CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 4-12-2009 08:49 PM | Show all posts
aiyoooo,...nape benti lagi ni...smiley...jgnla seksa kami kat sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 09:15 PM | Show all posts
berbaloi baloi aku masok malam ni...tq smiley...:pompom:
wah hani...brown belt aikido ekkk...good for u..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 11:54 PM | Show all posts
wah.. berbaloi kiter masuk mlm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 09:43 AM | Show all posts
mmg berbaloi menunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 10:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 11:01 AM | Show all posts
next n3 please...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2009 05:18 PM | Show all posts
Mg esok ada n3 baru,
agak2 pelajar UDR terkejut dpt tahu
status baru Hani dgn. Nazrin..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 10:51 PM | Show all posts
takde lagi ker?
smiley...mana menghilang ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2009 11:52 PM | Show all posts
berbaloi-baloi menunggu...
thanks juna..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 02:14 AM | Show all posts
thanks smiley... best kali nih.. hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 09:34 AM | Show all posts
tbuai2 dahh ni....

kasi n3 cpt2 ekk smiley ....

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 01:10 PM | Show all posts
padan dengan muka shamil...kan dah kena dengan hani...hehehehe

nak lagi...nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 02:05 PM | Show all posts
x de lagi ke n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:30 AM | Show all posts
aduh..belum ada lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 08:40 AM | Show all posts
tuan rumah apa kata wat ending terus...
x delah kitaorg tertunggu2 n3nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 10:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 8-12-2009 10:41

ni dia endingnya

siksa betul smiley nak habiskan citer ni

.....................................................................................................................

6 bulan kemudian

“ Time’s up” tegas Dr Saw Yu Kim. Kesemua siswa tahun akhir fakulti business meletakkan pen. Gersikan kertas  memenuhi ruang. Kelegaan terpapar di wajah mereka. Dewan kuliah hingar bila masing masing menghantar kertas jawapan sambil berbual. Akhirnya, tamat sudah pengajian  di UDR selepas tiga tahun berhempas pulas.

Yeay! Yeay! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Hani menjerit dalam hati. Di rasakan terlalu pantas masa berlalu. Dari hari pertama dia menjejakkan kaki di UDR hingga hari ini, terlalu banyak peristiwa pahit manis di alami. Dari gadis remaja yang polos, kini dia bergelar isteri. Fullamak, siapa sangka.

“ Laju nya jalan. Nak pergi mana?”  Termengah mengah Izzah mengejar

“ Er… nak ke cafeteria. Lapar gila. Aku tak breakfast tadi. “ Hani menekan perut

“ Aku pun nak makan. Jom”  


Hani tersenyum hambar. Aku dah janji nak jumpa Nazrin sebenarnya. Lama wooo tak jumpa my darling hubby.

Sampai di cafeteria , Hani terus mencari tempat duduk. Beg sandang Converse di letak atas di meja. Nasi ayam dan sirap menjadi juadah tengahari. Mungkin ini kali terakhir makan kat cafeteria. Rasa sedih pula.

“ Lepas ni kita tak dapat lah makan ayam pencen lagi. “ Hani mencarik daging yang liat dengan garfu.

“ Aku ingat nak sambung buat MBA di sini. Tengoklah, kalau  dapat sponsor.” Kata Izzah. “ Apa plan kau?”

“ Cari kerja” jawab Hani pendek. Nak cari kerja di sekitar Tanjung Malim agak susah. Kalau aku kerja di KL tak sanggup la pula nak jadi weekend wife. Hani menghirup sup sambil bersoal jawab dalam minda.

“ Pukul berapa kau  balik?”

“ Petang sikit kot.  Aku tak habis pack barang lagi. Aina pun balik lambat jadi aku ada geng.

“ Aku pun balik petang. Ada meeting dengan AJK Surau lepas Asar. Nak  buat handover.”

“ Kalau kau nak aku hantar….”

Belum sempat Hani menghabiskan ayat, Izzah memintas dengan suara yang nyaring

“ Eh… tengok siapa tu. Encik Nazrin lah” Dia melambai riang. “ Still as charismatic as ever.”

