|
Mohon rombakan bod agama Islam dan Muslim -2
[Copy link]
|
|
Sudahlah tu, daripada buat perkara yang ada keraguan, ada baiknya buat sesuatu yang memang tak ada ragu-ragu. Saya cadangkan satu sub board himpunan kisah-kisah motivasi, kisah2 nabi dan sahabat atau topik-topik yang berkualiti himpunan digest pindahkan ke situ, ada juga manafaat untuk dibaca daripada duduk di page 200 ke atas tu...memang susah nak selak-selak. Last edited by zamkumis on 4-3-2014 03:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 4-3-2014 03:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
Saya cadangkan satu sub board himpunan kisah-kisah motivasi, kisah2 nabi dan sahabat atau topik-topik yang berkualiti himpunan digest pindahkan ke situ, ada juga manafaat untuk dibaca daripada duduk di page 200 ke atas tu...memang susah nak selak-selak.
Terima kasih atas cadangan... himpunan kisah-kisah motivasi boleh diletakkan dalam satu thread, dan dimasukkan dalam indeks untuk mudah capai
Kalau nak buat sub-board baru, boleh dipertimbangkan, namun dah ada juga beberapa cadangan tambahkan sub-board dalam topik lain, maka nanti kalau jadi banyak sangat sub-board topik semasa akan tenggelam pula...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum ni ada cadangan:
bintang posted on 22-10-2012 09:52 PM ![](http://mforum2.cari.com.my/static/image/common/back.gif)
Bukak Sub-Board baru kat Board Agama Islam & Muslim. Tentang sastera Islam. Bintang rasa ramai jek pengunjung bod agama neh cuma depa tak berposting. Salah satu jalan nak lebih aktifkan bod sini adakan satu bod lagi untuk pengkarya atau meletak karya berunsur islam dari genre apa pun. Boleh saja dari kisah nabi, sahabat, kisah-kisah lucu abu nawas pun best juga termasuk puisi, cerpen, novel islamik.
Sebab nak letak cerita-cerita kat bod bawah tuh sangat tak bersesuaian.
Sekadar cadangan
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-3-2014 04:02 PM ![](static/image/common/back.gif)
Terima kasih atas cadangan... himpunan kisah-kisah motivasi boleh diletakkan dalam satu thread, d ...
Harap mnm77 tak terlepas pandang, takut2 baca msg saya dengan kelajuan angin, ada yang tak perasan.
Cadangan saya masukkan topik2 yang telah didigest kedalam satu subboard. contohnya topik ni duduk di page 273 belakang sana...tak ada pembaca, walhal semua tu perbincangan berkualiti.
: http://mforum.cari.com.my/forum. ... 62&extra=page%3D273
http://mforum.cari.com.my/forum. ... 73&extra=page%3D273
Kalau guna index..macam kat atas tu...macam tak praktikal..keje separuh jalan
Last edited by zamkumis on 4-3-2014 04:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 4-3-2014 04:10 PM ![](static/image/common/back.gif)
Harap mnm77 tak terlepas pandang, takut2 baca msg saya dengan kelajuan angin, ada yang tak perasan ...
Terima kasih. Saya naikkan topik tersebut ke atas, dan untuk cadangan himpunan perbincangan berkualiti, mungkin saudara zamkumis boleh jadi perintis buka topik baru, dan masukkan link yang difikirkan berkualiti di situ....
Memang bebenang berkualiti cukup banyak, cuma ada forumer berpendapat berkualiti dalam isu-isu tertentu, forumer lain pula rasa isu-isu tertentu yang lain...
Apapun terima kasih atas cadangan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu kalau nak senang, cadangan saya tak perlu buat apa-apa perubahan,..hehe. Yang ada ni pun dah ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas cadangan... himpunan kisah-kisah motivasi boleh diletakkan dalam satu thread, dan dimasukkan dalam indeks untuk mudah capai
Universiti Kehidupan - Memahami Sejarah Dan Bangsa Adunan
Ketika Rasullullah saw terasa berat di dalam menyampaikan risalah dakwah, Allah menurunkan ayat mengenai sejarah umat terdahulu yang juga mendustakan nabi-nabi mereka. Ia menyuntik semagat pada Nabi.
Allah menceritakan sejarah kedurhakaan umat terdahulu untuk menjadi iktibar kepada umat akhir zaman ini seperti sejarah kemusnahan kaum Lut yang berbudayakan fahaman Gay .
Allah menceritakan sejarah kehebatan umat terdahlu yang beriman untuk menaikan semangat umat Islam akhir zaman seperti kisah Ashabul Ukhdud
Allah ceritakan kisah kekerasan kaum Yahudi untuk kita tahu bagaimana kerasnya bangsa ini jika tidak beriman.
