CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sr_kila

(cerpen) mimpi (u)

[Copy link]
Post time 2-3-2015 10:33 AM | Show all posts
Ku harap kau terus menghilang
tanpa sebarang akhbar eh khabar
ko biar betul es...ko nak TT nie terus menghilang tanpa khabar ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 01:38 PM | Show all posts
pooh83 replied at 2-3-2015 02:33 AM
ko biar betul es...ko nak TT nie terus menghilang tanpa khabar ke?


Aku taip dgn byangan my syg.lupa nk letak tak. Nasib ko tego.thnks.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2015 08:30 AM | Show all posts
Weii ttt. ko mana? Jenuh aku tunggu. da masuk buln 3 doh. Aku pun dah ada my syg.hehe. Ko merajuk dgn aku ea?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2015 04:18 PM | Show all posts
im baaaaaaaaaccccccccckkkkkk!!!!!!!!!!!!!!! kohkohkoh... timekaseh sabo tunggu.. timekaseh terus baca.. terimakaseh... jap g kite hapdet entri ye..

report menimbun xbuat ag.. hahahahha... sorry lame nau xapdet.. ngee.. saaaaaaaaaaayaaaaaaang korang sume macam pokok belian kat hutan long lama.. ngeee..

ps: pokok belian adalah mahal.. dan rare..
ps 2: long lama is somewhere in sarawak.. kita baru balek dari sana.. best gile baq hang.. hahahah..
ps 3: es.. jadahnye my syg? geli betei hakak bacanye.. kuikuikui..
ps 4: ok2.. ai hapdet cepen jap g..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 06:04 PM | Show all posts
sr_kila replied at 14-3-2015 08:18 AM
im baaaaaaaaaccccccccckkkkkk!!!!!!!!!!!!!!! kohkohkoh... timekaseh sabo tunggu.. timekaseh terus bac ...

weii..my syg tu buah hati ler. hensem plus sado plK tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2015 06:45 PM | Show all posts
Esmiria replied at 14-3-2015 10:04 AM
weii..my syg tu buah hati ler. hensem plus sado plK tu.

opppss... sorry.. ai xbercenta.. wakakakakaka..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-3-2015 08:10 PM | Show all posts
Kami berjalan ke arah bangunan paling belakang di sekolah. Abang Man yang mengekor dari belakang berborak rancak dengan Hafiz. Sampai di stor sukan lama, kami berhenti. Abang Man mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.

        “kau ambil handphone ni. Kang kalau ada apa-apa, aku call,” Hafiz menyambut Norkiah 3310 dari tangan Abang Man.  

        “elok-elok. Ada apa-apa hal, call terus. Jangan korang memuja lak dalam stor tu,” kami sama-sama ketawa.

        “nak puja hape bendanya Abang Man. Bukan kitorang ni main nombor kuda. Adoi laa,” Abang Man mengangguk. Puas hati dengan jawapan Asyraf agaknya.
        “aku tak banyak soal dengan korang sebab aku percaya. Jangan buat benda pelik-pelik. Aku ada dekat pos sana,” kami mengangguk.

        “jangan risau Abang Man. Kitorang takde buat benda pelik punya. Dah settle sume, kita borak Warung Mak Cik Melah. Apis belanja teh tarik sama nasi lemak,” aku kenyit mata pada Abang Man. Dia senyum sebelum bergerak ke pos pengawal. Hafiz ketuk bahu aku guna botol air mineral. Aku pusing belakang.
        “apasal aku yang kena  belanja Abang Man teh tarik?” aku kerutkan kening.

        “problem? Kau nak belanja kopi o pun ok lah,” aku berjalan ke pintu stor. Kang kalau tunggu lama-lama mau kena luku kepala aku. Tombol pintu aku pulas. Terkunci.

        “tepi,” Asyraf bersuara. Aku bergerak ke belakang Asyraf. Satu tendangan padu dan pintu stor terbuka.

        “woah. Tak sia-sia kau naib presiden silat ye?” Ipah yang juga salah seorang pesilat sekolah memuji. Asyraf mengangkat kening ala-ala The Rock.

        “ah, sudah-sudah. Karang sampai ke isyak kita dok bercerita pasal silat,” Pedot bergerak ke masuk ke dalam stor. Aku ikut dari belakang.

