CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 3-12-2009 01:35 PM | Show all posts
kami tunggu....., jgn lama2 yer..................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 03:02 PM | Show all posts
bestnya..

congrats to Hani & Ajin..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 05:57 PM | Show all posts
dah berpeluh ketian menunggu ni juna....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:30 AM | Show all posts
dlm ktaksabaran duk mnunggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 08:40 AM | Show all posts
betullah ckp org penantian satu penyeksaan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 10:44 AM | Show all posts
mananye..............................................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2009 12:23 PM | Show all posts
Smiley....mana menghilang coti balik kg ke? he he he
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 01:43 PM | Show all posts
saje je si nazrin nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 01:44 PM | Show all posts
nak n3 lagik ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 01:49 PM | Show all posts
Smiley....mana menghilang coti balik kg ke? he he he
qimi08 Post at 4-12-2009 12:23


hehehe... cik kak kita pun dah jadi x sabar jugak ya.....
sabar menunggu setia menanti.....
smiley yg next tu bukan final episode kan????
harap2 pjg lagi sbb Hani lum graduate n nak gi US honeymoon lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 02:18 PM | Show all posts
mana sambungnya nieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 03:04 PM | Show all posts
xder n3 lg ker?
lama lg ker kena tunggu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 03:08 PM | Show all posts
xsabar nie nk tahu apa dah terjadi kat hani....n3 pls....pls...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 04:15 PM | Show all posts
lama tak masuk forum...best giler....sampai Hani ngan Nazrin pun dah kawin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 07:22 PM | Show all posts
sori everibodi
banyak kerja sangat sangat
ni dia sambungan sket.... spesel utk kawan2 yang tanya apa jadi kat Shamil
............................................................................................................

Hani mengamati resepi Blueberry Cheescake yang di download dari internet semalam. Nampak macam senang. Sanggup aku bergagah mencari ramuan nak buat dessert kesukaan Nazrin. Bukan senang nak cari Philadelphia Cream Cheese kat Ulu Langat. Nasib baik Acik Mah simpan stok dalam peti ais.

Biskut digestives di ramas  dan di gaul dengan mentega. Bakar 10 minit. Bismillahirohmanirrahim. Janganlah kau hangus. Pintu ketuhar di tutup dan timer di mulakan.

“ Buat apa tu?” Nazrin memaut bahu isterinya seraya membuat Hani tersentak.

“ Adalah. Tak boleh cakap. Surprise. You nak pergi KL dah?”

Nazrin memakai kemeja putih dengan jalur kelabu halus di padankan dengan seluar biru gelap. Tie biru cair di biar tergantung di leher tanpa di ikat. Very smart. Patutlah ramai yang jatuh hati kat hubby aku ni.

“ Siapa nak pergi KL?”  Isteri aku ni … slow learner betul. Satu hari okay, esoknya lupa pula.

“ Eh.. er.. Abang nak pergi KL?” Cepat Hani perbetulkan sambil menepuk dahi. Lupa pula. Janganlah kena denda. Denda Nazrin ialah geletek. Sesak nafas aku di buatnya.

Cuupppp! Ciuman hinggap di pipi Hani. “ Pandai pun.”

“ Oi! Malu lah kalau orang nampak.” Mata Hani meliar sekeliling.

“ Abang dah check. The coast is clear. Acik Mah pergi Pasar Tani dengan Pak Samad. Anyway, apa nak malu. Kita kan husband and wife ”

“ Ya lah. Abang memang tak tau malu” gumamnya rendah.

“I heard that. Geletek karang.” Nazrin mengacah. Hani melangkah beberapa tapak kebelakang.

“ Janganlah” jeritnya.

“  You’re lucky this time. I have to go. Ikatkan tie Abang, please”

“ Alaa.. Hani ikat tak cantiklah. Dah lama tak ikat. The last time masa kat sekolah.” Omel Hani sambil tangannya terkial kial membuat simpulan. Tambahan pula minyak wangi Armani yang musky membuat naluri perempuannya goyah.

