CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akukamudandia

LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D

[Copy link]
Post time 26-11-2009 11:57 AM | Show all posts
mintak2...lwn ebeton nihh...aqualani direhatkan lagi oleh manager...
rehat terus pon tak pee...lucas kan ade...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2009 12:15 PM | Show all posts
huhh lama haku x jenguk sini...jgn kecoh2 arr kita fokus next sizen plakk....!!

ape citer haku dgr RVN nak join libepul...?? kasik tapau d.villa lorr... RVN neh dah setarap khalid jerlus jahh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 12:17 PM | Show all posts
mintak2...lwn ebeton nihh...aqualani direhatkan lagi oleh manager...
rehat terus pon tak pee...lucas kan ade...
adbrutals Post at 26-11-2009 11:57


lucas neh nk mkn penampor haku...cakap berdegar-degar habuk tarakk...
si beniteh pon punya laa bangang...patut si mamat yahudi tuh main tgh pon cun...lucas tolak bench...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 02:38 PM | Show all posts
team nie sbb injed jer.. kalo semua fit kopem jore punye ler wa cakap sama lu orang..

pak rafa is the best in the world hokey.. kalo liverfool sack die kopem Real Madras amik die next season...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 02:43 PM | Show all posts
mintak2...lwn ebeton nihh...aqualani direhatkan lagi oleh manager...
rehat terus pon tak pee...lucas kan ade...
adbrutals Post at 26-11-2009 11:57



beli mahal2 asyik rehat jer si aquaman nie.. bile nak main betul2 nie..

budak storm tu dah jdkan aquaman idola die tp sian die dah x muncul2 sejak akhir2 ini..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 02:59 PM | Show all posts
ckp ajer la ko rindu...

speku budak storm tu senang jer...

klau ade budak storm post ade la akukamudanstorm, klau akukamudanstorm post, ade la si storm tu...muahahaha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2009 06:59 PM | Show all posts
:@:@:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 09:50 PM | Show all posts
Kop masih perlukan Benitez.

LONDON - Tugas pengurus Liverpool, Rafa Benitez tidak diancam bahaya meskipun pasukan bimbingannya tersingkir daripada persaingan Liga Juara-Juara, menurut Pengarah Urusan kelab itu, Christian Purslow.

Pasukan juara Eropah lima kali itu mencatat kemenangan ke atas wakil Hungary, Debrecen 1-0, Selasa lalu dan ia adalah kemenangan pertama Liverpool dalam tempoh sebulan.

Meskipun berjaya mencipta kemenangan, ia masih belum mampu menghalang Liverpool daripada tersingkir buat pertama kali di peringkat kumpulan untuk tempoh enam musim di bawah kendalian Benitez.

Kelab ternama England itu tersingkir daripada persaingan Liga Juara-Juara setelah Fiorentina berjaya menundukkan Lyon dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E.

Ekoran kegagalan tersebut, Liverpool harus mengakhiri persaingan Liga Perdana England musim ini di tangga empat terbaik bagi melayakkan mereka beraksi dalam kejohanan sama, musim depan.

Menjelang pertemuan dengan rakan tetangga, Everton Ahad ini, The Reds kini menghuni tangga ketujuh Liga Perdana England dan ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu carta liga, Chelsea.

"Perkara utama pada masa ini adalah menduduki tempat empat pasukan terbaik bagi memastikan kami layak ke persaingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, musim depan.

"Kami harus menukar sasaran dan berfikir mengenai persaingan liga, selain menempatkan diri dalam empat pasukan terbaik. Selepas itu, barulah kami boleh memikirkan aksi di Liga Europa dan Piala FA," kata Benitez.

Sementara itu, Purslow berkata, Benitez tidak akan dikenakan tindakan pemecatan.

Jelasnya, jika kelab itu ingin mengambil tindakan tersebut ke atas Benitez, ia dijangka melibatkan kos sekitar AS$30 juta (RM101.6 juta).

"Rafa (Benitez) telah menandatangani perjanjian baru selama lima tahun. Dia telah pun bertugas selama empat bulan menerusi kontrak baru itu.

"Oleh itu, satu yang tidak wajar untuk membincangkan tindakan memecatnya. Dia kini tidak diancam dengan isu pemecatan.

"Kamu tidak boleh melencong daripada perancangan masa panjang untuk orang ramai dan cara beliau untuk membawa kelab ini ke peringkat seterusnya kerana dua gol lewat ketika menentang Lyon. Gol tersebut telah merosakkan perancangan kelab ini," kata Purslow, Selasa lalu.

Benitez berjaya membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara 2005 pada akhir musim pertamanya dengan kelab terkemuka tersebut. Selain itu, pengendali dari Sepanyol tersebut turut membawa Liverpool ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2007.

Kini misi Benitez adalah memperoleh tempat untuk persaingan Liga Europa, musim ini. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2009 09:54 PM | Show all posts
padan lah liverpool tak nak pecat rafa ni, rupa nya tak sanggup nak bayar ganti rugi us30 juta kalau pecat rafa ni..:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 09:54 PM | Show all posts
Padan muka Reds.

