Edited by jerambatu at 28-12-2016 02:30 PM
Pada hari ke 3 kami sewa kereta dan memandu ke Srebrenica. Melawat tempat pembunuhan beramai2 umat Islam oleh tentera Serb Bosnia. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Srebrenica terletak berhampiran dgn Serbia.
Srebrenica Genocide Memorial Memorial Pembunuhan Beramai-ramai Srebrenica, also known asi Memorial Srebrenica-Potočari merupakan kompleks perkuburan mangsa penghapusan etnik yg berlaku pada tahun 1995. Kebanyakan mangsa adalah bangsa Bosniak (Bosnianmuslim) dan beberapa bangsa Croatia. Mangsa pembunuhan beramai-ramai telah dikenal pasti melalui analisis DNA.Sebanyak 8372 mangsa telah dikebumikan. Merupakan pembunuhan beramai-ramai terburuk di Eropah sejak Holocaust Perang Dunia Kedua . Dalam kejadian ini kira-kira 25,000 pelarian Bosniak dlm keadaan yg sangat cemas, kritikal dan desperate berkumpul didalam sebuah bekas kilang bateri, menunggu bantuan pemindahan dari UNPROFOR. Namun sebelum sempat mereka dipindahkan, pada 13 July 1995 tentera Serb yg diketuai oleh Ratko Mladic, telah mengarahkan supaya lelaki Bosniak dan remaja lelaki dipisahkan dari yang lain dan kemudian kesemua mereka dibunuh dgn kejam. Dan juga ramai wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol dan dibunuh. Pasukan pengaman PBB Belanda ditempatkan di Srebrenica (Dutchbat) tidak berbuat apa-apa. Kira-kira 8,000 orang Islam Bosnia dan kanak-kanak lelaki dibunuh dgn kejam oleh tentera Serb Bosnia. Ramai wanita dan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa rogol dan penderaan seksual dan lain-lain bentuk penyeksaan sebelum dibunuh.
|