Rasullullah menceritakan sejarah terhapusnya kaum Madyan, kaum Nabi Salleh untuk menjadi iktibar bagaimana kedurhakaan akan menyebabkan kesengsaraan.
Para muslimah dari golongan Tabi’in, mendodoikan anak-anak mereka dengan kehebatan sejarah perjuangan Nabi dan para sahabat. Akhirnya generasi ini dapat menyebarkan Islam ke kawasan yang lebih luas lagi seperti terbukanya kota Andalusia.
Orang Yahudi memberi syarat bantuan kepada Raja Jordan agar tidak mengajarkan sejarah kejahatan Yahudi kepada generasi muda, akhirnya, anak-anak muda Jordan lebih mengaggap Israel itu sahabat berbanding dengan sahabat seIslam dari Iraq dan Palestin sendiri.
Di dalam dunia ini, subjek tassawuf , sejarah dan perbahasannya telah digugurkan dari silibus university kecuali universiti al-Azhar. Itu pun pihak Amerika memberi tekanan pada Mesir supaya menggugurkan subjek itu dari diajarkan kepada umat Islam. Mujurlah Universiti al-Azhar tidak sepenuhnya di bawah kerajaan Mesir. Akhirnya, kita umat Islam tidak tahu apa sebenarnya jihad dan ada yang salah mentafsir hingga menyatakan bahawa jihad adalah semata-mata membunuh.
Pihak penjajah menyembunyikan sejarah sebenar Tok Janggut dan Dato’ Bahaman hingga perjuangan mereka dianggap sebagai pemberontakkan.
Penjajah membawa balik segala manuskrip orang Melayu supaya orang Melayu tidak mengenal diri mereka. Akhirnya, mereka merasa rendah diri dan tiada jati diri.
Mereka menanamkan bahawa orang Melayu orang yang lemah, tidak bermaya, tiada sejarah, tiada jati diri. Akhirnya, berapa ramai orang Melayu yang mempercayai bahawa mereka golongan orang yang lemah dan tidak bermaya.
Mereka menyembunyikan bagaimana pahlawan Melayu berjuang dan syahid di dalam mempertahankan bumi Melayu.
Tidak ramai orang yang tahu perjuangan Sultan Sulaiman di Filipina, Sultan Kudrat menetang Spanyol. Pejuangan orang Melayu Brunei yang menghambat keluar De Sande, panglima Spanyol. Tidak ramai yang tahu bangsa kita bangsa penulis hebat dan pelayar yang hebat.
Kita hanya dapat tahu sejarah kita melalui mereka. Kita hanya dapat tahu sejarah kita setelah beberapa manuskrip ditemui. Lihatlah bagaimana sejarah telah disembunyaikan untuk melemahkan jati diri orang Melayu.
Portugis, Spanyol dan Belanda bersama-sama mengganyang, cuba menghapuskan Islam di Nusantara. Slogan 3 G (Glory, Gospel, Gold) (kemenangan, kristian, kekayaan) diterapakan.
Mereka mendapat kemenangan di banyak tempat (glory), mereka dapat membawa balik kekayaan Nusantara (gold), tetapi yang mereka tidak berjaya ialah mengkristiankan orang Melayu (gospel).
Mereka bawa balik manuskrip kita, mereka hapuskan dan sembunyikan, tetapi tetap tidak berjaya mengkristiankan bangsa Melayu. Selama empat kurun mereka mencuba tetapi tetap gagal.
Kemudian, mereka cuba hapuskan 3 serambi Mekah yang ada di Nusantara ini, Acheh di ganyang, Pattani diganyang dan Kelantan juga cuba dihapuskan.
Tetapi juga tidak berjaya. Apa yang ada pada bangsa kita ini. Kenapa begitu payah ingin dilenyapkan. Ini yang menarik minat mereka mendalami masyarakat Nusantara.
Sesungguhnya, jati diri Melayu terletak pada Islam. Sebab itu, barang pertama yang mereka cuba sembunyikan ialah kedatangan Islam ke sini. Mereka kata kita mendapat Islam lambat dan hanyalah “second hand’ iaitu bukan dari Arab tetapi dari India dan China. Jika benar dari India kenapa tidak ada seorang pun orang Melayu yang bermazhab Hanafi.
Alhamdulillah, pada malam 20 Mac 09, saya bersama pelajar perubatan dari Moscow Medical Akademi. Kami sama-sama berkuliah membincangkan mengenai sejarah Islam Nusantara ini. Di akhir kuliah, mereka semua merasa semangat dan membicarakan apa yang perlu dibuat di dalam konteks sebagai mahasiswa.
