|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Reply 1215# kupia
amalan tradisi kata TIADA dari kepercayaan agama... dalam thread dah tulis banyak garam ni diguna dalam kepercayaan agama lain...
gangguan fizikal yang berpunca dari jin? yang dibahaskan pagar bangunan untuk menghindari gangguan syaitan...
Apa punya hujah da..buat apa nak banding ngan agama lain..jd kalu agama lain makan nasi, kita tak boleh makan la...bab tu takpa pulak..mcm cik usop kita cakap, kalu tak nampak hubung kait persoalan nih ngan akidah, baik diam..
Jgnkan jin, garam tu pun tak dapat bagi rasa masin kat lidah hang ..melainkan rahmat Allah yg bg rasa masin..mengaji la dulu, iktiqad dan syuhud tu pebenda..
kerasukkan seperti orang gila yang sukar dikawal mestilah dikuarantin... ubat penenang memang jelas dapat memberi kesan... tapi apa kesan yang boleh diberi oleh garam untuk menghindar sebuah bangunan dan penghuninya dari gangguan syaitan?
Mcmana pulak yg Nabi membaca bbrapa ayat Al-Quran tu boleh menjadi penawar? Dahsyat sangat ke ayat tuh? apa kaitan ayat tu ngan penyakit fizikal atau mental? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kupia
Apa punya hujah da..buat apa nak banding ngan agama lain..jd kalu agama lain makan nasi, kita tak boleh makan la...bab tu takpa pulak..mcm cik usop kita cakap, kalu tak nampak hubung kait persoalan nih ngan akidah, baik diam..
Jgnkan jin, garam tu pun tak dapat bagi rasa masin kat lidah hang ..melainkan rahmat Allah yg bg rasa masin..mengaji la dulu, iktiqad dan syuhud tu pebenda..
makna "bidaah" pun tak tau.... cerita pasal tasyabuh pun tak faham... tu yang dah jadi cerita makan nasik pulak peginya.... lepas tu cuba pulak selit-selit falsafah zat Allah...
Mcmana pulak yg Nabi membaca bbrapa ayat Al-Quran tu boleh menjadi penawar? Dahsyat sangat ke ayat tuh? apa kaitan ayat tu ngan penyakit fizikal atau mental?
baghal Post at 18-11-2010 01:54
jangan melalut tempat lain balik pada topik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 18-11-2010 12:19
Aisey Sheikh... kalau dah tau hantu tak takut kat garam kenapa guna juga?
kupia Post at 16-11-2010 15:07
Ya Sheikh Kupia.... kan saya pernah tanya, adakah anda ni saudara-mara Jin? Mana yang saudara tahu Jin tak takut garam? Ataupun ada dalam Al-Quran dan Hadith kah yang kata Jin ni tak takut garam?
Yang saya dok kata, tak mustahil gangguan Jin dapat dikurangkan dengan asbab garam. Ini tak bermakna Jin tu mesti takut dengan garam. Ia boleh berkesan jika diizinkan Allah. Ini adalah ikhtiar rawatan, BUKAN I'TIKAD JIN TAKUT GARAM. Kalau i'tiqad Jin takut garam, setuju ia khurafat. Sama macam i'tiqad ubat menyembuh penyakit, juga boleh kata syirik. Yang menyembuh adalah Allah, ubat hanya medium yang diletakkan syifa, jika diizinkan Allah.
Sheikh Jibrin pernah beri fatwa, tak mustahil Jin takut srigala. Walaupun tak pernah jumpa dari Al-Quran atau riwayat Hadith pasal Jin takut Srigala, berdasarkan pengalaman dan berita dari orang yang dipercayainya, maka beliau keluarkan fatwa TAK MUSTAHIL Jin (yang jenis tertentu) takut pada Srigala.
amalan tradisi kata TIADA dari kepercayaan agama... dalam thread dah tulis banyak garam ni diguna dalam kepercayaan agama lain...
Anda pastikah mereka yang guna garam itu kerana tiru agama lain, atau kerana ADA KESAN rawatan dari penggunaan garam itu? Pastikah anda? Jangan tuduh hanya kerana orang lain guna garam.
Riwayat pasal garam sebagai syifa ada dalam Sunnah. Riwayat pasal daun bidara pun ada dalam Sunnah. Cuma kaedahnya saja yang dipertikaikan dalam rawatan Jin/Sihir, selagi i'tiqad tidak syirik kepada Allah. Pertikaian kaedah tak seharusnya menjadi sebab untuk menyesatkan selagi ia TIDAK MELIBATKAN SYIRIK
kerasukkan seperti orang gila yang sukar dikawal mestilah dikuarantin... ubat penenang memang jelas dapat memberi kesan... tapi apa kesan yang boleh diberi oleh garam untuk menghindar sebuah bangunan dan penghuninya dari gangguan syaitan?
Cuba baca balik page yang lepas2. Forumer Bintang ada pernah cerita pasal garam, MEMANG ada kaedah yang dapat memberi kesan pada Jin. Saya tak pernah guna garam untuk rawatan Jin, jadi saya tak boleh kata garam memang ada kesan atau tidak ada kesan pada Jin. Apa yang saya berani kata, TAK MUSTAHIL garam boleh memberi kesan pada Jin dengan izin Allah.
