CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dita85

[Tempatan] Mak - Kasih ibu sampai ke mati UPDATE! bapak si rempit komen

[Copy link]
Post time 11-11-2014 02:33 PM | Show all posts
sian kt adik tuh,dh hilang tmpt dia bermanja...kalo budak keparat tuh ada kt dpn aku,maunya aku lempang di laju2!!budak mentah baru dpt besi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2014 02:38 PM | Show all posts
hyldia posted on 11-11-2014 02:29 PM
yup,aku rasa mmg bawa moto laju ler tuh,dat's y,p hentam arwah tuh.kalo bw slow,sempat nya brek!ra ...

byk la die punye x slh sbb x nampk..aleeuto..klu die x laju mesti die smpt ngelak kn..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:47 PM | Show all posts
chinta89 posted on 11-11-2014 11:52 AM
opis ak xde bcerita plk psl ni..

atau sb ak tperap aje dlm bilik sambil layan forum pdhal dior ...

chinta, chinta
tadi aku cerita jugak dgn ofismate ni
dia pun tak tahu pasal cerita ni
ke...kita duaorang ni rajin melayan forum

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 02:52 PM | Show all posts
Innalillariwaiinalillahirohjiun...

kasih ibu taida batas..mampu lakukan apa2 untuk sang anak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hyldia posted on 11-11-2014 02:29 PM
yup,aku rasa mmg bawa moto laju ler tuh,dat's y,p hentam arwah tuh.kalo bw slow,sempat nya brek!ra ...

Buduh la member back up tu kn..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 03:17 PM | Show all posts
dari posting oh media..

Kesinambungan dari posting kami pagi tadi berkaitan seorang wanita yang dilanggar motosikal ketika melintas jalan bersama anaknya. Berikut adalah mesej yang diterima melalui inbox Oh! Media:

"Admin, saya mintak tolong sangat sangat admin share gambar ni. Disebabkan admin share gmbar mak tolak anak tu, ramai yang maki, kutuk budak yg bwak motor tu tanpa bukti. Ni ada screenshot dari saksi kejadian. Saya translate dr loghat terengganu:

Zaini dahlan: kes yang excident pagi tadi saya ada. Jangan salah faham, sahabat saya nabil bawa motor alow je, jangan fikir semua anak muda bawa motor laju. Bila excident je dengan motor mesti tuduh bawak laju. Saksi kejadian kan ada

Muhammad hanafi:
Menurut saksi kejadian, makcik tu melintas jalan di celah2 kereta tanpa menyedari kehadiran motor. Pelajar tu terkejut lalu hilang kawalan. Pelajar form4 sekolah tengku bariah, motor tu slow je, makcik tu jatuh dan terhentak kepala atas jalan sampai darah keluar dari hidung dan telinga.
Dah jadi rutin harian arwah bersama suami pergi makan roti canai kedai saleh di pasir panjang. Nak dijadikan cerita, suami arwah dah melintas jalan tapi arwah tak sempat, tertinggal di tengah jalan. Lepas tu arwah nak melintas jalan tiba2, lepas tu jadilah kemalangan tu.

Dalm hal ni bukan nak salahkan arwah atau sesiapa, mmg ramai orang lintas jalan mcm tu sbb kt situ jejantas jauh.

Tapi pengguna fb tak payah nak maki budak tu dgn cakap die merempit la puaka la etc. kalau korang takde dekat tempat kejadian, jangan berlagak mcm nampak sendiri sampai nak ulas lebih daripada saksi.

Terima kasih."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2014 05:39 PM | Show all posts
iznanaziz posted on 11-11-2014 02:47 PM
chinta, chinta
tadi aku cerita jugak dgn ofismate ni
dia pun tak tahu pasal cerita ni

ak syak begitulah... hahaha.. layan forum tanpa sempat bergosip di pantri....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE posted on 11-11-2014 03:17 PM
dari posting oh media..

Kesinambungan dari posting kami pagi tadi berkaitan seorang wanita yang d ...

Mamat tu ada lesen tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu kalau melibatkan orang dah mati ...akan ada yang back up kata kenderaan dipandu perlahan.

Macam nyawa orang yang dah mati tu takde nilai dan takde hak untuk keadilan.