        “apa kita cari kat sini?” Dani bertanya. Aku pandang sekeliling stor dan tarik nafs panjang. Tak tahu mengeluh atau memang aku nak tarik nafas panjang dan hembus kuat-kuat.

        “tak tahu,” pendek. Semua mata pandang aku.

        “kepala hotak kau tak tahu,” Ewan bingit. Mamat ni memang baran sikit.

        “aku memang tak tahu,” Pedot ternganga pandang aku.

        “dah tu jadahnya kita datang sini?” suara Ewan makin kuat. Aku tunduk. Serious aku takut dengan dia.

        “okey-okey. camni. Kita cari something yang tak patut ada kat sini. Okey kan?”  Hafiz menenangkan. Ewan mengangguk. Aku berjalan ke arah belakang stor. Di bahagian yang agak tersorok, ada pintu. Tombolnya aku pulas. Berkunci. Satu penerajang aku hayunkan tepat di tepi tombol.

        GEDEBUK!

Tercampak aku kebelakang. Pintu stay je macam tu. Tak terbukak pun. Aku pegang pinggang. Menyeringai. Sakit gila buntut aku.

        “woi, badan kau tu adalah tebal sikit dari pokok pinang, tinggi sikit dari pokok toge. Ada hati jugak nak terajang pintu tu,” Dani datang angkat aku.

        “walaweiii. Badan kecik, sekali jatuh bunyi cempedak jugak,” Ewan terbahak gelak dari jauh. Bukan Ewan je la. Semua pun gelak. Lahanat betul. Tadi bukan main lagi anginnya.

        “bongoklah. Apahal gelak? Tolonglah,” aku mencebik sambil menepuk-nepuk buntut seluar yang berdebu.

        “olo-olo. Adik Som merajuklah pulak. meh Abang Acap tolong ye?” Asyraf cuba terajang pintu. sekali. Tak jalan. Sekali lagi dicuba. Jugak tak jalan.

        “sama-sama wei. Aku rasa belakang pintu ni ada something,” Asyraf ajak bergabung. Dah rupa Dragon Ball lak gayanya.

        “Asyraf, Pedot, Ewan dan Hafiz sama-sama terajang pintu tu. Sekali percubaan dan pintu terbuka diiringi dengan bunyi barang berat jatuh. Aku masuk ke bilik kecil itu. Memang ada almari yang terbalik belakang pintu. Aku pandang sekeliling. Kosong. Takde apa-apa selain sarang labah-labah dan jugak almari yang menghadang pintu tadi. Apasal ada almari? yang lain masih diluar. Tinggal aku, Dani dan Hafiz dalam bilik kecil ni. Kami perhatikan seluruh bilik kecil ni.

        “kau rasa kenapa almari tu ada kat belakang pintu?” aku pandang almari.

        “aku tak rasa almari tu saja-saja ada kat sini. Uisy. Meremang pulak bulu roma aku,” Dani pegang tengkok sambil pandang aku. Hafiz angguk. Aku perhatikan bilik ni. Kecik je. Tak besar mana pon. Ada lah besar jamban kat rumah atok.

        “bilik ni untuk apa ekh?” aku garu kepala.

        “aku rasa bilik ni asalnya untuk simpan barang sukan yang kecik-kecik. Macam bola ping-pong, bola tenis, segala bagai bola yang kecik tu la. Aku rasa lah. Sebab kalau simpan kat luar, memang kau berdoa je la yang mampu kalau dia hilang. Mampus nak mencarinya,” Hafiz bersuara. Aku angguk. Ada logiknya tu.

        “aku pun rasa gitu. Tapi, apa benda jadahnya almari dok belakang pintu?” Dani menyoal.

        “aku rasa, ada something pasal bilik ni yang ada certain orang taknak sesiapa tau,” suara Ecah mentaakul. Masa bila yang dia masuk pon aku tak tahu.

