CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 23-7-2008 10:43 PM | Show all posts


Cantik pemandangan sunset ni..
Tak perlulah nak pergi Tanah Lot Bali...
Macam macam boleh difikirkan dan dimenungkan
Kalu duduk dipenjuru tu  sambil melihat matahari terbenam...
Ya..Allah sesungguhnya kehidupan didunia ini tiada apa apa...
Astaghfirullahalanzim..
Gambar ni dekat Masjid Terapung Laut Merah Jedah...
Mashallah..Subhanallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2008 11:47 PM | Show all posts

Reply #1167 aziefa's post

azi...berjanggut berjambang tak ape (bayangkan rupa kita kalau berjanggut dan berjambang )...janji dapat pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 08:57 AM | Show all posts

Balas #1173 bayangan_rindu\ catat

InsyaAllah, saya doakan agar anda berdua terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini.  Tahun lepas saya, suami, mak dan abah sayapun standby juga, tapi alhamdulillah rezeki tu ada.  Kalau membawa ibu bapa sekali, selalunya Tabung Haji beri keutamaan walaupun kita masih muda.  Semuanya dipermudahkan dari awal proses hinggalah kami balik Malaysia, sentiasa berlapang dada dlm beribadah.  

Bermula dari KLIA lagi, layanan yg Tabung Haji beri sgt baik, sentiasa menyebut kita ni tetamu Allah menyebabkan airmata saya sgt murah waktu itu.  Bayangkanlah dlm ramai2 yg memohon, kita salah seorang yg dijemputnya.  Subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by IDB at 23-7-2008 07:35 PM
betul tu Azi...baru nak bertanya khabar, dah jadi macam ni pulak..kelakar nya



IDB,

sebenarnya win dah pernah coretkan pengalaman kat page2 depan tu, masa ustaz mula2 buka thread ni.  Lepas tu lama win tinggalkan thread ni sebab selalu memendap.  Sekrang pun masih mendap rupanya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 23-7-2008 06:19 PM


tapi rasanya boleh buat rayuangbagi yg dah cukup uang nya

dan yg dah tua wajar didahulukan...kecian takut tak sempat sebelum ajal


Betul tu...
Mana yang dah cukup wang keperluan dan dah berumur
boleh membuat rayuan utk dipercepatkan Tahun bagi
mengerjakan haji.
Insyallah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 03:08 PM | Show all posts


Saja nak beritahu kepada sesiapa yang pergi ke Mekah...
Masa nak balik tu bolehlah singgah ke Restoran Thai ni...
Bukan iklan ye..nak beri kawan kawan merasa..
Semasa mengerjakan Umrah Ramadan...
Saya selalu singgah ke Restoran ni dulu utk berbuka puasa
sebelum menuju  ke airport  Jedah..
Tom Yam dia memang sedap...
Sudah puas makan makanan Arab dan Indonesia di Mekah n Madinah...
Kita bertukar selera ke Makanan Thai sebelum sampai Malaysia..
Husain...apalagi...
Dah puas makan nasi mandi kambing...
Bertukar selera..Makan Makanan THAI  di ARAB SAUDI..
Selamat Mencuba..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2008 03:13 PM | Show all posts


Baiknya Jemaah ni...
Dari negara mana ye ??
Indonesia ke..
Boleh pakai pakaian seragam...
Sehati sejiwa....sepakat boleh pakai baju sama aje..
Nampak cantik n kemas...
Ini mesti penerbangan balik...kelihatannya di Airport Haji..
Kalau Jemaah kita bila balik baju....koleksi sendiri..
Koleksi masing masing...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 03:33 PM | Show all posts


Kebab Arab...kebab daging..
Makan pilihan selesai mengerja Umrah..
Lapar dan dahaga...
Sekejap aje habisnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2008 03:35 PM | Show all posts


Ini ayam goreng.. yang banyak dijual di Mekah n Madinah..
4 ketul Ayam + kentang+ 2 keping roti arab
Dijual dgn harga 10 riyal..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 03:38 PM | Show all posts


Kadang kadang ada juga makan kat sini..
Terletak sebaris dgn Hotel Grand Mekah...
Tapi sekarang dah tiada lagi...
Kenangan tinggallah kenangan..
Minum petang..makan Roti Canai dan Teh tarik...
Teh tarik style dialah...:tea:

Tak kow..kow...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 03:41 PM | Show all posts
Sorry tersalah paste..nanti kita paste semula.

Baiknya orang ni makan dengan sudu...
Kalau kita lebih sedap makan dengan tangan..
Barulah dikatakan sedap sehingga menjilat jari...
Kalau makan dengan sudu...
Kira sedapnya sehingga menjilat sudu..  
Lagi poun tak nampak real kalau makan dgn sudu..

[ Last edited by  aziefa at 24-7-2008 03:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 03:44 PM | Show all posts


Sebuah kedai makan yang diusahakan oleh Orang Indonesia..
Orang Indonesia ni hebat..
Di merata dunia ada restaurant dia..
.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 23-7-2008 11:47 PM
azi...berjanggut berjambang tak ape (bayangkan rupa kita kalau berjanggut dan berjambang )...janji dapat pegi.


oh...no...no...
Lari Cik Abang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 04:02 PM | Show all posts

Balas #1187 aziefa\ catat

jemaah dari indonesia memang ada pakaian seragam, tapi tengok pada agensi yg uruskan diorang juga, mcm yg dari aceh pakaian sama mcm kita... bertelekung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 04:12 PM | Show all posts
Petikan artikal Berita Harian 24 Julai 2008

Kita sulami pula rumah ini ini artikel-artikel yang boleh memberi  manfaat  bersama


Kemurnian hati dorong amalan mulia
Nik Salida Suhaila Nik Saleh


Niat baik daripada keikhlasan jiwa cerminkan kualiti ibadat, perbuatan insan

APABILA berbicara soal hati, Rasulullah SAW memaklumkan bahawa dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia itu. Sebaliknya jika daging itu buruk dan busuk, maka kualiti orang itu sudah tentulah tersangat rendah dan itulah hati.


Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula amalannya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya. Walaupun niatnya buruk dan amalannya nampak baik, hasilnya tetap tidak dipandang  Allah.


Contohnya, kita bersedekah kepada seorang miskin. Kelihatannya itu adalah perbuatan mulia, tetapi jika niat kita untuk menyombongkan diri kepada orang lain bukan kerana belas kasihan kepada si miskin,maka perbuatan itu sebenarnya tidak mulia lagi.


Kedua-dua perkara ini sebetulnya mengajarkan hal yang sama,bahawa kualiti keagamaan kita sebagai Muslim boleh dilihat daripada hati yang dimiliki setiap individu.


Hati adalah 'cermin' kepada segala perbuatan kita. Setiap kita melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang sebenarnya dari perbuatan itu. Jadi, hati lebih menggambarkan perbuatan kita sedangkan amalan, lebih sulit untuk dinilai kualitinya.


Oleh sebab itu, Islam lebih condong menggarap hati daripada perbuatan. Jika hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik.Sebaliknya perbuatannya kelihatan baik, belum tentu hatinya baik.


Seluruh amal ibadat yang diajarkan Rasulullah SAW sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati kita agar menjadi baik. Seperti puasa,tujuannya untuk mendapatkan kemampuan mengendalikan diri atau disebut takwa dalam terminologi Islam.


Takwa adalah contoh kualiti hati. Orang yang bertakwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk. Orang yang bertakwa juga akan bersedekah ketika tiada mata yang melihat dan berbuat baik ketika semua orang menjadi jahat.


Demikian juga solat. Tujuan utama solat adalah membuka kepekaan hati. Orang yang solatnya baik, memiliki kepekaan hati untuk membezakanyang baik, buruk, bermanfaat dan yang membawa mudarat. Sebab itulah solat yang baik boleh menyebabkan kita jauh dari hal yang keji danmungkar.


Tujuan utama zakat adalah melatih hati kita untuk peduli kepada orang yang lemah dan tidak berdaya. Hidup harus saling menolong, supaya tidak terjadi kezaliman yang menyebabkan kejahatan. Malah, kebiasaan menolong orang lain dengan zakat akan menyebabkan hati kita menjadi lembut dan penyantun.


Seluruh aktiviti ibadah termasuk mengerjakan umrah bertujuan melembutkan hati. Apa perlunya hati yang lembut? Kerana hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti.


Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap sekitarnya. Sedangkan hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup terhadap sekitarnya seperti firman Allah dalam ayat yang bermaksud:
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 06:30 PM | Show all posts

Balas #1183 wawin\ catat

terima kasih .. IDB .. Aziefa.... rosputih dan juga wawin ... terima kasih yg tidak terhingga untuk doa dan kata kata semangat dari kawan kawan semua yang ada di sini
.
Syukur alhamdullilah .... saya dan suami lulus ujian kesihatan hari ini. Sedih juga melihatkan ada pak cik yang gagal dalam ujian kesihatan untuk tahun ini. Dengan nada positif pak cik tu kata ... tahun depan dia akan mencuba lagi.
saya sungguh berdebar debar tadi ... walaupun saya tahu ini adalah pemeriksaan kesihatan ... syukur saya & suami tak perlu ujian darah yang selanjutnya ( siapa yang ada kencing manis, darah tinggi.. tekanan darah rendah ... kena datang untuk pemeriksaan lanjut ) ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2008 07:31 PM | Show all posts

Reply #1196 bayangan_rindu's post

Cerita bay ni mengingatkan kitalah...
Haji Tahun 2003...kita buat pemeriksaan Kesihatan 4 orang..
Tiba tiba seorang dari kami...adik Ipar tak lulus..pasal Astma..
Kena check sekali lagi..akan datang..
Tapi nasib baik check kali kedua okey...
Masa Doktor mula mula  kata tak lulus...menangis adik ipar kita tu..
Ingat tak dapat pergi dah...
Punyalah semangat n rindunya nak pi buat Haji...
Subhanallah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 07:53 PM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 24-7-2008 06:30 PM
terima kasih .. IDB .. Aziefa.... rosputih dan juga wawin ... terima kasih yg tidak terhingga untuk doa dan kata kata semangat dari kawan kawan semua yang ada di sini
.
Syukur alhamdullilah ... ...


Saya doakan kak bay dan suami mendapat peluang untuk mengejarkan haji dan memperolehi hajji yang mambrur...

haji yang mambrur..balasannya syurga ALLAH yang tiada tandingan

hehehe..
psss...ingat nak baca yasin..kerja kt  opis tak habis..duduk lah siapkan kerja..
apalah nasibku ini...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 08:34 PM | Show all posts

Reply #1184 wawin's post

ok win..terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 12:26 PM | Show all posts

Balas #1198 HUSSAINTAHIR\ catat

tq hussain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.303275 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list