Kalau anda pasti garam tak beri kesan, berbalik kepada soalan saya:
.... adakah anda ni saudara-mara Jin? Mana yang saudara tahu Jin tak terkesan dengan garam? Ataupun ada dalam Al-Quran dan Hadith kah yang kata Jin ni tak terkesan dengan garam?
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kupia at 18-11-2010 14:07
Ya Sheikh Kupia.... kan saya pernah tanya, adakah anda ni saudara-mara Jin? Mana yang saudara tahu Jin tak takut garam? Ataupun ada dalam Al-Quran dan Hadith kah yang kata Jin ni tak takut garam?
alamak Sheikh!!! apa daa saudara mara jin.... ini jin tak boleh buat kawan la...
ini perkara ghaib, nanti kita pun boleh bertanya soalan yang sama... mana saudara tau garam boleh menakutkan jin? Jadi perkara yang tak nampak kita serahkan pada AlQuran dan AlHadis untuk mencari jawapannya, jangan serahkan pada tuan guru tariqat yang tidak berpandukan syariat.... Quran dan hadis tak ada kata jin takut dengan garam dan tidak juga ada kata jin tak takut dengan garam? termasuk juga lada hitam. TETAPI Quran dan Hadis ada memberi banyak pilihan lain yang tak ada kena mengena dengan garam dan lada hitam. AlQuran dan Hadis mengajarkan bagaimana cara menghindar diri dari jin dan syaitan, bagaimana cara berlindung dari gangguan iblis dan syaitan... sila semak semula dalil-alil nas yang dibawa oleh saudar Blastoff di muka belakang...
dalam pos #18 kalau tak silap anda kata ust sharhan berguru dengan sheikh abdus salam bali dan dia menggunakan medium garam dalam kaedah rawatan. Mengikut kenyataan murid-murid abdus salam bali yang saya kenal dengan tegas menyatakan penggunaan garam adalah ditegah sama sekali.... sila buktikan dakwaan anda....
Jin tak takut dengan garam tapi jin takut dengan manusia... mengikut kata abdus salam bali:
Dari Mujhahid, Abu Dunya meriwayatkan: "Ketika saya sedang mengerjakan solat pada suatu malam, secara tiba-tiba makhluk sebesar budak kecil berdiri di hadapanku, lalu aku mendesak untuk menangkapnya, kemudian makhluk itu berdiri dan berlari ke belakang dinding sehingga aku mendengar bunyai jatuhnya. Setelah itu makhluk tersebut tidak datang lagi".
Mujahid juga berkata: "Syaitan lebih takut kepada salah seorang dari kamu, kerana itu jika dia memperlihatkan dirinya kepada kamu janganlah kamu takut dia akan mengalahkan kamu, akan tetapi bersikap keraslah kepada mereka nescaya mereka akan pergi".
Katanya lagi: "Setiap kali aku berdiri untuk mengerjakan solat, ada syaitan yang memperlihatkan dirinya menyerupai bentuk Ibn Abas, lalu aku teringat perkataan Ibn Abas. Kemudian setiap kali aku akan solat, aku sentiasa siap membawa pisau. Pada suatu hari dia memperlihatkan dirinya lagi kepadaku, lalu aku menyerang dan menikamnya hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya. Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya".
Yang saya dok kata, tak mustahil gangguan Jin dapat dikurangkan dengan asbab garam. Ini tak bermakna Jin tu mesti takut dengan garam. Ia boleh berkesan jika diizinkan Allah. Ini adalah ikhtiar rawatan, BUKAN I'TIKAD JIN TAKUT GARAM. Kalau i'tiqad Jin takut garam, setuju ia khurafat. Sama macam i'tiqad ubat menyembuh penyakit, juga boleh kata syirik. Yang menyembuh adalah Allah, ubat hanya medium yang diletakkan syifa, jika diizinkan Allah.
apakah harun din menggunakan garam dan lada hitam untuk melindungan bangunan dari gangguan syaitan dalam masa yang sama dia tidak beri'tikad bahawa garam dan lada hitam boleh menghindarkan syaitan? kenyataan ini tidak berasas samasekali.... lucu
Anda pastikah mereka yang guna garam itu kerana tiru agama lain, atau kerana ADA KESAN rawatan dari penggunaan garam itu? Pastikah anda? Jangan tuduh hanya kerana orang lain guna garam.
sudah tentu pasti! kerana garam digunakan dalam upacara keagamaan lain...
Riwayat pasal garam sebagai syifa ada dalam Sunnah. Riwayat pasal daun bidara pun ada dalam Sunnah. Cuma kaedahnya saja yang dipertikaikan dalam rawatan Jin/Sihir, selagi i'tiqad tidak syirik kepada Allah. Pertikaian kaedah tak seharusnya menjadi sebab untuk menyesatkan selagi ia TIDAK MELIBATKAN SYIRIK
Syifa' bagi masalah fizikal tidak dipertikaikan, kita bincang mengenai makhluk yang tidak boleh dilihat...
