CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

CERPEN : KARMA (ended 6 Dec 2016)

[Copy link]
 Author| Post time 2-9-2016 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-9-2016 05:56 PM

ZAKIR bengang dengan perilaku Hairy. Mencari mana kurangnya Raisya sehingga Hairy tergamak berlaku curang.

Mungkin Raisya tidak bergaya atau seseksi Shasha namun jika dibandingkan dari segi rupa paras ternyata Raisya lebih cantik dari Shasha yang hanya bermekap tebal. Sudah terang lagikan bersuluh akan tetapi Hairy masih buta menilai.

"It's just a game, Abang.. Hairy cintakan Raisya.. Takkanlah Hairy nak duakan dia.."

Spontan Hairy membela diri. Menerangkan keadaan sebenar kepada Zakir.

"Apa maksud Hairy it's just a game?!"

Meski marah Zakir masih inginkan penjelasan lanjut dari Hairy. Nila disisi merenung tajam ke arah Hairy tanda protes.

"To be honest Shasha.. Surprise and dinner ni.."

Bicara Hairy terhenti sejenak. Memikir ayat yang sesuai untuk mengelakkan Shasha berkecil hati.

Mata Shasha membulat menanti kata kata yang bakal keluar dari bibir Hairy.

" Daniel cabar I untuk tawan hati you..  So I cuma sahut cabaran Daniel.. Just for fun ! I'm sorry!"

Serentak itu, rasa bersalah menjelma di benak Hairy.

Terbayangkan wajah sedih Raisya yang berlalu pergi sebentar tadi. Bertapa bodohnya Hairy kerana mengikut telunjuk Daniel.

Hanya semata mata ingin membuktikan kepada temannya kehebatan diri dalam menundukkan wanita, tanpa sedar Hairy melukakan Raisya.

"I tak tahu nak cakap apa.. You such a jerk !!"

Lantaran kecewa dengan pengakuan Hairy, Shasha berlalu pergi. Sakit hati apabila diri dijadikan 'trofi' oleh Hairy dan Daniel.

"Alasan !"

Nila mencebik tidak puas hati.

" Rai sendiri cerita dekat I, you ignore dia ! You tak call atau SMS dia sejak you ke mari. Hey, you ingat Rai tu apa?!  Tunggul kayu?!"

Segala kemarahan dihamburkan terhadap Hairy. Ini adalah masa yang sesuai buat Nila bersuara setelah lama berdiam mendengar luahan hati Raisya tentang layanan dingin Hairy.

"Kalau Kak Nila tak percaya, Kak Nila boleh minta Abang Zakir tanya sendiri pada Daniel.. Pasal Hairy tak layan Rai, Hairy cuma nak tenangkan fikiran.. Hairy takut kami akan bergaduh sebab perkara remeh temeh.. Entahlah.. Hairy tak boleh tengok Hatta dekati Rai.. Dia dah jadi isteri Hairy tapi masih berhubung dengan bekas suami.."

Itulah kebenarannya. Gara gara cemburukan kemesraan Raisya disamping Hatta, Hairy terus merajuk menyepi diri.

Malah sehingga kini Raisya masih mengekalkan panggilan 'abang' terhadap Hatta. Hairy jadi sakit hati apabila memikir bertapa Raisya tidak sensitif dengan perasaan Hairy sebagai seorang suami.

"Whatever !"

Nila malas layan.

Pada pandangan Nila, Hairy hanya menipu untuk menutup kesilapannya.  Lantas meletakkan beban kesalahan ke atas Raisya dengan menjadikan hubungan baik antara Raisya dan Hatta sebagai alasan.

"Terpulanglah kalau Kak Nila dengan Abang Zakir nak fikir buruk pasal Hairy.. Memang Hairy salah pun sebab ikutkan hati.. Hairy minta diri dulu ! Hairy nak cari Rai.."

