mereka wanita.
Kedua-dua peninju tidak dikenali sebagai mereka yang bertukar jantina.
Kedua-dua peninju juga mendapat sokongan kuat dari pihak berkuasa di tanahair mereka dan pegawai sukan tertinggi Taiwan mengancam untuk mengambil tindakan ke atas IBA berikutan dengan sidang media pada Isnin.
Khelif akan bertemu dengan peninju dari China, Yang Liu di final kategori 66 kg. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... -acara-tinju-wanita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|