|
[Politik]
Peniaga Meraung Penguatkuasa Datang
[Copy link]
|
|
aku tak rasa pun pihak penguatkuasa rampas brg2 dia....
yang baju putih tu kan laki dia..
kalo dirampas, dgn meja stand tu pun angkut masuk lori..dgn bekas air/nasi dia tu sekali angkut...
yang aku nampak, laki dia kemas2, sambil si bini baling2 barang kat penguatkuasa termasukla bekas air/nasi...
pastu play victim kata dirampas...sedangkan yang sepah2kan makanan tu si laki bini....
kan dah menyusahkan cleaner sekolah pulak nak bersihkan kawasan tu....
kat sini dah nampak si penjual takder kesan atas makanan yang diorang jual..takder rasa sayang atas hasil titik peluh diorang sendiri...imagine jer apa benda yang diorang jual kat budak2....air tu ambik dr mana?bahan2 dia mcm mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
@leylapple
Kadang2 orang susah @ tidak berapa banyak wang memang terlebih emosi. Bila letih fikiran jadi tidak waras dan hilang kesabaran. Kalau bab kebersihan tu memang kita akan rasa sangsi bagi orang yg biasa prepare makan sendiri di rumah. Tambah pulak kalau tengok longgokan sampah peniaga buat kita rasa geram. Saya cuma tidak berpuashati jika penguatkuasa tidak terlebih dulu bagi notis atau beritahu awal2 macam yang jadi kat makcik2 tua kat selayang tu. kasihan tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
i beg to differ...
org yang kurang wang (yang aku biasa jumpa) tak pernah pulak terlebih emosi. selalu yang terlebih emosi nie adalah org yang suka ambik kesempatan...
btw, mmg pihak PBT akan bagi notis, even sekolah pun akan warning those food trader kat luar sekolah supaya tidak berniaga sepanjang beberapa m radius dari kawasan sekolah (rumah aku dkt dgn sekolah, anak aku pun dah ada yang sekolah)
pihak PBT akan turun padang bila komplen org ramai dah terlalu byk... tu pun 1st attempt hanya akan bagi warning on the spot (macam dalam video nie), bukan rampas barang2 niaga...
pihak PBT, pihak sekolah pun manusia jugak...
yang aku selalu perhati, those trader mmg ada yang jenis ketegaq jugak...kalo apa2 berlaku pada budak2 sekolah tu nak ker dia tanggungjawab?
|
|
|
|
|
|
|
|
eleh.. dah salah tapi play victim macam dirasuk mak lampir...
orang yang kurang wang lebih beremosi kata ko?
orang yang kurang iman yg beremosi gitu ok! |
|
|
|
|
|
|
|
Mana penguatkuasa nak buat kerja memang kena kutuk.
Kalau tak buat kerja kena tuduh makan gaji buta.
Setiap orang patut ikut undang undang,selesai masalah.
Bila kena saman ,tuduh pulak tak bertimbang rasa sesama kaum.
Tak bagi rasuah lah,kaum lain bagi rasuah tak kena tindakan.Itu semua sangkaan buruk
orang yang sakit hati.Bila anak sakit perut atau keracunan tahu pulak salah kan sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf...saya tak dapat beri simpati saya pada keluarga ini. Dah memang salah mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
tu la kan.
sb dia tak jaga kebersihan, tentulah pihak sekolah marah.
saya rasa peniaga ni pun patut minta kebenaran sekolah untuk berniaga
di hadapan sekolah
mcm sekolah anak saya
tempat mengambil anak-anak sekolah, tepi jalan besar, mmg crowded
bas sekolah, kenderaan parents lagi, budak2 berbasikal
kat situlah dia nak berniaga, bila lori peniaga tu dtg
dah blok pulak kenderaan yg nak park tepi2 nak ambik budak2 sekolah
kekadang sakit hati gak
kita tak halang dia nak berniaga, tapi prihatin la skit
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by harkktuih at 4-9-2015 11:15 AM
sumber: http://www.moh.gov.my
3.0 SKOP LARANGAN PENJUALAN MAKANAN DANMINUMAN DI LUAR PAGAR SEKOLAH
Secara dasarnya, penjualan makanan dan minuman di dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling sekolah adalah dilarang bagi semua penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara.
Walaubagaimanapun, penjaja statik atau peniaga gerai sedia ada berlesen didalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling sekolah, dibenarkanmenjual makanan dan minuman tetapi perlu mematuhi senarai makanandan minuman yang dilarang dijual.