“ Tak kisah. First time pakai tie sejak kita kahwin, Abang saja nak rasa macam mana kalau isteri Abang yang ikatkan.”  Nazrin merapikan ikatan yang di buat Hani. “Best kan, kalau setiap pagi you ikat untuk I. Tapi kat UDR nanti , you tak nak duduk dengan I”

“Bukan Hani tak nak, tapi susahlah.” Hani mengerutkan dahi sambil membetulkan kolar Nazrin. Banyak masaalah nanti. Apartmen untuk lecturers dan staff jauh dari dewan kuliah dan library. Lagipun susah kalau nak buat group study atau discussion dengan kawan kawan waktu malam.

“ Tak apalah. I’ll look forward to the weekends and holidays. Sayang, Abang pergi dulu. I hate to leave you tapi terpaksa sebab dah buat appointment dengan IBFIM sebulan dulu. I balik lepas lunch nanti. Don’t be naughty”

Hani menemani Nazrin ke pintu. Kena cium tangan hubby terchenta dulu. Takut tak menepati piagam. Setelah hilang kelibat keretanya barulah Hani kembali ke dapur.

“ TINGGG!” Good timing. Timer oven pun berbunyi.  Yeay yeay… tak hangus.

Adunan cream cheese dan gula di tuang ke atas crust tadi. Beres! Cuma nak letak topping lepas sejuk nanti. Acuan di letak dalam peti ais. Harap harap  okaylah percubaan pertama aku ni.  Amin!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 07:25 PM | Show all posts
Hani membasuh perkakas dapur yang di gunakan. Acik Mah belum balik dari pasar. Kak Salmi sibuk mencuci kain di bilik laundry. Keadaan di Rumah Tok Ali lengang selepas kenduri kahwinnya 2 hari lalu. Pelancong yang tinggal pun cuma 5 orang.

“ Assalamualaikum” Suara lelaki sayup kedengaran. Hani menjenguk dari dapur. Seorang lelaki membawa kotak bertenggek di kerusi rotan di verandah. Siapa kah itu? Hani memincing mata. Alamak. Shamil ! Kenapa datang masa aku tinggal sorang?

“ Waalaikumsalam. Hi Shamil. “ Hani terpaksa melayan nya. Takkan nak biarkan tetamu tercongok di luar. “ Duduklah. You nak minum apa? Hot or cold drink?”

“ Relax lah. Jangan risau. I just came to see you. Congratulations , by the way. Mana hubby you?” Nak sebut nama Nazrin pun rasa payah.

“Er… ada. Dia pergi er… kedai. Kedai dekat sini” Tipu sunat. Tak selesa bila Shamil memandang tunak padanya. Baju T lengan pendek dan cargo pants paras tiga suku membuatnya rasa “ exposed”.

“Kenapa tak datang masa kenduri?” Saja Hani berbasa basi padahal Uncle Marzuki dah beritahu yang Shamil pergi diving dengan kawan kawan di Pulau Sipadan. Untuk de- stress.

“ Do you have to ask?” Shamil meraup rambutnya kebelakang. Keluhan di lepaskan. “ Kalau you nak tahu, I tak sanggup tengok you kahwin. You broke my heart. Why?”

Uh oh.. mamat ni dah lain macam. Nasib baik aku duduk di verandah. Apa apa jadi senang aku nak menjerit. Zam , anak buah Pak Samad sedang menyapu daun kering yang bertebiaran. Hani menelan airliur.
“ I … I…  don’t know what to say.Dah jodoh I dengan Nazrin.”

“ Apa yang dia ada? Apa yang kurang pada I?” desak Shamil. “ I can give you everything.”


Adoi, susah nya nak bercakap dengan anak orang kaya yang tak pernah kena reject ni. Dia ingat ada duit semua jalan. Sorrylah aku bukan masuk kategori perempuan materialistic.

“ Shamil, I tunang dengan Nazrin sebab wasiat arwah Mak Tok I. But we fell in love. Memang dah jodoh I dengan dia. You akan jumpa somebody who is meant for you.”

Shamil ketawa sinis mendengar kata kata klise. “ Senang you cakap. You bukan di tempat I. Setahun I tunggu you. Rupa rupanya you dah ada tunang. Why didn’t you tell me? You saja nak mainkan perasaan I. ”

. “ Selama ni I.. I tak tahu pun you suka I. I’m sorry kalau you salah faham.” Hani mengenjak kerusinya ke belakang. Makin lama mamat ni makin menakutkan. Jantungnya bergendang kencang. Mana pergi si Zam ni? Hani tercari cari kelibat lelaki remaja itu. Acik Mah dengan Pak Samad bila nak balik? Kak Salmi kalau di bilik laundry mesti tak dengar kalau aku jerit.