Hani yang mengunyah nasi ayam hampir tersedak. Sebelum semester bermula, dia dengan Nazrin sudah sepakat. Kalau ada orang tanya , cakap terus terang. Tapi tak ada siapa yang tanya, takkan aku nak tergedik gedik heboh keliling kampus yang aku dah kahwin dengan Nazrin.

Nazrin tersenyum. La la la la… Gumbiranya dapat berjumpa Hani. Sudah dua minggu tak bersua. Uh oh.. Si Izzah Ustazah Terlampau tu pun ada.

“ Eh, janganlah kacau dia. Mesti dia penat.” Selar Hani. Semester ini Nazrin tidak mengajar di UDR sebab menerima tawaran menjadi pensyarah jemputan di INCEIF, subsidiari Bank Negara yang mengendalikan kursus Kewangan Islam. Dekan yang menyarankan Nazrin menerima jawatan itu. Terpaksalah  mereka berpisah. Hai… rindu nya tak terkata! Merana  aku… uhuk ..uhuk.

“ Kalau dia penat takkanlah dia datang sini. Aku bukan nak kacau. Just nak tanya khabar saja. Nanti dah tak boleh jumpa. Tapi kalau aku buat MBA kat sini, ada peluanglah.” Izzah tersengih lebar. Wajahnya berseri bila bersua pensyarah kesayangan. Hani menjulingkan mata. Over betul makcik ni. Macam mana lah reaksi nya kalau dia tahu Nazrin dah kahwin. Dengan aku pula tu.

“ Assalamualaikum Encik Nazrin. How are you?” laung Izzah. Kerusi di sebelah di tarik.

Kenapa lah si Izzah ni menyibuk? Dah lah menyibuk, memekak pula.  Nazrin terpaksa memperlahankan langkah. Kalau nak ikutkan hati ingin saja dia berlari. Tak sabar rasanya nak peluk bini aku.  Lepas ni aku tak akan terima mana mana offer kalau terpaksa berpisah dengan bini aku yang comel lote ni. Hatinya selalu di pagut risau bila jauh dari Hani. Takut Hani di kacau kumbang kumbang UDR,

“ Apa khabar? Dah habis finals? How was it?” Nazrin menarik kerusi dari meja sebelah dan terus duduk di sebelah Hani. Kakinya di lunjur. Letih memandu dari KL.

Hani membiarkan Izzah jadi jurucakap.” Baru saja habis . Cik Nazrin baru sampai ke kampus? Rindu juga kat kita ya? You nak makan? I belanja.” Izzah memandang Nazrin tak berkelip.  Hani menjeling tajam. Eeeee…. Izzah ni memanglah.

Nazrin tergelak dalam hati. Sentap nampak. Padan muka Hani. Mesti dia tak beritahu Izzah yang kita dah kahwin. Tak ramai yang tahu tentang perkahwinan mereka. Bagus juga. Pasti ramai  yang tak puas hati dan cemburu kalau mereka tahu, lebih lagi kalau Hani dapat gred tinggi. Memang begitu lumrah manusia. Sebab itulah Nazrin rela berjauhan semester ini.

“ No  thank you. Saya dah makan on the way back from KL”  jawab Nazrin sambil merungkai tali leher. Hani  menyua tangan untuk membantu. Reflex action. ..oooppss! Nasib baik teringat mereka di khalayak ramai. Terpaksa pura pura  mengibas lalat.

“ How was your attachment kat INCEIF? Rasanya you lah lecturer pertama dari sini yang dapat that post. I’m so impressed.” Puji Izzah

“ It was good. Very challenging. Kebanyakan students lagi tua dari saya and ada work experience.Tapi I miss my wife”

“ Ha?” Izzah tergamam. Rahangnya terbuka luas.  Hani memandang dengan saspen. Nazrin mengetap mulut menahan tawa.

“ Betul kah? Encik Nazrin dah kahwin? Bila? Kenapa kahwin awal sangat?” Bertubi tubi soalan Izzah. Kalah Tok Kadi. Kecewa betul nampaknya.

“ Saya kahwin bulan Mei. Taklah awal sangat. Saya dah 28, bukannya muda lagi. Lagipun jodoh dah sampai. Anyway, aren’t you going to congratulate me?”  Izzah masih dalam mode terkejut. Minah ni biar betul, detik hati Nazrin. Frust betul gayanya.  