Ada di antara mereka baru merasakan kepentingan memahami sejarah. Ada di antara mereka yang baru dapat memahami pentingnya Islam dalam diri. Ada yang memang telah dalam kefahaman Islamnya, hanya sebagai refresh sahaja.
Saya sempat membetulkan beberapa pandangan yang masih mengaggap bangsa Melayu bangsa picisan, layu, lemah dan sebagainya. Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanamkan pada pemikiran bahawa bangsa Melayu tiada jati diri.
Saya mengatakan bahawa banga Turki pernah menjadi bangsa rendah. Imam Ghazali sendiri pada zamannya pernah menulis bahawa bangsa Turki bangsa yang tidak bertamaddun. Tetapi dengan Islam mereka menjadi bangsa yang kuat dan pernah memimpin dunia.
Keunikan bangsa Melayu ialah ia adunan dari bangsa seluruh dunia. Dalam bangsa Melayu ada acuan Arab, Inggeris, China, India, Turki, Negro dan sebagainya. Jika benar Nusantara bakal menjadi tapak kuatnya Islam, maka Melayu adalah satu bangsa dari acuan seluruh umat Islam. Kebangkitan Melayu bermakna kebangkitan Islam keseluruhannya.
Ini yang ditakuti oleh musuh Islam. Mereka terus mengkaji dan mengkaji untuk memberikan teori-teori tentang tiada jati dirinya bangsa Nusantara ini. Dan ada golongan yang akan terus mempercayainya.
Syabas kepada kita yang semakin memahami mengenai bangsa adunan ini. Sesungguhnya, kita mempelajari sejarah bukan untuk membuang masa, kita mempelajari sejarah untuk mencipta sejarah.
Jika tidak generasi ini, maka generasi akan datang akan kita dodoikan dengan semangat perjuangan ini. Agar, bangsa Nusantara akan bersama-sama dengan bangsa lain di dalam arus kebangkitan Islam.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Last edited by minahrock on 5-3-2014 08:03 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
minahrock posted on 5-3-2014 07:58 AM ![](static/image/common/back.gif)
Universiti Kehidupan - Memahami Sejarah Dan Bangsa Adunan
Ketika Rasullullah saw terasa bera ...
5 star untuk minahrock.
Tulah, kadang-kadang kita rasa pelik bila lihat minda orang ,sebenarnya telah ada jalan keluar tetapi masing-masing masih berpeluk tubuh. Persoalan yang paling besar...dimanakah kekuatan kita??? kalau nak harapkan sejarah kegemilangan bagaimana bangsa turki yang belum ada sejarah boleh mencapai kegemilangan. Dan bangsa turki sekarang ini pula telah ada sejarah kegemilangan ,tetapi tidak gemilang dimasa sekarang?
Jawapannya disini, tanpa islam bangsa atau individu itu tidak ada ertinya. Dengan islam bangsa itu mendapat kemuliaan, kemudian untuk mendatangkan agama dalam diri setiap individu perlu melalui satu fasa iaitu fasa tarbiah untuk mengenali islam secara lebih realiti. Key point disini ialah dakwah, apabila dakwah ditinggalkan, maka hilanglah kegemilangan dan kekuatan, apabila dakwah dijalankan maka datanglah bantuan Allah, gemilanglah sejarah bangsa dan individu tersebut. Cuba cik minahrock buat kajian tentang kegemilangan Islam melalui bangsa, misi mereka adalah dakwah, yang dikatakan serambi mekah itu ialah pusat dakwah, bangsa apapun apabila dia ambil kerja dakwah sebagai kerja utama mereka, bangsa itu akan naik sampai kepuncak kegemilangan. Bukan kegemilangan yang kita mahu. Tetapi ia adalah tanggungjawab seluruh umat islam untuk kembali semula kepangkal jalan. Iaitu kerja dakwah yang telah ditinggalkan diambil semula. Kalau hangtuah jadi lemah tanpa Taming sari, kalau Islam akan lemah jika tanpa dakwah. Lihatlah Al-Quran.. hayati, apa ertinya kisah-kisah nabi2, apa ertinya kisah asbabunnuzul, apa ertinya surah wal Asr, semuanya itu menjurus kepada dakwah. Masalahnya sekarang dakwah yang menjadi senjata atom umat islam telah ditinggalkan. Maka jangan haraplah kalau nak gemilang. Tidaka ada alasan untuk tinggalkan dakwah, lihatlah saidina Abu Bakar, selepas mengucap dua kalimah syahadah, dia tanya "apa kerja saya", jawab Rasulullah " kerja aku adalah kerja kamu"(lebih kuranglah dialognya), pada hari pertama masuk islam Saidina Abubakar membawa 4 orang untuk diislamkan, esoknya 5 orang.
