|
pehhh..
baru masuk market, turun rega lagikk...
makin berasap la satu puak tuu...
Inspira lebih murah
Oleh Ahmad Farizal Hajat
[email protected]
2010/11/11
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mencuba Inspira sambil diperhatikan Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh selepas majlis pelancaran rasmi model Inspira di Pusat Kecemerlangan PROTON, di Shah Alam, semalam.Penurunan harga pastikan kereta nasional lebih berdaya saing,
mampu dimiliki
SHAH ALAM: PROTON Holdings Bhd (PROTON) menurunkan harga kereta Inspira sehingga RM2,000 seunit bagi menjadikan model terbaru keluaran syarikat kereta nasional itu lebih berdaya saing dan mampu dimiliki pelbagai golongan rakyat Malaysia. Berikutan itu, harga terbaru Inspira 1.8 liter transmisi manual lima kelajuan ditawar pada harga RM78,999 seunit, berbanding RM79,888 yang diumum ketika prapelancaran model itu pada 14 Oktober lalu.
Inspira 1.8 liter transmisi CVT pula dijual RM84,999, berbanding RM87,000 sebelum ini, manakala versi 2.0 liter transmisi CVT ditawarkan pada harga RM91,999 daripada RM94,000 seunit sebelumnya.
Pengarah Urusan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata keputusan itu dibuat susulan keupayaan penjimatan kos yang diperoleh PROTON dalam mengeluarkan model itu di kilangnya di Shah Alam.
“Langkah itu juga selaras hasrat kerajaan meningkatkan lagi perbelanjaan domestik di kalangan pengguna dalam negara. PROTON sentiasa mahu menghasilkan kereta yang boleh memberikan tahap kualiti terbaik dan pada masa sama, mampu dimiliki setiap golongan masyarakat.
“Penurunan harga Inspira adalah mesej jelas mengenai tekad PROTON bagi menjayakan hasrat itu,” katanya selepas majlis pelancaran rasmi PROTON Inspira di Pusat Kecemerlangan PROTON, di sini semalam.
Ia disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Hadir sama, Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.
Syed Zainal berkata, Inspira kini boleh didapati di pusat jualan Proton Edar di seluruh negara, akan ditingkatkan kandungan komponen tempatan kepada 60 peratus menjelang akhir tahun depan berbanding 40 peratus sekarang.
“Komponen keluaran vendor PROTON itu juga akan dibeli semula oleh Mitsubishi Motor Corporation (MMC) untuk digunakan dalam modelnya. Ini bermakna, komponen kenderaan keluaran tempatan itu diakui MMC dari segi kualitinya dan akan mula dieksport ke Thailand dan beberapa kemudahan MMC lain tahun depan,” katanya.
Selain mengeksport komponen Inspira, PROTON akan memuktamadkan rundingan dengan MMC bagi mengeksport Inspira ke pasaran antarabangsa. Selain jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer (km) pertama untuk model berkenaan, PROTON menawarkan servis percuma dua tahun kepada pembeli yang membuat tempahan hingga 15 November ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1222# zzcbr
tp biasanye kompeni keta ni takkan turunkan harge pun ... mungkin tambah lg aksesori atau equipment lain je supaya harge terus maintain |
|
|
|
|
|
|
|
oi mek.... kabu tengah PA ko kat CI sana... |
|
|
|
|
|
|
|
fatut la xde reply..
mek tgh usha inspira ropanye... |
|
|
|
|
|
|
|
Mek tertekan....
saingan makin mantap...
Populariti makin jatuh....
harus ada perencanaan baru utk mengekalkan ketuanan Mek... |
|
|
|
|
|
|
|
takkan hilang mckagan di dunia |
|
|
|
|
|
|
|
proton inspira launch aldy~
siapa2 yg ada order ni?
bagi sy test drive.haha. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau atas highway plus...dari 5 km dah tahu yg lancer GT tu ebox palsu...ni kan pula kal ...
zzcbr Post at 11-11-2010 06:17
Zek...kalo itu ralliart fortis mau tolak jgn lupa ye....aku nak boot, emblem dgn cover gear.... |
|
|
|
|
|
|
|
Keluaran pertama kete Inspira ni ok ke?
Ada la khabar angin kata, kete malaysia ni kalau nak beli
at least selepas 6 bln atas jalan raya!?? Pakar kete malaysia kat sini mesti tau |
|
|
|
|
|
|
|
waaa average kena 1000 sebulan untuk keta 1.8 manual |
|
|
|
|
|
|
|
Inspirah ni mesti lagi pickup dari lancer GT sebab rim 13 inci |
|
|
|
|
|
|
|
Oh hehe yeke
Tapi serius la...ramai yang kata mcm tu utk kete malaysia...tunggu ...
ummy11 Post at 12-11-2010 10:48
Panjang tu aper.. ketapi? Atau menda lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Keluaran pertama kete Inspira ni ok ke?
Ada la khabar angin kata, kete malaysia ni kalau nak beli
...
ummy11 Post at 12-11-2010 10:28
kalo keta rebadge ni orang kata kena beli yang stok awal2...
sebab banyak barang jepun lg..kekeke...
kena tengok contoh keta2 rebadge mcm wira ngan perdana..
first batch tu cun..tk banyak complain.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|