|
poyohabis posted on 14-10-2014 08:39 AM
Nayla jgn update banyak2 cite awak.. Nanti celaru otak duk rempit cita sana sini... Alih2 citer se ...
tau takpe... sampai dh melompat ke sana sini watak2 novel tu... |
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 14-10-2014 08:39 AM
Nayla jgn update banyak2 cite awak.. Nanti celaru otak duk rempit cita sana sini... Alih2 citer se ...
hehe.. nak lumpsum terus |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 14-10-2014 08:41 AM
tau takpe... sampai dh melompat ke sana sini watak2 novel tu...
Tu la pasal aku lak kat umah baca novel buku lagi.. Kadang2 gelong otak aku dibuatnya.. Tp kalo kat sini x bc cpt takut ending kene edit satu hal la pulak nak tunggu buku kuar.. Lama sgt x sbr rsnya |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 14-10-2014 08:42 AM
hehe.. nak lumpsum terus
Jgn lumpsum kan cite tu buat ala2 Ipo berasap berkepul2 je nak tunggu dia update citer dia.. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 14-10-2014 08:45 AM
Tu la pasal aku lak kat umah baca novel buku lagi.. Kadang2 gelong otak aku dibuatnya.. Tp kalo ka ...
hahahahaha... memang pening nak ingat yg mana satu...
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 13-10-2014 08:48 PM
Cegitu setuju sgt...punyalah merempit.dok pulun nak tau ending tup tup tak update dah...hampehhhh. ...
Kan.. hihi... so kita semua kena bg sokongan sepenuhnya buat penulis-penulis berbakat besar ni..
at least ada ENDING nya |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 13-10-2014 05:53 PM
Hani dalam dilema antara mahu pergi ataupun tak ke majlis pernikahan Adam dan Mila.
Adakah patut di ...
Ishh malu jer Afiq ni... |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 14-10-2014 09:44 AM
Ishh malu jer Afiq ni...
kehkehkehkehkehkeh... |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 14 ~~
"Maya, boss kesayangan kau tu bising pasal dokumen ni ha" kata Hani kepada Maya.
"Dokumen yang mana eh?" tanya Maya.
"Alaa... yang kau 'outstation' dengan En. Afiq tu lah", jawab Hani.
"Ooo.. ", jawab Maya. Hani faham keadaan Maya ketika itu kerana memang Maya terpaksa mengikut Afiq ke sana. Maya tidak berapa sihat ketika itu. Dia terpaksa memikirkan rakannya pada masa itu menguruskan hal perceraiannya. Jika tidak, Hani terpaksa menangguhkan kes perceraiannya bersama Adam dan akan melibatkan mahkamah juga. Namun, Hani geram dengan sikap Afiq kerana marah tidak tentu pasal menyebabkan dia tidak
dapat menerangkan hal itu kepada Afiq.
"Takpa lah Maya, kita habiskan dokumen ni sama-sama ok. Tapi, boleh tak, balik ni kau hantarkan aku pergi bengkel kereta. 'Pomen' tu kata kereta aku dah siap", minta Hani.
"Oh, boleh je, jom kita siapkan dokumen ni", ajak Maya.
Seharian mereka menyiapkan dokumen itu. Mereka tidak sentuh langsung kerja lain. Berkat usaha mereka, Hani dan Maya mampu menyiapkan kerja itu seperti yang dijanjikan. Hani terus ke bilik Afiq untuk menyerahkan dokumen itu. 'Huh, nasib baik dia takda' ngomel Hani dalam hati. Hani hanya meletakkan dokumen tersebut di atas meja dan meninggalkan nota, memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 5:15 petang.
Hani cepat-cepat menelefon pengasuh Qina menyatakan yang dia akan lambat sedikit untuk mengambil Qina. Hani selalu mengambil Qina pada 5:30petang setiap hari jika tiada apa-apa kerja yang memaksanya untuk keluar lewat. Selalunya Hani berjaya menghabiskan kerja mengikut waktunya kerana baginya dia patut menguruskan masa dengan baik dan tidak menganggu masanya bersama Qina.
~~
"Ok.. cukup kan RM450? , terima kasih" Hani berlalu setelah membayar kos membaiki keretanya. 'Pomen' keretanya sudah memberitahu awal-awal kepada Hani supaya senang Hani menyediakan wang. Hani berasa sedikit ralat oleh kecuaiannya mengenai keretanya. Oleh kerana kecuaiannya, RM450 melayang dari simpanannya. Nasib baik terdapat promosi di bengkel itu, sebab itulah Hani hanya menbayar RM450, jika tidak, RM600 akan melayang. Ini sebagai pengajaran untuknya supaya lebih berhati-hati.
"Terima kasih Maya", kata Hani sambil mengangkat tangan kepada Maya yang sedang beredar dari bengkel itu.