Sebab itu saya sarankan supaya topik yang telah didigestkan dimasukkan kedalam subboard supaya generasi baru forum cari ni boleh baca topik2 berkualiti dari abang kakak2 mereka. Cadangan sahaja.
Last edited by zamkumis on 5-3-2014 04:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
minahrock posted on 5-3-2014 07:58 AM ![](static/image/common/back.gif)
Allah menceritakan sejarah kedurhakaan umat terdahulu untuk menjadi iktibar kepada umat akhir zaman ini seperti sejarah kemusnahan kaum Lut yang berbudayakan fahaman Gay .
Allah menceritakan sejarah kehebatan umat terdahlu yang beriman untuk menaikan semangat umat Islam akhir zaman seperti kisah Ashabul Ukhdud
Allah ceritakan kisah kekerasan kaum Yahudi untuk kita tahu bagaimana kerasnya bangsa ini jika tidak beriman.
Rasullullah menceritakan sejarah terhapusnya kaum Madyan, kaum Nabi Salleh untuk menjadi iktibar bagaimana kedurhakaan akan menyebabkan kesengsaraan.
Para muslimah dari golongan Tabi’in, mendodoikan anak-anak mereka dengan kehebatan sejarah perjuangan Nabi dan para sahabat. Akhirnya generasi ini dapat menyebarkan Islam ke kawasan yang lebih luas lagi seperti terbukanya kota Andalusia.
Benar
Saya respon posting ni bukan bertujuan untuk bertelagah, tetapi membenarkan apa yang benar dari Al-Quran dan Sunnah...dan apa yang kurang tepat berkaitan dakwaan-dakwaan yang bukan dari Al-Quran dan Sunnah....harap diperbetulkan
Orang Yahudi memberi syarat bantuan kepada Raja Jordan agar tidak mengajarkan sejarah kejahatan Yahudi kepada generasi muda, akhirnya, anak-anak muda Jordan lebih mengaggap Israel itu sahabat berbanding dengan sahabat seIslam dari Iraq dan Palestin sendiri.
Ini tidak tepat. Saya ada sahabat warga Jordan, dan mereka TIDAK menganggap Israel itu sahabat berbanding orang Islam Iraq dan Palestin sendiri. Tahukah saudara, ramai warga Jordan yang ada talian persaudaraan dengan rakyat Palestin? Ramai juga warga Jordan yang berjuang di Palestin..
Saya bercampur dengan warga Arab dari Mesir, Jordan, Palestin, yang muda yang berumur... memang ada yang sekular, itu tidak dinafikan, sama macam di Malaysia juga, yang sekular pun ramai, namun yang Islam tidaklah menganggap Israel itu sahabat berbanding umat Islam yang lain...
Last edited by mnm77 on 5-3-2014 09:45 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 5-3-2014 08:53 AM ![](static/image/common/back.gif)
Sebab itu saya sarankan supaya topik yang telah didigestkan dimasukkan kedalam subboard supaya generasi baru forum cari ni boleh baca topik2 berkualiti dari abang kakak2 mereka. Cadangan sahaja.
Cadangan yang baik.... boleh saya tahu adakah saudara maksudkan buka subboard baru, atau masukkan dalam thread kompilasi?
Untuk makluman saudara, moderator tak ada kuasa buka sub-board baru, yang tu kena bincang dengan supermoderator dan admin yang akan tentukan. Namun cadangan boleh diusulkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 5-3-2014 10:00 AM ![](static/image/common/back.gif)
Cadangan yang baik.... boleh saya tahu adakah saudara maksudkan buka subboard baru, atau masukkan ...
Cadangan saya, buka subboard baru, Tajuk " Dakwah Islam" . Kemudian mod pilih tajuk2 digest berkualiti yang ada kaitan dengan sejarah umat islam, aqidah, tasawwur dan apa-apa perbincangan yang menjernihkan minda dan santapan rohani pindahkan ke board tersebut. Cadangan sahaja...namun ini mungkin bukan cadangan yg terbaik.
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 5-3-2014 10:19 AM ![](static/image/common/back.gif)
Cadangan saya, buka subboard baru, Tajuk " Dakwah Islam" . Kemudian mod pilih tajuk2 digest berkualiti yang ada kaitan dengan sejarah umat islam, aqidah, tasawwur dan apa-apa perbincangan yang menjernihkan minda dan santapan rohani pindahkan ke board tersebut. Cadangan sahaja...namun ini mungkin bukan cadangan yg terbaik.