Cuba baca balik page yang lepas2. Forumer Bintang ada pernah cerita pasal garam, MEMANG ada kaedah yang dapat memberi kesan pada Jin. Saya tak pernah guna garam untuk rawatan Jin, jadi saya tak boleh kata garam memang ada kesan atau tidak ada kesan pada Jin. Apa yang saya berani kata, TAK MUSTAHIL garam boleh memberi kesan pada Jin dengan izin Allah.
Kalau anda pasti garam tak beri kesan, berbalik kepada soalan saya:
.... adakah anda ni saudara-mara Jin? Mana yang saudara tahu Jin tak terkesan dengan garam? Ataupun ada dalam Al-Quran dan Hadith kah yang kata Jin ni tak terkesan dengan garam?
WAllahu a'lam
mnm77 Post at 18-11-2010 12:16
No komen kena baca tulisan bintang dulu....
Wllahu'alam yang salah dari saya... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 18-11-2010 16:24
ini perkara ghaib, nanti kita pun boleh bertanya soalan yang sama... mana saudara tau garam boleh menakutkan jin? Jadi perkara yang tak nampak kita serahkan pada AlQuran dan AlHadis untuk mencari jawapannya, jangan serahkan pada tuan guru tariqat yang tidak berpandukan syariat....
kupia Post at 18-11-2010 14:05
Sheikh Jibrin bukannya guru tarekat aliran Sufi, tak silap saya beliau tersohor aliran Salafi bersama Ibn Baaz dan Ibn Uthaimeen
Beliau berfatwa Jin tak berupaya menyerupai Srigala kerana takut padanya. Dikisahkan cerita Jin dimakan serigala.
So khurafatlah fatwa nya? Bukti? Ada dalam kitab الفتاوی الذھبیۃ في الرقی الشرعیۃ
(Golden Fatwas on Legal Ruqyas) Al-Fatawa Aththahabiyyah Fir-Ruqa Ashshar’iyyah, published 1996 A.D. It is a selection of Fatwas by Ibn-Baz, Ibn-Uthaimeen, Ibn-Jibreen and others; the Fatwas are selected and compiled by Khaled al-Jaraisy, and are translated by Mohamed Atif Mogahed Mohamed.
Jadi... apa lagi Sheikh Kupia.... sesatkan fatwa tu sekali yaaaa.....
dalam pos #18 kalau tak silap anda kata ust sharhan berguru dengan sheikh abdus salam bali dan dia menggunakan medium garam dalam kaedah rawatan. Mengikut kenyataan murid-murid abdus salam bali yang saya kenal dengan tegas menyatakan penggunaan garam adalah ditegah sama sekali.... sila buktikan dakwaan anda....
Pada post#19. Sila rujuk:
http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/about.php
AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).
Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.
Saya petik dari sumber web Ustaz Sharhan sendiri..... WAllahu a'lam
apakah harun din menggunakan garam dan lada hitam untuk melindungan bangunan dari gangguan syaitan dalam masa yang sama dia tidak beri'tikad bahawa garam dan lada hitam boleh menghindarkan syaitan? kenyataan ini tidak berasas samasekali.... lucu
Lucu kerana anda tidak memahaminya dalam konteks rawatan. Anda cuma cari sebab untuk sesatkan. Cuba pi tanya Ustaz Sharhan dan Ustaz Harun Din, kenapa garam digunakan? Anda tak bertanya, tetapi MENYESATKAN kerana TAK FAHAM dan tak dapat bezakan ikhtiar rawatan dengan i'tiqad yang salah.
Macam contoh ubat, kalau i'tiqad ubat itu sebagai penyembuh, tentu dah jadi syirik. Tapi kita tetap guna ubat dengan i'tiqad apa? Kalau soalan ini tak boleh dijawab, maka sudah tentu persoalan garam pun anda masih lihat sebagai LUCU.
Syifa' bagi masalah fizikal tidak dipertikaikan, kita bincang mengenai makhluk yang tidak boleh dilihat...
Bagaimana dengan rawatan Jin/Sihir guna daun bidara? Apakah Jin/Sihir itu dapat dilihat bila ia diamalkan dan dihantar secara halus?
Apabila ada kesan fizikal (pada badan manusia=tempatnya badan) dari perbuatan Jin/Sihir, maka daun bidara boleh digunakan.
Bila ada kesan gangguan Jin secara fizikal pada badan manusia atau tempat tertentu, garam tak boleh digunakan? Kenapa daun bidara boleh? Kedua-duanya ada riwayat Sunnah.
***ha satu lagi.... betul ke Pakcik encik Kupia ni pernah kena rasuk Jin? Kalau betul dah baik ke? Daripada dok menyesatkan bab garam ni lebih baik kita bincang dari pengalaman dan cara ikhtiar perubatan tentang kerasukan tu. Bab garam tu anggap secondary issue, yang penting usaha untuk bantu mereka yang dirasuk atau diganggu.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Sheikh Jibrin bukannya guru tarekat aliran Sufi, tak silap saya beliau tersohor aliran Salafi bersama Ibn Baaz dan Ibn Uthaimeen
Beliau berfatwa Jin tak berupaya menyerupai Srigala kerana takut padanya. Dikisahkan cerita Jin dimakan serigala.