Enggan bersoal jawab lagi, Hairy terus melangkah pergi. Diri terlalu risaukan keselamatan Raisya tika ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2016 04:40 PM | Show all posts
I carry your heart with me
I carry it in my heart
I am never without it
Anywhere I go you go,my dear
And whatever is done by only me is your doing, my darling
I fear no fate
For you are my fate,my sweet

Bait romantis itu mengembalikan ingatan Raisya terhadap kenangan sewaktu majlis persandingan bersama Hairy. Itulah ayat yang dibacakan oleh Hairy dihadapan para tetamu majlis.

Sayang segala keindahan dulu sirna lantaran terbongkarnya rahsia kecurangan Hairy. Raisya sedar diri. Wanita yang berada disisi Hairy semalam sememangnya cantik dan menawan. Bertubuh tinggi lampai dan tampil bergaya.

Sejenak, rasa rendah diri timbul.

Tidak mahu menambah tekanan, Raisya segera bangun. Niat hati untuk menghirup udara segar sekaligus melupakan semua kesedihan.

Deringan telefon bimbit dibiarkan. Raisya tahu Hairy sedang gelisah menjejaki dirinya. Berpuluh panggilan dan pesanan suara ditinggalkan namun Raisya malas ambil peduli.

Hati seolah mati untuk seorang lelaki bernama Hairy.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2016 04:51 PM | Show all posts
"PLEASE pick up the phone sayang !!"

Hairy bersuara sendirian.

Hampir patah jari jemari mendail dengan harapan untuk menghubungi Raisya.

Gagal menemui Raisya menambahkan kebimbangan dalam diri. Hairy tidak putus asa. Pesanan ringkas dihantar.

Malangnya usaha Hairy menemui jalan buntu.  Raisya masih lagi menyepi diri.

"Rai please.. Jangan buat I macam ni.. I rindukan you sayang.. "

Hairy terduduk lemah. Kesal dengan kesilapan semalam.

Kalau saja Hairy tidak melayan 'permainan' bodoh Daniel pasti Raisya tidak akan lari membawa diri.

Ketukan dipintu mengembalikan Hairy ke alam nyata. Bayangan Raisya hilang. Hati menyumpah kedatangan tetamu yang tak diundang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2016 07:28 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-9-2016 07:29 PM

PELAHAN LAHAN Raisya membuka mata. Kepala terasa berpinar. Persekitaran sekeliling agak asing pada pandangan Raisya. Terdetik persoalan bagaimana dirinya terdampar disini. Otak cuba mengingati semua yang terjadi namun gagal..

"You dah sedar Rai.."

Satu suara menyapa gegendang telinga. Raisya berpaling. Terpana seketika melihat gerangan pemilik suara..

"You?! Macam mana you boleh ada dekat sini?! Apa semua ini?!"

Raisya pusing memikirkan bagaimana mereka boleh berada di dalam sebuah bilik.
Lantaran bimbang Shafiq berniat serong terhadap dirinya, Raisya segera bangun dari pembaringan. Bersiap sedia untuk pergi.

"Rileks Rai.. I yang selamatkan you dari diculik tadi.. Takkan you tak ingat? Ada orang ikut kereta you dan block laluan you.. Then ada seorang lelaki bertopeng pecahkan cermin kereta you sambil paksa you keluar.. Cuba you ingat balik.."

Bersungguh Shafiq bercerita untuk mendapatkan kepercayaan Raisya.

Raisya tunduk memikir akan kebenaran cerita Shafiq. Samar kejadian sewaktu bersiar siar tadi bermain difikiran. Benar Raisya hampir menjadi mangsa penculikan seorang lelaki yang memakai topeng berwarna hitam. Tidak pasti motif sebenar si penculik.

"So you lah yang selamatkan I?"

Raisya sekadar inginkan kepastian meski jawapan sudah diketahui.

Shafiq mengangguk tanda mengiyakan.

"I minta maaf ! I salah sangka pada you.."

Sejenak rasa bersalah menjelma kerana mencurigai keikhlasan Shafiq yang sudah menabur bakti.