Saya suka dengan cadangan di atas ![](static/image/smiley/default/icon8.gif)
Namun seperti yang saya dah beritahu, moderator tiada kuasa untuk buka sub-board baru... kami boleh mengusulkan...
@ibnur
@mbhcsf
@ussopp
|
|
|
|
|
|
|
|
YAHUDI MENYESATKAN ULAMAK
Ini adalah sedutan pandangan dari dari Abuyaku yang kini menetap
di Labuan dan diterbitkan pada tahun 1992 dalam sebuah buku yang bertajuk,
Ulamak Dalam Pandangan Islam.
Di Malaysia, proses mengalih tempat ulama dari tempat mulia
ke kandang-kandang musuh berlaku begitu licin dan rapi sekali.
Nyata ianya dirancang sejak lama dan penuh hati-hati. Sebagai
contoh mari kita lihat tahap-tahap peralihan ituberlaku dengan
jayanya di Malaysia.
a) Menjemput para alim ulama makan gaji.Waktu sebelum penjajah
dulu,alim ulama tidak bekerja makan gaji. Mereka berdikari
dalam soal mencari rezeki. Mereka bekerja menyebarkan ilmu di
tengah masyarakat sekitar. Bilapenjajah memerintah,ulama-ulama
ditawarkan bekerja dengan pemerintah. Yakni mereka ( penjajah)
masuk kedalam kampung melalui wakil-wakilnya,naik ke rumah
ulama-ulama itu,berbincang dengan tuan rumah,berbincang mengenai
kerja yang ditawarkan itu. Hasil pujuk rayu,maka ramailah ulama
menerimanya di samping ramai juga yang menolaknya.
b)Tuan guru saya Allahyarham Syeikh Mahmud Bukhari (asal
Bukhara,Uzbekistan),dijemput sewaktu dia berada di Makkah.
Dia menerimanya menjadi guru di Maahad Hisamudin,Klang.
Cuma syukur kerana beliau tidak dapat ditipu oleh
dunia. Rumah besar yang ditawarkan ditolaknya. Teruslah
dia tinggal di rumah kecil tepi masjid. Hidupnya zuhud.
Selain kerja rasmi, dia banyak buat kerja-kerja tidak rasmi
iaitu mengajar masyarakat di masjid dan lain-lain lagi.
Termasuk Sultan Selangor di masa itu Sultan Hisamuddin
Alam Shah,sultan Selangor yang keenam, mengaji dengannya.
Dibuatnya Sultan macam anak muridnya yang lain.
Dia tegur apa yang patut ditegur. Ini diakui oleh semua
ulama di zaman itu. Selamatlah ia dari mengampu dan menjilat.
Tetapi umumnya, ulama yang menerima jemputan penjajah dapat
ditipu oleh duniayang melambai-lambai. Tipuan dunia tentu
kita sudah maklum. Yakni bagai kita mengejar bayang-bayang
atau fatamorgana. Kita ingin padanya kerana ia begitu
menarik. Tetapi makin diburu makin ia lari. Hingga kita
asyik memburu,tidak juga puas-puas. Keasyikan yang melalaikan
kita dari memburu Akhirat. Akhirnya kita mati sebelum
menyediakan apa-apa bekal untuk hidup di Akhirat. Dunia yang
diburu hilang dari hidup kita. Hiduplah mereka dalam kemewahan.
Hati kian jauh dari Tuhan kerana penuh dengan kehidupan yang
diisi oleh rasa cintakan dunia yang mengasyikan. Kerja-kerja
ALLAH yang tanpa gaji itu tidak berasa seronok lagi.
Yang seronok,kerja makan gaji. Begitulah dunia telah
menggelapkan mata hati kita tapi mempesonakan mata lahir.
c) Bila umpan pertama sudah mengena, penjajah pun bangunkan
tangga kedua iaitu mem buka sekolah-sekolah agama mengikut
sukatan penjajah. Sekolah yang secara terang dapat menjamin
makan gaji dengan kerajaan. Yakni dapat kehidupan mewah yang
indah itu. Kalau tak buka sekolah sendiri,proses membawa
ulama ke kandang mereka agak lambat. Bukan senang nak ubah
kuih yang sudah disiapkan orang. Eloknya buat kuih sendiri.
Itulah falsafah bangunnya sekolah-sekolah agama ini.
