|
[LUBUK KREDIT] BORAK IKON V48 SAMBIL BERMADAH PUJANGGA CINTA
[Copy link]
|
|
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
|
|
|
|
|
|
|
|
Cinta,jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
|
|
|
|
|
|
|
|
CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan Tuhan.
|
|
|
|
|
|
|
|
SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat. |
|
|
|
|
|
|
|
ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bersenang-senang. Kadang-kadang ia adalah satu pelarian dari memikirkan terlalu banyak masalah.
Anda mungkin mempunyai semua hal di dunia, tetapi tanpa cinta, anda sebenarnya tiada apa-apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta! |
|
|
|
|
|
|
|
Jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jangan jatuh terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan cinta, yang tidak akan bertahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta pertama selalu yang paling manis, tapi luka pertama selalu yang terdalam. -Jasper Forde
Jika seseorang tidak dapat menerima anda dalam keadaan anda yang terburuk, mereka tidak layak mendapat anda dalam keadaan anda yang terbaik! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|