So khurafatlah fatwa nya? Bukti? Ada dalam kitab الفتاوی الذھبیۃ في الرقی الشرعیۃ
(Golden Fatwas on Legal Ruqyas) Al-Fatawa Aththahabiyyah Fir-Ruqa Ashshar’iyyah, published 1996 A.D. It is a selection of Fatwas by Ibn-Baz, Ibn-Uthaimeen, Ibn-Jibreen and others; the Fatwas are selected and compiled by Khaled al-Jaraisy, and are translated by Mohamed Atif Mogahed Mohamed.
Jadi... apa lagi Sheikh Kupia.... sesatkan fatwa tu sekali yaaaa.....
WAllahu a'lam
mnm77 Post at 18-11-2010 15:03
Mohon diperbetulkan kenyataan ini.... saya tidak memberi sebarang komen mengenai fatwa Sheikh Jibrin yang dinyatakan apalagi menyesatkan fatwa beliau. Itulah sebabnya fatwa yang dibawa tidak di quote dalam jawapan berkenaan, jawapan adalah khas untuk apa yang di quote sahaja. Jin takutkan serigala tidak ada kena mengena dengan apa yang kita bincangkan. Wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Lucu kerana anda tidak memahaminya dalam konteks rawatan. Anda cuma cari sebab untuk sesatkan. Cuba pi tanya Ustaz Sharhan dan Ustaz Harun Din, kenapa garam digunakan? Anda tak bertanya, tetapi MENYESATKAN kerana TAK FAHAM dan tak dapat bezakan ikhtiar rawatan dengan i'tiqad yang salah.
Macam contoh ubat, kalau i'tiqad ubat itu sebagai penyembuh, tentu dah jadi syirik. Tapi kita tetap guna ubat dengan i'tiqad apa? Kalau soalan ini tak boleh dijawab, maka sudah tentu persoalan garam pun anda masih lihat sebagai LUCU.
mnm77 Post at 18-11-2010 15:03
makan ubat sembuh dengan izin Allah... ok semua orang faham. Tapi GARAM untuk menghindarkan gangguan syaitan ni konteks nya lain.... oklah kita rehat dulu sementara lain kali sambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana dengan rawatan Jin/Sihir guna daun bidara? Apakah Jin/Sihir itu dapat dilihat bila ia diamalkan dan dihantar secara halus?
Apabila ada kesan fizikal (pada badan manusia=tempatnya badan) dari perbuatan Jin/Sihir, maka daun bidara boleh digunakan.
not exactly kita akan guna daun bidara dalam setiap rawatan. Kalau ada yang menggunakannya tidak dibantah kerana ada sandaran hadis daun digunakan untuk mandi (tidak semestinya sebagai penawar sihir tapi lebih kepada medium untuk kebersihan diri).
Bila ada kesan gangguan Jin secara fizikal pada badan manusia atau tempat tertentu, garam tak boleh digunakan? Kenapa daun bidara boleh? Kedua-duanya ada riwayat Sunnah.
saya cuba mencari riwayat garam yang anda maksudkan sampai page 18 masih belum jumpa, tak larat nak sambung. Kalau boleh sila kemukakan semula...
***ha satu lagi.... betul ke Pakcik encik Kupia ni pernah kena rasuk Jin? Kalau betul dah baik ke? Daripada dok menyesatkan bab garam ni lebih baik kita bincang dari pengalaman dan cara ikhtiar perubatan tentang kerasukan tu. Bab garam tu anggap secondary issue, yang penting usaha untuk bantu mereka yang dirasuk atau diganggu
mnm77 Post at 18-11-2010 15:03
ada ke saya cerita pakcik saya yang dirasuk? tak ingat mungkin cerita dari forumer yang lain kot. Usaha rawatan macam biasa juga, baca quran pada telinga pesakit pada air... nasib baik dapat becakap dengan yang menganggu kadang dia buat dek je... yang susah sikit dia tak mau masuk islam, degil tak mau keluar... masalah ini yang nak kena belajar lagi ni... sembur dengan air dia menjerit macam nak runtuh rumah.... nak pukul dengan rotan tak berani sebab tak ada pengalaman takut pesakit yang cedera....
wallahu'alam... yang salah dari saya. |
|
|
|
|
|
|
|
makna "bidaah" pun tak tau.... cerita pasal tasyabuh pun tak faham... tu yang dah jadi cerita ma ...
kupia Post at 18-11-2010 11:09
Bukan tak paham..tp kalu sembang ngan org yg dah tertutup mataperut, mmg susah..bidaah kononnya hal agama.. makan ,minum, dan pendekkata keseluruhan hidup kita nih ,ada ka yg bukan atau terkeluar dr hal agama? sapa yg tak paham sebenarnya..ulama sunni, awal2 lg dh sedar hal nih dan membahagikan bidaah hasanah dan bidaah dholalah karohah..