        “bila masa yang kau masuk sini, Cah?” Ecah sengih. Dia berdiri menyandar di dinding bilik sambil tangan ketuk-ketuk dinding. Memang perangai dia lah tu. Karang kalau baju dah comot mula lah nak membebel sorang-sorang. Aku bersandar pada almari. Tiba-tiba terasa sesuatu. Ini tempat yang Naufal tunjuk. Tapi, kenapa takde apa-apa? Kenapa bilik ni kosong? Kenapa Naufal tunjuk bilik ni? kenapa? Kenapa? Bunyi tangan Ecah ketuk dinding tiba-tiba tarik perhatian aku. Aku pandang Ecah yang masih ketuk dinding.         Hafiz pun pandang Ecah. Kami sama-sama berjalan ke arah Ecah.

        “kenapa?” Ecah berhenti menepuk dinding.

        “Ecah, kau jangan gerak,” aku pegang bahu Ecah yang masih menyandar didinding. Dani mendekati kami. Aku mula ketuk dinding di bahagian kiri Ecah. Hafiz ketuk di bahagian kanan Ecah. Kami berpandangan. Aku ulang sekali lagi. Hafiz juga. Belum sempat aku bukak mulut, handphone dalam poket Hafiz berbunyi. Sementara Hafiz menjawab panggilan, aku dan Dani ulang mengetuk. Rupa bomoh buat upacara kerohanian pun ada.

        “kau rasa sesuatu tak?” aku tanya Dani.
        “aku rasa pelik,” Dani jawab.
        “apasal lain aa bunyi dinding ni?” Ecah yang dari tadi diam, bersuara.
        “Girls, Abang Man suruh gerak. Line tak clear,” Hafiz bersuara.
        “Pis, esok satu round lagi. Tak puas hati aku,” Hafiz angguk.

...sambung
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 09:21 PM | Show all posts
sr_kila replied at 14-3-2015 12:10 PM
Kami berjalan ke arah bangunan paling belakang di sekolah. Abang Man yang mengekor dari belakang ber ...

wei sis..aku happy ko update tpi aku bca separuh update bru ko ni syg sebab aku lupa dah pllt cter ko ni. aku rsa, aku kna bca dari pertengahan rasanya. Rsa tk kena jika lupa plot  cter dan bca hapdet bru. mcm ko nak mndi tapi tak best klo takde sabun muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2015 09:53 PM | Show all posts
Esmiria replied at 14-3-2015 01:21 PM
wei sis..aku happy ko update tpi aku bca separuh update bru ko ni syg sebab aku lupa dah pllt cter ...

yela dik.. do as u wish.. tmi ko ni tau.. lalalalalala..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila replied at 14-3-2015 08:10 PM
Kami berjalan ke arah bangunan paling belakang di sekolah. Abang Man yang mengekor dari belakang ber ...

Yeah...  Ada update dr  TT
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekian lama menunggu..AKHIRNYAAAA..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2015 12:18 AM | Show all posts
suery89 replied at 14-3-2015 03:56 PM
Sekian lama menunggu..AKHIRNYAAAA..hehehe..

kannn..seksa ooo tunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2015 08:16 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 14-3-2015 03:36 PM
Yeah...  Ada update dr  TT

hehhee.. tenkiu zamzam.. =)

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 07:35 AM | Show all posts
sr_kila replied at 14-3-2015 08:10 PM
Kami berjalan ke arah bangunan paling belakang di sekolah. Abang Man yang mengekor dari belakang ber ...

dah update rupanya..

akak dah kena baca semula la citer kila ni..

naufal mana?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 15-3-2015 12:18 AM
kannn..seksa ooo tunggu

Hahaha...hari2 bukak nak tgk ada update ke x..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:05 AM | Show all posts
wa..best2..x sabo nk nunggu ending
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 07:12 AM | Show all posts
sr_kila replied at 15-3-2015 08:16 AM
hehhee.. tenkiu zamzam.. =)

naufal... bila nak jumpa naufal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 10:43 AM | Show all posts
Komik Wira Permata Sakti aku selitkan bawah bantal. Bagus sangatlah tu. Orang lain letak yaasin, letak tasbih bawah bantal. Aku? letak komik. Ni lagi haru kalau tetiba Mama Rokie buat spotcheck tengah malam. Memang say bye-bye to komik dan juga mata merit. Lagi best, esok, gerenti berbirat tapak tangan. Mata aku masih lagi terkebil-kebil. Banyak benda dalam otak aku. Pasal Mama Rokie, pasal pedang sakti dalam komik tadi tu. Tapi, yang paling buat aku berdebar betul, pasal Naufal dengan bilik kecik tu lah. Esok yang lain semua ada meeting Kelab Kaunseling. Tukang pedajal orang tu lah yang tukang psiko nya. Macam mana boleh sesat dalam kelab tu pun aku tak tahu. Aku, Hafiz, Dani dan Ewan je yang gerak esok. Yang lain-lain tolong cover dalam meeting. Aku tarik nafas panjang. Allah, bantu kami.