MANCHESTER: Ketua pasukan Manchester United, Gary Neville yang terkenal dengan sikap kurang ajar terhadap Liverpool, menyelar ‘The Reds’ dengan menyifatkan kelab itu wajar menerima nasib buruk yang mereka alami ketika ini.

Sebaik Liverpool tersingkir daripada Liga Juara-Juara, Neville tidak menunggu lama terus mengasah lidahnya untuk mengecam kelab bimbingan Rafa Benitez itu.

Neville berkata: “Sebagai satu pasukan, anda layak terima apa yang berlaku, tidakkah begitu?

“Kami berada di tempat yang kami selayaknya begitu juga Liverpool.

“Kami bangkit sendiri sejak beberapa tahun dahulu. Mereka hanya tidak dapat beraksi cemerlang dalam Liga Juara-Juara.”

United menderita dengan keputusan mengecewakan kalah 0-1 kepada Besiktas semalam. Dan Neville berkata: “Kami tidak gunakan peluang untuk menjaringkan gol dalam tempoh 95 minit permainan di Old Trafford.

“Kami cuma tidak berjaya melakukannya. Secara umumnya permainan baik.

“Macheda dan Welbeck melakukan dengan amat cemerlang pada separuh masa pertama dengan mencipta lebih banya peluang.

“Saya tidak fikir perlawanan ini terlalu besar untuk pemain muda. Secara keseluruhan saya anggap mereka menanganinya dengan cemerlang. Cuma kami perlukan jaringan pada perlawanan itu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 09:55 PM | Show all posts
mcm bagus sgt jer neville ni..{:3_81:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 03:03 PM | Show all posts
Benitez terus berdepan masalah.


POPULARITI Benitez kini semakin terjejas di Anfield selepas gagal membawa Liverpool ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

--------------------------------------------------------------------------------



LONDON - Rafael Benitez terus berdepan krisis dalaman.

Terbaru, ada khabar angin menyatakan pemainnya kurang gembira dengan 'suasana negatif' dalam bilik persalinan.

Krisis ini dipercayai berpunca daripada kegagalan mereka dalam kempen Liga Juara-Juara, namun difahamkan bahawa persekitaran negatif ini telah pun wujud sejak sekian lama.

Seorang ejen kepada salah seorang bintang Liverpool mula sedar tentang perubahan psikologi pemainnya, namun mendedahkan bahawa suasana dalam bilik persalinan di Anfield sudah lama menjadi isu sebelum ini.

"Suasana dalam pasukan ini semakin teruk," kata ejen tersebut.

"Ramai pemain kurang gembira."

Ditanya adakah pemain tersebut mahu meninggalkan kelab itu, dia menjawab: "Saya jamin ada beberapa pemain yang mahu berpindah sekarang, itu sudah pasti."

Dengan musim perpindahan Januari akan dibuka lima minggu lagi, mungkin inilah masanya pemain The Reds mengarahkan ejen-ejen mereka mencari peluang di kelab baru.

Tekanan kini mula dirasai oleh kelab Merseyside itu menjelang pertemuan dengan kelab jiran, Everton hari ini.

Liverpool bukan sahaja perlu menang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta liga tetapi kelab dari Anfield itu juga berdepan dengan reaksi negatif pemain-pemain mereka. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 03:44 PM | Show all posts
Benitez terbaik.

LIVERPOOL: Fernando Torres menegaskan tiada pengendali lebih baik berbanding Rafa Benitez (gambar) untuk membimbing Liverpool mencatat kejayaan.

Penyerang kelahiran Sepanyol berusia 25 tahun itu, tidak beraksi ketika skuad The Reds tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah, Rabu lalu.

Tetapi Torres yakin bahawa peluang masih terbuka untuknya kembali mencapai kecergasan terbaik.

Torres berkata: “Apabila kelab perlu mencapai prestasi terbaik, selalunya ia berjaya dicapai. Sudah tiba masanya untuk semua orang dalam kelab ini bersatu, bermula daripada pengurus hingga ke peringkat kakitangan bawahan.

“Apa yang paling penting, kami mahu menjadikan peminat setia, gembira dengan prestasi hebat dan keputusan yang baik.

“Kami perlu bersatu untuk menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tangga tertinggi. Saya yakin, kami bakal menamatkan musim ini dalam kelompok empat terbaik.

“Kami turut meletak keyakinan tinggi terhadap Piala FA dan Liga Europa,

yang kini menjadi sasaran kelab.

“Tiada siapa terfikir akan tersingkir daripada Liga Juara-Juara kerana kami membuktikan keupayaan kelab ini amat munasabah.

“Ini kejuaraan yang kami menangi pada 2005 dan pada 2007, kami melangkah ke final. Sejak saya menyertai kelab ini, kami berjaya melangkah ke separuh akhir dan suku akhir,” katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 03:47 PM | Show all posts
Bangkitlah: Mascherano.