Masyarakat melihatkan contoh ulama makan gaji yang hidupnya
sudah berubah indah itu. Maka ramailah yang menghantar anak
ke sekolah agama kerajaan. Dunia dapat, Akhirat dapat,
kata mereka. Walhal pemburu dunia jarang dapat jadi pemburu
Akhirat. Manakala pemburu Akhirat akan diburu buru oleh dunia.
Masa di sekolah lagi pelajar-pelajar sudah berbincang-bincang
tentang jawatan-jawatan yang bakal disandang nanti. Ada yang
nak jadi mufti,kadhi,mubaligh,dan lain-lain lagi.Masing-masing mengharap
jawatan besar untuk mendapat gaji.
(Apa yang saya sebut iniadalah pengalaman yang saya lihat
dan dengar sendiri.)
Dengan adanya sekolah,kerajaan tidak payah lagi menjemput
ulama di rumah-rumah mereka untuk datang ke pejabat. Tetapi
para ulama sendiri yang berduyun-duyundatang memohon kerja.
Dapat kerja ertinya dapat duit,dapat nama,dapatkuasa,dapat pengaruh,
yang semuanya sangat dicintai oleh nafsu.
Waktu itu sama ada dapat tegak hukum ALLAH atau tidak,sudah
tidak diperhitungkan lagi.
d) Tertekannya ulama tidak rasmi dan pondok-pondok. Pada
era ini, kekuatan ulama rasmi sudah terasa. Maka jadilah
mereka ayam sabung pemerintah untuk menekan ulama yang masih
mempertahankan hak-hak ALLAH dalam masyarakat mereka.
Sekolah-sekolah pondok tempat keluarnya ulama turut jadi
sasaran.Kita tentu sama-sama dapat saksikan bagaimana proses
peralihan berlaku dipondok-pondok. Yang sebelumnya berserban
atau berkopiah putih,telah bertukar kepada kopiah hitam dan
akhirnya jatuh semuanya. Kepala yang mulia tidak
bertutup lagi. Baju-baju Melayu beralih kepada baju kemeja.
Kain pelikat beralih kepada seluar. Mula-mula kemeja di luar
tapi akhirnya kemeja masuk ke dalam seluar. Jadilah ulama rupa
pakaiannya macam rupa pakaiaan tuannya,penjajah.
Perempuan yang mula-mula dirahsiakan kecantikannya, dibuka
sedikit demi sedikit,akhirnya terdedah betul untuk santapan
nafsu lelaki macam wanita-wanita penjajah.
Saya hanya menyebut perubahan-perubahan yang lahir-lahir
ini sebagai contoh sahaja. Yang sebenarnya perubahan fikiran
melalui propaganda dakyah musuh itulah yang menjadi punca bagi
perubahan lahir itu. Di Turki,Kamal Atarturk menjahanamkan
ke-Islaman di Turki dengan cara inilah. Bahkan ia menggunakan
kekasaran,membunuh ulama dan menghukum siapa-siapa yang degil.
Lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan jajahan komunis seperti
di negara-negara di Asia Tengah yang pernah dijajah oleh Moscow,
dan juga di Tanah Besar China. Ulama tidak rasmi dan ulama-ulama
pondok dianaktirikan hingga menjadi begitu buruk dan tidak
berharga lagi. Orang ramai pandang mereka bagaikan pandang
kucing kurap. Akibatnya pondok hidup segan mati tak mahu.
Yang meriah pondok buah-buahan seperti pondok durian,
rambutan dan lain-lain lagi. Kemudian sebahagian besar
ulama pondok pun terpengaruh sama. Walaupun mereka masih
mengajar di pondok-pondok tetapi anak-anak mereka sendiri
dihantar ke sekolah sekular yang menjamin keduniannya.
Sikap mereka ini seolah-olah menampakkan mereka menyesal
mengaji di pondok-pondok ( pesantren-pesantren) kerana tidak
dapat apa-apa habuan keduniaan.
e)Bila taring makin besar dan tajam, musuh Islam makin berani.
Mengumpan pula agar umat Islam mengaji Islam di negeri kafir,
universiti kafir,guru-gurunya pun kafir. Masya ALLAH, malangnya
umat Islam! Ramai yang menerima tawaran ini. Pulang dengan PhD
syariah atau PhD loghah atau PhD tasawuf dari Universiti
Kent,Universiti Birmingham,Universiti Temple di Amerika atau
dari Universiti St.Andrews di Scotland atau lain-lainnya.
