Pertunangan Aliff ini telah disahkan oleh bapanya, Ali Bakar. Kata Ali Bakar:- Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan) dan bersyukur kerana Aliff sudah bertemu pilihan hatinya. Maaflah saya tidak dapat bercakap panjang lebar kerana ia atas permintaan Aliff sendiri. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka. Cuma kita sedih apabila arwah Sharifah Aini pergi dulu sebelum sempat melihat Aliff mendirikan rumah tangga. Namun arwah sentiasa mendoakan kebahagiaan Aliff dalam apa juga keadaan
|