CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 11-4-2012 12:00 PM | Show all posts
akak dah baca adifrs, aka x berani nak kata best ke x sbb lbh kepada dunia atau diari si wawa ka ...
fatehana Post at 10-4-2012 01:17 PM



    ooo...okay...mekasih kak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2012 11:56 PM | Show all posts
dah abes baca : mr right buat ann - ruby hazri
antara 2.9 - 3 bintang

permulaan bacaan agak perlahan dan bosan, tapi boleh layan apabila hanif pergi kerja ke dubai...bermulanya pencarian jodoh buat ann oleh orang sekeliling dia.

ann dan hanif, berkawan lama dari zaman uni..bila dah masuk umur 28tahun org sekeliling ann bising2 bila si ann ni nak kawen..ann tunggu si hanif ni masuk meminang tapi hanif ni masih belum mampu...akhirnya hanif ambil keputusan pergi bekerja di dubai dan buat perjanjian dgn ann akan masuk meminang ann bila umur 30...tapi malangnya hanif terlupa dgn janjinya..

bermulalah pencarian jodoh oleh org sekeliling ann...dari mak cik jiran kampung hingga kepada sepupu ann, semuanya tolong mencarikan jodoh untuk ann..tambah dgn rakan sekerja ann yg asik carik gadu tapi rupanya ada hati dgn ann...dalam masa yg sama, ann selalu terserempak dgn arman dimana-mana.

novel ni hendaklah dibaca dengan teliti, sebab permulaan bab baru tak menceritakan kesinambungan bab sebelumnya..cerita benda lain kendian baru ulas balik cerita dr bab lama..tu kenkadang buat den konpius sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2012 12:16 AM | Show all posts
oh lupa, ada cameo si nik dan murugam (KSSB) dalam novel mr right buat ann
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 02:18 PM | Show all posts
Reply 1179# fatehana


Saya pun dah baca  - sesuai buat hadiah untuk pasangan pengantin baru
kisah wawa yg tak berapa nak pandai memasak.......
byk resepi  - resepi org Singapore......
dah cuba satu resepi dlm tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2012 06:34 PM | Show all posts
seadanya kamu - iman xara
3.2 bintang

secara keseluruhan, ini adalah karya terbaik iman xara. karya beliau terdahulu agak kurang sikit bagi ku. cuma karya ni ku rasa lebih bercerita mengenai pasangan suami isteri zulfa dan aswad berbanding julia (seperti yang ditulis dalam sinop)

tema karya ini mengisahkan mengenail anak. zulfa dan aswad (pernah muncul dalam karya iman xara terdahulu) ialah pasangan suami isteri yang telah lama berkahwen tapi masih tidak dikurniakan anak. jadi mereka bercadang untuk mengambil anak angkat.

julia pula merupakan anak orang senang yang masih menuntut di universiti. disebabkan dendam rakan serumah, hidup julia hancur apabila dia disahkan mengandung. julia dimasukkan ke rumah pelindung sehingga dia melahirkan anaknya.

dijadikan cerita, anak julia menjadi anak angkat kepada pasangan zulfa dan aswad. mereka berdua gembira dengan kehadiran anak tersebut. tapi layanan zulfa terhadap anak angkatnya berubah setelah dia disahkan mengandung.

julia pula menyambung pelajaran dia di tempat baru selepas berpantang. firas, pemuda yang menyukai julia sejak hari pertama meluahkan perasaan dia tapi julia sedar siapa dirinya yg sebenar...

pengakhirkan yang gembira buat zulfa dan julia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 12:22 PM | Show all posts
Reply  fatehana


Saya pun dah baca  - sesuai buat hadiah untuk pasangan pengantin baru
kisa ...
qimi08 Post at 13-4-2012 14:18


resepi yg mana tue
ana pun cuba gak resepi mak ngah tue serta gunakan petua yg diberi, alhamdulillah mmg terbaik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2012 12:02 AM | Show all posts
Reply 1186# fatehana


resepi tu mudah je tapi memang x pernah buat dan x pernah makan
selalu buat pajeri je. he he he he he masakan yg wawa buat x jadi tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:35 AM | Show all posts


Kisah mereka yang bekerja di Istana Seri Gemilang.