“ Congratulations. Saya harap rumahtangga Encik Nazrin bahagia sampai ke anak cucu. “ Sampuk Hani dengan bersahaja.

Nazrin memandang redup pada Hani. Buat lawak pula si Hani. Ni memang nak kena…

“ I hope so too. Hani, isteri saya sebiji macam awak. Bila saya tengok muka awak hilang rindu saya. “ balas Nazrin. Matanya redup memandang Hani yang mula merona wajahnya.

“ Your wife orang mana? Kerja kat mana? Mana you jumpa dia?” Izzah menyoal dengan nada tak puas hati.  Macam manalah rupa  bini dia? Bertuahnya perempuan yang bergelar isteri pada Nazrin.

“ Dia belum kerja. Asal dari Kedah. I jumpa dia di Ulu Langat.” Nazrin mengenyit mata pada Hani. “ Ladies,I’ve got to go. I kena jumpa Dekan before lunch.”

Sebaik Nazrin berlalu, Hani menarik nafas. Macam mana aku nak bagi tahu Izzah? Dapat kah dia terima berita ini? Janganlah aku hilang kawan. Hani berdehem.

“ Izzah. Aku nak cakap something. Jangan marah tau. Selama ni aku memang nak bagi tahu engkau. Actually, aku lah isteri Nazrin” Suaranya di perlahankan.

“ Ha ha ha. Lawak antarabangsa betul. Perasan sungguh lah kau ni.” Izzah ketawa berdekah dekah. “Ok , kalau camtu, kau first wife, aku 2nd wife. Dina 3rd wife. Kita madu tiga. Tapi dalam angan angan sajalah. “

Hish… merapu pula dia. Hani menjungkit bahu. Gasaklah kau nak percaya ke tak. Ada aku kisah? Janji aku dah berterus terang.


………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2009 10:15 AM | Show all posts
Selesai berpamitan dengan Aina yang di jemput boyfriend terkini, Wan Aiman, Hani membawa beg pakaian ke keretanya. Nasib baik dapat duit pusaka Abah dari Uncle Marzuki. Senang sikit aku nak ke mana mana.

Sambil berjalan ke tempat parkir, Hani mengulum senyum. Seronoknya! Dapat aku menjadi suri rumah sepenuh masa buat seketika sebelum dapat kerja. Tak payah bebankan kepala dengan teori teori pengurusan dan kewangan lagi. Tapi kena belajar masak lasagne, shepherd’s pie, gulai tempoyak ikan patin, ayam percik, tepung talam dan moist chocolate cake. Semua makanan kesukaan Nazrin. Pelik betul selera. Kombinasi  Matsalih celup masuk kampong.

“ Senyum sorang sorang tu makruh.” Hani menoleh.

“ Bagi I angkat beg you. Apa pasal  Hani tak call? Boleh Abang tunggu kat hostel.”

“ Tak payahlah. Bukannya jauh sangat. Abang dah habis meeting? “

“ There’s another one kejap lagi. Nak buat schedule untuk semester depan. Hani balik dulu. Jangan melencong mana mana tau” Nazrin menggoyangkan jari telunjuk.

Eleh, nak tunjuk macho lah tu. Hani tersengih. “ Okay, takde hal. Kalau tak ada lauk kat rumah, malam ni kita makan nasi dengan kicap.”

“Tak apa. Malam ni kita makan kat luar.  Janji Hani ada rumah masa Abang balik. Dah lama Abang tak spend time dengan Hani.”

Bait bait perbualan mereka di tangkap oleh beberapa pelajar yang berlegar. Masing masing memasang telinga. Apa hubungan Hani dengan Encik Nazrin? Tak mungkin abang- adik. Adakah mereka laki bini???? Wah, pandai nya mereka simpan rahsia.  
………………………………………………………………………………..


Dia memandu Myvi kelabu ke arah Taman Sri Pinang dan memakir kereta di  depan rumah teres dua tingkat. Sengaja Nazrin menyewa luar kampus supaya lebih privasi. Lagipun dia tak mengajar di UDR semester ini.