Pindaan / Tambahan Kepada Undang-Undang Kecil PBT BerkaitanPenguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan dan Minuman di LuarPagar Sekolah.
Pada masa ini, Undang-Undang Kecil PBT yang sedia ada berkaitan penguatkuasaan bagi larangan penjualan makanan dan minuman di luar pagar sekolah adalah tidak seragam. Ketidakseragaman ini adalah dari aspek lingkungan jarak tapak penjualan makanan dan minuman dari pagar sekolah yang tidak dinyatakan dengan jelas dan juga jenis makanan danminuman yang dibenarkan dijual.Pindaan/tambahan kepada Undang-Undang Kecil PBT berkaitan penguatkuasaan larangan penjualan makanan dan minuman di luar pagarsekolah adalah seperti berikut:
(1) Penjualan makanan dan minuman di dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling sekolah adalah dilarang bagi
semua penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara;
(2) Penjaja statik atau peniaga gerai sedia ada berlesen di dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling sekolah, adalah
dibenarkan menjual tetapi perlu mematuhi senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual seperti berikut :
6 Garis Panduan Penguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan dan Minuman di Luar Pagar Sekolah oleh Pihak Berkuasa Tempatan
Senarai Makanan dan Minuman Yang Dilarang Dijual Oleh Penjaja Berlesen di Luar Pagar Sekolah
Makanan
(i) Gula-gula dan coklat*.
(ii) Jenis-jenis makanan yang telah *dijeruk sama ada masam, masin atau manis, basah atau kering seperti asam masin, jeruk
mangga, kulit limau dan jeruk bawang.
(iii) Makanan ringan atau makanan rapu yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan.
(iv) Makanan yang mengandungi alkohol*.
(v) Makanan yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 seperti:
a. semua jenis makanan yang berupa permainan seperti cincin, gincu dan lain-lain;
b. semua jenis makanan yang disertakan dengan permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain; dan
c. makanan yang melampaui tarikh luput.
Nota:Konfeksi ais dan ais krim tidak digalakkan dijual. Makanan diproses seperti burger, sosej dan nugget juga tidak digalakkan
dijual.
Minuman
(i) Minuman yang mengandungi alkohol.
(ii) Minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sama seperti pada perkara (v) senarai makanan.
Nota:Minuman ringan bergas dan minuman yang menggunakan bahan pewarna serta minuman berperisa, kecuali susu
berperisa, adalah tidak digalakkan dijual.
* Definisi tentang senarai makanan dan minuman boleh diperoleh di bawah Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan
Makanan 1985.
[Senarai ini adalah selaras dengan senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah seperti di dalam Panduan Pengurusan
Kantin Sekolah Sihat terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011]
(3) Penjaja dan pembantu yang dibenarkan menjual makanan dan minuman di luar pagar sekolah hendaklah mematuhi peraturanperaturan
berikut:
(i) Hadir Kursus Pengendalian Makanan yang dianjurkan oleh agensi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM);
(ii) Mempamerkan sijil Hadir Kursus Pengendalian Makanan semasa berniaga;
(iii) Mendapat pemeriksaan doktor bagi suntikan tifoid dan sentiasa membawa bukti penerimaan suntikan semasa
berniaga;
(iv) Membungkus makanan yang perlu dibungkus dengan pembungkus yang selamat dan tidak mencemarkan
makanan (penggunaan surat khabar atau kertas bercetak adalah dilarang);
(v) Memasukkan sisa-sisa makanan dan sampah ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah;
(vi) Menutup makanan dan minuman agar tidak terdedah kepada lalat, serangga lain dan habuk yang boleh
mencemarkan makanan;
(vii) Cuci tangan dengan sabun sebelum mengendalikan makanan dan minuman serta selepas menggunakan
tandas;
(viii) Gunakan penyenduk, pengepit plastik atau sarung tangan plastik untuk mengambil makanan;
(ix) Gunakan apron dan tutup kepala atau topi ketika mengendalikan makanan;
(x) Jaga kebersihan kereta tolak/gerai dan kawasan sekelilingnya;
(xi) Jangan merokok semasa mengendalikan makanan; dan
(xii) Semua perkakas dan peralatan mestilah sentiasa bersih, tidak sumbing atau rosak.
|
|
|
|
|
|
|
|
makanan ringan sumber mana lah tu.. sekarang ni milo pun ada yang tiruan.. susahnya nak pantau anak supaya tidak membeli makanan ringan yang diragui ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap aku nasik lemak(?), jajan dan minuman berkarbonat pon dihalang jualannya di kantin sekolah kan..