"It's okay Rai ! Kalau I ditempat you pun I akan berjaga jaga.. By the way, I nak minta maaf sebab selama ini I ekori you tanpa pengetahuan you.. I yakin lelaki yang cuba culik you adalah orang yang sama bunuh Zahira..  Entahlah.. I cuma tak nak you pun mati dibunuh sebab itu I buat kerja gila ni.."

Lantaran diburu kekesalan kerana gagal mempertahankan tunang sendiri, Shafiq bertekad untuk tidak membiarkan Raisya menjadi mangsa penjahat yang masih belum dikenalpasti identiti sebenar.

Jika mengikut hasil siasatan Shafiq, Raisya adalah sasaran sebenar penculik. Tak tahu kenapa Zahira pula menjadi galang ganti.

Sempat berjumpa Zahira sebelum gadis itu ditemui mati, Zahira jua turut meyakini Raisya adalah mangsa seterusnya. Ini berdasarkan gambar Raisya dan kad nama milik Hairy yang ditemui dilokasi Zahira dikurung.

"I tahu jaga diri I.. Thanks for your concern.."

Walau tahu bahaya menanti diluar, Raisya enggan menyusahkan sesiapa. Apatah lagi insan yang bernama Shafiq. Budi yang ditabur Shafiq belum mampu meyakinkan Raisya sepenuhnya.

"Wait Rai !!"

Shafiq bertindak ingin menghalang langkah Raisya namun Raisya lebih pantas menarik tombol pintu untuk keluar.

Alangkah terperanjatnya Raisya sebaik saja pintu terbuka..

"Kami dari jabatan agama Islam menerima aduan bahawa terdapat lelaki dan wanita bukan mahram berdua duaan disini.. Sila tunjukkan IC awak dan  pasangan.."

Lima orang lelaki berkopiah sedia menanti diluar.

Raisya terpana seketika manakala Shafiq pula kelu tanpa sebarang bicara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 04:14 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-9-2016 06:35 AM

TELINGA Raisya bingit mendengar bebelan panjang dari Umi. Masakan tidak semua pihak terutama keluarga mertuanya menuding jari menyalahkan Raisya kerana ditangkap khalwat.

Tiada siapa sudi mendengar kebenaran yang keluar baik dari mulut Raisya ataupun Shafiq.

Justeru Raisya mengambil keputusan berdiam diri. Itu lebih baik.

"I tak sangka you sanggup buat macam ini.. Patutlah I pujuk you, I call you bagai nak rak you tak jawab.. Rupanya you berseronok dengan lelaki lain !!"

Sungguh Hairy kecewa mengenangkan tingkah Raisya. Benar Hairy bersalah namun itu bukan alasan untuk Raisya bersekedudukan dengan lelaki lain.

"Dan kau, kau sedar tak siapa dia?! Dia isteri aku bukan Zahira !!"

Andai ikutkan hati yang marah, Hairy pasti takkan teragak agak untuk membelasah Shafiq sesuka hati. Namun memikirkan ramai orang disitu hasrat terpaksa dipendamkan.

"Aku tahulah dia Raisya, isteri kau !! Aku cuma selamatkan dia dari diculik.. Sebab dia tak sedarkan diri, aku bawak dia balik ke rumah aku.. Itu saja !"

Untuk sekian kali Shafiq memberikan penjelasan tentang duduk perkara sebenar.

"Aku yakin ada orang sengaja nak perangkap aku dan Rai.."

"Pandai kau reka cerita.. Kena perangkap konon.."

Hairy menyindir sinis.  

"Mama rasa Hairy dah cukup matang untuk berfikir.. Takkan dah tak faham faham lagi.."

Khaleeda menyampuk tiba tiba. Sejak dari hari pertama Hairy mengahwini Raisya hati kurang berkenan. Namun memikirkan sang suami yang bersungguh inginkan Hairy berumahtangga Khaleeda hanya akur.

"Maksud Mama?"

Mata Hairy mencerlung ke arah Khaleeda. Kurang senang dengan campur tangan Mama.

"Dah terang terangan Rai curang.. Dayus kalau Hairy simpan Rai sebagai isteri lagi.."