Hani menanggalkan tudung dan sweater. Dia terus ke dapur untuk menyediakan minuman petang. Seronok ada rumah sendiri walaupun aku jarang balik. Peti ais kosong, bahan untuk buat kuih pun tak ada. Cuma tepung yang tinggal. Buat cucur bawang sajalah untuk juadah petang.  Selesai menggoreng, badannya di regang sambil menguap. Sudah beberapa malam dia kurang tidur sebab mentelaah buku. Hari ni  nak kadho tidur puas puas.

Mana Nazrin ni? Masih tak habis meeting lagi ke? Tadi beria sangat suruh aku balik cepat, getus Hani. Laptopnya di pasang di meja kopi ruang tamu.  Facebook dan E! channel di layan sekaligus. Balas dendam konon tapi matanya makin berat. Sofa kulit depan TV asyik menyeru namanya.

Sebaik meletakkan kepala, matanya terus lelap. Tak sampai beberapa minit, kedengaran pintu depan di ketuk. Siapa pula yang datang? Takkan Nazrin tertinggal kunci. Hani terus bangun. Pintu di kuak. MAKKKK! Dadanya berdegup kencang. Seorang wanita berjubah hitam dan bertudung berdiri dengan muka berparut. Tidak, tak mungkin dia masih hidup.

Fifi senyum. Wajahnya menakutkan. Hani cuba mengalih pandangan tapi tak mampu. Lututnya menggigil. Where is Nazrin when I need him?

“ Assalamualaikum” Aik, hantu pun bagi salam?

“ I datang nak jumpa Nazrin”

“ Dia tak ada.” Suara Hani menggigil

“ You tak jemput I masuk Hani? I nak tunggu Nazrin”

“ Kenapa you nak jumpa dia?”

“ Ada lah. I nak ajak dia keluar. I nak introduce dia kat kawan I.“

“You tak boleh keluar dengan dia. Dia husband I. Macam mana you tahu ini rumah Nazrin? Macam mana you datang?“

“ Kawan I yang bawa. Itu dia” Fifi menunjuk ke kereta Kancil putih. Izzah melambai dari kerusi pemandu. Mata Hani terbeliak.

“  Kenapa ni? Aku tak faham” jerit Hani “ Takkan Fifi masih hidup? Macam mana Izzah kenal Fifi?”

“ Kami kawan baik. I nak dia kahwin dengan Nazrin kalau I tak ada”

“ TAK BOLEH!  PERGI… . Keluar dari rumah I” jerit Hani

“ I tak peduli. I nak tunggu Nazrin” Fifi memegang bahu Hani dan menggoncangnya.

“ Jangan pegang I. Pergi! GET LOST!” jerit Hani. Dia mengerah tenaga. Dush! Tendangan tepat pada kaki Fifi

“ Aduh! Hani… Hani..!” Nazrin mengurut pehanya dengan sebelah tangan. Tangan yang lagi satu memegang bahu Hani. Memang gangster lah budak ni. Mimpi masuk kejohanan Aikido kah?

Ya Allah , aku mengigau rupanya. Dia beristighfar tiga kali dan meraup muka. Pipinya basah. Dadanya masih berombak. Sedar sedar tubuhnya di dalam pelukan Nazrin.

“ Its okay baby. Its okay. I’m here with you.” Kepala Hani di usap lembut.

Hani cuba bernafas dengan tenang. “ It was so scary. I mimpi Fifi datang. Dia pakai jubah dengan tudung hitam. Dia nak jumpa Abang. Izzah yang hantar dia ke sini. Fifi kata kalau dia tak ada, dia nak Izzah kahwin dengan Abang.”

“ Yup, that is scary. Fifi ni pun satu. Carilah yang cun sikit untuk Abang.“  Nazrin berlelucon. Tawanya terletus.

“ Eee… Gatal! Benci lah. “ Cubitan hinggap di perut Nazrin. Kedua belah tangan Hani di tangkap. Matanya tunak memandang Hani yang ber baby T dan low waisted jeans.

“ You look so sexy.” Suaranya garau “ Jom naik atas”

Alamak.. jantungnya ber caklempong. Entah kenapa rasa segan masih menebal. Mungkin sebab jarang jumpa kot.

“ Er… Abang tak nak minum teh ? I buat cucur. Makanlah dulu.”