Aku, Dani, Hafiz dan Ewan jalan beriringan ke stor lama. Kelab kaunseling meeting dalam library. Dalam tiga jam paling lama. Abang Man off harini. Jadi, takde orang nak coverkan. Kebetulan pulak pak guard yang ganti Abang Man tu Uncle Misai. Garang gila uncle tu. Kerja nak maki orang je dia tu. Kami kena keluar dari sini sebelum meeting habis. Kalau tidak, kantoi, memang arwah tak berkuburlah jawabnya kitorang berempat kat sini. Aku tolak pintu stor. Keadaannya masih sama. Kosong. Kami berjalan ke arah bilik kecil di bahagian paling belakang stor. Pintu tidak bertutup. Memang sengaja kami biarkan semalam. Aku masuk diikuti Hafiz, Ewan dan Dani. Tiba-tiba aku terasa sesuatu. Bukan takut. Tapi sesuatu yang tidak dapat aku ungkapkan. Aku tak tahu. Hafiz mengeluarkan sesuatu dari dalam beg galasnya.
        “kau nak buat apa dengan tukul tu?” tanya Ewan.
        “aku nak ketuk dinding ni,” Hafiz berjalan ke arah dinding yang lain macam semalam.
Hafiz mula mengetuk dinding. Ewan selongkar beg Hafiz. Perengkuh paip di keluarkan. Budak Hafiz ni buat part time tukang paip ke?  Ewan join sekali ketuk tepi Hafiz. Aku dan Dani duduk berdiri di belakang.
        “Som, kau rasa ada something dalam tu?” Dani bersuara. Aku angkat bahu.
        “aku tak pasti. Tapi aku memang rasa something,” kami sama-sama berpandangan.  Selepas 10 minit mengerjakan dinding, dua lelaki tu berhenti. Hafiz nampak terkejut. Dinding dah berlubang. Agak besar. Ewan mengeluarkan sesuatu dari dalam dinding yang dah melohong. Sebatang kayu panjang berwarna putih dikeluarkan. Sekilas angin dingin lalu ditepi telinga aku. Aku meraup muka.
        “Ewan, apa tu?” Dani pegang bahu aku. Ewan menggelengkan kepalanya. Hafiz menjenguk kedalam lubang dinding. Dia pandang aku dengan pandangan tajam.
        “apa benda ni Som? Apasal ada tulang woi kat sini?” suara Hafiz lain macam. Aku diam. Tidak tahu apa yang patut aku respond. Dani menarik nafas panjang.
        “tulang?” perlahan suara Dani.
        “kejap. Apa kau cakap? Tulang? Tulang orang? Kau jangan bawak bergurau Pis,” Ewan mula gelabah. Hafiz masih pandang aku. Badan aku tiba-tiba menggigil. Air mata mula mengalir dengan sendirinya. Aku sendiri tak tahu kenapa. Dani peluk aku. Belakang aku ditepuk perlahan.
        “Som, istighfar. Mengucap Som,” terasa kepala aku diusap perlahan. Air mata makin galak turun dipipi aku. Perlahan-lahan aku istighfar. Hampir 2 minit aku begitu.
        “Naufal,” itu je yang keluar dari mulut aku. Dani lepaskan pelukan. Aku pandang Hafiz yang mencangkung di tepi dinding. Ewan bersandar di almari.
        “Naufal Ali?” Hafiz bertanya. Aku angguk. Ewan dan Dani berkerut.
        “siapa Naufal?” Ewan bertanya.      

** sambung
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 12:19 PM | Show all posts
depa dh jumpa Naufal... huhuhuhuhuuhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
TT..xda sambungan dah ke?? :-(
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042947 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list