|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
elia201 posted on 22-12-2014 08:33 AM
"Mummy!!!!" Teriaknya sekuat hati.
Satu tamparan lembut terasa dipipi Jie. Jie mula sedar dari mi ...
Aku suka misteri. Camnila haa seribu like beb.
Cincin tu untuk sapa? Dari sapa? Ke rayyan suruh shera bagi cincin tu untuk Jie?
Shera sangat hot..hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 12
Edited by elia201 at 5-1-2015 07:44 PM
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Khalid sudah mula sedarkan diri. Rasa bahagia menjalar ke segenap pelusuk jiwa melihat anak lelakinya membuka mata. Pada mulanya Tengku Safiah berputus asa namun harapannya bertaut semula melihat perubahan positif Khalid. Terima kasih Allah !
" Jie mana Mama? Dia tak datang ke?" Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Khalid.
Tengku Safiah menggeleng. "Mama tak kenal pun. Jie mana ni?" Rasanya tiada sesiapapun bernama 'Jie' pernah melawat anaknya sepanjang terlantar tidak sedarkan diri.
"Erm, tak apalah nanti Mama tanyakan pada Ray. Mana tau Ray kenal. Sekarang Karl rehat tau." Tidak mahu memberatkan fikiran Khalid, Tengku Safiah mengubah topik. Selimut anaknya dibetulkan.
Khalid cuma mengangguk , lemah.
Last edited by elia201 on 22-12-2014 04:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 22-12-2014 08:52 AM
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Khalid sudah mula sedarkan diri. Rasa bahagia menjalar ke segena ...
Terbongkar rahsia..hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-12-2014 08:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 27-12-2014 08:53 PM
Tan Sri Isa bercadang membuat kenduri doa kesyukuran apabila melihat keadaan Khalid yang makin pulih. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Doktor yang merawat Khalid juga memberi jaminan keadaan anaknya semakin pulih. Alhamdulillah ! Lapang hati mendengarkan perkhabaran baik itu.
"Papa ada hal sikit dekat office. Nanti Papa datang balik dengan Mama. Take care son!" Tan Sri Isa meminta diri untuk pergi.
Khalid cuma hanya akur.
Selang beberapa minit, kedengaran bunyi pintu dibuka. Pasti Ray dan Zeeta. Hati Khalid berbisik.
"Encik Khalid sihat?" Satu suara gemersik kedengaran dicuping telinga.
Jie ! Matanya bercahaya tatkala terpandang wajah itu."Eh, Jie. Duduklah." Pantas dia mempelawa sambil mencuba untuk bangun.
Melihatkan kesukaran Khalid untuk bangun, Jie menghulurkan bantuan. Malas mahu memanggil jururawat untuk membantu.
Setelah berada dalam kedudukan selesa, Khalid tidak melepaskan peluang menatap wajah Jie. Wajah yang dirindu.
Jie rasa rimas diperhatikan lalu mencapai epal di meja. "Encik Khalid nak makan buah epal? Saya tolong kupaskan."
"Tak apalah I 'kenyang' dapat tengok you. Khalid sengih. And one more thing, kita bukan kat office pun. You tak payahlah panggil I encik Khalid. Panggil I Karl atau Khalid. Tapi I prefer you panggil 'abang'. Kalau you sudi, kecil tapak tangan, satu padang golf SAAS I tadahkan." Dengar memang macam melalut tapi ada maksud yang tersembunyi.
Jie merasa pelik.Khalid adalah seorang manusia yang serius dan agak mustahil untuk berloyar buruk. Sama ada skru otak lelaki itu tertanggal semasa accident atau ini salah satu sisi dalam diri Khalid yang dia tak pernah tahu.Jie melakukan analisa sendiri.
"Jie.." Khalid bersuara setelah tiada reaksi dari Jie. "Betul ke kalau I offer you bekerja balik you akan jadi pekerja yang taat? I dengar you cakap masa I koma."
"Erm betullah Encik.. opps Karl, I meant it. Agak agak bila saya boleh start?" Jie mula berminat. Mesti best dapat jumpa kawan kawan office.
"Anytime. I'll double up your monthly salary. Every year ada oversea trip. Rumah and kereta you jangan risau, I akan provide untuk you. Kerja you pun senang saja. No more meeting, no more client and no more headache. You may work at home."