Mungkin ini kesempatan yang sesuai untuk Khaleeda menyingkirkan Raisya dari hidup Hairy. Anaknya berhak mendapat wanita lebih baik dan bukannya seorang janda seperti Raisya.

"You jangan masuk campur hal anak kita.. Biarkan mereka selesaikan sendiri masalah mereka.."

Tan Sri Arshad pantas memintas kata kata isterinya. Enggan membiarkan Khaleeda memburukkan lagi keadaan.

"Erm Mama dengan Papa balik dulu Hairy.. Cuba berbincang elok elok.. Jangan diikutkan sangat hati yang panas.. Ingat pesan Papa ni.."

Bahu Hairy ditepuk. Tan Sri Arshad segera berlalu usai pamit ke arah Rosma dan Rayqal.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2016 03:43 PM | Show all posts
"KENAPA you baik sangat dengan I ni?!"

Raisya menyoal kurang senang.

Tindakan Shafiq menemani dirinya dan setia menghibur disisi tidak sedikitpun membuat Raisya merasa gembira.

Malah hati tertanya tanya tujuan sebenar lelaki itu. Bunga dan hadiah yang dibawa Shafiq hanya dipandang sepi...

"Entahlah Rai.. I cuma nak ceriakan you.. I rasa bersalah sebab jadi punca pergaduhan you dan husband you.."

Meski sering menerima layanan dingin dari Raisya, Shafiq tetap ingin meraih kepercayaan dari wanita itu. Bimbang jika Raisya turut menjadi mangsa bunuh sepertimana Zahira.

Entah kenapa Raisya jadi sebak. Nama Hairy mengundang seribu duka dalam jiwa. Sejenak terbayang detik bersama dulu...

Imbas kembali malam kemalangan yang menimpa Raisya..

Raisya terbaring separa sedar. Darah merah berlumuran diseluruh tubuh. Perut terasa sakit yang teramat. Pening pula akibat hentakan kuat dikepala.

Pada waktu itu Raisya redha andai ajal menjemputnya. Hidup serasa berakhir apabila melihat sendiri kecurangan Hatta didepan mata..

"Rai !!"

Dalam keadaan genting, muncul seorang insan berhati mulia bersusah payah menyelamatkan Raisya yang tersepit dibahagian pemandu.

Saat itu wajah Hairy jelas kelihatan cemas. Memecahkan cermin kereta sebelum menarik keluar tubuh Raisya.

"You akan selamat Rai ! Please trust me !"

Jari jemari kaku itu dikucup bertalu talu. Air mata Hairy gugur menangisi nasib wanita yang dikasihi.

Sayangnya Raisya gagal memberikan sebarang reaksi. Mata mula terpejam rapat. Nafas berombak kencang.

"Rai please jangan tinggalkan I !! I merayu pada you !! Buka mata you !!"

Meski hampir tidak sedarkan diri, Raisya sempat mendengar setiap tutur kata Hairy.

"I cintakan you, Rai ! Jangan pergi.."

Umpama anak kecil, Hairy menangis disisi Raisya.

Serentak itu, Raisya terus terkulai layu tidak sedarkan diri.

"Rai.. You ok tak ni??"

Pertanyaan Shafiq mengembalikan Raisya ke alam realiti.

Terlupa sejenak perselisihan faham dengan Hairy. Rindu menggebu sedari semalam. Raisya kepingin sekali berbual mesra dengan suaminya. Genap seminggu perang dingin antara mereka tercetus.

Malah Hairy juga dilihat tidak langsung berusaha menjejaki atau menghubungi Raisya. Marah benar nampaknya Hairy. Raisya buntu untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Hal ini kerana tiada siapa yang sudi mempercayai kata katanya.

"Rai.. Cuba you bagitahu I.. Apa yang boleh I buat untuk tebus kesalahan I?"

Shafiq masih lagi tidak berputus asa memancing perhatian Raisya setelah melihat wanita itu hanya diam membisu.