“ Sayang, Abang dah makan, dah minum, dah gosok gigi , dah mandi. Hani tidur lama tau.”

Hani mengilas pandang pada jam tangannya. A’ah lah. Dah pukul 6 lebih.  Patutlah sempat mengigau. Kepala di garu.

“ No more excuses, sayang.” Nazrin membaca fikirannya. “ Naik cepat. Abang nak ambil barang dari kereta kejap.”

“ Abang… kita pergi beli groceries dulu. Nanti kedai tutup. Fridge dah …”

“ Cepat! Nak kena geletek?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 10:24 AM | Show all posts
Hani mengheret tubuhnya naik ke atas.  Bau wangi menyapa hidung. Apa benda ni? Hani teringat cerita orang tua tua pasal rumah yang di tinggal kosong.  Bulu roma nya berdiri. Nak masuk ke tidak? Kot kot ada “penunggu”.Baca Bismillah dulu. Pintu di kuak sedikit.

Walauwei! Katil bercadar krim di taburi kelopak  mawar merah . Di atas meja solek vase kristal di isi berdozen bunga mawar pink, putih dan merah. Scented candle yang di nyalakan mengeluarkan aroma lavender yang menenangkan. Lagu My Baby You berkumandang dari speaker MP3. Hani terkedu.macam peserta Deko Bersama Eric bila  melihat rumah di makeover.

“ Like it?” bisik Nazrin sambil memeluk isterinya dari belakang. Hani mengangguk. Terharunya…

“Abang buat semua ni? Bila? “

“ Masa you tertidur tadi. My welcome home present for you. ”  bisik Nazrin. Pelukannya makin erat.  

Terasa bagai di awang awangan. Romantiknya pakcik ni. Macam dalam movie.  Pelukan hero di balas. Bau cologne Armani Code dari dan kemeja Nazrin yang tak berbutang membuat Hani lemah lutut.
“ And this is for you. For us” Nazrin menghulur sampul surat  berisi tebal.

“ Apa ni? “ Sampul di carik. Tak sabar Hani. Apa pula surprise Nazrin kali ni? My darling ni full of surprises. Jangan dia surprise aku dengan surat nikah dengan perempuan lain sudah.

Isinya di teliti. Ya Allah, kau kabulkan juga doa aku. Alhamdulilah!

“  Thanks… “ Hani hampir tak terkata.

“ Abang dah lama nak pergi umrah. Mama, Papa dengan Nadia pun ikut sekali. “

Hani tersenyum dari telinga ke telinga. “ Bestnya. Tak sabar Hani nak pergi. Thanks so much. Love you, love you, love you.” Kucupan Hani singgah di pipinya.

“ Kiss saja tak cukup.” Nazrin menjeling nakal.  Tangannya mengusap pinggang Hani yang terdedah di antara t shirt dan jeansnya.

“ Rampingnya pinggang”

“ Eeee.. geli ” Hani menepis jari Nazrin. “ Pinggang I sama saja. macam dulu. 24 inci”

“ Kita bagi besar sikit lah” Nazrin  mengulum senyuman nakal.

“ Apa pasal pula? I kurus sangat kah?”

“ Tak, you are just perfect. From head to toe. Tapi I tengah berkias lah sayang. Mama dengan Papa nak cucu  ”

“ Oh… Faham ..faham.  Okay, whatever you want”  bisik Hani ke telinga Nazrin

Jantung mereka berdegup ritma yang sama, nafas kencang  bersatu dan bibir  bertemu dalam paduan cinta yang luhur.

Terimakasih  Tok Putih dan Tok Yam.

…………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 10:25 AM | Show all posts
dah abis ke ni abang arjun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 10:30 AM | Show all posts
TAMAT sudah
....................................

Harap semua enjoy karya yang tak seberapa ni. Maaf kalau ada terkasar bahasa.Thanks sbb sudi membaca dan memberi komen & galakan.

Sori sebab lama sangat nak sambung. Banyak perkara yang tak dapat di elakkan. lagi satu citer ni payah sikit nak habis sebab idea original sudah tukar. So kena modify lah sana sini.

Hingga jumpa lagi
smiley heart uols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.068235 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list