|
|
razhar posted on 24-3-2014 09:39 PM
yang kat sini..ni masa cuti skolah...dikerah suruh murid2 menyalin sebutir2 dari buku antologi har ...
Ada sbb tu knp cikgu tu bt mcm tu..cuba pegi sekolh n tanya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
zamj75 posted on 24-3-2014 09:15 PM
yup...setuju. kena pulak kelas paling ke belakang....mmg kesian. skrang minima 35 orang sekelas u ...
Minima 35 org... Tak taulah knp dorg xkurgkn bilgn murid sekelas.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
zamj75 posted on 24-3-2014 09:18 PM
yer itulah yg aku buat berbanding 10 tahun lepas. nak wat mcm mana. komplen lebih nanti di katakan ...
Kata luar bndar yg kt tgh bndr pon sama jer..klu ada pon kelengkpan ict nk guna pon takut..satgi rosak dipersalhkn sbb semua benda cm seng sgt rosak... Nk baiki plak pnggil org mantain berjanggut tunggu...
Sekolh sy pibg byk sponsor..nsb baik area elit..parents pulak xlokek kuar duit Last edited by mommymonster82 on 24-3-2014 09:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 24-3-2014 09:39 PM 
yang kat sini..ni masa cuti skolah...dikerah suruh murid2 menyalin sebutir2 dari buku antologi har ...
xtahu la pula kalau salin sebutir2 tu..biasa kalau bu at buku scrap tu kita minta diorang buat dalam bentuk peta minda..macam nota juga,..tapi bentuk peta minda...lagi menarik..tambah budak2 lagi kreatif..cantik je..nak ulangkaji pun mudah..,try la pergi bincang dengan cikgu tu...bukan tanya terus terang..pergi buat2 tanya prestasi anak macam mana..lepas2 pandai2 la sembang...jangan guna emosi..guna caea berhemah..kalau dia salah,dia malu sendiri,n dia xakan buat lagi..moga perkara ni dapat diselesaikan dengan baik..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mommymonster82 posted on 24-3-2014 05:12 PM 
Kita kesian kat budak... Tp org kata kita ni suka komplen dan anggap kerja kita paling susah di du ...
a'ah kan... wat pe penat2 pikir pasal anak orang, hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermmmm...dr LCE, SRP,PMR, now PT3...adakah quality makin meningkat atau menurun... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 24-3-2014 06:33 PM 
ni satu klas disuruh salin...wa naik angin jugak..apa ke pekdah nya....or salin semua isi kandunga ...
masa ngaja dulu, klau utk klas2 belakang i pun masih mempraktikkan salin drp buku teks ni, tp skadar point2 penting je dgn tujuan dan harapan diorg akan terbaca jgk sikit... klau terangkan pun x bole bnyak2 sbb diorg x boleh focus lama2, jd x dpt byk, sikit pun jadilah kan, pastu buat latihan sikit2... smua tu kna buat dlm kelas, klau suruh buat di umah mmg x buat la jawabnye..
Pasal mnyalin drp buku teks ni sbenarnya nk mintak student baca je, bukti dh baca, tp rasanye kurang efektif kot....
Zmn skolah dulu2 pun kna buat tp x de la sebutir2 mnyalin... dan sememangnya masa tu x nmpak pun apa gunanya, nk exam cari buku rujukan, buku nota x guna pun.. tp bila masuk u baru nmpak pentingnya nota, yelah satu subjek, buku dh beberapa buah, bila nk exam pening gak klau x dak nota..
so bila mngajar pulak, tuk klas2 pandai, i mmg galakkan student guna buku teks, baca n buat nota ikut cara masing2.. n i slalu tegaskan dlm tiap2 klas i, nota tu bukan mnyalin drp buku teks, tp itu adalah catatan sendiri, buat la ikut kefahaman masing2.. so bila baca buku kna slalu tanya diri sendiri penting ke tidak, kalau penting, catit.. baru la sel2 otak berhubung gitu, membaca smbil berfikir kekdahnye.. dulu2 zmn sekolah cikgu x ckap cara sebenar buat nota, hehe
tuk klas2 pandai ni senang ngaja, mcm2 aktiviti boleh buat, discussion dlm group, presention... n yg i paling suka bersoal jawab dgn student, jwpn student mestilah brdasarkan kefahaman gitu, x nk diorg brgantung sgt dgn ayat2 buku teks... i nk student2 ni byk berfikir... n yes, dlm kelas i cuba kongsikan jgk maklumat2 luar yg bermanfaat tuk diorg slain yg ada dlm buku teks..
n i perhatikan student lelaki ni lbih berminat dgn benda2 yg luar drp buku teks, mungkin pd diorg klau takat buku teks diorg pun bole baca sendiri, heh... i pun slalu cakap sekolah ni tempat nk belajar, n belajar tu x semestinya brdasarkan apa yg dlm buku semata2, kna belajar persiapkn diri tuk masa dpan... mncabar jgk jd cikgu ni, tp i suka je kalau diorg betul2 serius nk blaja... yg klas2 blakang wlau x pandai slow, i ok je, sanggup tolong mna yg trmampu asalkan diorg minat nk blaja.. yg x minat nk blaja tu yg susah tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat PT3 ganti dio ...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cupu posted on 24-3-2014 05:48 PM 
tula...klu anak cikgu xpela.mak ayah faham.klu org biasa ni mcm mn?ke diaorang akan pgil parents b ...
sepatutnya ibu-bapa dipanggil ke sekolah - then cikgu2 akan terangkan lah pasal mende ni...
so far tak de lagi - may be bukak sekolah next week kot...
hopefully lah - if not - jenuh lah nak paham sistem pembelajaran bebudak skang ni.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penilaian PT3 bersifat menyeluruh
Oleh Alimuddin Mohd. Dom
RAMAI yang menarik nafas lega apabila Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) baru-baru ini.