tasyabuh tu bukan terhenti kat syariat jer..kalu org islam tu makan garam, lalu dia kata garam tu yg berasa masin maka dia tu sama jer ngan org kafir..sbb org kafir nih bukan penyembah berhala jer, org yg syirik khafi pun di kira kafir gak..
bila aku tanya adakah Nabi SAW berjampi dgn ayat Al-Quran hg kata topik lain, nampak sgt adanya benar kata si usop tuh..bukan semua org nampaknya nampak hubung kait antara syariat dan akidah..
kalu dah basic iktiqad syuhud pun tak paham, mcmana nak beza haq dan batil..dah tu mcmana nak tau tasyabuh ke idak.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang kristian suka sebut kesucian/keberkatan muka Nabi Isa dalam doa mereka dan orang kristian amal .........jelas sekali terdapat cubaan dari seorang tokoh terkenal untuk menyesatkan umat Islam di M'sia dengan amalan khurafat ala-ala ajaran kristian !
blastoff Post at 21-9-2010 18:29
amboii.. lantang awak bt tuduhan begitu yer... kalau awak tersilap sedikit 1 ari nanti, then org akan menuding jari mula tduh awk mcm2.. baru awk tersedak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Darul Syifa tempat perubatan terkenal di Malaysia ni tidak menggunakan sebarang bantuan alat2 yg lain semasa proses perubatan, kecuali DOA dan AYAt2 Quran. mmg takde garam, limau nipis, telur, kayu nona and benda2 ntah pape |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 22-11-2010 11:44
Mohon diperbetulkan kenyataan ini.... saya tidak memberi sebarang komen mengenai fatwa Sheikh Jibrin yang dinyatakan apalagi menyesatkan fatwa beliau. Itulah sebabnya fatwa yang dibawa tidak di quote dalam jawapan berkenaan, jawapan adalah khas untuk apa yang di quote sahaja. Jin takutkan serigala tidak ada kena mengena dengan apa yang kita bincangkan. Wallahu'alam.
kupia Post at 19-11-2010 17:55
Salam.
Sebenarnya ada kena mengena, dah berapa kali saya bawakan tetapi golongan yang menyesatkan penggunaan garam MASIH TIDAK FAHAM atau BUAT-BUAT TAK FAHAM.
Saya faham anda tidak menyesatkan fatwa Sheikh Jibrin, sebab itulah saya bawa fatwa tersebut untuk dibandingkan. Lihat balik hujjah saudara:
ini perkara ghaib, nanti kita pun boleh bertanya soalan yang sama... mana saudara tau garam boleh menakutkan jin? Jadi perkara yang tak nampak kita serahkan pada AlQuran dan AlHadis untuk mencari jawapannya, jangan serahkan pada tuan guru tariqat yang tidak berpandukan syariat....
Saya tanya soalan: Mana dia dalil Sheikh Jibrin yang Jin takut/tidak dapat menyerupai Srigala? Ada dalam Sunnah? Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman Sheikh Jibrin, bukan dari Al-Quran dan Hadith. Jadi, kalau perkara berkaitan rawatan Jin ini adalah perkara Ghaib yang mana TIDAK mungkin dizahirkan Allah tentang kekurangan/kelebihan Jin kepada manusia/perawat, maka Fatwa tersebut seharusnya disesatkan sebagaimana orang lain yang guna garam dalam rawatan Jin disesatkan.
Adakah masih belum jelas? Saya dah bawakan berkali-kali. Kalau Ulama lain atau Salafi keluar fatwa berkaitan Jin yang tiada dari Al-Quran dan Sunnah, kenapa tak berani SESATKAN? Sebaliknya orang tertentu DISESATKAN atas dasar tuduhan tarekat seleweng? JELAS INI DOUBLE STANDARD!
not exactly kita akan guna daun bidara dalam setiap rawatan. Kalau ada yang menggunakannya tidak dibantah kerana ada sandaran hadis daun digunakan untuk mandi (tidak semestinya sebagai penawar sihir tapi lebih kepada medium untuk kebersihan diri).
Yang ni pun DOUBLE STANDARD. Perawat yang guna garam tu pun NOT EXACTLY guna garam dalam setiap rawatan. Ia hanya rawatan sampingan. Dan ada hadith garam itu sebagai syifa dan sebagai bahan berguna untuk manusia (HR Tabrani, Ibnu Majah)
saya cuba mencari riwayat garam yang anda maksudkan sampai page 18 masih belum jumpa, tak larat nak sambung. Kalau boleh sila kemukakan semula...
Dah ada beberapa kali dibawakan riwayat tu. Blastoff kata hadith tu palsu dengan akalnya semata tanpa mana-mana panduan dan rujukan atau komen dari Muhaddithin.
Cuba lihat muka 41 post#1001:
diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan isnad yang hasan daripada Ali bin Abi Talib menyatakan: (terjemahannya).. Nabi SAW telah disengar oleh seekor kala jengking ketika baginda SAW sedang solat.Sebaik sahaja selesai solat, baginda bersabda :Semoga Allah melaknat kala jengking tersebut". Kemudian baginda SAW meminta dibawakan air dan garam lalu baginda SAW mengusapkan pada tempat yang disengat dengan membaca Surah al-Kafirun,al-Falaq dan an-nas ...