Entah kenapa bayangan Hairy menjelma tika ini. Raisya terkenang saat mereka menghabiskan masa bersama. Gurauan mesra bermain difikiran. Ternyata sukar untuk Raisya melupakan Hairy. Cinta dalam hati  kukuh terpahat buat lelaki itu. Kasih yang mengalir lebih dalam dari waktu bersama Hatta dulu.

"I akan selalu ada untuk you.. You boleh berkongsi kesedihan you dengan I.. Jangan pendam Rai.. Menangislah kalau itu akan melegakan you.."

Masih jelas dicuping telinga kata kata pujukan Hairy sewaktu Raisya bersedih gara gara Hatta.

I rindukan you, Hairy !

Raisya sudah tidak peduli lagi tentang salah faham yang terjadi di antara mereka. Niat hati hanya ingin menatap wajah suaminya.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
RAISYA terpaku melihat rumah agam yang tersergam megah depan mata. Disinilah Raisya hidup berdua dengan Hairy sebaik saja mereka sah disatukan. Tertanya tanya motif sebenar Shafiq memaksa Raisya mengikut hingga ke mari. Pandangan mata beralih ke arah Shafiq..

Mengerti maksud disebalik renungan Raisya, Shafiq senyum seraya berkata..

"I tahu you nak ke mari.. I yakin Hairy akan gembira terima kepulangan you..  Buangkan rajuk you.. Berbaiklah dengan suami you.."

Panjang lebar nasihat yang diberikan oleh Shafiq. Berharap Raisya akan termakan kata katanya.

"Tapi.."

Entah kenapa Raisya jadi ragu ragu. Takut memikirkan penerimaan Hairy. Sementelah, Raisya sendiri yang bertindak keluar dari kediaman mereka gara gara merajuk melihat Hairy cuba memikat hati Shasha, peragawati terkenal itu.

"No tapi tapi.. You cuma perlu bersemuka dengan Hairy.. Akhiri semua ni.."

Shafiq cuba memberi semangat kepada Raisya.

"Thanks Shafiq.."

Hanya itu saja mampu Raisya ucapkan.

"You are most welcome.. Tapi jangan lupa berhati hati.. You masih belum selamat selagi pembunuh Zahira kekal bebas diluar sana.."

Sempat lagi Shafiq memberi peringatan kepada Raisya. Berdoa agar Raisya selamat selalu.

Raisya cuma mengangguk, tanda mengerti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2016 06:51 PM | Show all posts
MATA Hairy membulat tidak percaya dengan kata kata yang keluar dari bibir merah delima Shasha.

"Hey, you dah gila ke? I'm married man ok ! I mengaku I salah sebab cuba mempermainkan hati you.. I minta maaf ! I cuma cintakan isteri I.. So I minta you keluar dari rumah I sekarang... Please Shasha... I takkan lukakan hati isteri I lagi.."

Bukan ingin menghalau namun Hairy buntu. Tindakan Shasha ke mari meluahkan cinta hanya menambahkan kekusutan. Silap Hairy kerana memberi harapan lantaran terpengaruh dengan cabaran bodoh teman akrabnya.

"I really love you ! Sejak kali pertama jumpa you I dah jatuh hati .. I tak kisah pasal 'bating' antara you dan Daniel.. Walaupun I patut marah tapi entahlah.. Lagipun dah kecoh pasal wife you kena tangkap khalwat.. It shows she doesn't love you anymore..  Please Hairy ! I tak kisah kalau you tak cintakan I.. Asalkan dapat berada disisi you memadai bagi I.."

Bagi Shasha ini kesempatan terbaik untuk meluahkan isi hati.

Tambahan pula dalam keadaan rumahtangga Hairy yang sedang dilanda krisis memudahkan laluan untuk Shasha menambat hati Hairy.

"You cantik Shasha ! I yakin ramai lelaki lain diluar sana tergilakan you.. Just leave me alone ! Jangan bazir masa you sebab I takkan tinggalkan wife I untuk you atau perempuan lain.. I still love her and always will !"

Hairy tidak mahu memberi harapan palsu. Saat pertama kali mengenal cinta, Hairy tahu hanya Raisya yang dicintai sejak dulu hingga kini.