Lain macam jer.. Hati Jie mendesak untuk tahu. "Jawatan apa yang Encik Khalid offer saya ni?" Tolonglah jangan merapu ! Hanya bergema dalam hati tetapi tidak diluahkan kepada Khalid.
"Just be my wife. A mother of my child. Your job is to stay with me forever."
"Nonsense la !" Jie terasa dipermainkan. Wajahnya masam mencuka.
"I mean it Jie. Never mind, take your time. I akan tunggu selama mana yang you mahu."
Nampaknya Khalid tetap Khalid. Suka mendesak.
Jari jemari Jie disentuh, lembut. "I love .." Bicara itu terhenti apabila kedengaran bunyi pintu dibuka.
Tengku Safiah muncul sebagai 'penyelamat'.
Walaupun kaget namun Jie lega dengan kehadiran wanita itu.
"Siapa ini Karl?" Pandangan tumpah ke Jie. Dia rasa seperti pernah melihat wajah itu.
"Najiha. Bakal menantu Mama." Spontan Khalid memperkenalkan. Betul tak sayang?"
" Ya Allah. Sungguh ke ni Karl? Najiha?" Tengku Safiah berseri seri mendengar khabar gembira itu. Sudah terbayang dikotak fikirannya Rayyan dan Khalid melangkah ke singgah sana pelamin bergandingan dengan Zeeta dan Najiha.
Jie tidak mampu menidakkan. Wajah wanita itu bersungguh mengharap. Kepala cuma diangguk tanda mengiyakan.
Last edited by elia201 on 23-12-2014 08:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 22-12-2014 12:34 PM
Tan Sri Isa bercadang membuat kenduri doa kesyukuran apabila melihat keadaan Khalid yang makin pulih ...
bodoh jie. Klo aku, aku geleng. Geram betul. Arghhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-12-2014 11:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bab 13
Edited by elia201 at 5-1-2015 07:45 PM
Fikiran Rayyan buntu. Semak dan berserabut. Sejak Khalid dibenarkan keluar dari hospital, Mama asyik mendesak supaya mengahwini Zeeta. Jie pula masih membisu tentang lamarannya tempoh hari. Nampaknya lama lama dia boleh jadi gila.
Dia ingin menemui Jie mendapatkan kepastian. Rasanya dia tak boleh tunggu lagi.
Kereta membelok masuk ke kondo yang diduduki Jie. Setelah meletak kereta di parking lot, Rayyan mengatur langkah menghala ke arah rumah Jie. Sengaja Rayyan malas menelefon memberitahu tentang kedatangannya. Dia mahu buat surprise.
Langkah mati apabila terpandang Jie baru keluar dari BMW 7 series berwarna hitam metallic. Mata tertancap di bahagian pemandu. Seorang lelaki segak agak berusia kelihatan.
Lelaki berusia itu keluar lantas memeluk mesra Jie. Satu ciuman hinggap di pipi Jie.
Rayyan melihat Jie hanya membiarkan perlakuan lelaki itu bahkan tersenyum sambil melambai mesra pemergian lelaki itu.
Last edited by elia201 on 23-12-2014 12:33 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 23-12-2014 03:55 AM
Fikiran Rayyan buntu. Semak dan berserabut. Sejak Khalid dibenarkan keluar dari hospital, Mama asyik ...
ntah2 ayah dia or kembar Jie. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-12-2014 02:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jie yang mula menapak berhenti melangkah apabila mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh. Terkejut melihat kemunculan Rayyan. Harap harap, dia tak nampak tadi, kalau tak 'masak' aku ! Riak selamba dipamerkan. Seboleh mungkin senyuman manis dihadiahkan kepada Rayyan.
" We need to talk. You masuk kereta I." Jarang sekali Rayyan bersuara tegas begitu.
Jie teragak agak untuk masuk. Melihatkan perilaku gadis itu yang keberatan menurut kehendaknya, Rayyan tiada pilihan lain. Tangan gadis itu direntap lalu gadis itu ditolak masuk ke dalam kereta. Terperanjat Jie dengan perlakuan kasar lelaki itu.
"You ni dah gila ke?! Sakit tau tak?! I boleh 'charge' you cuba culik I tau!" Wajah Jie merah padam menahan marah.
"Yup. I memang gila. Gilakan you! Now, I nak bawak you kahwin lari dengan I. You nak buat apa? Report polis?" Nada suara Rayyan sinis.Emosi mula menguasai diri. Marah, geram dan cemburu bercampur baur mengenangkan adegan sebentar tadi. Dirinya rasa tercabar.
