|
[Tempatan]
Rombakan MAS: 6,000 akan hilang pekerjaan
[Copy link]
|
|
MAS perlu bincang isu pengurangan kakitangan - Musa Hitam
KUALA LUMPUR: Kakitangan MAS perlu terima pelan pengurangan kakitangan dengan hati terbuka dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, berkata MAS perlu mengadakan perbincangan secara tertutup bagi membincangkan perkara itu dan berusaha menyelesaikannya secara dalaman bagi mengelak lebih banyak spekulasi timbul.
"MAS perlu wujudkan satu jawatankuasa untuk memantau isu berkenaan kerana ia isu sensitif dan tidak perlu dihebahkan kepada media," katanya mengulas mengenai isu penstrukturan semula MAS yang dijangka turut membabitkan pengurangan kakitangan.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Forum WIEF ke-10 di Kuala Lumpur, hari ini.
Awal bulan ini, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) selaku pemegang saham terbesar MAS menawarkan pembayaran balik modal sebanyak 27 sen seunit daripada semua pemegang saham minoriti bagi baki saham tidak dimilikinya.
Khazanah dijangka mengumumkan butiran lengkap penyusunan semula syarikat penerbangan nasional itu Jumaat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
forex posted on 26-8-2014 04:21 PM
oit, bis berbulan training kat academy takkan tak pikir kot....
Ntah.. Mungkin lama2 die rase muak... Nsb baik dpt kawen pilot..takyah keje |
|
|
|
|
|
|
|
apa apa pun aku mmg kesian dgn mas...buatlah sebaik mungkin utk kembalikan nama baik mas |
|
|
|
|
|
|
|
Mel naik mas penuh aje..x tahulah kot sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
jgn sibuk buang yg bwh jer..yg kat atas tu cantas lah jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang simpati..
moga dipermudahkan segala urusan mereka2 nie |
|
|
|
|
|
|
|
tutup je MAS bodo neh....contohi lah JAL
rugi biliyon2 pon idup lg, pasal yg duit bailout ni sume guna hasil tax yg staff mas baya jer.. khaik puihh
MAS patut blaja kt tokey BABI camno dorg wat untong !! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak buang staff ... pastikan yg bermasalah je.
bukannye suka2 offer vss , sbb biasanye yg bagus akan keluar tapi yg sampah akan kekal. Sbb mrk tau nilai mrk dipasaran kerja ni.
Cuma proses nye mmg agak rumit la.
lagi satu hal .. Mas ni perlu diuruskan oleh orang bisnes, bukan org korporat la. |
|
|
|
|
|
|
|
Cari je lah kerja lain nyah. Kerja yang boleh bertudung dan berkopiah dan tak ada arak. |
|
|
|
|
|
|
|
fadlily posted on 26-8-2014 10:09 PM
Sedey nya MAS kalau sampai hilang trust passenger atau regular customer
Rows and rows of empty ...
Bang ini gambar org salah guna..dah kuar berita yg owner pix ni ckp dia masuk awal kan..penumpang dgn kanak2 mmg masuk awal masa tu depa snap. |
|
|
|
|
|
|
|
klu suh tan sri khalid ibrahim urus MAS ok x?leh save 3b |
|
|
|
|
|
|
|
actualy dah banyak fasa da pemberhentian k.tgn MAS.
|
|
|
|
|
|
|
|
djflux2000 posted on 28-8-2014 11:23 AM
Bang ini gambar org salah guna..dah kuar berita yg owner pix ni ckp dia masuk awal kan..penumpang ...
Tapi sebenarnya aku was was juga masuk awal pun takan tak ada orang lain. Seawal macam mana tu? Biasa masuk awal pun orang follow kat belakang tak putus putus. Nak percaya pun susah tak percaya pun susah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa cerita arini...semua staff mas tgh berdebar tunggu news pasal restructure |
|
|
|
|
|
|
|
waksir posted on 28-8-2014 11:17 AM
kalau nak buang staff ... pastikan yg bermasalah je.
bukannye suka2 offer vss , sbb biasanye yg bag ...
patutnya bagi aku je urus MAS ni..aku cut semua costing..multitask staff kalu tk ckup pilot aku sendiri bole jadi pilot
bole ke..sebab kempeni aku keje ni dh buang ramai org yg tkde kualiti..yg tinggal org yg skilful dan highly dedicate je. hasil dia..costing menurun dan profit +20% p.a.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekrg semua staff mas pakat senyapnje..so far.lom.ada berita |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Apa asas pemberhentian 6,000 daripada 20,000 keseluruhan pekerja Malaysian Airline System Bhd (MAS) dalam pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumum Jumaat lepas?