"Tapi I nakkan you ! Please Hairy... I sanggup tunggu sampai you sudi terima I !"

Shasha tunduk melutut menagih simpati. Air mata lebat menitis di pipi.

"I minta maaf ! Bangunlah.. I hantar you balik.."

Hairy menghulur tangan dengan tujuan untuk membantu Shasha berdiri.

Dalam kesamaran linangan air mata dipipi, Shasha menyambut sebelum memeluk erat tubuh Hairy.

"What's wrong with you, Shasha?!"

Bimbang tindakan Shasha mendatangkan kecurigaan Mak Jah yang kini sedang berada di dapur, Hairy terpaksa menolak. Dalam keadaan sekarang, sedikit kesilapan bakal menimbulkan salah faham. Hairy tidak mahu timbul persepsi buruk terhadap dirinya. Siapa tahu Mak Jah atau Pak Ali muncul diruang tamu dan melihat Shasha sedang memeluk erat tubuhnya.

"Sampai hati you, Hairy ! Apa kurangnya I?!"

Sedu sedan Shasha kedengaran. Sedikit sebanyak Hairy jadi simpati.

"Shasha.. Please jangan macam ni.. You baliklah ! I takkan berubah fikiran.."

"You !! "

Raisya hilang kata kata melihat kelibat Shasha di rumah mereka.

"I ingat nak berbincang dengan you.. Tapi nampaknya  you sibuk dengan perempuan ni.. I pergi dulu.."

Tiada kemarahan yang merajai hati. Cuma Raisya agak kecewa. Air mata ditahan dari jatuh. Lantas berpaling untuk pergi.

"Rai.. Ini bukan macam yang you sangka.. Please sayang.. Let me explain !"

Walau terpaku dengan kemunculan mengejut Raisya namun Hairy tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini. Sakit hati dengan kes khalwat Raisya diabaikan. Rindu terhadap Raisya melebihi kemarahan dalam diri.

"I tak nak dengar apa apa daripada you.. Penipu !!"

Lantaran cemburu dengan kewujudan Shasha disini, Raisya enggan mengendahkan Hairy.

Entah kenapa reaksi Raisya menimbulkan ketidakpuasan dalam diri Hairy.

"Ok fine ! Kalau I penipu, you apa?! Sekurang kurangnya I bukan macam you yang ditangkap sebilik dengan lelaki lain macam perempuan mur..."

Belum sempat Hairy menghabiskan kata kata, satu tamparan hinggap dipipi.

"I tak sangka you anggap I sehina itu.. I bodoh sebab datang sini jumpa you.. Selamat tinggal Hairy !"

Usai berkata begitu Raisya terus berlari pergi.

Sedar akan keterlanjuran katanya, Hairy bertindak mengejar langkah Raisya. Kesal kerana terlalu mengikut hati.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2016 09:19 PM | Show all posts
"SIAPA kau ha?!"

Raisya menyoal kasar. Kaki dan tangan yang terikat membataskan pergerakanya. Memandang geram ke arah lelaki bertopeng di depan mata. Hanya dua biji mata kelihatan.

Meski masih keliru, namun tidak sedikit pun Raisya gentar dengan manusia asing yang sedang berdiri sambil memegang sebilah pisau. Akal gigih merencana strategi untuk melepaskan diri dari cengkaman musuh.

"Siapa aku ?! Akulah malaikat maut yang ditakdirkan untuk mencabut nyawa kau.. Perempuan tak guna !! Kau bunuh adik aku !! Aku takkan maafkan kau !!"

Bagai dirasuk, lelaki bertopeng menampar pipi Raisya bertubi tubi. Darah pekat mengalir namun tiada simpati dalam diri. Malah lelaki bertopeng itu seronok mendengar Raisya merintih kesakitan. Bagai satu hiburan melihat Raisya terduduk lemah tak melawan.

" Stop it, Irfan !!"