Jie hanya diam tidak berkutik. Pertama kali melihat Rayyan berubah serius. Cuak mula terasa.
Subaru Impreza mula menderum laju meninggalkan perkarangan kondominium menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Last edited by elia201 on 23-12-2014 02:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 23-12-2014 06:13 AM
Jie yang mula menapak berhenti melangkah apabila mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh. Terkejut ...
culik lah pulakk |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-12-2014 04:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria posted on 23-12-2014 02:27 PM
culik lah pulakk
Tula ber beli belit.. da jadik cerpan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-12-2014 08:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:38 AM
Wow, cantik! Jie terpana dengan keindahan banglo yang tersergam megah di hadapan mata. Reka bentuk yang menarik dan landskap yang menghijau benar benar memukau.
"Inilah Villa Safiah. Papa I bina sebagai lambang cinta pada Mama. Hopefully, I dapat bina Villa Najiha untuk you pula bila kita kahwin nanti." Hasrat itu sudah lama tersemat di hati. Sejak dia bertemu Jie.
"By the way, siapa lelaki yang 'kiss' pipi you tadi?" Puas sudah dia bertanyakan soalan yang sama sejak dari dalam perjalanan tadi. Namun, gadis itu hanya membisu seribu bahasa.
Jie tersentak mendengar soalan yang sama berulang. Nampaknya Rayyan tidak akan berhenti mendesak selagi tidak mendapat jawapan yang diinginkan. Mungkin inilah masa untuk dia membuka rahsia diri yang selama ini terpendam. Nafas panjang di hela. " Sebelum I berterus terang I nak minta maaf dekat you. I know you may hate me after this tapi ini adalah kenyataannya."
Hati Rayyan mula merasa tidak tenang. "Kenyataan apa? Kalau kenyataannya lelaki tadi adalah 'sugar daddy' you, I tak nak tahu! Yang I tahu I cintakan you and that's it!"
"Listen to me first Rayyan ! I love you. Yes, I do. Sepenuh hati I tapi -"
"Tapi apa? Please Jie ! Just straight to the point ! Siapa lelaki tadi?" Rayyan mula hilang sabar.
"Lelaki tadi adalah..." Bicara Jie terhenti apabila mendengar satu suara menegur.
"Panjang umur anak Papa ! Papa ingat baru nak call Ray." Tan Sri Isa muncul dari dalam rumah sambil tersenyum ke arah anak lelakinya. Pandangannya terhenti ke arah gadis disisi Rayyan. "Siapa ini Ray?"
"Eh, Najiha pun ada." Rupanya Tengku Safiah ada sekali di belakang Tan Sri Isa. " Ini lah bakal menantu kita bang. Karl kenalkan pada Saf dekat hospital hari itu."
"Bakal menantu? Karl? Rayyan merenung Jie meminta penjelasan. Sungguh dia tidak tahu menahu. Tujuannya membawa Jie ke sini hanya untuk memperkenalkan gadis itu dan menyatakan hasrat untuk mengahwini Jie bukannya Zeeta. Tetapi kejutan ini yang diterimanya.
" Dahlah jom kita masuk dalam borak borak. Zeeta dan Karl pun ada sekali." Tangan gadis itu dipaut. Jie tidak mampu menolak apabila Tengku Safiah memaut tangannya untuk masuk ke dalam.
Rayyan dan Tan Sri Isa berjalan beriringan dibelakang sambil berborak kosong.
"Najiha, Aunty kenalkan ini tunang Rayyan, Zeeta." Tengku Safiah memperkenalkan. Seronok hatinya melihat bakal bakal menantunya berkenalan."Zeeta, ini 'girlfriend' Karl , Najiha."
Mata mereka bertentangan. Jie senyum selamba. Tangan dihulur. Zeeta menyambut, dingin.
Khalid yang sedang membaca majalah terkejut dengan kehadiran Jie. "Macam mana you boleh ada kat sini?" Dia menyoal perlahan. Takut didengari Zeeta mahupun Mama.
Jie malas layan.Diam.
"I tanya you ni jawablah." Khalid mula geram.
"Mama , Karl nak discuss something in private dengan Najiha, nak borak dekat luar kejap." Khalid meminta izin. Tengku Safiah hanya angguk. Khalid berlalu keluar. Jie terpaksa mengikut.