Ilham, Ketua Pengarah Kediaman Aris merangkap pembantu peribadi serta kawan baik pada Tengku Aris, bakal Raja Muda. Sikapnya yang dingin dan tegas memang sering menjadi bual bicara semua pekerja di Kediaman Aris. Tapi semuanya kerana perginya Orked dalam hidup Ilham. Walaupun 3 tahun Orked telah pergi, namun bagi Ilham, wanita itu masih tetap kemas berada dalam hatinya.


Suria, dayang istana yang datang dari Cameron Highlands bagi mencapai tujuannya untuk merasa sendiri bagaimana kehidupan di istana. Penyakit gagap yang dihadapi olehnya bukanlah perkara yang agak serius, tetapi bila berada dalam kedaan terkejut dan kelam kabut, dia sendiri tidak mampu untuk mengawal perasaan gagapnya.


Munculnya Suria membuka buku baru Ilham-Suria dan tertutupnya kisah Ilham-Orked. Bagi Ilham, Suria lain daripada wanita yang dikenali selama ini selain Orked kerana Suria sentiasa menjadi dirinya sendiri tanpa perlu berpura-pura. Kematian ayah dan ibu Suria akibat perbuatan khianat menyebabkan Suria diburu oleh mereka yang ingin mendapatkan sesuatu yang berharga yang ada padanya. Apa dan kenapa Suria sendiri tidak tahu sebabnya. Ilham yang merasakan Suria berada dalam keadaan bahaya, sering menjadi pelindung kerana bagi Ilham, Suria yang telah bertakhta dalam dirinya adalah tanggungjawabnya dan dia perlu memastikan apa sahaja bahaya yang datang, Suria perlu dilindungi.


Siapa sangka bila orang yang paling Suria percaya selama ini adalah orang yang telah membunuh ibu dan ayahnya. Kerana tamak, manusia sanggup lakukan apa sahaja. Ilham pula terus menyatakan isi hatinya yang selama ini mencintai Suria. Suria juga mempunyai rasa yang sama tetapi dia ada impiannya sendiri yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Tempoh 12 bulan, janji antara Ilham dan Suria untuk meneruskan cinta mereka menjadi tanda tanya bila pertemuaan mereka semula menyebabkan Suria tahu yang Ilham akan berkahwin lagi 2 bulan. Dengan siapa Ilham akan berkahwin? Kenapa Ilham mungkir janji? Suria atau Ilham yang bersalah? Semua ada dalam Jula Juli Bintang Tujuh


Novel pertama Adileah yang aku baca. Secara jujurnya, aku boleh ikut jalan cerita, watak dan suasana yang ada dalam novel nie. Dan buat aku teruja untuk ke Cameron Highlands sebab nak rasa sendiri macam mana damainya Suria bila dia berada di sana. Cuma sikit dari komen daripada aku, walaupun cerita nie ada gembiranya, ada sedihnya, ada keadaan mendebarkan, rasa tu macam tak sampai dalam hati aku. Bukanlah kata aku nie nak feel gila-gila kan. Nama pun pendapat aku. So, tu lah yang aku rasa. Ada rasa tu, tapi macam tak sampai pada hati aku. Tapi, tapi, tapi. Aku tetap dapat abiskan ok. Maknanya aku masih boleh layan cerita Adileah nie.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 09:48 AM | Show all posts
Reply 1188# honey_d7881


    aku baca buku ni amik mase lebih 3 minggu...
siap stop jap naik cameron pastu balik umah sambung balik...
ok la...boleh masuk ngn aku....kalo x asik kawen paksa je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 10:33 AM | Show all posts
td dah nampak 3 buah novel umum utk mei dan pesta buku nnt...
xde novel nasz pon...kuciwaaaaaaaa
lama lg kena tunggu nih....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 10:47 AM | Show all posts


Novel Umum Mei 2012: Velvet di Durham ~ Aishah Madadiy

Penulis:Aishah Madadiy
ISBN: 978-967-5118-83-8
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Mei 2012


Dia melihat indahnya langit di atas, terangnya dengan cahaya, gemerlapan dengan kerlipan. Begitu pun dia menikmati keajaiban rasa, bumi yang dipijak ini lebih nikmatnya.
Dia telah berpijak dengan kaki, berasa dengan deria, hidup menimba pengalaman di sini.

Dia itu Fid.
Fid itu Velvet.


Fid kehilangan keluarga. Emosinya bercelaru. Fid telah sugul dan ‘mati’… sehinggalah, dia menerima sebuah hadiah, yang telah mengubah persepsinya terhadap kehidupan.