Lebih-lebih lagi dalam hal ni melibatkan seorang ibu ...dan kebarangkalian anak dia akan dicari untuk dibalas dendam pun ada.

Tak mustahil dengan keadaan sekarang ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak budak tu nampak motor budak tu dan sempat tolak anak dia...budak yg bawa motor tu?

Menonong aje ker sibuk nak merempit celah-celah kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:29 PM | Show all posts
NURMIMIE posted on 11-11-2014 03:17 PM
dari posting oh media..

Kesinambungan dari posting kami pagi tadi berkaitan seorang wanita yang d ...

Puan ..takde sebut pun bab tolak anak n cite anak mangsa. ....so cerita anak ne ada kemushkilan jugak la ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 06:36 PM | Show all posts
jgn bagi lesen pd pesalah seumur hidup....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 10:38 AM | Show all posts
kesiannya..al-fatihah..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman..tabahkan hatimu dik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:07 AM | Show all posts
TT @dita85  ader update

KUALA TERENGGANU – Keluarga remaja yang merempuh seorang wanita dalam kemalangan maut di Jalan Pasir Panjang kelmarin tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa sehari selepas nahas tragis itu berlaku.

Bapa remaja terbabit, Ahmad Azidy Abd Malek, 45, ketika datang menziarah ahli keluarga mangsa maut, Dayang Che Abd Kadir, 51, melahirkan rasa simpati dan memohon maaf di atas kesalahan anak sulungnya, Ahmad Nabil Syazwan, 16, sehingga menyebabkan keluarga itu kehilangan seorang ibu serta isteri yang dikasihi.

“Saya datang untuk minta maaf di atas apa yang terjadi, lagipun perkara ini berlaku tanpa diduga dan tiada siapa minta ia berlaku, apatah lagi sehingga menyebabkan kematian. Baru hari ini (semalam) saya sempat datang ke sini kerana sibuk uruskan soal anak (Nabil).

“Saya sendiri terkejut apabila diberitahu mangsa yang dirempuh Nabil meninggal dunia. Saya tahu pun melalui rakan-rakan yang datang ziarah anak saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lorong Surau Baru, Kampung Pasir  Panjang, di sini semalam.

Dalam pada itu, Azidy berkata, akibat kemalangan itu, Nabil turut mendapat kecederaan pada bahagian geraham dan patah ibu jari kaki kanan.

“Alhamdulillah pada hari kejadian, doktor selesai membuat pembedahan di bahagian gerahamnya dan hari ini (semalam) baru sahaja selesai meletakkan simen pada jari kaki kanannya yang patah.

“Hari ini juga doktor sedang dalam proses membuat imbasan pada bahagian kepala serta seluruh tubuh badannya untuk pastikan tiada kecederaan dalaman,” ceritanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Azidy memberitahu, Nabil yang merupakan seorang pelajar SMK Tengku Bariah, berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital terbabit.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:09 AM | Show all posts
“Saya sendiri terkejut apabila diberitahu mangsa yang dirempuh Nabil meninggal dunia. Saya tahu pun melalui rakan-rakan yang datang ziarah anak saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lorong Surau Baru, Kampung Pasir  Panjang, di sini semalam.
nampak sangat tak ambik tau langsung sapa dan apa terjadi kepada oraang yang di langgar anak dia tu


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:12 AM | Show all posts


Anak mangsa trauma, enggan makan


SEMENTARA itu, anak mangsa, Mohamad Izzuddin Nazmi Ibrahim, 12, yang melihat sendiri ibu kesayangannya dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian berhampiran SK Pasir Panjang, pagi kelmarin itu masih trauma dengan apa yang berlaku.

“Dia belum makan apa-apa sejak semalam (kelmarin) dan masih tidak bercakap mengenai kejadian itu,” kata bapa Mohamad Izzuddin.

Ibrahim Muda, 55, berkata, Izzuddin masih trauma dengan kejadian yang meragut nyawa ibunya, yang ketika itu sedang berpegangan tangan dengan anak bongsunya itu untuk menghantarnya ke sekolah.

“Dia (Izzuddin) belum menjamah makanan walaupun disuruh makan kerana katanya tidak ada selera dan masih tidak dapat melupakan kejadian kelmarin.