Aiman sudah lelah menyaksikan kekejaman Irfan melayani mangsanya. Ini bukan kali pertama. Ada yang dibunuh tanpa belas ehsan. Justeru Aiman terpaksa masuk campur walau nyawa sendiri menjadi taruhan.

"Kau tak layak untuk halang aku, Aiman !  Dah lama aku nantikan saat ini.. Balas dendam terhadap pembunuh adik aku !!"

Mata mencerlung tajam ke arah Raisya.

"Pembunuh adik kau?! Bila masa aku bunuh adik kau?!"

Walau lembik dibelasah teruk, Raisya masih mampu menyoal. Nada suara agak lemah. Pipi terasa pedih.

"Mungkin kau lupa !! Setahun lepas, kereta yang kau pandu laju  hilang kawalan lalu melanggar kereta adik aku.. Dia mati serta merta !!"

Tak semena Irfan tunduk bertafakur. Sedih mengenang nasib yang menimpa adik perempuan kesayangannya.

"Tapi itu satu kemalangan.. Raisya tak bersalah !!"

Aiman bersuara membela Raisya.

"Berani kau kata itu satu kemalangan?! Kalau perempuan ni tak cuai memandu, adik aku takkan mati !! Sekali lagi kau bersuara, kau pun aku bunuh !!"

Irfan memberi amaran keras. Mengacu pisau ke arah Aiman.

" Aku tak takut dengan kau, Irfan !"

Aiman segera menghampiri Irfan sambil mencuba merampas pisau yang berada ditangan Irfan. Pisau terjatuh dihujung kaki Raisya.

Pelik dengan kekalutan yang terjadi , Raisya mengambil kesempatan mengais pisau dengan hujung kaki. Berusaha pantas untuk meloloskan diri dan lari dari sini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2016 02:55 PM | Show all posts
Panggilan telefon tadi benar benar membuat Hairy risau. Nyawa Raisya dalam bahaya jika Hairy gagal memenuhi permintaan sang pemanggil tadi. Lantas tanpa berlengah Hairy segera bertindak menurut arahan. Kunci kereta dicapai. Hairy harus sampai ke destinasi yang ditetapkan sebelum pukul 9 malam jika inginkan Raisya selamat.

Jam dinding menunjukkan tepat pukul 8.00 malam. Bermakna Hairy punya sejam sahaja waktu untuk menyelamatkan nyawa isterinya.

Enggan mengambil sebarang risiko, Hairy terus masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju menuju ke destinasi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 12:04 PM | Show all posts
oh my.......dah lost citer ni
kena throwback..
dah banyak watak timbul rupanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 18-10-2016 12:04 PM
oh my.......dah lost citer ni
kena throwback..
dah banyak watak timbul rupanya..

I yang menulis pun leh lupe kak... haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 11:52 PM | Show all posts
Mokcun pun dah pening ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 09:25 AM | Show all posts
elia201 replied at 19-10-2016 02:01 PM
I yang menulis pun leh lupe kak... haha

haa...tu la..
create lagi watak banyak2..
dah tu, updatenya berjanggut

tapi faham la...sibuk dgn kerja la kan...

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2016 10:18 AM | Show all posts
bile nk smbung ni  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 06:20 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 28-11-2016 07:12 AM

RAISYA menggigil menahan kesejukan malam. Suasana sepi hutan adakala menaikkan bulu roma.

Namun, berbekalkan tekad dan tawakal, Raisya sedaya upaya berlari lari anak mencari jalan keluar. Gusar lelaki gila yang menculiknya berjaya menjejaki diri.

Gelap malam menyukarkan perjalanan Raisya. Tanpa disedari, kaki Raisya tersadung akar pokok lalu jatuh tersembam menyembah bumi. Sakit akan tetapi Raisya cuba memaksa diri untuk bangkit semula. Sia sia saja segala penat lelah andai Raisya ditawan semula penjahat tadi.

Sayang usaha Raisya menemui kegagalan. Kaki yang terseliuh membuatkan Raisya gagal mengawal imbangan badan sehingga nyaris tersembam ke tanah.