" You datang sini dengan abang I ke?" Khalid menyoal bila dilihat Jie khusyuk merenung ikan di dalam kolam tanpa mempedulikan dirinya disebelah.
"Yes." Ringkas jawapan diberi.
" Do you love him?" Debaran terasa di hatinya saat bertanya soalan itu. Please say no..
Pelahan Jie mengangguk. Itulah kebenarannya.
Khalid mula rasa kecewa. " I tahu I tak pandai ambil hati, tak romantik macam Rayyan and atau mungkin tak se'handsome' Rayyan tapi I takkan putus asa. Rayyan dah bertunang Jie. Selagi Rayyan tak putus tunang dengan Zeeta untuk kahwin dengan you, I still ada peluang untuk dapatkan you, right?"
"Kita serahkan pada jodoh Encik Khalid." Jie memberi jawapan selamat. Biar masa saja jadi penentu.
Last edited by elia201 on 24-12-2014 12:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 23-12-2014 12:11 PM
Wow, cantik! Jie terpana dengan keindahan banglo yang tersergam megah di hadapan mata. Reka bentuk y ...
aikk? seperenggan? |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 23-12-2014 08:29 PM
aikk? seperenggan?
guna phone x perasan terpost
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 23-12-2014 12:11 PM
Wow, cantik! Jie terpana dengan keindahan banglo yang tersergam megah di hadapan mata. Reka bentuk y ...
Aku paling benci bila watak nak cakap, Ada orang potong. Terasa nak maki..grrrrr
*seranah dlm hati*
*ketap bibir* |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 7-2-2015 04:50 PM
Suasana makan malam di Villa Safiah agak meriah hari ini. Tengku Safiah sangat gembira melihat Zeeta dan Jie duduk semeja meski keduanya tampak kekok. Mereka seperti anak perempuan yang dia tidak pernah miliki. Dia pernah melahirkan seorang bayi perempuan, namun bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan.
Berlainan dengan Rayyan. Hatinya gundah gulana. Secara tak sengaja dia terdengar perbualan Khalid dan Jie siang tadi... Selagi Rayyan tak putus tunang dengan Zeeta untuk kahwin dengan you, I still ada peluang untuk dapatkan you.. Ayat itu bermain dikotak fikirannya. Dia rasa terdesak untuk memutuskan pertunangan dengan Zeeta dan mengahwini Jie sebelum Khalid 'merampas' gadis pujaannya. Rayyan nekad. Tindakan harus diambil sekarang.
"Mama, Papa, Zeeta, Karl... Ray ada something nak bagitahu. Ray.. Ray nak putus tunang dengan Zeeta." Terluah kalimah itu dari mulutnya. Akhirnya.
"What?!" Semua mata tertumpu pada Rayyan. Riak Zeeta mula bertukar sedih. Akhirnya apa yang ditakuti menjadi kenyataan. Rayyan meminta putus.
"Kenapa Ray? Mama dah buat pun persiapan kahwin Ray dengan Zeeta."Tengku Safiah agak kecewa dengan anak sulungnya.
"Ray cintakan gadis lain. Ray harap Mama restu kami berkahwin."
"Then marry her ! Lelaki kan boleh kahwin lebih dari satu. Asalkan Zeeta jadi menantu Mama. Tengku Safiah cuba bertoleransi. Zeeta tak kisah kan bermadu?"
Zeeta angguk setuju dengan cadangan Tengku Safiah. Benar dia rela berkongsi kasih dari kehilangan Rayyan yang dicintai.
"Kalau Mama nak sangat Zeeta jadi menantu Mama then ask Karl to marry her. Ray tak nak!" Rayyan pantas menolak. Wajah Khalid berubah bila namanya dikaitkan.
"No. Karl dah ada Najiha. Lagipun Karl tak ada kena mengena dalam hal ini." Tengku Safiah membantah. Suasana mula tegang.
"Please Saf, Ray.. Kita discuss later." Tan Sri Isa terpaksa masuk campur bila melihat dua beranak bertegang urat.
Tengku Safiah bangkit pergi dari situ. Hatinya sebal dengan perlakuan anak kesayangannya. Zeeta cuba memujuk.
Jie cuma terpaku tidak tahu berbuat apa.
Tan Sri Isa merenung kedua anak lelakinya.
