UsuFie posted on 22-12-2014 03:30 PM
Utk Agus,
sila baca berita ni utk motivasikan uols...
Yang ni ke? Sinar Harian...
JASIN - Biarpun kedai gunting milik Karim Mahadi hanya dilengkapi bangku papan dan tidak mempunyai pendingin hawa, namun kedainya di Jalan Padang Bola, di sini, sering dipenuhi pelanggan.
Menurut Karim, 60, yang berasal dari Bachang, Melaka, setiap hari, dia mampu menggunting rambut kira-kira 50 pelanggan.
"Sudah lebih 35 tahun saya mencari rezeki dengan menggunting rambut dan sebelum ini pernah memiliki kedai di Jasin dan Melaka namun saya kini lebih selesa mengusahakannya berdekatan dengan rumah.
“Bila bekerja dekat dengan rumah senang kita hendak bersama dengan masyarakat. Sambil kita gunting rambut, bila orang perlukan kita, kita boleh pergi. Begitu juga bila ada kematian, kita boleh segera lawat," katanya.
Tambah Karim, walaupun hanya mengenakan bayaran serendah RM6, dia mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.
"Setiap hari ada sahaja pelanggan yang datang ke kedai ini memandangkan lokasinya bersebelahan kedai makan.
"Apa yang penting kita perlulah mesra dengan pelanggan kerana ia dapat menarik mereka kembali menggunakan perkhidmatan kita," katanya.
|