CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pak_itam

Diary Pak Itam & Anak2

 Close [Copy link]
Post time 5-10-2009 08:01 PM | Show all posts
PI kat opis lg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2009 08:07 PM | Show all posts
sambungan seterusnya..

ntah kenapa lepas bertentang mata... pakcik macam kena heart attack... terus jem.. kaku... sampai laa si abg nyer.. datang tepuk lakang pakcik... lantas kenalkan kami berdua... dorang ni fasih berbahasa iban, tagalog, english dan french. dasat giler... Pakcik senang jugak close dengan si abg tu sebab dia amik bahasa nusantara (indon) sebagai 3rd language kat U. Masa tuh dia dah 1st year... cepat toi anak expat ni.. yer laa kiter amik SPM.. dorang dah selamat ngan A Level dorang. Cepat laa masuk u..

Satu hari, mak ayah dorang ni traveling, si abg dah balik U.. si adik ni malas nak ikut, selalunya dia akan dok rumah relative dorang.. ntah kenapa kali ni dia nak dok rumah aja. sampai laa satu hari dia datang rumah pakcik... pakcik sket nyer baguih dok basuh motor bapak pakcik ngan pakai sluaq catok jaaa...melompat laa pakcik...

Mak pakcik yg jemput dia masuk lam umah... alahai cam ayam itik berbicara.. dia hanya tahu cakap "ya", "OK" dan "terima kasih". Pakcik yg masa tuh omputeh tau 2-3 patah boleh laa sembang2... bapak pakcik terrer laaa... dedulu skolah omputeh...malam tu dia dinner kat umah kami. Mak pakcik jelas tak selesa. lepas makan, kami sembang2 depan rumah, sampai pukul 9... then bapak pakcik hantar dia balik rumah.

Malam tu masa dok tgk tv, mak dan bapak pakcik... mula laa dok cerita... igt kita ni makan gaji dgn bapak dia... jadi kena layan elok2, tapi jgn lebih2. pakcik diam aja... tapi yg pasti, malam tu tidur pakcik dah tak macam selalu... asik terbayang2 insiden yg lepas2... senyum dia, muka terkujat dia... rambut kusut dia....

Esoknya pakcik hantar adik pg sekolah macam biasa. tertinjau2 jugak rumah besar tuh kot2 nampak dia. masa pergi pun tak nampak... masa balik pun tak nampak... campur tolak.. sejak 1st time nampak dia... kami dah hampir  2 bulan kenal... dalam sebulan tu.. kami dah tahu tarikh lahir masing2, fav colour, fav things, zodiac dan macam2... sebagai mana pakcik kurang kekok berbahasa english, dia juga dah banyak tahu perkataan bahasa melayu.

satu malam, dia datang lagi rumah pakcik, kami diluar aja... cerita2... tiba "saya sayang awak" pakcik pura pura tak dengar "saya sayang awak" dia ulang lagi .... pakcik senyum sambil wat muka masam... dia tanya lagi "y" ...pakcik kata dia "u know what does it mean?" dia angguk ... pakcik geleng2... pakcik jawap 'i hate u' .... terus mukanya merah dan katanya, kawan sekolahnya yg ajar... pakcik tak tahan ketawa...tahu lahh dia pakcik mainkan dia...

since then, almost siang malam kami dok lepak2 cerita2 dalam compound rumah tu. satu ketika, bapak pakcik menegur, katanya kami dah lain macam.. bertepuk tampar... bersandar bahu. Ntah apa kuasa dalam diri pakcik... pakcik jawap bapak pakcik "angah sayang dia ayah" terus bapak pakcik hangen... "sayang???" "hang tau dak apa hang cakap ni, hang tu makan pun aku dok bagi, mengaji pun ntah lepaih ka dak... gatai nak sayang2 anak org, hang jgn bagi malu muka aku dengan mak hang, depa bukan org kita"

Lepas bapak pakcik hangen.. pakcik masuk dok lam bilik.. mak pakcik lak mai tambah perisa... "Di, dalam mak dok pesan, awat yg pi jadi jugak lagu tu, ni kalau abg hang tau, mampuih, seronok, cinta ni bukan nak habis.. mengaji dulu, jadi org dulu lepaih tu hang nak bercinta menikah beranak pinak pun mak tak kacau dah.. masa tu hang habaq jaaa.. mak nanti pi mintak kat hang" jawap pakcik pendek jaa "cek dah sayang dia mak" "lakhaulaquataillabillahhhhhhhhhh.....(mak pakcik nyer respon) ... hang jgn Di, dengaq kat ayah hang, mampuih hang kena sakai Di"

Apa yang pakcik nak cerita ni, jgn sekali2 hangpa ikut, jgn ikut perasaaan akai pendek macam apa yg pakcik lakukan waktu tu.

lepas insiden tu, pakcik kena kurung, kalau dia dtg pun, puas ketuk pintu, mak pakcik soh pakcik adik beradik diam jgn nak jengah2 ke pintu. pakcik dah tak lagi dapat keluar hantar adik2 p mengaji.