“ So how is married life? Sure seronok kan. Hubby you tu, mesti dah banyak experience. Orang dah matured, pernah bertunang pula tu. Ceritalah ....” Pandang penuh berahi Shamil amat menjengkelkan. Hani menggengam jarinya. Wajahnya berapi. Dia terus berdiri.

“ Shamil, baik you balik sekarang. Before I…” Tak pernah seumur hidup aku halau orang. Tapi Shamil biadap sangat. Like mother, like son.

“ Before you what? Don't worry. I memang nak balik pun. Ni hadiah untuk you. Enjoy it.” Kotak yang berbalut kertas perak dan beriben merah di letak di meja. Shamil bergerak ke tangga. Hani melepaskan nafas lega. Blah lah engkau.

Tanpa di sangka, Shamil memusing dan menangkap lengannya. “ Give me a kiss before I go” Tubuh Hani di tarik rapat.

“ Kiss kepala hotak kau!” Senyuman gatal Shamil menyalakan api kemarahan Hani.

Pantang aku mengalah sebelum berjuang. Hani membuka langkah Aikido yang di pelajarinya masa remaja.  Lutut di naikkan ke celah kelangkang Shamil dengan seluruh tenaga.  Bull’s eye! Amek ko! Minta minta tak ada lah spesis keturunan kau lepas ni. Shamil mengerekot kesakitan sambil meraung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2009 07:26 PM | Show all posts
Entah kenapa Nazrin merasa tak sedap hati meninggalkan Hani. Rindu kot. Mengada betul lah aku ni. Tapi nak buat macam mana, berkahwin ni memang best. Duduk di pondok kayu pun rasa macam duduk di 5 star hotel. Ni belum betul betul honeymoon lagi. Mana nak pergi honeymoon? Otaknya mula berjalan. Kalau pergi Perth best juga. Airfare tak mahal sangat. Hani boleh jumpa Kak Natasha dengan family dia yang tak dapat balik masa wedding. Tapi cuaca sana tak menentu sekarang. Apapun kena bincang dengan Hani dulu.

Belum pun sampai ke tol Cheras, henfon Nazrin berdering. Pejabat IBFIM menelefon.

“ Encik Nazrin, maaf banyak banyak. Tuan Haji Ismail cuti sakit hari ini. Meeting  kena reschedule.” Kata PA Ketua Perunding Islamic Banking.

Huuuhh.. Nazrin mengeluh. Kenapa lambat sangat call , cik kak oi? Tak payah aku susah susah keluar rumah.

“ Bila next meeting?”

“ Saya kena check balik dengan Tuan Haji. Nanti saya call Encik Nazrin, ya. Oh ya, Tuan Haji kata buku Encik Nazrin sudah di semak dan tak ada apa apa pembetulan. Tuan Haji dah luluskan untuk di hantar ke publisher. Kata pendahuluan pun Gabenor Bank Negara dah tulis. ” Senyuman tercetus di bibir Nazrin. Ini yang aku nak dengar. Tak payah jumpa  Tuan Haji pun tak apa. Yessss… buku sulung aku akan di terbitkan. Ini rezeki Hani agaknya. Syukur pada mu, Ya Allah.

“ Alhamdulilah. Terimakasih Puan Rusiani. Kirim salam saya pada Tuan Haji.”

Nazrin mencari exit yang terdekat dan terus membuat U turn untuk pulang.
…………………………………………………………………………………..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 07:31 PM | Show all posts
“ Uncle minta maaf banyak banyak Hani, Nazrin, Haris. Family Uncle dah banyak buat dosa. Uncle tak sangka Mil tergamak buat macam tu. Its not like him. Uncle malu sangat sangat” Suara Tuan Marzuki tersekat sekat. Dunia di rasakan makin gelap.  Mukanya di raup. Dulu Safura, kini Shamil. Bertali arus bala menimpa. Entah di mana silapnya, kelakuan ahli keluarganya sungguh memualkan.

“ Hani, Nazrin, Uncle minta jasa baik korang. Tolonglah. Uncle nak bawa Auntie Safura ke Melbourne untuk treatment dengan doctor pakar. Shamil akan ikut sekali dan sambung belajar kat sana. Dia tak akan ganggu Hani lagi. Please Hani, Nazrin. Don’t press charges. ” rayu Tuan Marzuki.