Menurut beliau pentaksiran itu mampu mengurangkan beban guru sehingga 80%. Apa yang menggusarkan guru selama ini te-lah terjawab apabila mereka boleh merekodkan data prestasi pelajar mengikut kaedah dan kesesuaian masa mereka sendiri. Guru tidak perlu lagi merekodkan data penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat secara dalam talian.
Penambahbaikan PBS dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan Peni-laian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan bermula 1 April.
Bagi memastikan pelaksanaan yang lebih lancar maka semua guru mata pelajaran di sekolah menengah akan diberikan kursus dan latihan mengenainya. Penambahbaikan PBS ini dilakukan menerusi kajian pihak kementerian, input daripada warga pendidik dan kesatuan-kesatuan guru.
Sesungguhnya tiga isu besar yang membelenggu guru dalam pelaksanaan PBS telah dapat diatasi.
Pertama, penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan penyataan deskriptor dan evidens yang banyak akan dikurangkan.
Kedua, pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit dilakukan mengikut kesesuaian masa guru manakala ketiga Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian yang sukar diakses dan memakan masa lama tidak lagi diperlukan. Guru boleh menyimpan rekod pelajar mengikut kaedah masing-masing.
Mungkin ada yang bertanya apakah yang membezakan PT3 dengan PMR yang diamalkan sebelum ini. PT3 dilaksanakan berasaskan sekolah sementara PMR adalah peperiksaan berpusat serentak di semua sekolah di seluruh negara. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan. Bahagian itu turut menyediakan semua soalan, jadual peperiksaan, pelantikan pemeriksa, penetapan standard jawapan, jumlah skor markah dan mengumumkan keputusan peperiksaan di akhir tahun.
Walaupun PT3 dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah tetapi masih juga memerlukan pelajar menjawab soalan secara bertulis. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pelajar bukan sahaja menduduki ujian bertulis tetapi juga dikehendaki menduduki ujian lisan.
Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan ditaksir melalui ujian bertulis. Bagi subjek Sejarah dan Geografi pula pentaksiran dilakukan melalui kerja kursus, penyediaan projek, kerja lapangan dan kajian kes.
Ada yang bertanya bagaimana pula kriteria untuk memasuki Tingkatan 4 di sekolah tertentu pada tahun hadapan? Seperti diumumkan oleh Menteri Pendidikan, pelajar boleh menggunakan keputusan PT3 untuk memohon memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Mene-ngah Teknik atau Kolej Vokasional.
Menariknya PT3 tidak hanya menilai pelajar dari segi kognitif atau aspek akademik semata-mata tetapi turut menyediakan ujian psikomatrik. Ujian ini adalah untuk mengenal pasti kecenderungan, minat dan bidang kebolehan pelajar. Pada masa sama ujian ini dapat menjelaskan keupayaan pelajar dalam bidang sains dan minat terhadap penyelidikan.
Sesungguhnya PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah. Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.
Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Selain itu keputusan PMR kebiasaannya diumumkan pada akhir tahun kini keputusan PT3 mungkin boleh diumumkan lebih awal oleh pihak sekolah.
Sesungguhnya pelaksanaan PBS melalui PT3 akan dapat mengurangkan kritikan sesetengah pihak yang mengatakan sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan pe-periksaan. Sudah tentu penekanan terhadap keputusan peperiksaan cemerlang semata-mata akan menyebabkan hala tuju pendidikan tidak menepati matlamat sebenarnya.
Matlamat pendidikan seharusnya seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan. Pada masa sama dapat mengembangkan bakat mereka sama ada dalam bidang jasmani, emosi, rohani atau intelek. Akhirnya sistem pendidikan dapat menyediakan warga negara yang akan berbakti dan memberi sumbangan bererti kepada agama, bangsa dan pembangunan negara.
Ironinya terlalu memberi penekanan berlebihan terhadap peperiksaan menyebabkan aktiviti kokurikulum terabai. Terbukti bahawa aktiviti kokurikulum dapat membentuk dan membina keupayaan pelajar dalam berbagai bidang. Ia akan dapat mengembangkan bakat kepimpinan, membina sahsiah yang unggul dan keperibadian yang mantap.
Oleh itu dalam menghasilkan sistem pendidikan yang berkesan maka pelajar-pelajar perlu digalakkan terlibat secara aktif dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan seragam. Di samping itu aktiviti dalam dan luar bilik darjah seperti lakonan, teater, perbahasan, syarahan, koir, bermain alat muzik, nyanyian, tarian, kuiz, forum, teka silang kata, treasure hunt dan sebagainya hendaklah dijadikan amalan biasa di sekolah.
Dalam usaha menjadikan pembelajaran lebih menarik maka sekolah perlu juga merancang aktiviti luar seperti melawat muzium, tempat bersejarah, kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar, membersihkan rumah ibadat, lawatan ke rumah orang tua atau rumah kebajikan. Termasuklah aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, menerokai kawasan hutan atau bersantai di pantai atau kawasan air terjun.
Hakikatnya, aktiviti ini sukar untuk dilaksanakan sekiranya guru-guru sentiasa dihambat untuk mengejar sukatan pelajaran dan persediaan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Mungkin atas kesedaran tersebut maka Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada pelajar Tingkatan 1 yang bermula tahun 2011. PBS dan PT3 memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah menilai sendiri pelajar mereka. Justeru pentaksiran baharu ini adalah suatu penilaian yang lebih bersifat holistik.
PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UniSZA.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... luruh#ixzz2xmiXoD3L
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|