Pasrah dengan takdir buruk yang bakal menimpa, Raisya hanya mampu menangisi nasib. Sedu sedan kedengaran memecah keheningan.

"Hairy..  I takut !!"

Air mata mengalir laju tanpa mampu diseka. Raisya meraung kuat.

Meski sedar amat mustahil untuk Hairy mendengar luahan perasaannya, Raisya tetap menggantung harap agar Hairy berada disisi tatkala saat genting begini.

"Rai... kenapa kau menangis?"

Satu sapaan lembut terasa dibahu.

Lantas Raisya berpaling. Suara itu seakan tidak asing ditelinganya...

"Raina?! Kau kah itu?!"

Spontan Raisya menyoal dalam esak tangis.

"Iya Rai.. Ini aku ! Aku tahu kau dalam kesusahan sekarang.. "

Dalam kesamaran cahaya bulan, mata Raisya menangkap kelibat wanita berpurdah dihadapan mata.

"Raina...."

Enggan peduli antara realiti dan fantasi, Raisya memeluk erat tubuh Raina.

Kalau selama ini mereka hanya dipertemukan dalam mimpi, kali ini Raina benar benar muncul didepan mata.

Walau diamuk resah, Raisya sempat mengucap syukur. Sekurang kurangnya dengan kemunculan Raina, Raisya tidak sendiri lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2016 07:34 AM | Show all posts
"JAHANAM kau !!"

Hairy terus menyerang Aiman yang sedang terlentang lemah di atas lantai. Yakin inilah lelaki durjana yang telah menculik Raisya.

"Mana isteri aku?!"

Bengang dengan tindakan berdiam Aiman membuatkan Hairy nyaris hilang pertimbangan.

Perut Aiman dipijak sekuat hati.

Spontan Aiman terjerit kesakitan. Menghela nafas panjang sebelum terketar ketar mengatur bicara..

"Raisya dah lari.. Irfan sedang kejar dia..."

Dada Aiman berombak kencang. Mencungap seperti ikan ketiadaan air.

"Siapa Ir....."

Sebelum sempat Hairy menghamburkan pertanyaan, mata Aiman dilihat terbeliak menghala ke atas sebelum seluruh pernafasan terhenti.

Hairy terkesima melihat Aiman kini terbujur kaku tidak bernyawa.

Namun teringatkan kata kata terakhir Aiman sebentar tadi, Hairy bingkas berlari keluar.

Hutan lebat diredahi tanpa gentar. Bibir melaung memanggil nama Raisya.

Malangnya tiada jawapan balas kedengaran. Malam kian larut. Hairy jadi buntu mencari tahu keberadaan Raisya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 07:56 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 28-11-2016 01:10 PM

RAISYA buntu memikir  bagaimana Raina mampu melangkah pantas dalam keadaan gelap begini.

Malah Raina dilihat seperti mahir dengan selok belok hutan disini.

"Siapa kau sebenarnya, Raina? Bagaimana kau tahu aku berada disini?"

Entah mengapa saat ini Raisya jadi penasaran dengan identiti sebenar Raina. Terlupa sejenak penculik yang sedang memburu.

"Aku jua makhluk yang Esa seperti kau, Rai.. Cuma saja usiaku panjang sehingga aku mampu menjaga dirimu sejak dari bayi hingga kini.. Aku menyayangimu setulus jiwa.. Cukup itu saja yang kau perlu tahu..."

Raina memejam mata seketika. Firasat hati kuat mengatakan ada malapetaka bakal menimpa.

"Kau bukan manusia biasa, kan, Raina?"

Raisya mencuba serkap jarang.

"Aku adalah..."

Sebelum sempat Raina menghabiskan kata kata, satu bunyi dentuman kuat kedengaran.

Raina kian bersiaga.

Manakala wajah Raisya pucat lesi. Jantung berdetak kencang.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh tukar ke novel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2016 08:08 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-11-2016 04:15 PM
Dah boleh tukar ke novel ni

Mcm sindir aje kak.. hehe.. dalam menulis jer boleh merapu bagai tu yang terlebih panjang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.303908 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list