Tak silap saya ada forumer lain/yang sama dah bawakan hadith tu yang mana dijadikan sandaran dalil garam sebagai penawar/syifa oleh Us Harun Din.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 22-11-2010 14:29
ada ke saya cerita pakcik saya yang dirasuk? tak ingat mungkin cerita dari forumer yang lain kot. Usaha rawatan macam biasa juga, baca quran pada telinga pesakit pada air... nasib baik dapat becakap dengan yang menganggu kadang dia buat dek je... yang susah sikit dia tak mau masuk islam, degil tak mau keluar... masalah ini yang nak kena belajar lagi ni... sembur dengan air dia menjerit macam nak runtuh rumah.... nak pukul dengan rotan tak berani sebab tak ada pengalaman takut pesakit yang cedera....
kupia Post at 19-11-2010 18:17
Sebenarnya tuan kupia tak cerita kat sini. Tiada perantaraan forumer di sini. Maafkan saya kalau saya silap.
Yang saya gariskan di atas tu, sama dengan pengalaman saya bercakap dengan Jin yang ada dalam badan seorang pesakit. Degil, tak mahu masuk Islam. Alasannya yang paling besar dia takut Ifrit bunuh dia, selain dia ego sambil menghina saya (Jin tu marah agaknya waktu tu).
Baru-baru ni saya ada baca maksud ayat Al-Quran yang mana kerajaan Jin dan Syaitan ada golongan yang taat setia (macam pengikut/golongan/parti). Bila saya fikirkan, mungkin betul jugak Jin yang merasuk dan degil tak mahu keluar itu taat kepada ketuanya yang berkuasa membunuhnya jika dia tidak menjalankan tugasnya.
Jin tak takut dengan garam tapi jin takut dengan manusia... mengikut kata abdus salam bali
Boleh bagi sumber rujukan di atas? Saya rasa kenyataan di atas tu TAK BETUL. Jin tak takut dengan manusia secara umumnya, tetapi takut dengan manusia tertentu kerana kerohanian/kewalian/ketaqwaan seseorang itu kepada Allah.
Kalau Jin takut manusia, maka tak mungkin Jin merasuk manusia. Tetapi manusia yang memiliki tahap kerohanian yang tinggi, maka tak mustahil Jin takut padanya. Akan tetapi Jin yang kuat macam Ifrit pun pernah ganggu Rasulullah SAW ketika baginda bersolat, namun akhirnya baginda mengalahkan dan tangkap Jin tersebut.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Sebenarnya ada kena mengena, dah berapa kali saya bawakan tetapi golongan yang menyesatkan penggunaan garam MASIH TIDAK FAHAM atau BUAT-BUAT TAK FAHAM.
Saya faham anda tidak menyesatkan fatwa Sheikh Jibrin, sebab itulah saya bawa fatwa tersebut untuk dibandingkan. Lihat balik hujjah saudara:
ini perkara ghaib, nanti kita pun boleh bertanya soalan yang sama... mana saudara tau garam boleh menakutkan jin? Jadi perkara yang tak nampak kita serahkan pada AlQuran dan AlHadis untuk mencari jawapannya, jangan serahkan pada tuan guru tariqat yang tidak berpandukan syariat....
Saya tanya soalan: Mana dia dalil Sheikh Jibrin yang Jin takut/tidak dapat menyerupai Srigala? Ada dalam Sunnah? Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman Sheikh Jibrin, bukan dari Al-Quran dan Hadith. Jadi, kalau perkara berkaitan rawatan Jin ini adalah perkara Ghaib yang mana TIDAK mungkin dizahirkan Allah tentang kekurangan/kelebihan Jin kepada manusia/perawat, maka Fatwa tersebut seharusnya disesatkan sebagaimana orang lain yang guna garam dalam rawatan Jin disesatkan.
Adakah masih belum jelas? Saya dah bawakan berkali-kali. Kalau Ulama lain atau Salafi keluar fatwa berkaitan Jin yang tiada dari Al-Quran dan Sunnah, kenapa tak berani SESATKAN? Sebaliknya orang tertentu DISESATKAN atas dasar tuduhan tarekat seleweng? JELAS INI DOUBLE STANDARD!
mnm77 Post at 22-11-2010 11:42
BUKAN BUAT-BUAT TAK FAHAM... Fatwa jibrin menyatakan jin takut/tidak dapat menyerupai serigala. Fatwa ini tidak terdapat dalam sunnah kenapa kami tidak bantah dan tidak sesat kan sheikh Jibrin. Kenapa harun din guna garam dan lada hitam yang juga tidak ada asal usulnya dari sunnah disesatkan? tak begitu maksudnya? dobule standard?