Hani terus menuju ke rumah, dan mengambil Qina balik. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 08:51 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
BellExOra posted on 14-10-2014 11:07 AM
TT update byk ckit..
hihi.. sorry.. sy bukak cari ni time keje jer.. n hari ni sy half day.. sikit je dapat update..hehe
esok.. insya Allah.. sy update banyak sikit yer.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 14-10-2014 11:35 AM
hihi.. sorry.. sy bukak cari ni time keje jer.. n hari ni sy half day.. sikit je dapat update..heh ...
hok aloh... halfday pulop... |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 14-10-2014 11:35 AM
hihi.. sorry.. sy bukak cari ni time keje jer.. n hari ni sy half day.. sikit je dapat update..heh ...
OK TT update semampu je |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 15 ~~
"Hani.. esok awak ada pergi mana-mana tak?", tanya Afiq kepada Hani.
"Eeerrmm, kenapa En. Afiq?", jawab Hani kerana tidak pasti dengan perancangannya untuk ke majlis pernikahan Adam ataupun tak.
"Saya ingat nak bawak awak dan Qina jalan-jalan esok kan cuti", ajak Afiq.
"Eeerr.. boleh. Tapi saya tak bawak Qina, saya nak bawak Encik Afiq ke satu tempat ni, ok tak?", pelawa Hani, namun takut Afiq tidak bersetuju dengan cadangannya. Tentu malu nanti. Namun, yang sebenarnya Hani ingin membawa Afiq ke majlis pernikahan Adam, dia inginkan kekuatan, dan ingin menunjukkan kepada Adam yang dia kuat walaupun tiada Adam di sisinya. Tetapi, Hani belum bersedia lagi untuk menunjukkan kepada Qina bahawa dia mempunyai ibu baru.
"Betul ke ni?, boleh je", jawab Afiq, mana tak nya, inilah peluang nya untuk menambat hati Hani. Tidak sangka secepat itu Hani mahukan hubungan mereka lebih dari persahabatan, fikir Afiq. Namun, Afiq tidak mahu cepat 'perasan' dengan perasaannya kerana seperti begitu cepat untuk Hani melupakan suaminya.
"Kalau macam tu, esok awak nak saya ambil awak kat rumah pukul berapa?" tanya Afiq.
"Pukul satu boleh?", tanya Hani kepada Afiq untuk memastikan dia ok dengan masa itu memandangkan majlis itu akan berlangsung selepas Zohor.
"Oh.. ok-ok", jawab Afiq. Namun, Afiq sedikit hairan kenapa perlu 'dating' pukul satu?, tetapi Afiq meng iya kan sahaja kerana bukan senang untuk dapat keluar bersama Hani memandangkan Hani sudah mempunyai anak. Tentu banyak masa Hani ingin dihabiskan bersama anaknya.
"Ok, kita jumpa esok ya", pesan Hani sambil beredar ingin pulang. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 08:56 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.. untuk pembaca semua...
saya akan update lain ye.. surprise sikit untuk hari ni..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 14-10-2014 12:06 PM
ok.. untuk pembaca semua...
saya akan update lain ye.. surprise sikit untuk hari ni..hehe
suprise sangat2 TT... |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 16 ~~
"Kita nak pergi mana ni?", tanya Afiq. Hani tidak menunggu lama selepas dia menghantar Qina ke rumah pengasuhnya. Hani perlu membayar lebih kepada pengasuh Qina walaupun dia tidak meminta oleh kerana pengasuh Qina telah menganggap Qina seperti cucunya sendiri.
"Masjid Wangsa Melawati", jawab Hani. Afiq hairan mengapa mereka perlu ke masjid.
"Kita boleh solat zohor kat sana sekali ye", kata Hani tanpa sempat Afiq membalas.
"OOoo.. ok", jawab Afiq tanda faham.
~~
Sesampainya di sana, azan terus berkumandang. Mereka terus mengambil wudhu' dan solat berjemaah bersama imam di sana. Afiq perasan terdapat majlis pernikahan yang akan berlangsung di masjid itu.
Selepas mereka berjemaah, Hani keluar di perkarangan masjid untuk memberitahu Afiq berkenaan majlis itu.
"En Afiq, saya nak hadiri majlis kahwin kawan saya ni. Boleh tak, kita tunggu sampai majlis habis?", tanya Hani.
"Oh.. boleh je", jawab Afiq. Mereka masuk ke ruangan depan masjid apabila rombongan sampai.
Kelihatan Adam segak bergaya serta teman hidupnya, Maya yang cantik dalam busana pengantin itu.
"Aku terima nikahnya Nor Mila Binti Mat Hasan dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai", Imam saling berpandangan orang di sebelahnya dan sama-sama mengangguk, tanda sah.
Berdebar-debar hati Hani tatkala mendengar lafaz itu. Dulu, dia yang menerima lafaz itu dari Adam, namun sekarang, Adam telah pun mengahwini wanita lain. Hani hanya mampu mendoakan kebahagiaan Adam di sisi Mila, isteri barunya. Semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat.
"Eh, bro. Kau yang kahwin rupanya!", sapa Afiq kepada Adam. Afiq tidak sangka Adam adalah pengantinnya. Dari jauh Afiq seperti mengenali lelaki itu. Mereka berkawan baik semasa belajar bersama di Universiti Utara Malaysia dan mengambil jurusan yang sama, iaitu Ijazah dalam Pengajian Perniagaan dengan kepujian. Mereka selalu ber 'study group' bersama semasa pembelajaran di sana.