Masuk tahun baru 1995. Pakcik mogok, makan pun sebab takut kena pelangkung ngan bapak jaaa.. satu hari, mak kat dapur, adik2 tidur... ayah tak ada.. pakcik keluar ambil motor, macam janji, pakcik nampak dia kat tingkap... kami lari keluar naik motor... cadang pakcik cuma nak ceritakan apa yg berlaku.. tapi tak sangka dia pun macam pakcik, cuma katanya, parents dia open minded.. tak kisah siapa pun dia nak kawan...dia macam salah faham.. katanya dia tak jahat... salahkah kalau kami bercinta.. alahai kenang2 balik... masa tu kami baru nak masuk 18thn.

Hampir malam kami balik..bapak pakcik dah ready depan rumah. Bapak dia pun ada. 'mampuih aku' dalam hati pakcik. Dia pegang erat tangan pakcik. bapak pakcik dah menjelma jadi singa. Bapak dia masih tersenyum dan pelawa kami masuk ke rumah.

Dia lebih banyak bercakap dari pakcik. pakcik bukan takut, tapi tak sefasih mereka untuk berbalas kata2. Masa tu pakcik tak takut dengan sapa2 pun... bila ditanya "do u loved her" pakcik hanya jawap "yes. i do" Lepas tu smer bersurai, sampai jer dalam rumah, pakcik kena pelempang sulung ngan bapak pakcik. macam2 lahhh katanya. Mak dok tepi jaa tegheyak... adik2 tgk jai.. tak tau apa.. depa masa tuh darjah 3 n 2...

Esoknya, tuan besar tu datang dengan bini dia... katanya, dia tak suka berkasar dengan anak2 khuatir nanti memberontak jiwa remaja... katanya lagi dia tak menolak untuk mendapat seorang lagi anak dari hilang seorang anak.

pendekkan cerita, lepas selesai semua urusan convert to muslim dan hukum2 yg diwajibkan...maka "aku terima nikahnya" sebulan kemudian. February 1995 kami di ijabkabulkan....majlis yg cukup meriah dia rumah besar tu dan di kampung pakcik. Sebulan dok rumah besar, mak pakcik masih menyuarakan status halal makanan dan kesucian pinggan mangkuk dalam rumah tu...

tak lama kemudian, kami pindah... dok appartment, ehsan pak mentua yg uruskan semuanya... balance duit biasiswa pakcik.. pakcik beli motor bapak pakcik dengan harga 300.  Pakcik mula kerja sebagai kerani bank, ex pakcik masih teruskan pengajian...

bermulalahhh episode hidup yg benar2 hidup....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 08:10 PM | Show all posts
dapat kerja kerani berstatus contract... gaji hanya 450 sebulan. Walaupun keputusan SPM agak membanggakan... pakcik dah tak mampu nak isi apa2 borang melanjutkan pelajaran...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 08:12 PM | Show all posts
sambungan seterusnya..

ntah kenapa lepas bertentang mata... pakcik macam kena heart attack... terus jem.. kaku... sampai laa si abg nyer.. datang tepuk lakang pakcik... lantas kenalkan kami berdua. ...
pak_itam Post at 5-10-2009 20:07


waaahhh betul2 drama nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:03 PM | Show all posts
macam cita p ramlee plak...x sabaq tunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2009 01:13 AM | Show all posts
kami bahagia, masa tu pakcik baru nak berjinak2 dengan tanggungjawap. Dia belajar, pakcik kerja... kami naik motor pergi mana pun... tak pa.. janji bahagia... tak lama lepas tu rezeki kami bertambah, dia disahkan hamilkan Arissa. Sekali lagi ehsan pak mentua, smernya dia tanggung, satu ketika bapak pakcik bersuara "sampai bila nak hidup atas ehsan org, ayah malu"

Pakcik lebih serius carik kerja yg lebih sempurna dengan pengalaman yg cukup singkat itu. Pernah pakcik buat 2 kerja, kerja bank di siangnya... kerja jokey parking disebelah malam. Walaupun penat, kami cukup bahagia. Kadang2 pakcik kesian tengok dia, dari dalam istana dah pindah dok sarang burung.