Javier Mascherano

LONDON: Selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-juara Eropah, pengurus Liverpool, Rafael Benitez kini perlu menyiapkan pasukannya bagi menghadapi musuh setempat Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton, hari ini.

The Reds yang menduduki tangga kedua liga musim lalu, kini sekadar di tangga ketujuh selepas musim berlangsung hampir satu pertiga dan ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

“Kami sedar dalam saingan liga, kami perlu mula mencatat kemenangan sekarang kerana kami tidak berada dalam kelompok empat teratas,” kata pemain tengah Liverpool Javier Mascherano. “Ini agak janggal bagi kelab dan peminat kerana sejak empat tahun lalu kami sentiasa dalam kelompok itu - bersaing untuk kejuaraan liga atau Liga Juara-juara. Kami perlu menang semula untuk kembali ke keadaan itu.”


Sejak menewaskan Manchester United 2-0 pada 25 Oktober lalu, Liverpool masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam saingan liga. Everton juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan akhir-akhir ini, tewas 3-2 di tangan Hull pada Rabu menjadikan rekod setakat ini hanya satu kemenangan dari tujuh perlawanan.

Tumpuan perlawanan minggu ini tentunya milik Chelsea dan Arsenal yang berada di tangga ketiga dengan beza lapan mata. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2009 04:28 PM | Show all posts
ckp ajer la ko rindu...

speku budak storm tu senang jer...

klau ade budak storm post ade la akukamudanstorm, klau akukamudanstorm post, ade la si storm tu...muahahaha..
jAck666 Post at 26-11-2009 02:59 PM


xabes2 nk menjatuhkan waa...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2009 04:30 PM | Show all posts
mcm bagus sgt jer neville ni..{:3_81:}
along3746 Post at 27-11-2009 09:55 PM


ala... loudmouth kepten..
biasa laa...
cakap je lebih...
main macam taek jee....
dia igt dia boleh celen giggs kot...
tua2 dah p la pencen.. {:3_81:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2009 05:16 PM | Show all posts
Fernando Torres wanted by Manchester City's sheikhs - Liverpool fear losing their star striker to £50m swoop


The billionaire owners of Manchester City are to rock ailingLiverpool by launching an audacious £50million bid for star strikerFernando Torres.

City aim to use their financial muscle to force Liverpool to sell their prize asset and believe that if the troubledMerseyside club fail to qualify for next season's Champions League,they will find it hard to refuse a big offer.


citeh nk tambah koleksi streka..
tevez bleh aa duk bench..
adibahyoh ngan toreh jadik streka...

goyang la si rapa jendul bile dengar 50jhota tuu..
bleh aa wat beli player2 mcm ngok ngan lukas...
simpan wat anak ikan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 06:10 PM | Show all posts
toreh x guna asyik injed jer...

50 juta tu kasi up lagi ler pak rafa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2009 08:37 PM | Show all posts
1238# aimanutd

gile ko...
ngan sape abg G nk merembes kalo xde toreh??
lukas? ngog??


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 09:37 AM | Show all posts
Liverpool lega catat kemenangan

PEMAIN depan Liverpool, Dirk Kuyt (kiri) diasak oleh pemain, Everton, Diniyar Bilyaletdinov pada pertembungan Liga Perdana England di Goodison Park, semalam. Liverpool menang 2-0. – AFP

LONDON – Jaringan pada kedua-dua babak membawa Liverpool naik ke tangga kelima Liga Perdana England (EPL) selepas membenam Everton 2-0 di padang lawan, semalam.
Javier Mascherano memberi kelegaan buat pasukannya apabila rembatan deras pemain itu terkena kaki pertahanan Everton, Joseph Yobo menyebabkan bola tertampan ke gawang sendiri pada minit ke-12.
Dirk Kuyt melengkapkan hari ceria Liverpool dengan menjaringkan gol kedua apabila pantas menyambar bola yang ditepis oleh penjaga gol Everton, Tim Howard pada minit ke-80.
Everton berjaya meletakan bola ke dalam gawang Liverpool, tetapi ia dibatalkan kerana offsaid, juga diselamatkan daripada dibolosi dengan ketangkasan Pepe Reina.
Kemenangan itu membawa Liverpool ke tangga kelima liga dengan 23 mata, manakala Everton semakin menghampiri zon penyingkiran.
Terdahulu, jaringan awal Lee Bowyer memberikan Birmingham City kemenangan 1-0 ke atas ke atas kelab yang bergelut, Wolverhampton Wanderers pada perlawanan di Molineux.
Jaringan kelima Bowyer setakat ini menjadikan dia penjaring terbanyak pasukannya, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah Birmingham kepada lima perlawanan setakat ini.
Ia adalah pencapaian terbaik Alex McLeish yang menggantikan Steve Bruce dua tahun lalu. – Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.490407 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list