Dia juga tidak banyak bercakap dan tidak mampu untuk bercerita mengenai kemalangan itu,” katanya kepada pemberita yang ditemui di kediaman saudaranya di Lorong Surau Baru, Kampung Pasir Panjang, di sini.

Sementara itu, ketika menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi dan Guru Besar SK Pasir Panjang, Ros Haya Aziz serta pemberita, Izzuddin kelihatan masih sugul ekoran kematian ibunya itu.

Menurut Ros Haya, pihak sekolah akan memantau perkembangan Izzuddin kerana dia seorang pelajar yang berpotensi di dalam akademik dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepadanya akibat kemurungan.

“Saya nampak dia (Izzuddin) memang berubah, mungkin masih terkejut dan tidak dapat menerima kenyataan ini, apatah lagi kemalangan itu berlaku di hadapan matanya. Insya-ALLAH pihak sekolah akan membantu untuk mengatasi traumanya,” jelasnya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 11:13 AM | Show all posts


Bapa kepada remaja tingkatan 4 yang melanggar wanita hingga maut di Pasir Panjang tempoh hari hadir ke rumah keluarga adik Izzudin untuk memohon maaf dalam satu pertemuan yang penuh hiba kelmarin.




Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:15 AM | Show all posts
Bina garisan kuning

DALAM perkembangan sama, garisan kuning akan dibina di Jalan Pasir Panjang berhampiran SK Pasir Panjang, dalam masa terdekat supaya kenderaan yang menggunakan laluan itu bergerak perlahan dan tidak membahayakan pelajar sekolah berdekatan.

Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, di sepanjang Jalan Pasir Panjang itu terdapat hampir lima buah sekolah rendah dan menengah, ditambah pula laluannya yang agak sibuk terutama pada waktu pagi dan petang, sekali gus
sangat berbahaya kepada pelajar.

“Saya sempat berbincang dengan Guru Besar SK Pasir Panjang untuk memastikan keselamatan jalan di sini kerana kawasan ini adalah laluan ‘panas’ terutama waktu pagi yang begitu banyak kenderaan lalu lalang.

“Kita juga akan berurusan dengan pihak berwajib seperti Pasukan Ikatan Relawan  Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Kerja Raya untuk membuat sesuatu bagi meredakan suasana lalu lintas di kawasan itu,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan Ziarah Prihatin di
rumah mangsa kemalangan maut pagi kelmarin di Pasir Panjang.

Menurut Sabri lagi, selain membina garisan kuning di laluan itu, pihaknya juga akan melihat keperluan lain seperti jejantas dan sebagainya bagi mengelak lebih banyak kemalangan berulang di kawasan itu.

“Sekiranya perlukan jejantas, kita akan bawa perkara ini kepada menteri besar secepat mungkin kerana kita tahu jalan ini agak sempit, kemungkinan akan melibatkan pengambilan tanah dan sebagainya.

“Tetapi saya rasa perkara ini tidak menjadi masalah untuk kita cadangkan, dan buat masa terdekat ini garisan kuning perlu dilaksanakan dahulu,” katanya.

Sementara itu, Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu turut melahirkan kesudiannya untuk membantu keluarga mangsa kemalangan maut itu sekiranya mereka memerlukan sesuatu, termasuk bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Cadangan pembinaan garisan kuning itu dibuat ekoran kejadian kemalangan yang melibatkan seorang wanita, Dayang Che Abd Kadir, 51, maut ketika menghantar anak bongsunya, Mohamad Izzuddin Nazmi Ibrahim, 12, berdekatan SK Pasir Panjang, kelmarin.-Sinar Harian

Semua artikel credit kepada:
http://terengganutimes.com/anak-mangsa-masih-trauma


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:27 AM | Show all posts
hyldia posted on 11-11-2014 02:29 PM
yup,aku rasa mmg bawa moto laju ler tuh,dat's y,p hentam arwah tuh.kalo bw slow,sempat nya brek!ra ...

Klu slow takdenya arwah smpi jatuh terhentak kepala kat jalan.
Betul tak?

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:29 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 13-11-2014 11:13 AM

Boleh senyum lagi?
Langsung x nmpk muka bersalah ke, kesal ke.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.082341 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list