Mengapa pihak berkenaan tidak pernah terfikir tentang Dasar Langit Terbuka (Open Skies Policy) yang akan dilaksanakan tahun depan dan pasti memerlukan lebih banyak kakitangan?
Apakah mereka tidak memberi perhatian atau sengaja tidak mahu faham MAS berhadapan kemungkinan menjadi syarikat penerbangan domestik sahaja jika pengurangan pekerja dilakukan?
Itu antara soalan yang dilempar bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman kepada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) ketika ditanya reaksinya terhadap penstrukturan berkenaan.
"Semua cadangan dibuat dalam pelan itu adalah baik pada umumnya tapi saya rasa ada perkara yang amat penting dan perlu diambil kira pihak yang menyusun semula penstrukturan itu.
"Satu perkara tertinggal di dalam rancangan itu, ia menetapkan pengurangan pekerja, bagaimana dia buat keputusan itu dan apa asasnya nak kecilkan syarikat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kandungan pelan 12 perkara yang ditetapkan oleh Khazanah bagi memulihkan MAS yang diumum baru-baru ini.
Ketika mengulas mengenai Dasar Langit Terbuka, Abdul Aziz memberitahu, pengumuman angka pengurangan tenaga pekerja itu dilihat satu perkara ganjil yang tidak harus dilakukan pada peringkat awal penstrukturan.
"Bagaimana dia buat keputusan itu? Berapa banyak laluan dan juruterbang, anak kapal dan kakitangan yang terlibat?
"Saya rasa dia tidak boleh hendak buang pekerja bahkan perlu tambah pekerja.
"Dasar Langit Terbuka akan dimulakan enam bulan lagi, seharusnya mereka ada perancangan namun rasanya ia tidak disentuh dalam pelan itu," jelasnya.
Dasar Langit Terbuka ASEAN yang bakal dilaksanakan pada 2015 bertujuan meluaskan rangkaian perkhidmatan udara di antara Malaysia dan negara-negara asing.
Ini akan diadakan melalui perjanjian perkhidmatan udara dua hala (bilateral) yang akan membenarkan syarikat penerbangan Malaysia dan negara-negara asing mengadakan penerbangan tanpa sekatan dari segi kekerapan perkhidmatan, kapasiti penerbangan, jenis pesawat, laluan serta bilangan syarikat penerbangan yang dibenarkan di antara Malaysia dan negara tersebut.
Situasi ini mampu meningkatkan pertumbuhan sektor pengangkutan udara dan industri pelancongan negara, dan sekaligus meningkatkan akses rakyat Malaysia ke negara-negara lain dan sebaliknya.
Sementara itu, sebuah akhbar sebelum ini melaporkan kenyataan Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng yang menyifatkan langkah mengurangkan pekerja yang dilakukan MAS merupakan satu tindakan yang matang dan perlu dilakukan; sejajar dengan langkah pemulihan syarikat penerbangan nasional tersebut.
Ia turut dilihat satu perkara yang menyumbangkan kepada kos operasi dan melalui pengurangan tersebut, MAS juga dapat memikirkan untuk mengurangkan penerbangan ke laluan yang tidak menguntungkan.
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) yang sebelum ini menduga langkah pembuangan kakitangan, tidak menjangkakan Khazanah akan melaksanakan pembuangan sehingga 6,000 orang sebagai satu daripada langkah pemulihan syarikat penerbangan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
buang 6000 orang berapa peratusan management level yang dibuang, berapa peratus executive kebawah yg dibuang. selepas pembuangan berapa ramai pula yang akan di rekrut. berapa banyak kos yg perlu dibayar untuk pemberhentian pekerja ini pula. kenapa tidak dibuat outsourcing... |
|
|
|
|
|
|
|
leftrani_kel posted on 28-8-2014 11:25 AM
klu suh tan sri khalid ibrahim urus MAS ok x?leh save 3b
bole jerrr..dia pun bakal takde keje tu..better laa dr lantik kroni yg ntah pape
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini plan menyelamatkan air asia |
|
|
|
|
|
|
| |
|