berita kat kosmo online..
GUA MUSANG – Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di sini yang ditemui selamat selepas hilang 47 hari di dalam Hutan Rizab Balah dipercayai membawa bekalan makanan ringan, memakan buah-buahan hutan selain berpengalaman luas dalam selok-belok hutan membuatkan mereka ditemui masih hidup semalam. Ketua Plantun RELA Orang Asli Kelantan, Kamal Rami, 50, berkata, kehilangan mereka tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tersebut dianggap begitu misteri. “Saya percaya sebelum mereka lari meninggalkan asrama sekolah kerana takut dimarahi guru gara-gara mandi sungai, mereka membawa makanan se-perti keropok dan biskut tetapi bekalan itu hanya untuk sehari. “Apabila makanan tersebut telah habis, mereka makan buah-buahan hutan seperti ubi kayu, pucuk paku dan pisang. “Selain itu, mereka makan buah di dalam hutan yang dikenali sebagai buah perah yang rupanya seakan-akan biji getah. Rasanya berlemak dan mempunyai protein. Mereka turut minum air sungai sehingga dapat bertahan hidup berbanding rakan-rakannya yang lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam. Beliau yang merupakan suku kaum Temiar berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam operasi mencari dan menyelamat termasuk di Gunung Yong Yap di sempadan Pahang-Kelantan. “Anak-anak Orang Asli juga telah diajar mengenai ilmu hutan sejak kecil dan arif tentang selok-belok hutan. “Mereka memang berhajat untuk pulang ke kampung mereka namun tidak berjalan di laluan balak ataupun laluan biasa ke-rana mereka takut dijumpai oleh pasukan penyelamat. “Mereka tahu, ada pihak yang mencari mereka. Jadi, mereka yang bergerak secara ber-kumpulan sepakat un-tuk memilih jalan lain untuk pulang ke rumah masing-ma-sing,” katanya.
sumber: kosmo online http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
budak2 ni yang nak lari semakin jauh rupanya..dah nampak pasukan penyelamat tapi masih nak lari..sembunyi...
|