“ Fo..long … Hayi…” kata Puan Safura dalam bahasanya yang pelat dek paralysis yang melanda. Sayu  hati Hani melihat seteru lama keluarganya kini terperuk atas kerusi roda dengan muka senget. Wajahnya nampak jauh lebih tua dari Tok. Airliur meleleh dari bibirnya, di lap oleh si suami. Inilah balasan Tuhan yang Maha Agung.

Hani memandang Nazrin dan Along. Along menggeleng kepala. Shamil is too much. Biar dia rasa duduk dalam lokap. Apa, orang kaya ingat dia orang ni above the law? Cuma rasa kasihan pada Uncle Marzuki membuatnya menutup mulut.

Sebelah tangan Nazrin sentiasa memelingkari bahu isterinya, sebelah lagi mengenggam jari Hani. Memberinya kekuatan dan sokongan. Biar Hani tahu aku sedikit pun tak menyalahkannya.

“ Terpulang pada you. Abang dengan Along will support you, no matter what.” Nada Nazrin lembut walaupun amarahnya pada Shamil membuak buak. Kalau ikut hati aku, aku sula hidup hidup.. Nasib baiklah bini aku ni Serikandi Melayu Terakhir. Ketika kembali ke Rumah Tok Ali, kereta BMW terparkir di tepi jalan membuahkan  sangsi . Siapa pula yang datang, hatinya tertanya. Darahnya menggelegak sebaik dia melihat Shamil menarik tangan Hani. Fuhhh…. Nazrin sempat menerajang Shamil dua tiga kali sebelum di tahan Pak Samad yang baru pulang dari pasar.

“ Uncle, Hani tak buat polis report. I want to forget everything. Hani ingat budi Uncle pada Hani dan Along.  Tapi make sure Shamil tak datang dekat Hani lagi.  Kalau dia tak balik Malaysia lagi bagus. I don’t ever want to see him again” dengus Hani lalu bangun dan meninggalkan mereka. Biar Tuhan saja yang balas perbuatannnya. Aku harus bersyukur yang aku tidak di apa apakan. Eee… geli geleman aku! Janganlah aku dapat nightmares.

Hani duduk di tangga dapur. Tak lama kemudian Nazrin berada di sisinya.
“ You okay, sweetheart?” Rambut Hani di usap

Hani mengangguk. Kepalanya di lentokkan di bahu Nazrin.

“ Don’t worry. I’m here for you.  Jangan ingat lagi pasal incident tadi. Malam ni kita tidur kat hotel. Abang dah buat reservation di Cyberview Lodge. Esok lusa kita pergi honeymoon betul betul. Hani cakap saja nak pergi mana?” Kesian Hani. Plan nak pergi honeymoon sambil berkursus ke US kena cancel. Kalau nak pergi dengan duit sendiri memanglah tak mampu. Nazrin mencongak dalam kepala.Tapi buku nya akan di publish tak lama lagi. UDR, UIA dan UITM sudah pasti menggunakannya sebagai buku teks untuk subjek Islamic Finance. Insyaallah duit royalty berbaloi.

Mata Hani bercahaya.  “ Betul ni? Disneyland boleh?”

“ Disneyland Hongkong boleh lah. Kalau Disneyland Paris or US or Tokyo,  kena tunggu Abang jadi millionaire.”

“ Bila tu? Rugi Hani tak kahwin orang kaya” seloroh Hani. Pinggangnya di geletek.

“ Ha ha ha!. Aa..a..a.. he he he.. janganlah…Jahat!”Hani ketawa mengekek sambil cuba menangkap tangan Nazrin yang makin nakal.” Jangan lupa, I ada brown belt aikido tau”

Nazrin pantas menjarakkan diri. “Takutnya . Jangan buat kat Abang macam you buat Shamil. Nanti kita tak ada zuriat”


……………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 07:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by detox at 4-12-2009 19:58

o o...apa jadik.....

paspen la ko nih stop sini...

le aku post, ko pun tengah post gak the last n3 tu...

ok tq.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 07:38 PM | Show all posts
padan muka shamil...sib baik hani brown belt......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.118810 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list