Kami tidak pernah menggunakan fatwa dari Sheikh Jibrin dalam masalah rawatan al Quran. Sebagai manusia jibrin tidak maksum, dia boleh melakukan kesilapan dan kesalahan, kami tidak pernah mempertahankan sebarang fatwa yang jelas salah dari mana-mana ulamak besar sekali pun. Yang salah tetap salah. Samada jin dapat atau tidak dapat, takut atau tidak takut menyerupai serigala bukan masalah yang kita bincangkan dalam thread ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada beberapa kali dibawakan riwayat tu. Blastoff kata hadith tu palsu dengan akalnya semata tanpa mana-mana panduan dan rujukan atau komen dari Muhaddithin.
Cuba lihat muka 41 post#1001:
diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan isnad yang hasan daripada Ali bin Abi Talib menyatakan: (terjemahannya).. Nabi SAW telah disengar oleh seekor kala jengking ketika baginda SAW sedang solat.Sebaik sahaja selesai solat, baginda bersabda :Semoga Allah melaknat kala jengking tersebut". Kemudian baginda SAW meminta dibawakan air dan garam lalu baginda SAW mengusapkan pada tempat yang disengat dengan membaca Surah al-Kafirun,al-Falaq dan an-nas ...
Tak silap saya ada forumer lain/yang sama dah bawakan hadith tu yang mana dijadikan sandaran dalil garam sebagai penawar/syifa oleh Us Harun Din.
mnm77 Post at 22-11-2010 11:42
Oh hadis ini yang kamu maksudkan...
siapa yang merekodkan hadis ini? statusnya apa? sohih? saya tidak ada maklumat mengenai statusnya...
ok inilah satu-satunya hadis mengenai garam yang kamu guna dalam usaha meyelamatkan tuduhan terhadap harun din... berulang kali telah saya nyatakan dalam pos-pos sebelum ini menggunakan garam sebagai rawatan sakit fizikal TIDAK PERNAH DIPERTIKAIKAN.... pelbagai jenis garam diguna pakai dalam perubatan modern dunia masa kini. Kalau kamu tahu khasiat garam gunung dan garam buah-buahan kamu akan segera mendapatkannya...
sila jelaskan apa kaitannya hadis ini dengan kaedah yang digunakan oleh harun din memagar bangunan dengan menggunakan garam dan lada hitam untuk menghindari gangguan syaitan? Hadis ini menceritakan Rasulullah saw disengat oleh scorpion ketika baginda sedang solat, garam diguna untuk disapu pada tempat sengatan... inilah masalah sakit dan masalah rawatan fizikal... tak ada kena mengena dengan gangguan syaitan... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh bagi sumber rujukan di atas? Saya rasa kenyataan di atas tu TAK BETUL. Jin tak takut dengan manusia secara umumnya, tetapi takut dengan manusia tertentu kerana kerohanian/kewalian/ketaqwaan seseorang itu kepada Allah.
Kalau Jin takut manusia, maka tak mungkin Jin merasuk manusia. Tetapi manusia yang memiliki tahap kerohanian yang tinggi, maka tak mustahil Jin takut padanya. Akan tetapi Jin yang kuat macam Ifrit pun pernah ganggu Rasulullah SAW ketika baginda bersolat, namun akhirnya baginda mengalahkan dan tangkap Jin tersebut.
WAllahu a'lam
mnm77 Post at 22-11-2010 11:58
Setuju dengan kenyataan ini, jin tidak takut kepada semua manusia... pernah berlaku seorang hafiz dimasuki jin kerana jin itu cemburu kemerduan suaranya membaca alQuran... dia menerobos masuk ketika hafiz ini sedang dalam keadaan yang amat marah kerana berselisih faham dengan ibunya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 22-11-2010 14:21
Kami tidak pernah menggunakan fatwa dari Sheikh Jibrin dalam masalah rawatan al Quran. Sebagai manusia jibrin tidak maksum, dia boleh melakukan kesilapan dan kesalahan, kami tidak pernah mempertahankan sebarang fatwa yang jelas salah dari mana-mana ulamak besar sekali pun. Yang salah tetap salah. Samada jin dapat atau tidak dapat, takut atau tidak takut menyerupai serigala bukan masalah yang kita bincangkan dalam thread ini.
kupia Post at 22-11-2010 12:58
Adakah anda kata fatwa Sheikh Jibrin tu salah? Cuba anda letakkan diri anda sebagai beliau, kemudian anda menyaksikan dengan pengalaman anda sendiri. Adakah anda nak menafikan sesuatu peristiwa tentang keberkesanan sesuatu benda terhadap Jin, walaupun benda tersebut tidak disebut dalam Al-Quran dan Sunnah?
Masalah dalam thread ni adalah anda kata Jin tak takut garam, saya boleh setuju. Tapi saya kata, tak mustahil garam boleh berkesan terhadap Jin, dengan izin Allah, sebagaimana serigala boleh memberi kesan kepada Jin seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Jibrin.
Jika anda boleh terima pendapat, yang tidak mustahil garam boleh memberi kesan kepada Jin (tak semestinya menjadikan Jin takut), bermakna ikhtiar rawatan guna garam itu menjadi harus, bukan jadi sesat, selagi i'tiqad Allah yang memberi kesan sembuh/kesan mudarat kepada Jin.