"Errr.. Afiq.. macam mana kau boleh ada kat sini?, dah lama tak jumpa kau", tanya Adam sedikit kehairanan kerana seperti bekas isterinya mengenali Afiq
Afiq terus memandang Hani.
"Aku teman .. ", jawab Afiq.
"Hani bersama Afiq", jawab Hani perlahan, dia tidak membenarkan Afiq menjawab soalan itu dan terus memotong kata Afiq. Afiq tergamam kerana mereka seperti mengenali antara satu sama lain dan tidak sangka bahawa Adam lah kawan Hani sebutkan tadi.
"Afiq, perkenalkan Adam, bekas suami saya.." jawab Hani. Hani sengaja hanya membahasakan Afiq bukan Encik Afiq untuk menunjukkan yang dia membawa seorang teman, bukan seorang boss.
Terasa seperti darah memasuki setiap otaknya.. seperti tidak menyangka bahawa Adamlah suaminya, dan adakah Hani merupakan teman istimewa Adam semasa belajar dahulu?. Adam selalu menceritakan perihal teman istimewanya dan berniat menyunting temannya itu selepas pembelajaran mereka tamat nanti.
Hani juga tidak sangka bahawa Adam merupakan rakan Afiq.
"Oh. Tak sangka kan.. begitu kebetulan. Kau bersama bekas isteri aku" jawab Adam seperti sedikit marah.
"Eerr..", Afiq tidak pasti jawapan apakah yang ingin diberikan.
"Tahniah atas pernikahan ini", potong Hani setelah melihat ketegangan mereka. Dan terus menghulurkan tangan kepada Mila tanda ingin bersalaman. Mila terus menyambut dengan tiada senyuman di wajahnya 'datang jugak minah ni.. hmm', ngomel Mila dalam hati sambil mencium kedua belah pipi Hani. Hani hanya membisikkan kata tahniah kepada Mila semasa mereka ber salaman.
Hani terus menghulurkan hadiah kecil (sebuah novel percintaan) buat Adam dan Mila.
"Ini saja hadiah yang dapat saya bagi. Maaf tak dapat hadir esok pada majlis persandingan kamu berdua", Hani mengucapkan tahiah dan menunjukkan tanda ingin balik kepada Afiq.
"Eerr.. tahniah bro" Afiq terus menghulurkan tangan dan melagakan sedikit dadanya dengan Adam, dan terus berlalu pergi.
~~~
"Maaf ye Encik Afiq.. Saya panggil Afiq je tadi. Sejak bila En Afiq kenal dengan bekas suami saya?", tanya Hani.
"Eh takpa, kalau ikutkan saya nak awak panggil dengan nama tu je, tapi awak yang taknak. Kami berkawan masa belajar dulu", jawab Afiq.
"Ooo.. maaf sebab saya tak bagitahu dulu ke mana kita nak pergi tadi. Tak tau kenapa mulut ni berat je nak cakap", luah Hani.
"Takpe, saya faham..", jawab Afiq sambil meminum minuman Teh O Ais yang dipesan tadi. Afiq sangat mengagumi Hani kerana ketabahannya dengan menghadiri majlis itu tadi. Jika dia di tempat Hani, tentu sudah tak sanggup untuk berdepan dengan isteri baru bekas suaminya itu.
"Hani, saya ajak awak keluar ni pun sebab nak minta maaf pasal tempoh hari. Saya ikutkan sangat perasaan ni marah sesuka hati. Sepatutnya saya selidik dulu sebelum marah. Inilah sikap saya yang nak sangat ubah dari dulu lagi. Tapi sampai hari ni masih tak terkawal", luah Afiq.
"Saya faham dengan tekanan kerja yang En. Afiq ada. Bukan senang nak jadi orang besar. Mungkin masa tu En. Afiq tengah stress. Tapi, kalau En. Afiq nak cuba, En Afiq boleh ambil wudhui setiap kali nak marah atau stress. Saya pun tak pandai sangat tapi ramai yang dah buat macam tu menjadi", jawab Hani dengan sedikit tazkirahnya.
Afiq berasa sejuk hati apabila dapat bercakap dengan Hani. Perasaan itu datang tiba-tiba, disebabkan itulah Afiq selalu berfikiran bahawa Hanilah jodohnya. Dia tidak kira jika Hani pernah berkahwin sebelum ini. Mungkin Adam bukan jodoh Hani, sebab itu pengakhiran mereka adalah penceraian.
"Lepas ini kita tak ke mana-mana kan?", tanya Hani.
Afiq sebenarnya berniat untuk membawa Hani keluar, namun Afiq faham bahawa Hani perlukan ketenangan.
"Takda, nanti saya hantar Hani balik ya", jawab Afiq.
Setelah selesai makan, Afiq terus menghantar Hani pulang. Hani sempat membungkuskan bubur ayam buat Qina. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 08:57 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm berbelit jer cerita diorang ni TT... nice one TT |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|