November 1996, Arissa selamat di lahirkan. Ternyata kedua2 keluarga amat gembira dengan kehadirian generasi kedua yg pertama itu. Hampir berlaku perebutan cucu pada mulanya. Namun, kami bijak jugak mengawal keadaan, sapa pun tak dapat bela, kami bela sendiri, dia quit belajar dulu.

Belum pun Arissa pandai berjalan, mamanya sudah menyuarakan rasa rasa yg kurang enak. setelah bincang punya bincang, mamanya kembali ke class. Arissa kami hantar rumah org jaga. Darah muda, cuba buktikan yg kami mampu nak hidup atas kaki sendiri. Pakcik hanya mampu sedapkan hati dengan memikirkan, mama Arissa tak pernah susah, jadi pakcik sentiasa berusaha membuatkan dia rasa selesa.

Namun, apa yg pakcik usahakan lain pula penerimaan mama Arissa. Kami semakin kerap bertengkar, dia semakin kuat merajuk. Pernah sampai ke tahap pakcik tidur depan tv dia dalam bilik Arissa.

Pertama kali, pakcik balik mengadu dengan mak, mak pun basuh la pakcik sket2...pakcik benti buat dua kerja, tapi sambung belajar part time dengan harapan pakcik akan mendapat kerja yg lebih menjanjikan pendapat yg lebih. Keputusan itu juga tidak menjernihkan keadaan bila dia nampak pakcik pentingkan diri dan sisihkan kepentingan dia, dia pun nak complete study dia, dia juga punya cita2.

Pakcik sekali lagi berhenti belajar dan beri laluan dia teruskan impiannya. Sokongan yg pakcik berikan bukan sekadar pergi berhantar dan balik berjemput, malam paper worknya juga pakcik bantu semampu pakcik. ketika usia kami 23thn, dia berjaya menamatkan pelajarannya di peringkat ijazah, 2th kemudian master. selepas itu kami di kurniakan Anissa.

di sini berakhirlah kisah kami berempat... yg tinggal cuma kisah pakcik dan 2 anak selepas itu seperti yg pakcik cerita di page sebelumnya. Pakcik tidak pernah berdendam dengan dia, cuma dia meninggalkan persoalan yang tidak terjawap sehingga kini... kenapa dia begitu nekad meninggalkan pakcik dan anak2. di benak pakcik, hanya satu kemungkinan, dia hilang keyakinan dengan pakcik, padanya pakcik tak akan mampu menjaga dia dan 2 anak kami... mungkin sebab itu dia undur diri dengan harapan kurang beban pakcik...wallaualamm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2009 01:27 AM | Show all posts
Syukur, pakcik bekerja di syarikat multinational, setiap peluang untuk majukan diri pakcik manfaatkan sebaik mungkin. Sedih jangan cerita. Pakcik tak malu nak mengaku, pakcik pernah teresak2 menangis ketika sujud pada Allah. Pakcik gagal. Gagal membuatkan dia yakin dan bangga menjadi isteri dan ibu.

Selepas keadaan makin terkawal, pakcik pindah dari apartment yg terlalu banyak kenangan itu. Family mertua pun dah pulang ke negara asal. Pakcik mula hidup baru bersama 2 anak, di tempat baru, dengan semuanya baru. tidak sebutir garam dan sebilah sudu pun pakcik bawa dari rumah lama kami, hanya pakaian pakcik dan anak2.

Misi pakcik, sebagai mana pakcik ingin padamkan kisah lalu... begitu jugalah perlahan2 pakcik implementkan pada anak2. dalam sedar tak sedar, pakcik mengOK kan anak2 yg tak berkudis pun hidup tanpa mama... babah kan ada...

dalam tempoh 6thn ni, ada 3 insan pernah rapat dengan pakcik, yg dua sebelumnya hanya suka pada pakcik, dan sering merajuk bila pakcik terpaksa batalkan dating kerana anak2... dan bila hadirnya F, dia satu satunya yg amat gembira dengan Arissa dan Anissa. Adakalanya pakcik rasa double A lebih sayangkan F dari pakcik.