maka selaraslah kalau di pagar sekolah pon dihalang penjualan makanan2 tu..
kalau ini pon korang tak leh nak hadam tak yah cerita panjang la..
|
|
|
|
|
|
|
|
penguatkuasa datang bila ada aduan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...ntah2 baru kene retrench....nk belajar niaga tp main boh je mana2....
tp nk niaga kenelah ikut peraturan...klu tgk kes ni mmg jelas jual dpn sekolah...x boleh la dek....
silap sendiri tanggung lah sendiri....kan dah terviral video ko memekik2...
tp aku bengang tgk bangla2 kt kaw umah aku ni selamber badah bleh bukak kedai top-up, siap jual makanan...ramai puak2 dia melepak...siyol betul org mpk manalah yg kasi dia lesen....puiii sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak boleh pun berniaga dekat luar sekolah ...dari dulu lagi
ni dah siap pasang meja mmg melampau la..
ade parents yg mmg particular bab2 ni...sikit2 complaint kat sekolah..
kalau biarkan salahkan pihak sekolah
dah biar bermaharaja lela lak... |
|
|
|
|
|
|
|
kurang wang / susah? kereta dia besor tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dia kata penguasa biadap???? dari video tu takde pun biadap. laki nak pukul penguasa. isteri baling barang. anak beranak terjerit pekik terjeit pekik. siapa biadap siapa ganas ni?
yang dengar, sayup sayup kat belakang, "amik barang dia, amik barang dia"
balik balik cakap tangkap jerung besar, apa beza kecik ke besar, dua dua buat kerja tak betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
out topic
kenapal iklan soft extra dry ni hudoh sangat?? baju ropol2 amoi mana x semenggah ni rasa macam back to 80's |
|
|
|
|
|
|
|
cuba kita letakkan tempat kita sebagai pengusaha kantin sekolah tu. kene bayar sewa. kene ikut peraturan sekolah. in case ada masalah keracunan makanan ke apa.. merekala jadi suspek utama.
tapi peniaga kecil ni sesenang je pacak payung... bukak meja n jual depan sekolah. sure laku punye. ko jual la apa pon budak2 sure beli. tanpa perlu bayar sewa. tanpa perlu bertanggungjawab dengan kebersihan kawasan sekitar dan kesihatan pelanggan.
dah kenapa akak ni meroyan macam hape siap baling2 tong nasi tu? tak boleh ke kemas elok2 n blah? dah ko meniaga kt depan skolah tu confirm2 ko tau itu salah. bila2 masa pihak berkuasa bole datang halau or sita barang. ni nk mengamuk mcm dianiaya pulak.
aku sebagai parents... tak setuju adanye peniaga2 jalanan tepi sekolah macam ni. entah apa2 yg dijual bukan pihak sekolah boleh pantau pon. tahap kebersihan... keselamatan makanan yg dijual. pernah anak aku cerita van depan sekolah jual magi hot cup.. satay cucuk... adoila. puas larang anak .. sesekali dia lepas geram jugak beli secucuk dua. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum baca benang ni lagi, 2 hari lepas lalu dpn sekolah men lembah keramat, sama apa yg awak tulis yg ada dlm fikiran saya. Kesian peniaga kantin, selalunya diorang akan ambil jln lebih menyediakan mknan utk guru. Dpn sekolah lembah keramat sampai nak jln pun tak boleh tghari dgn peniaga punya ramailah.. Bila ada keracunan mknan kantin jugak yg naik nama dulukan?..
|
|
|
|
|
|
|
|
ye betul faktor kebersihan dan keselamatan produk makanan tersebut. last year saya ada dengar di radio bfm, seorang pengusaha kantin dari zaman 80 ambil inisiatif utk menyediakan makanan sihat untuk kanak kanak. dia sampai hantar sampel tidbits ke lab untuk diuji kandungan. tak silap dia bergerak aktif bagi education kepada pengusaha kantin. buat road show.
tetiba depa ni boleh jual sesuka hati di tepi jalan. bayangkan sampah sarap created oleh mereka. kak ti berkeliaran. bila kak ti berkeliaran ada masalah lain pula seperti penyakit kencing kak ti.
kalau nak berniaga pun, pleaselah jaga kebersihan. bersihkan kawasan. ni tak mahu bayar. dah berniaga tinggalkan aja kawasan tu.
apa contoh yang diberikan pada anak sendiri dan budak budak sekolah tu?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|