Post time 4-9-2015 11:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Xperlu malu sis..sebab yang makan timnas malaysia pon tokoh terulung sembahan ummah dan berketurunan anbiyaaa..kita xboleh benci mureka kata..kta kena memenangkan mureka..
Pasukan UAE ini tak berniat baik, sengaja nak memalukan pasukan Malaysia.
Dapat 5-0 sudah cukup, tepi dia ni nak main sampai 10-0...
Kakalahan paling memalukan di sejarah football Malaysia...
MESEJ DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA SETIAUSAHA FAM DAN FAM
Tolong sampaikan kepada Presiden FAM bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan membantu mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkelayakan untuk membimbing pasukan kebangsaan. Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bolasepak tanah air semakin hancur. Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70% hingga 80%. Setakat untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar dan menguruskan liga tempatan, FAM tidak perlu lebih daripada 20% hingga 25% bahagian daripada hak penyiaran.
Pembangunan akar umbi boleh dipertanggungjawabkan kepada persatuan-persatuan bolasepak negeri dan kelab-kelab. FAM juga harus menggesa setiap persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk menjadikan program pembangunan akar umbi dan penambahbaikan kemudahan latihan sebagai satu aspek yang wajib dijalankan. Dengan hasil daripada hak penyiaran dan juga penajaan, ianya mampu dilaksanakan. Khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting. Sebagai contoh, mengapa terdapat perbezaan apabila pemain JDT bermain untuk negara berbanding kelab? Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50% adalah kejurulatihan dan 50% adalah pemain.
Dari segi mentaliti pemain, satu-satunya perkara yang boleh memupuk sikap profesionalism adalah Akademi. Di sini dilihat kepentingan pendidikan. Para pemain yang sedia ada kini tidak boleh diselamatkan. Bukanlah salah mereka, tetapi salah FAM dan semua pasukan termasuk Johor, yang telah gagal dengan program pembangunan akar umbi kita sejak dahulu lagi. Kita perlukan kepakaran luar, dan kita para pendukung bolasepak tanah air perlu mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu sebelum boleh mengubah sikap pemain bolasepak negara. Oleh itu, mana-mana ahli jawatankuasa dalam FAM yang telah lama tetapi tidak berfungsi, lebih baik bercuti panjang sahajalah. Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air.
Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
---------
MESSAGE FROM HRH CROWN PRINCE OF JOHOR TO THE SECRETARY OF FAM AND FAM
Please relay this message to the President. Johor FA will contribute a budget to hire a foreign coach who is more qualified to guide our national team. Enough is enough, we cannot continue to be ignorant with the problem we are facing. Sack Dollah Salleh as soon as possible to improve whatever we can and to save what ever dignity we have left and before our football standard continue to deteriorate.
Another condition however must be met. Give all teams their broadcasting rights which should equate to 70-80% of the total broadcasting revenue. FAM only requires 20-25% to run the leagues and also to employ foreign coaches.
Leave the youth development to the state FAs and clubs. With the broadcasting rights revenue for each team, on top of the sponsorship revenue, all teams must spend on youth development and upgrading of football facilities. A good foreign coach is also essential and we cannot put 100% blame on the players. As an example, why do JDT players fair differently when they play for their club and when they play for the national team? Its due to the the coach that is guiding the team. Pablo Aimar once told me, "There's no point of having a ferrari with a driver who only knows how to drive a van". Hence, to have a good team, its 50% coach and 50% players.
To improve the mentality of players, we need to build proper academies and education to increase professionalism within the players. The current players that we have is beyond saving and its not their fault. Its FAM and all teams including Johor who have failed in our your development program since before. We need foreign expertise, and we also need to change our mindset and character, then only we can change the mindset and mentality of the players. So to all the office bearers in FAM, you have all overstayed your welcome. Its time to go on a long holiday. "If the head isn't right, the tail follows suit". 1 more thing, I will continue with my mission to kill national football.
For those who say i have already achieved my mission when we lost 10-0, I'm far from achieving it as I will only stop when we lose 50-0.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Post time 4-9-2015 11:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya rasa kalau Harimau takda taring lawan pasukan wanita luar negara pun mmg jadi lauk punya.. berkeras tak nak ambik pemain yg boleh membantu meningkatkan taraf bola sepak negara haha.. Spain pun ambik Diego Costa jugak Malaysia pula ego puiiiiii
kat liga sendu pun leh dapat puluhan ribu kan..bayangkan kalau bebetul berjaya n boleh pergi liga luar..zaman sekarang ni yang penting minat n bakat..nampak budak ke arah mana..dari kecik pupuk minat dia..jadi artis pun berjaya..jadi ahli sukan pun berjaya..even jadi penjual burger pun ramai berjaya.