Namun, saya setakat ini tidak menggunakan garam, dan saya lebih berhati-hati sebolehnya beramal dengan berdalil Al-Quran dan Hadith. Ini tidak bermakna saya kata guna garam itu sesat, walaupun saya tidak mengamalkannya.
berulang kali telah saya nyatakan dalam pos-pos sebelum ini menggunakan garam sebagai rawatan sakit fizikal TIDAK PERNAH DIPERTIKAIKAN.... pelbagai jenis garam diguna pakai dalam perubatan modern dunia masa kini. Kalau kamu tahu khasiat garam gunung dan garam buah-buahan kamu akan segera mendapatkannya...
sila jelaskan apa kaitannya hadis ini dengan kaedah yang digunakan oleh harun din memagar bangunan dengan menggunakan garam dan lada hitam untuk menghindari gangguan syaitan? Hadis ini menceritakan Rasulullah saw disengat oleh scorpion ketika baginda sedang solat, garam diguna untuk disapu pada tempat sengatan... inilah masalah sakit dan masalah rawatan fizikal... tak ada kena mengena dengan gangguan syaitan...
Beulang-ulang kali saya jelaskan tentang GANGGUAN FIZIKAL. Gangguan fizikal tu boleh jadi pada badan manusia (Jin bersarang/merasuk) atau pada tempat-tempat tertentu yang ada gangguan fizikal, seperti di rumah usang, tempat tertentu di hutan dan laut.
Bila gangguan fizikal tu di badan, maka rawatannya di badan. Bila gangguan fizikal itu di tempat tertentu, seperti di rumah, maka rawatannya di tempat tersebut. Contoh gangguan fizikal yang ada disebut dalam Sunnah adalah gangguan Ular Jelmaan Jin yang mana kaedah rawatannya bukan baca ayat Al-Quran semata-mata, sebaliknya rawatannya beri amaran 3 kali dan bunuh Ular itu jika selepas diberi amaran ular itu masih berada dalam rumah.
Jika anda kata hadith (garam) tersebut tiada kena mengena dengan gangguan Syaitan, SAMA juga dengan DAUN BIDARA yang tiada kena mengena dengan JIN/SIHIR. Tetapi anda tetap mempertahankan rawatan daun bidara pada pesakit (tempat gangguan di badan).
Dah letih saya mengulang perkara ini tapi masih belum jelas nampaknya.... tak apalah.... kalau dibangkitkan lagi saya mungkin akan minta baca helaian yang lepas sampai habis dulu.....
jin sangat petah berhujah dan petah menipu, memerlukan perawat yang benar-benar banyak pengetahuan tentang agama untuk memtahkan hujah mereka dengan cepat dan tepat, yang mana saya tidak memiliki kemahiran kebolehan ini...
Setuju. Pengalaman saya pada mulanya saya berdialog dengan Jin, diceritakan pasal kekuatan Jin melalui 4 sumber. Mula-mula saya mendengar saja. Kemudian bila saya mula berdakwah dia jadi marah dan saya nampak putar belit dan tipu helahnya. Kemudian saya patahkan hujjahnya maka dia jadi berang dan hujjahnya semakin mengarut!
Apa yang disampaikan oleh Jin tersebut saya cuba kaji dan saring dengan Al-Quran dan Hadith. Ada yang betul, dan ada yang diragu-ragukan malah ada yang tuduhan batil semata-mata.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Beulang-ulang kali saya jelaskan tentang GANGGUAN FIZIKAL. Gangguan fizikal tu boleh jadi pada badan manusia (Jin bersarang/merasuk) atau pada tempat-tempat tertentu yang ada gangguan fizikal, seperti di rumah usang, tempat tertentu di hutan dan laut.
Bila gangguan fizikal tu di badan, maka rawatannya di badan. Bila gangguan fizikal itu di tempat tertentu, seperti di rumah, maka rawatannya di tempat tersebut. Contoh gangguan fizikal yang ada disebut dalam Sunnah adalah gangguan Ular Jelmaan Jin yang mana kaedah rawatannya bukan baca ayat Al-Quran semata-mata, sebaliknya rawatannya beri amaran 3 kali dan bunuh Ular itu jika selepas diberi amaran ular itu masih berada dalam rumah.
Jika anda kata hadith (garam) tersebut tiada kena mengena dengan gangguan Syaitan, SAMA juga dengan DAUN BIDARA yang tiada kena mengena dengan JIN/SIHIR. Tetapi anda tetap mempertahankan rawatan daun bidara pada pesakit (tempat gangguan di badan).
Dah letih saya mengulang perkara ini tapi masih belum jelas nampaknya.... tak apalah.... kalau dibangkitkan lagi saya mungkin akan minta baca helaian yang lepas sampai habis dulu.....
mnm77 Post at 22-11-2010 14:16
difahami apa yang cuba anda jelaskan... perkara yang sama berulang-ulang... sudah dijelaskan fakta sebegini tidak dapat kami terima... kalau dibantah juga cerita yang sama akan berulang semula...
kita tunggu fakta lain yang mempertahan penggunaan garam dan lada hitam.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|