Dari Cardiff, Fid Si Gadis Melayu yang penuh 'misteri' ini membawa diri ke Durham…


Di Durham, Aiden hadir mewarnai hari dengan idea dan falsafah. “You’re insane, Fid!”
Alif muncul dengan senyuman terapi yang membahagiakan. “Just pay me a smile...”
Mahdi masih dengan ukhuwah yang berpanjangan. “Mungkin lebih baik kalau ada seseorang di sisi Fid...”


Dapatkah Fid mencari jawapan kepada makna sebuah kehidupan? Jiwa? Persahabatan? Cinta? Impian? Cita-cita?

‘Credo Ergo Possum!’ dan langkah diteruskan…


***

AISHAH MADADIY, anak muda yang bijak menyusun kata dalam menyampaikan ilmu dan pemikiran dalam Velvet di Durham dan bijak juga menyelitkan babak-babak manis yang menyentuh hati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 10:55 AM | Show all posts
Reply 1189# duku


    wah, sampai ke cameron, menghayati cerita namanya tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 11:46 AM | Show all posts
Reply 1192# sapp73


    nasib baik dekat...kalo dia cite suasana london...mampus nk kumpul duit g sane.....hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 11:49 AM | Show all posts
Reply  honey_d7881


    aku baca buku ni amik mase lebih 3 minggu...
siap stop jap naik camero ...
duku Post at 17-4-2012 09:48


Aku baik sikitlah dr ko. Jumaat malam aku baca, Ahad settle. Lama jugak lah kot. Kalau ikut best, mau semalam jer abis. Hehehe... Oklah citer dia. Memang lain dr yg lain. Cuma yg kurang2 tu next time mungkin blh upkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 11:52 AM | Show all posts
td dah nampak 3 buah novel umum utk mei dan pesta buku nnt...
xde novel nasz pon...kuciwaaaaaaaa{:m ...
adalia Post at 17-4-2012 10:33


Aku pun lama tunggu buku dia nie. Rasanya lambat lagi kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 11:55 AM | Show all posts
Reply  sapp73


    nasib baik dekat...kalo dia cite suasana london...mampus nk kumpul duit g sa ...
duku Post at 17-4-2012 11:46


Ko naik CH semata2 citer Jula Juli ker? Hehehe... Aku nie pun sibuk ajak kengkawan aku naik CH ujung bulan nie. Sibuk jugak nak bunga ros banyak2. Hahaha... Pengaruh novel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 01:06 PM | Show all posts
Reply 1196# honey_d7881


    g sane x de ler semata2 pasal novel nie....saje2 nk naik sane bawak anak aku yg asik membebel nk g sane...
tak bnyk pn bunga ros kt sane...sayur je berlambak....

skrg mood membaca mcm dah ilang lak......beli novel kang 2 3 minggu baru nk abis....
mcm mane best pn dah tak teruja nk membaca....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 01:40 PM | Show all posts
Reply 1195# honey_d7881


    kuciwaaa sgt sbb ari tu diorg ckp dlm masa terdekat ni nak kluar lazuardi..
    xtau ler kot2 JS nak wat surprise nnt
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 04:29 PM | Show all posts
Reply  honey_d7881


    kuciwaaa sgt sbb ari tu diorg ckp dlm masa terdekat ni nak kluar lazuar ...
adalia Post at 17-4-2012 13:40


Surprise heh? Agak2 diarg nak buat mcm tu ker?
Aku pun tak sabar. Nak tau sangat2 apa jadi kat Anaz ngan Shark. Rasa2 bulan 6 nanti kot. Agaknya kot....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 04:32 PM | Show all posts
Reply  honey_d7881


    g sane x de ler semata2 pasal novel nie....saje2 nk naik sane bawak ana ...
duku Post at 17-4-2012 13:06


samalah ngan aku skrang nie. maybe aku 'stress' sikit ngan keje yg makin berlambak. pandang sepi jek buku2 yang dah lama beli tapi tak baca. kalau ko nak tau, tuk Pesta Buku jer nanti aku dah ader list 20 buah buku. time list ari tu mcm excited giler. tapi la nie, rasa mcm kena cantas mana tak penting dulu kot. takut beli nanti, bacanya tak tau taun bila. Huhuhuhu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066755 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list