"So, she's the one?" Mata melirik ke arah Jie. Rayyan dan Khalid mengangguk hampir serentak.
"Papa dah agak ! Bila nampak Ray bawak dia tadi, cara Ray pandang dia dan Papa rasa dia gadis yang sama Karl kejar masa annual dinner hari tu kan?" Khalid cuma mengiyakan.
"Ray dan Karl kena ingat. Ray dan Karl adik beradik. Papa tak nak disebabkan hal ini, hubungan darah terputus." Sebagai orang lebih tua Tan Sri Khalid sekadar mengingatkan.
"Kamu Najiha.. " Jie tersentak bila namanya disebut sekali.
" Uncle tak kisah siapa pilihan kamu. Sama ada Ray atau Karl, kamu tetap menantu uncle. Kamu buatlah pilihan terbaik."
"Insya Allah Tan Sri. Saya minta diri dulu." Jie mengatur langkah untuk pergi.
"I hantar you balik." Khalid menawar pertolongan.
"Tak apa. Dia datang dengan I biar I yang hantar dia balik." Rayyan segera menghalang.
"No. You stay dengan Mama. Mama tengah sedih and you better comfort her. Ingat you still tunang Zeeta." Khalid mengingatkan abangnya tentang status diri.
"Papa rasa Karl betul. Ray kena settle dengan Mama dan Zeeta dulu." Tan Sri Isa memberi cadangan.
Suka atau tidak Rayyan terpaksa akur membiarkan adiknya menghantar Jie pulang.
Last edited by elia201 on 24-12-2014 03:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2014 04:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:05 AM
"Sorry. Pasal saya, abang dan Mama Encik Khalid bertegang urat." Sedikit sebanyak Jie rasa bersalah menjadi punca.
Khalid hanya senyum. " You memang akan panggil I Encik Khalid forever ke? Just call my name okey."
"Dah biasa. Tak apa lah nanti saya adjust. Apapun thanks Encik Khalid hantar saya balik." Pintu kereta dibuka untuk keluar.
"Wait Jie. I nak tanya you something. Kenapa you macam kekok bila dengan I?" Khalid perasan sejak dari mula kerja lagi cuma tiada masa untuk bertanya.
Belum sempat Jie menjawab soalan dari Khalid telefon bimbitnya berdering. Jie pantas menjawab.
Kedengaran suara Viana cemas ditalian. Jie panik. Tubuhnya rasa lemah longlai. Ya Allah selamatkanlah Mummy!
"Kenapa ni Jie? Siapa yang call you?" Khalid mula risau melihat perubahan gadis itu.
"Mommy... Saya kena balik jumpa Mummy sekarang." Jie kelam kabut mencari kunci keretanya. Mujur ada tersimpan didalam beg tangannya. " Saya pergi dulu." Tanpa menghiraukan Khalid dia bergegas pergi ke kereta.
Khalid segera memintas.Rasa tak sedap hati membiarkan Jie memandu seorang diri malam malam begini.
" I hantar you. You naik kereta I la."
" No. Kampung saya jauh. Penat nanti Encik Khalid nak patah balik K.L." Jie menolak.
" Tak apa. I stay dekat kampung you. So I tak payah patah balik." Khalid masih berkeras.
"Rumah saya atap nipah. Banyak nyamuk mandi pun kena guna air perigi. Takut Encik Khalid tak selesa. "Jie mula beralasan.
Malas bertekak, Khalid merampas kunci kereta ditangan Jie. "I tak kisah semua tu janji you selamat. You naik kereta I ok?"
Jie cuma akur. Fikirannya menerawang jauh memikirkan Mommy. Selama ini dia keraskan hati untuk tidak pulang tapi kali ini dia mengalah. Jie berdosa pada Mommy !
|
|
|
|
|
|
|
|
elia201 posted on 23-12-2014 08:16 PM
"Sorry. Pasal saya, abang dan Mama Encik Khalid bertegang urat." Sedikit sebanyak Jie rasa bersalah ...
entah knpa aku.mkin menymph dgn khalid dan rayyan. Berebut betina.
Bila jantan ni dh puas, dia cari betina lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2014 09:28 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria posted on 24-12-2014 08:52 AM
entah knpa aku.mkin menymph dgn khalid dan rayyan. Berebut betina.
Bila jantan ni dh puas, dia ...
Betulla tu.. takpe kite tgg next episod..haha |
|
|
|
|
|
|
|
klu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|