cubby_qt posted on 13-6-2014 12:14 PM
Berahsia yer... ok.. xper... klu sudi.. ceritala.. klu x sudi.. xper.. hak masing2..
harap2 mas ...
Unit tu keras....Itu salah satu perkara pelik yang saya alami. Ada satu lagi tu sungguh mengerikan. (bagi saya yang dah terkena).
Bilik saya hujung sekali. Terasa ada sesuatu benda menuju / disasarkan ke arah bilik dan ke arah saya dari belakang. Kalau nak digambarkan seolah-olah macam 'das tembakan (seperti das lontaran biji-biji/batu/pasir halus bertalu-talu dari belakang ke arah saya dan bilik. Ini memang perkara benar. Saya tidak peduli kalau ada org disana yang membaca sebab perkara ini benar. Bukan sengaja saya mendedahkan perkara ini. MENAKUTKAN....Bunyinya mirip batu-batu atau pasir halus dilontar ke dinding bilik.. INI BENAR!!
Terkena benda tu badan rasa semacam..'miang' semacam..kepala berat semacam..mengantuk sampai tersengguk-sengguk.. hanya org terkena mengetahu keadaannya. Bayangkan saya menghadapi benda-benda camni tanpa bercerita kat sesiapa..
Yang peliknya...Bilik saya dihujung sekali ..bermakna bilik yang kelima. didepan bilik pertama ada bilik mesyuarat. Bayangkan ''das tembakan itu" boleh pulak buat ''AIR TURN BACK ke arah bilik meeting apa bila saya nak discuss KPI saya? Ini cerita benar!! Maknanya 'das tembakan' yg boleh membunuh ni dari arah bilik 1,2,3,4, dan 5. Saya tak berani dah menuduh siapa punya jin atau hantu raya itu.
Semasa saya bertugas di kaunter..ada student beritahu saya " Ustaz ada cakap..kat sini ada orang bela hantu raya" Bayangkan...Student yang cakap macam tu kat saya sebagai seorang staff. Saya diam je la. Tapi tertanya-tanya juga walau saya dah tau dalam tu macam-macam perangai dan cara.
Saya rasa peristiwa dan keadaan pelik serta aneh ini telah dialami dan diketahui oleh orang -orang disana...Dari saya ditukarkan ke jabatan lain atau berlakunya penyebaran maklumat ini..mereka ambil keputusan ' mengusir' saya disitu. Saya berpendapat ini adalah salah satu PUNCA UTAMA ( yang tersirat yang tidak dapat dibuktikan melalui apa-apa cara ) mengapa mereka x suka saya di unit itu. Mintakk sangat Allah membalas perbuatan mereka..Saya tunggu je dunia ni kiamat.. Semua kad-kad dan hadiah hari terakhir saya disana..saya buang dalam tong sampah dalam UTP. Saya tidak mahu mengenang kisah lalu. Kehidupan mesti diteruskan. Last edited by sham159 on 13-6-2014 12:50 PM
Post time 13-6-2014 03:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sham159 posted on 13-6-2014 12:32 PM
Unit tu keras....Itu salah satu perkara pelik yang saya alami. Ada satu lagi tu sungguh mengerikan ...
Oooo... kesiannya... ingatkan bila blaku di pej... jin liar.. rupanya ada juga yang membela dan buat di pejabat... abis tu.. di rumah kene juga tak??? Tak salah meluah di sini... paling2 dapat la meluah... sabar yer...
Ciksham159, saya dulu pernah belajar kat Utp. Macam2 saya jumpe di sana masa belajar dulu. Tapi kali ni nak share pengalaman saya sewaktu bertugas sebagai jurutera tapak di sebuah projek di gebeng.
Alkisahnya saya terlibat dalam pembinaan sebuah kilang pemproses plastik. Fast track punya projek. Nak siap dalam masa 6 bulan. Maka kerja siang malam non stop.
Biasalah mula2 kerja. Seorang engineer merangkap kerani, qs, qc dan supervisor skali. Kabin lah tempat lepak. Boleh dikatakan setiap malam balik lewat hingga pukul 10. Mula-mula keseorangan di kabin tu mcm2 perasaan timbul. Bunyi orang bercakap bahasa yg kite tak faham di luar..
Lama kelamaan bunyi cakar mencakar pulak. Dahla seorang diri. Nak solat pun kena ganggu bunyi hilai ketawa. Masa tu tuhan saja yg tahu. Apakan daya kerja kena siap submit kepada klien setiap hari. Satu malam tu bunyi cakaran tu boleh tahan lagi, tetiba nampak beberapa sosok putih diluar kabin sedang memerhati saya sedang menaip report mengguna laptop. Apa lagi, dah tak tahan saya walkie talkie minta supervisor indon datang iring saya balik.
Pastu saya berhenti kerja sebab x thn diganggu di tmpt kerja dan rumah. Nk cerita pon sy terlupa. Nnt ada sy smbg lagi. Wallahualam