Ulama ini bukan lagi setakat gila dunia lalu memperdayakan
agama. Tetapi mereka juga adalah ejen musuh dalam menghancurkan
Islam di negara-negara dan negeri-negeri umat Islam. Di
mana-mana hari ini, siapa ada sijil dari negeri-negeri kafir
itu, dia yang dapat tempat istimewa dalam kerajaan. Atas
nama Islam, dengan kuasa yang ada, disesatkanlah,ditekan,
diugutlah saudara-saudara seIslam yang serius dengan agama.
Walhal mereka sendiri yang menuduh sesat pada orang itu ada
yang kaki perempuan,kaki muzik,dan segala-galanya. Syariat Islam
mereka, jangan soallah. Isteri penoreh getah yang jahil pun pakai tudung,tetapi
isteri tuan besar agama, kepala masih terdedah.
Sebab itu saya berani mengatakan lulusan Islam dari sekolah
orang kafir ini sebagai penghalang kebangkitan Islam. Dituduh
ajaran tasawuf sebagai sesat sedangkan dia sendiri anti syariat.
Juga dituduh tasawuf itu karut sedangkan kekarutan yang di
lakukannya lebih bahaya lagi. Inilah kerja musuh,kerja nafsu
dan syaitan. ALLAH berfirman dalam surah An Nisa
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku
dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu
dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu?Tapi mereka masih
berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah
mengungkari thaghut itu. Dan syaitan memang hendak menyesatkan
mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan
kepada mereka, Marilah(tunduk) kepada hokum yang telah Allah
turunkan dan kepada ajaran Rasul,nescaya kamu lihat orang-orang
munafiq menghalang (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari
mendekati kamu. (An Nisa:60-61)
f) Di tahap ini sudah sempurnalah hasrat musuh untuk
hancurkan Islamdan ulamanya sekali. Bila lidah musuh
sudah disambung oleh ulama, maka selesailah proses penghancuran
yang dirancang sekian lama. Umat Islam tinggalnama sahaja.
Cara hidup sepenuhnya bukan Islam lagi. Cara hidup Islam jadi
dagang dan begitu asing di kalangan penganutnya sendiri.
Tepatlah sudah sabda Rasulullah SAW:
Kamu akan mengikut perjalanan orang sebelum kamu sejengkal demi
sejengkal,sehasta demi sehasta. Sehingga kalau mereka masuk ke
lubang biawak pun kamu akan mengikutnya. Lalu ditanya: Siapakah
mereka wahai Rasulullah? Sabdanya: Yahudi dan nasrani.
( Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Berjayalah sudah musuh mendaki kemuncak itu. Tapi insya-ALLAH
bila sudah sampaikemuncak, dia akan jatuh. Dan zaman kejatuhan
mereka sedang bermula. Itulah Sunnatullah.
Kesimpulannya, sekolah dan universiti agama kerajaan di dunia
hari inisebahagian besar sebenarnya mengusahakan keluarnya
ulama yang rosak. Memang umat Islam tidak sedarkan hal ini.
Bahkan bila saya sebut begini, mungkin ada yang
tidak percaya atau tidak boleh terima. Maklumlah orang sudah
sedap dengan rokok, susah nak terima kalau dikatakan ia bahaya
untuk badan. Orang yang sudah rosak,susah untuk nampak kerosakan.
Oleh itu terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya.
Saya cuma mengingatkan lagi sekali, memang pelanduk selalu
lupakan jerat.Bahkan dia tidak sangka jerat ada niat tidak
baik padanya. Tetapi si jeratsedetik pun tidak terlupa dan
tersilap dalam niatnya nak tangkap pelanduk. Begitulah! Tetapi
jerat tidak bersalah.Memang tanggungjawabnya. Yang salah ialah
pelanduk. Mengapa pelanduk tidak serius dalam mengawal
keselamatan dirinya? Sedangkan dia ada otak,jerat tidak
ada otak.
Umat Islam ada Al-Quran dan Hadis,musuh tidak ada.Petunjuk
yang begitu jelas.Itupun musuh yang menang. Bukan salahmusuh tetapi
salah umat Islam sendiri.Diri yang tidak mempergunakan seluruh amanah
ALLAH untukmembangunkan kejayaan dan kemenangan hakiki. ALLAH
berfirmandalam surah At Taubah:
Wahai orang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan pada
kamu, Berangkatlah(untuk berperang) pada jalan ALLAH, kamu
merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas
dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan Akhirat?
Padahal kenikmatan hidup di dunia ini ( dibandingkan
dengan Akhirat) adalah kecil. (AtTaubah: 38)
Rasulullah SAW bersabda:
Akan tiba masanya kamu ( umat Islam ) akan dikeronyok oleh
musuh bagaikanmenghadapi makanan di dalam dulang. Para
sahabat bertanya: Apakah bilangan kita ketika itu sedikit?