Namun, itu lah habuan pakcik, mencintai tapi tidak dicintai... akhirnya pakcik kembali menjadi pakcik yang 6thn dulu...menguatkan hati mengatakan.."aku tak akan mati tanpa kehadiran seorang kekasih dan isteri" Kehidupan aku adalah anak2 ku... zuriatku dunia akhirat..kenapa harus aku cari dan buru sesuatu yg tidak pasti"

itulah kisah pakcik... nasihat pakcik.. dalam hidup ni... jgn kita tenggelam dengan kepuasan perasaan.... gunalah akal dan kewarasan kita sebaiknya. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:32 AM | Show all posts
sedih baca kisah pakcik nie......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2009 08:36 AM | Show all posts
eleh..PI kan jual mahal..
balik kg pun x tipon kim
KIM.mafia Post at 5-10-2009 20:01


kalau pakcik tipon..sah bukan tipon aja... silap silap sampai umah KIM.... kang sampai umah KIM.. sahih panjang cerita... kikikikik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2009 08:38 AM | Show all posts
waaahhh betul2 drama nih
KIM.mafia Post at 5-10-2009 20:12


kalau drama... best laa.. boleh ejas ending jadi best... cicir satu watak.. boleh ganti watak baru.. boleh arah jadi sesuatu yg menghappykan...tapi kisah pakcik.. sebaliknya.. masih nampak macam drama lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:40 AM | Show all posts
x sempat2 airmata ni nak keluar....in your 32 years, u've gone thru so much. And I salute u for your love to yr children and hopefully, one day u'll fall in love again.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2009 08:51 AM | Show all posts
sedih baca kisah pakcik nie......
yanalissa Post at 6-10-2009 08:32


sedih pada yg baca... dulu pakcik rasa apa yg berlaku amat menyedihkan.. sekarang... Arissa dan Anissa dah lenyapkan perasaan sedih tuh... pada pakcik biasa2 aja sekarang ni..

semalam Arissa called, "babah, miss u" ... pakcik pun rindukan dia... katanya sengaja call pakcik sebelum balik bilik dan tidur... rindu nak dengar suara pakcik...

Anissa macam biasalaaa... lagi 2 minggu, graduation day sekolah dia... skang tengah bz nak set rambut macam mana. smalam pakcik lambat balik kerja, last min ada tasks pulak...hari ni boss pulak masuk lambat... penat mungkin, dia pun stay back ngan pakcik semalam... sengaja pakcik call Anissa on loud speaker.. kasi dia dengar...

Masa tengah bincang2, dia tanya best tak ada anak? pakcik jawap dia... "best dari ada bantal peluk hidup laa" then dia sound pakcik "u so abnormal" pulakkk dahh... tadi tanya kemain kikikikiki... org tak kawin tak tahu macam mana hati org yg dah kawin, pernah kawin dan ada anak... citer sampai lebam pun... tak tercapai logic dia akan bestnya ada anak2 nii..

Masa pakcik sampai rumah semalam dah almost 3am. Anne dah tidur... majalah adik pakcik kat dia... serius betul dia cari style rambut yg dia nak bikin masa graduation day dia..pakcik dah bitau... mana sempat nak bikin.. hari tu dia pun ada event...tapi biasa la Anissa tu... cakap dia aja yg valid...nak kurangkan kekecohan..ikut ajalahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 08:53 AM | Show all posts
berkurun rasanya tak mengunjungi diary PI ni.
maklumla bak kata PI keja jd kuli ni
ceritanya yg sdh berepisod2...
fuh...mcm baca novel...
cari2 tisu dkt2 meja da abis stok. jd tahan sebak di hati sj.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2009 09:00 AM | Show all posts
cerita pak cik mcm drama tv la...mmg menarek...

rambut belah tepi? remoih x dak ka?
PinangMasak Post at 3-10-2009 20:27


nak remoih lagu mana kalu p barber ngan bapak pakcik..... sat lagi remoih kemana.. botak yg ada... ikut ajalahhhh....janji berambut dan kemas.. kikii..tua2 la ni baghu nak merasa rambut pacak... kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:01 AM | Show all posts
pakcik, aku tak nampak role bapak hang lately (ke aku tak baca habih?)
dia sakit ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:04 AM | Show all posts
Melah,
bakal bapak mertua u tu sakit...stoke katanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2009 10:07 AM | Show all posts
woit! bakal bapak mentua pulak katenyer...

ramai org marah nih ko cakap gitu makcik oii
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:16 AM | Show all posts
Kan Pakcik kata, dia x nak pi minang, sesapa yg nak tu, masuk lah minang...Best Woman Win katanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:19 AM | Show all posts
aku advise pakcik, takyah cari wife baru..
cari kawan baik dahla...
nanti kalo ada wife baru, ganggu relationship dia ngan anak-anak..
kot-kot bini baru kang jeles plak pakcik asik dok ngantor bunga kat anak dara dia
haruuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 10:32 AM | Show all posts
aduh... leleh air mata baca cite PI ni... Xtau nak cakap apa dah!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.379058 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list