Rasulullah menjawab, Bahkan kamu ketika itu ramai tetapi
bagaikan buih di laut. ALLAH akan cabutkan perasaan gerun
musuh kepada kamu. Sebaliknya dimasukkan ke dalam hati kamu penyakit
wahan
Apa itu wahan
Tanya sahabat? Jawab baginda: iaitu gila dunia dan takut mati.
( Riwayat Abu Daud)
Begitu jelas diceritakan bahawa punca kelemahan umat Islam
ialah penyakit cinta dunia dan takut mati ( dalam menegakkan
kebenaran). Tetapi umat Islam tidak juga mahu mengubati penyakit
itu. Musuh yang sungguh-sungguh mengusahakan agar
penyakit ini terjadi atau menimpa umat Islam. Sebab musuh
yakin rahsia untuk merosakkan umat Islam ialah jadikan mereka
gila dunia dan takut mati. Musuh kaji Al Quran dan Hadis.
Al Quran pun menerangkan bahawa yang boleh menipu umat Islam
ialah dunia. Sudah lebih 50 kali bangsa Yahudi dan nasrani
menterjemah Al Quran.
Mereka kaji dengan mendalam rahsia umat Islam. Alimnya mereka
tentang Islam sampai mampu menjadi pensyarah Islam di peringkat
ilmu PhD. Mereka buka pengajian Islam. Panggil umat Islam untuk
berguru dengan mereka. Maka ramailah lahir ulama Islam di tangan
Yahudi dan nasrani. Umat Islam seluruh dunia menyambut baik
perkara ini. Bangga mengaji Islam dengan orang kafir. Walhal Al
Quran sudah ingatkan:
Tidak sekali-kali orang Yahudi dan nasrani meredhai kamu
sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.
( Al Baqarah: 120)
Maha Benarnya ALLAH, maka terjadilah hal di mana lulusan PhD
tasawuf dari Universiti St. Andrews di Scotland jadi penentang
kuat pada kebangkitan Islam di Malaysia dan di mana-mana saja.
Demikian juga lulusan pengajian Islam dari Universiti Kent di
England, jadi orang yang gigih menentang gerakan Islam.
Sedangkan pelajar kejuruteraan sebuah universiti di Indonesia
jadi ketua kebangkitan Islam di sana. Dan lulusan PhD satelit
angkasa dan pemegang PhD jurusan aeronotik dari Aerospatiale,
Universiti de Toulouse di Peranchis, jadi aktivis Islam yang
turut memeriahkan kebangkitan Islam di Eropah.
Ertinya, hasil belajar Islam dengan orang kafir,orang Islam
telah menjadi penentang Islam. Sedangkan pelajar aliran sekular,
yang mendapat didikan Islam dari pendakwah-pendakwah Islam,
akhirnya jadi penggerak Islam. Keadaan ini berlaku tentunya
kerana ilmu Islam yang diberikan oleh kedua-dua pihak bezanya
bagaikan langit dengan bumi. Ilmu Islam yang diberi oleh orang
kafir itu ibarat makanan yang sudah dibubuh dengan racun.
Firman ALLAH SWT:
Dan kalau ALLAH mengkehendaki, nescaya Dia jadikan kamu satu
umat (saja). Tapi ALLAH menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya
dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan
sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah
kamu kerjakan.( An Nahl: 93)
Sekian. Wassalam.
Ilmu Memimpin Kita
Pengalaman Mengajar Kita
Masa Mendewasakan Kita.
Last edited by budakecik on 5-3-2014 12:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
budakecik posted on 5-3-2014 12:07 PM ![](static/image/common/back.gif)
YAHUDI MENYESATKAN ULAMAK
Ini adalah sedutan pandangan dari dari Abuyaku yang kini menetap
Artikel seperti ini boleh digolongkan artikel 5 star. Menggunakan akal serta pandangan mata hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuma sayang , bila masuk bod CI dan bod Agama Islam , mata kredit makin berkurang dan tak terang bundurang . Macam rumah kata pergi kubur kata mari .
Yang kenyang dan kembung perutnya nya ialah mod anak didik Yahudi ![](static/image/smiley/default/funk.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
janggutmuda posted on 5-3-2014 12:40 PM ![](static/image/common/back.gif)
Cuma sayang , bila masuk bod CI dan bod Agama Islam , mata kredit makin berkurang dan tak terang b ...
kau boleh beli proton saga ke dengan kredit cari ni?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|